Call nowWhatsapp

Alhamdulillah ada ruang dan peluang untuk saya share kisah saya tahun lalu 2022 apabila dapat kurus sebelum raya dengan Set Kurus Shaklee.

Setahun berlalu,

  • berat badan maintain
  • masih dapat pakai pakaian size S atau M.
  • masih dapat kawal craving
  • masih berjaya kontrol makan dan tidak makan berlebihan
  • tahap kesihatan pun alhamdulillah masih baik

Jadi bacalah perjalanan saya untuk kurus hingga ke akhir artikel ni ya.

Perjalanan Kurus Dari Tahun 2005

Latar belakang saya ialah seorang remaja yang memang comel. Berat badan berlebihan, tak suka bersenam, suka makan banyak, suka benda manis especially coklat, craving tinggi. Ya ini saya sejak saya remaja lagi. Saya tak pernah kurus hingga tahun 2019 iaitu ketika saya berumur 40 tahun!

Round Pertama Kurus: 2005 Tak Makan Nasi

Saya mula berminat kuruskan badan pada tahun 2005. Masa ni belum berkahwin, berat dalam 60kg. Saya off makan nasi dan dapat buang sebanyak 10kg. Saya kahwin pada tahun 2006. Masa kahwin ni, berat dah mula naik sikit-sikit sebab dah kembali makan nasi.

Berat saya rebound sekitar 8 bulan selepas saya berjaya kurus. Jadi tahun 2007 tu berat saya kembali kepada 60 kg lebih.

Round Kedua Kurus: 2010 Guna Produk Pelansingan

Lepas bersalin anak sulung pada tahun 2008, saya gagal kurus sepenuhnya. Berat sekitar 70kg macam itulah.

Sekitar tahun itu, popular satu produk pelangsingan dan saya mencubanya. Produk tu kata dapat kurus dengan MUDAH, TANPA BERLAPAR, TANPA BERSENAM, MASIH MAKAN MACAM BIASA, ha macam itulah mudah saya terpujuk. Hahaha

Saya amalkan selama 3 bulan juga, harga pun bukan murah, sekitar rm200 sekotak tahan sebulan. Dapatlah kurus 10 kg, so berat saya sekitar 60+kg semula.

Saya berhenti di bulan ke 3, sebab masa tu saya tengok di television Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ambush sebuah syarikat yang menjual produk pelansingan. Dan itulah produk yang saya amalkan, seram sangat. Saya stop terus, alhamdulillah Allah masih izinkan saya masih hidup.

Hati-hatilah bila makan ubat kurus, sememangnya ia tentu memiliki kesan sampingan yang sampai boleh menjejaskan kesihatan kita, sehingga boleh meragut nyawa.

Lepas stop makan produk tu, berat saya naik semula, kali ni rebound berbelas-belas kg. Pada berat saya 65kg, saya mengandung anak kedua pula.

Round ketiga kurus: 2013 Produk Kurus MLM

Saya bersalin anak kedua hujung tahun 2011. Macam biasalah saya kalau waktu mengandung, berat saya naik banyak dalam 20kg. Sebelum bersalin berat saya 80kg, berpantang saya hanya dapat turun sekitar 10kg sahaja.

Dan saya cuba pula produk kurus dari MLM H******. Bertahan hanya 2 bulan sebab tak berjaya bantu saya kurus.

Jadi saya maintain berat 72kg agak lama. Dengan ketinggian 143cm sahaja. Memang tahap overweight. Masa ni dah trauma nak join mana-mana program kurus, saya rasa saya takkan dapat kurus.

Round keempat kurus: 2016 Program Detox Shaklee

Tahun 2012 ialah tahun saya join Shaklee. Macam saya tulis di atas, sejak tahun 2013 tu saya dah tak menaruh harapan lagi untuk kurus.

Tahun 2016 tu selepas saya bersalin anak no 3, berat saya masih sekitar 70an, to be exact 76kg. Tahun ini juga Shaklee mula perkenalkan program detox. Saya ada banyak tulis program detox dalam blog saya.

Memang ianya satu program yang sangat bagus. Dari 72kg dan saya dapat 68kg dalam masa beberapa bulan. Kesihatan pun bertambah baik. Tapi isunya ialah berat saya statik pada 66kg.

#JomDetox membantu saya menurunkan berat badan dan inchloss yang banyak
#JomDetox membantu saya menurunkan berat badan dan inchloss yang banyak

Ni gambar masa Ramadan tahun 2017 macam tu. Jadi memang inilah pengalaman pertama saya kurus sebelum raya. MasyaAllah alhamdulillah.

Round kelima kurus: Intermittent Fasting

Tahun 2018 saya dah cuba buat intermittent fasting. Saya buat sendiri sahaja dengan guide dari google. Tapi saya cuma berjaya buang 2kg sahaja.

Saya bersalin anak ke 4 tahun 2018, berat saya sekitar 76kg. Jadi bila buat IF saya dapat berat 74kg. Saya pasrah dah masa ni.

Round keenam kurus: 2018 Jom Detox Jutawan Kurus Sebelum Raya

Jom Detox Jutawan ialah program detox Shaklee yang telah diubahsuai oleh team upline saya, Team Jutawan. Bagi saya ini salah satu program paling berjaya.

Saya berjaya buang 23kg dalam masa 8 bulan asbab dari program ini. Haaza min fadli robbi. Saya tak pernah rasa kurus, tapi melalui program ini pertama kali saya dapat kuruskan badan, pertama kali dapat pakai saiz S atau M. Best sangat!

Berat asal saya tahun 2018 tu ialah 74kg, dalam masa 8 bulan saya dapat berat 55kg alhamdulillah.

Saya sukalah, sebab masalah rebound sebabkan saya trauma nak kurus. Jadi program Jom Detox Jutawan ni bantu saya maintain berat juga.

Lihat video ni dirakam pada January 2020, kejayaan saya kurus sampai membuka mata pihak Shaklee. Saya dipilih untuk menjadi salah seorang wajah Shaklee dalam hal Vivix Kuruskan Badan.

Boleh tengok juga video saya dalam Youtube Official Shaklee Malaysia

Jom Detox Jutawan bantu saya banyak sangat:

  • buang berpuluh kg
  • kesihatan saya terbaik
  • berjaya buang tabiat suka makan benda manis. Ini kejayaan terbesar saya
  • mula enjoy minum air kosong
  • mula enjoy bersenam

Pada umur saya 40 tahun, rupanya saya dapat kurus! MasyaAllah, padahal rata-rata orang kata dah umur 40an lagilah susah nak kurus. Kejayaan saya membuka mata ramai orang. Masa ini pun saya tolong ramai orang dengan masalah obesiti untuk mereka dapat kuruskan badan. Alhamdulillah

Seronoklah beraya tahun 2019 tu, sebab saya kurus sebelum raya tu, bila balik kampung ramai orang kampung pun tak cam saya. Sebab sangat berbeza, maklumlah ini kali pertama saya kurus. Dah macam kembali jadi remaja.

Tahun 2019 tampil berbeza bila akhirnya dapat kurus sebelum raya
Tahun 2019 tampil berbeza bila akhirnya dapat kurus sebelum raya

Round ketujuh: 2020 Intermittent Fasting dan Keto

Saya masih makan Shaklee juga dari tahun 2012 tu. Memang tak putus bekalan. Tahun 2019 tu walaupun ada naik juga berat saya tapi tidaklah ketara dan kenaikan tak banyak macam pengalaman saya dari pengalaman 1 hingga ke 5.

Tahun 2019 tu saya dah cuba buat juga lgi intermittent fasting bersama diet keto. Tapi saya tak berjaya kurus. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan dri tahun 2020 hingga 2022, sama macam orang lain saya naik juga walaupun sedikit. Berat saya masa ni 62kg.

Barang-barang untuk keto diet pula bukan murah. Jadi saya decide to stop this keto diet. IF masih saya buat juga.

Masa ni saya masih ada isu besar: masih makan belebihan untuk buah-buah dan kekacang. Sebab saya ingat semua ni boleh bantu saya dapatkan sneking sihat.

Round kelapan: Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee, Kurus Sebelum Raya, Maintain Kurus Lebih Lama

Penat kan baca kisah saya? Perjalanan kurus memang bukan straight path, tapi jalan berliku. Sekejap kurus, pastu gemuk semula, kurus lagi repeat lah sampai dapat program yang dapat bantu kita kuruskan badan.

Tahun lalu 2022, selepas saya penat buat program IF dan keto yang tak memberikan hasil yang memberangsangkan, saya decide saya nak berpatah balik kepada program Shaklee.

Kebetulan masa tu Ramadan 2022, saya pilih set puasa Shaklee dan follow semua yang pihak pakar Nutrisi Shaklee sarankan. Amalan saya:

Amazingly masa inilah baru saya dapat off betul-betul tabiat suka makan berlebihan. Saya juga dah tinggalkan makan berlebihan waktu berbuka, berjaya buang craving makan kekacang.

Bulan Ramadan 2022 tu saya buang 5kg alhamdulillah. Inchloss pun banyak. Saya dapat berat 59kg masa bulan Syawal 2022. Alhamdulillah sekali lagi saya berjaya kurus sebelum raya.

Saya teruskan cara yang tersebut walaupun pada bulan Syawal dan hari-hari biasa. Alhamdulillah saya berjaya lose weight lagi sehingga dapat 56kg hingga kini. Walaupun proses kurus sekarang ni agak perlahan (sebab saya pun dah hampir kepada berat ideal), saya enjoy dengan yang sekarang sebab berat saya pun dah bawah 60kg, masih pakai size S sahaja.
Kurus dengan intermittent fasting bersama suplemen set kurus Shaklee lebih berkesan
Kurus dengan intermittent fasting bersama suplemen set kurus Shaklee lebih berkesan

Gambar di atas ini ialah gambar saya di Jungfrau, Switzerland semasa menyertai Trip Insentif Shaklee Switzerland tahun lalu 2022. Even semasa balik kampung atau travel, saya masih mengamalkan Set Kurus Shaklee walaupun terpaksa angkut protein Shaklee tu.

Tapi cara inilah yang membantu saya maintain kurus walaupun kadang-kadang tu makan berlebihan juga (especially travel atau balik kampung). Jadi alhamdulillah so far takde isu berat rebound.

InsyaAllah tahun 2023 ini saya tetap komited untuk lebih kurus sebelum raya. Mana tau ada rezeki saya dapat berat 50kg tahun ini, insyaAllah

Set Kurus Shaklee dan Intermittent Fasting Dan Kurus Sebelum Raya

Set kurus Shaklee ini yang menjadi amalan saya:

Vivix pula saya amalkan sudah 8 tahun, dan bagi saya ia juga mempunyai peranan besar membantu saya kuruskan badan.

Set Hello New You Shaklee
Set Hello New You Shaklee

Set Kurus Shaklee juga dikenali sebagai Set Hello New You. Set ini simple sahaja tapi memberikan impak besar untuk tubuh kita sebab:

  • memberikan nutrisi padu
  • berikan tenaga
  • bantu penghidratan
  • penghadaman lebih baik
  • perut pun selesa
  • bakar lemak
  • tingkatkan metabolisme badan
  • memulihkan masalah craving
  • memperbaiki hormon

Pendek kata ia menyelesaikan sebahagian besar masalah orang nak kuruskan badan.

Ia juga menyokong lifestyle intermittent fasting, selain memberikan kesihatan lebih baik untuk jangkamasa panjang.

Mac 2023 adalah bulan terakhir untuk dapatkn set promosi Hello New You ini. Saya pun beli set ini setiap bulan sebab harga tengah murah kan. Siapa suka penjimatan boleh beli set ini segera!

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Selain rekod peribadi saya berjaya buang 23kg dalam masa 6 bulan melalui program Jom Detox Jutawan (satu program yang pernah saya jayakan pada tahun 2018 hingga 2020), keberjayaan untuk mengekalkan tahap berat badan yang baik adalah satu cabaran yang besar.

Bila buat program kurus, pastikan kita target untuk kurus secara long term. Masalah dengan banyak program diet untuk kurus ialah ianya hanya memberikan kesan sementara. Kurus 10kg misalnya, tapi selepas beberapa bulan, berat badan bertambah akibat kesan yo-yo. Baju size S atau M dah banyak beli, tapi end up hanya mampu pakai untuk 8 bulan sahaja. Sayanglah.

Alhamdulillah bila saya amalkan intermittent fasting bersama pengambilan Set Kurus Shaklee, saya berjaya kekalkan berat badan sihat, dengan inci yang menyihatkan dan berada pada keadaan ini selama 5 tahun.

Bagi anda yang tercari-cari satu program kurus yang betul-betul berkesan dan menyihatkan, anda wajar mencuba set kurus Shaklee ini bersama saya. Dengan pengalaman dan guidance saya insyaAllah anda pun dapat kuruskan badan dan maintain kurus dan sihat untuk tempoh yang lama. Moga-moga selama-lamanya.

Tak sampai 10 hari lagi kita akan masuk ke bulan Ramadan, dengan pengalaman saya tahun lalu, saya berjaya kurus sebelum raya dan saya pasti anda pun pasti mahukannya.

Ayuh dapatkan segera set kurus Shaklee, boleh hubungi saya di talian berikut:

#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)