Keburukan intermittent fasting? Biar betul? Selama ni kan saya selalu je share tentang intermittent fasting, semua yang indah-indah, namun dalam posting kali ni saya rasa anda juga berhak tau tentang keburukan intermittent fasting.
Saya berpengalaman buat intermittent fasting ni sejak tahun 2018 jadi alhamdulillah dah 5 tahun. Lepas bersalin anak ke 4, baby dah 6 bulan, saya pun buatlah intermittent fasting.
Sebelum saya share tentang 5 keburukan intermitent fasting, saya share dulu berkenaan autophagy.
Khasiat Autophagy Kepada Kesihatan Kita
Saya pernah share Manfaat Autophagy ni dalam artikel saya tahun 2019 yang lalu. Cerakin dari situ,
Autophagy adalah cara sel-sel membersihkan dirinya yang rosak, untuk menjana semula sel-sel baru yang lebih sihat. “Auto” bermaksud diri dan “fagy” bermakna makan. Oleh itu makna literal autophagy adalah “makan sendiri.” Ia juga dirujuk sebagai “self eating.” Ia sebenarnya memberi manfaat kepada kesihatan anda secara keseluruhan. Mekanisme autophagy memberi peluang badan memelihara badan di mana ia boleh keluarkan sel yang disfunction dan kitar semula bahagian-bahagian yang perlu untuk dibersihkan secara selular.
Autophagy merangsang sistem imun anda dan membantu mengurangkan keradangan kronik dalam badan anda. Seterusnya, ia boleh membantu mengurangkan risiko penyakit moden dengan keradangan asas, seperti penyakit metabolik, autoimun, penyakit jantung dan kanser.
Cara Nak Capai Autophagy
Kalau tengok kepada time line intermittent fasting, autophagy hanya bermula selepas IF selama 20 jam, dan hanya mencapai kemuncak selepas IF selama 72-jam (IF selama 3 hari, tanpa makanan, hanya minum). Jadi tak mudah, bayangkan 3 hari buat wet-IF.
Berbanding puasa kering seperti puasa di bulan Ramadan atau puasa sunat, lebih cepat dapat capai autophagy.
Dengan berpuasa anda dapat mencapai tahap autophagy 3x lebih cepat berbanding intermittent fasting kerana intermittent fasting (wet fasting) kita masih minum air pada waktu fasting window, jadi badan kita perlukan air dan akan menariknya dari sel untuk memacu pengeluaran tenaga.
Dr Jokers
Jadi kalau wet fasting kita capai autophagy puncak mengambil masa selama 72 jam, dengan puasa biasa mengikut amalan Islam, kita dapat capainya dengan tempoh 1 hari berpuasa.
Bayangkan manfaat autophagy tu kita dapat hari-hari untuk tempoh 30 hari berpuasa, pembersihan sel ke peringkat selular berlaku selama tempoh itu!
Untuk mendapatkan autophagy ini ada kaedahnya.
- puasa atau intermittent fasting
- memakan lemak sihat umpamanya asid lemak omega 3 dan minyak zaitun
- tidur yang berkualiti
- bersenam
Cara Menyokong Autophagy
Biasalah dalam hidup kita, tiada yang sempurna. Hanya Allah yang sempurna. Sebab itulah dianjurkan juga berpuasa sebulan Ramadan, dan setiap minggu cukup dengan berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis.
Autophagy terutamanya sangat baik untuk orang yang tak sihat terutama dengan penyakit-penyakit moden seperti kanser, diabetes, dan lain-lain.
Cuba ingat kembali situasi begini: kalau kita sakit, Allah bagi kita kurang selera makan. Kan ini juga salah satu tanda untuk kita dapatkan khasiat autophagy? untuk apa? Untuk reset sel kita di tahap selular Maka waktu tak sihat, kita kurang makan dan kita makan benda-benda yng memberikan nutrisi kepada tubuh kita.
Ada 1 sistem dalam badan manusia yang baharu ditemui sekitar tahun 1988 iaitu sistem endocannabinoid. Sistem ini sejenis receptor system yang terbesar, dan disebabkan sistem inilah maka popular pula minyak canabis hasil penemuan sistem ini.
Itulah nak cakapnya, even sistem endocannabinoid terbaharu ini pun boleh diperbaiki melalui autophagy.
Syukurlah kita berpeluang untuk capai manfaat autophagy, paling mudah dengan berpuasa. Maknanya kalau kita dapat capai autophagy ni memang best habis, insyaAllah mampu perbaiki kesihatan kita dan kita dapatinya melalui kaedah yang Allah pun sebut, iaitu berpuasa.
Tapi awas, kalau kita puasa tapi kita ambik pula makanan yang mengundang toksik, maknanya tiadalah manfaat autophagy tu.
Berdasarkan 4 cara mencapai autophagy tu, ada beberapa perkara kita boleh lakukan untuk menyokong autophagy seperti:
- mengambil perkara-perkara yang membantu kita berpuasa seperti set puasa Shaklee
- elakkan pengambilan bahan-bahan toksik kepada badan kita seperti gula berlebihan. Kalau kita ni jenis makan berlebihan ketika berbuka puasa, kena cari cara untuk makan seadanya
- tidur yang berkualiti. Jika kita bermasalah dengan tidur, cari cara untuk dapatkan tidur yang lena.
- bersenam sekurang-kurangnya 2x seminggu
- makan lemak sihat seperti asid lemak omega 3 dan minyak zaitun
Baru-baru ni saya ada kelas dengan Prof Dr Redza (seorang saintis nutraceuticals tempatan), beliau ada sebutkan beberapa jenis suplemen yang dapat membantu kita mengaktifkan autophagy:
- resveratrol (iaitu sejenis polifenol)
- astaxantin (juga sejenis polifenol)
- Berberine
- Citrus Bergamot
- Turmeric
Tengok banyaknya kan polifenol? Memandangkan Shaklee merupakan pengeluar supplements terbaik, tentulah ada produknya dalam top produk tersebut. Resveratrol dan astaxantin pun ada dalam Vivix dan ResV. Astaxantin pun ada dalam produk Shaklee Carotomix. Dan berdasarkan kajian, ada 3 produk dalam Shaklee yang beliau syorkan untuk diambil untuk membantu aktifkan autophagy:
Vivix: Resveratrol induces autophagy
Coqtrol Plus: Coenzyme Q10 regulates autophagy
ResV: Dietary polyphenols promotes resilience against sleep deprivation
Alhamdulillah syukurlah semua ni pun saya ada amalkan supplements terbaik Shaklee selama ni, dan semua ni merupakan amalan kebiasaan saya.
5 Keburukan Intermittent Fasting Yang ramai Tak Tahu
1. Tiada Panduan Khusus Untuk Kaedah Pemakanan
Memang intermittent fasting adalah satu kaedah menghadkan tempoh makan, contohnya kita ada window makan selama 8 jam, dan berpuasa selama 16 jam. Tiada kaedah atau panduan pengambilan pemakanan yang tertentu.
Ada orang juga buat intermittent fasting tanpa panduan ini, end up hanya turun 2kg sahaja untuk tempoh 4 bulan – pengalaman saya yang lalu.
Disamping itu, tanpa panduan pemakanan juga akan menyebabkan kita makan berlebihan pada waktu eating window. Justeru seolah-olah tiada kelebihan dari melakukan intermittent fasting tersebut.
Jadi ada 2 efek disebabkan tiada panduan kaedah pemakanan untuk intermittent fasting:
- tak berjaya kuruskan badan melalui intermittent fasting
- kebarangkalian terlebih makan
Intermittent fasting memang bagus untuk kita perbaiki lifestyle kita terutama dari segi jadual pemakanan. Namun lebih bagus kalau anda sertai mana-mana kumpulan yang menyediakan sokongan untuk anda lakukan intermittent fasting. Umpamanya kumpulan sokongan yang saya sertai ini #iflat saya selaku coach juga membantu peserta dari segi memberikan panduan kepada mereka dari segi pemakanan, senaman, dan lain-lain yang akan membantu mereka kuruskan badan. Selain itu pengambilan Set Kurus Shaklee turut dapat membantu memberikan nutrisi terbaik bagi menyokong pemakanan kita.
Perlu kita ingat, bila melakukan intermittent fasting bermakna kita hadkan tempoh makan, jadi nutrisi yang kita dapat melalui pemakanan sangat memberikan kesan kepada tubuh kita mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.
Jadi bagi saya penting untuk dapatkan kedua-dua ini
- kumpulan sokongan untuk melakukan intermittent fasting
- pengambilan set kurus Shaklee untuk support nutrisi tubuh
2. Keburukan Intermittent Fasting Paling Utama: Tahap collagen berkurangan sebanyak 90%
Menurut Dr Berg, intermittent fasting akan sebabkan efek kepada kulit kita dari segi menyebabkan penuaan kulit ie kulit jadi kering dan hilang keanjalan disebabkan oleh kekurangan collagen sebanyak 90%.
Kalau perasan, ada orang yang intermittent fasting membantu mereka kuruskan badan, tapi pada masa yang sama kulit mereka pun ikut kendur. Ini tak best lah, sebab bila kita kurus, dah seronok dah, tapi kenapa nampak tua?
Apabila kolagen berkurangan dalam badan, kulit akan semakin kurang elastik. Apabila berat badan anda berubah, ia dapat mengubah berapa banyak kolagen yang dihasilkan oleh badan anda, yang kemudiannya boleh menyebabkan kulit kendur dan kedutan.
Itulah kesan yang kita tak mahu berlaku. Jadi apa yang kita kena buat ialah, bila buat intermittent fasting atau kita berpuasa, selain amalkan Set Kurus Shaklee atau Set Puasa Shaklee amalkanlah bersamanya pengambilan collagen powder Shaklee.
Kenapa collagen penting:
- 30% dari protein badan adalah collagen
- Collagen meliputi kebaikan untuk kulit, tulang, muscle, tendons
- Ada 28 jenis collagen semuanya tapi paling penting type 1, 2, 3 dan 4, namun yang terjejas akibat intermittent fasting ialah collagen type 1
- 50% collagen hilang by umur 60 tahun
Jadi fokus kita ialah collagen type 1.
Tahukah anda, the most popular supplements collagen antaranya diperbuat daripada bovine, eggshell, poultry, ikan. Mungkin ada pertanyaan seperti berikut:
FAQ 1: sup kaki ayam pembekal collagen?
- Kalau minum sup kaki ayam, cukup ke cover untuk IF? Kaki ayam ialah type 2 collagen (more to tulang, cartilage dll)
- Type II collagen sources include cartilage, collagen protein supplements, bone broth, fish and pork skin and marine collagen.
FAQ 2: collagen dari tumbuhan
- secara saintifiknya tiada collagen berasal dari tumbuhan.
- Jadi kalau nampak ada collagen daripada epal, oren dan lain-lain, ianya satu kenyataan tak berasas.
Tip membeli supplement collagen
- collagen mesti datang dengan vitamin c – kalau tak, collagen sukar nak diserap oleh badan
- collagen dengan tambahan khasiat vitamin B sebab vitamin B membantu memberikan tenaga kepada kulit
- pilih collagen dari jenis peptide atau hydrolized atau hydrolysate sebab lebih baik dari segi penyerapan
Jadi resepi mudah untuk longevity + awet muda = autophagy + collagen
Selain tu awas dengan perkara yang menyebabkan menurunnya pengeluaran collagen seperti:
- autoimmune disorders,
- pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari
- pengambilan makanan/minuman tinggi gula (paling tinggi),
- merokok
Jadi kalau target nak cantik pada musim raya, amalkanlah collagen juga pada bulan puasa. Sebab sekurang-kurangnya puasa Ramadanlah paling tinggi kebarangkalian untuk kita mendapat autophagy.
3. Sakit badan dan sengal otot
Kesan sampingan berpuasa termasuk intermittent fasting yang paling biasa adalah akibat daripada kekurangan elektrolit dan boleh diperbaiki dan dicegah dengan mudah dengan kekal terhidrat dan menambah sedikit suplemen elektrolit.
Contoh gejala termasuk sakit kepala, kekejangan otot, dan keletihan. Kebiasaannya boleh diperbaiki dengan suplemen elektrolit.
4. Paling kerap keburukan intermittent fasting: Kulit gatal
Simptom kulit gatal bukan hanya akan ada jika kita buat intermittent fasting, bahkan semasa kita berpuasa Ramadan atau puasa sunat, ramai orang mengalami kulit kering, menggelupas sehingga menjadi gatal dan kadang-kadang menyakitkan juga.
Ia adalah simptom biasa kulit disebabkan oleh dehidrasi.
Ia biasanya berlaku pada bulan puasa, kerana apabila kita berpuasa, kita menahan makan dan minum lebih daripada 12 jam dan ia memberi kesan kepada kulit kita.
Tapi jangan risau. Banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kulit anda daripada gatal-gatal apabila berpuasa atau ketika intermittent fasting.
a. minum air secukupnya ketika tempoh berbuka atau tempoh makan. b. boleh juga amalkan minum air mengandungi elektrolit seperti Performance Drink kerana dengan khasiat elektrolit dapat membantu keseimbangan tubuh disamping mengelakkan daripada berlakunya dehidrasi. Bila badan terhidrat kulit pun jadi lebih baik c. lindungi kulit daripada sinaran UVA, UVB dan blue light dengan pemakaian sunscreen yang selamat.
5. Gangguan Tidur atau Insomnia
Terdapat bahaya juga jika kita terlalu lapar pada waktu tidur. Rasa lapar yang teruk meningkatkan tahap kortisol kita, meletakkan brek pada pengeluaran melatonin yang kita perlukan untuk berasa mengantuk dan terus tidur.
Inilah sebabnya mengapa ada juga orang melaporkan mengalami insomnia semasa berpuasa atau buat intermittent fasting. Rasa lapar terlalu kuat, badan berasa tertekan dan tidur tidak boleh berlaku. Bila ianya berlaku selama beberapa hari/malam seperti ini dan kita mengalami kesan kurang tidur, berhenti kehilangan lemak, tahap tenaga berkurangan, dan mood semakin teruk.
Tip untuk mendapatkan tidur yang berkualiti:
- Pertama, pastikan kita mendapat protein yang mencukupi dalam hidangan terakhir kita, umpamanya minum ESP Soy Protein membuatkan kita lebih kenyang lebih lama kerana kita tidak mencerna dan membakarnya secepat karbohidrat.
ESP ada complete 9 essential asid amino – dan salah satu asid amino tu namanya “tryptophan”. Tryptophan diperlukan untuk maintain neurotransmitter seperti serotonin, supaya otak kekal sihat.
Jadi dengan memilih makanan yang kaya dengan tryptophan, kita bantu otak boost serotonin secara semulajadi. Dan tryptophan juga boleh membantu tidur yang lena, sebab tu minum ESP sebelum tidur amat membantu. Insha Allah boleh tidur lena, otak tenang, hormon gembira merembes- rembes dengan jayanya! - Kedua. Ambil polifenol yang membantu kita tidur lena. Dalam kes ini, boleh cuba amalkan ResV juga. Kajian menunjukkan polifenol dapat memberi manfaat kepada mood, meningkatkan fungsi otak dan meningkatkan prestasi kognitif.
Kesimpulan Keburukan Intermittent Fasting
Ada banyak sebab orang buat intermittent fasting antaranya,
- nak kuruskan badan
- nak sihat
- nak reverse penyakit
Jadi fahami apa sebab nak buat Intermittent fasting, kemudian cari kaedah yang paling sesuai untuk anda. Ambil produk suplemen yang bersesuaian untuk fokus anda, saya rekemen anda amalkan supplements terbaik Shaklee, sebab inilah juga yang saya amalkan sejak tahun 2012.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679 Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye. Register di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
Ooh baru tahu cons IF.. so ada solusinya daripada Shaklee juga.. Terbaik !
Tq sharing kak Anah..
Shye recently posted…7 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia
most welcome shye
Seronok baca. Tekun saya baca sampai habis. Terima kasih atas penjelasan
tq ana sudi singgah
Bahayanya kesan buruk IF ni. Alah alah nak cantik jadi terkeriput plak.
itulah, tapi semua benda pun ada kesan sampingan. makan collagen lah bila buat IF