Call nowWhatsapp

Set Puasa Shaklee Untuk Puasa Yang Mengenyangkan, Bertenaga dan Kekal Hidrasi, ayuh siapkan diri kita!

Tak lama lagi dah nak puasa Ramadan, atau walaupun bukan puasa Ramadan, kita sentiasa ada puasa sunat atau puasa wajib (ganti) yang boleh dilakukan sepanjang masa yang dibolehkan.

Persiapkan diri anda menjelang Ramadan Dengan Set Puasa Shaklee

Antara checklist untuk persiapan Ramadan:

  • Puasa ganti
  • Puasa sunat
  • Pakaian solat seperti telekung atau sejadah baharu
  • Perancangan pemakanan semasa bulan puasa
  • Baju raya seisi keluarga
  • Suplemen untuk diri dan keluarga

Set Puasa Shaklee Membantu Mengurangkan Isu Semasa Berpuasa

Ada beberapa isu common yang biasa dialami orang berpuasa. Antaranya:

  • Mengantuk, hilang fokus
  • Ketidakhadaman
  • Dehidrasi
  • Sembelit

Namun tahukah anda ada nutrisi yang dapat membantu masalah di atas?

  • Mengantuk, hilang fokus: ambillah Bcomplex dan Protein
  • Ketidakhadaman: banyakkan pengambilan serat, enzim perut dan zinc
  • Dehidrasi: pastikan selalu amalkan air mengandungi elektrolit
  • Sembelit: amalkan pengambilan daun senna, cukupkan pengambilan air dan serat

Golongan Yang Kerap Mengalami Masalah Ketika Berpuasa

Masalah-masalah tersebut kerap dialami oleh golongan berikut:

  • Ibu Mengandung
  • Ibu Menyusu
  • Lelaki Bekerja Berat
  • Orang Sibuk/Tiada Masa
  • Warga Tua
  • Kanak-Kanak

Apakah Sebabnya Seseorang Boleh Menjadi Tidak Produktif Semasa Berpuasa?

Ada beberapa punca:

1. Sahur yang tidak seimbang

Apabila pengambilan sahur yang tidak seimbang dari segi nutrisi, ia memberikan kesan berikut:

  • Kandungan nutrisi tidak seimbang
  • tinggi kandungan garam (dahaga)
  • lesu, tidak fokus
  • makan berlebihan ketika berbuka
  • tidak bertenaga

2. Kurang pengambilan serat

Kurang pengambilan serat memberikan kesan berikut:

  • Masalah sembelit
  • ketahanan badan menurun, sistem imun terjejas
  • kulit kusam
  • lesu

3. Tidak minum air mencukupi

Ini menyebabkan perkara berikut:

  • Masalah dehidrasi
  • Lesu, mengantuk, tidak fokus
  • toksin tidak dapat disingkirkan daripada badan
  • kulit kering dan kusam

4. Apabila berpuasa menyebabkan kurangnya aktiviti fizikal

Ini menyebabkan

  • Peningkatan berat badan
  • pengumpulan lemak
  • kemerosotan otot

Nutrisi Dalam Set Puasa Shaklee Membantu Berpuasa Dengan Sihat

Ada 3 fokus utama keperluan nutrisi yang padu untuk membantu kita berpuasa dengan sihat:

1. Tenaga

Keperluan tenaga yang optimum adalah penting pada bila-bila masa pun, dan lebih-lebih lagi penting apabila kita berpuasa. Keperluan tenaga ini dijana daripada pengambilan nutrisi padu daripada protein umpamanya.

Ambil protein yang memiliki ciri-ciri berikut:

  • rendah indeks glisemik dimana ia membantu mencerna makanan dengan perlahan dan dapat diserap ke dalam sistem penghadaman kita memperlahankan kadar gula dalam darah kita, justeru tenaga pun dapat dibekalkan lebih lama
  • protein yang lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu. Ini penting supaya tubuh kita mendapat semua khasiat yang penting terutama menyeimbangkan hormon badan kita disamping asid amino juga memetabolisme kan tenaga untuk tubuh kita.
  • ambil protein yang lembut pada perut. Ini supaya dapat diamalkan juga pada saat perut sensitif dan mudah dihadamkan
  • protein yang memiliki khasiat lain umpamanya vitamin B, kalsium dan zat besi yang mana ianya turut berperanan dalam memberikan tenaga berpanjangan
  • pastikan protein yang diambil tanpa perasa, gula atau pewarna tambahan

Protein yang selalu saya amalkan ialah daripada Set Puasa Shaklee, ESP Soy Protein memberikan

  • 14g protein bagi setiap hidangan
  • 9 jenis nutrien
  • Tinggi kalsium
  • Rendah GI
  • Sifar lemak trans dan kolesterol

ESP merupakan nutrisi harian untuk kulit yang sihat, rambut, kuku dan mengekalkan tenaga anda.

Set Puasa Shaklee ESP Soy Protein rendah GI
Set Puasa Shaklee ESP Soy Protein rendah GI

2. Kenyang Lebih Lama

Strategi untuk kita kenyang lebih lama ini adalah satu perkara yang penting disebabkan bila kita makan sahur kenyang lebih lama, salah satu manfaatnya ialah

  • tidak lagi mengalami craving teruk menyebabkan kita makan makanan tidak mengenyangkan
  • tidak lagi makan berlebihan ketika berbuka puasa

Ambil sesuatu hidangan yang sempurna untuk Sahur dan Iftar anda. Memastikan anda kenyang, meningkatkan penghadaman anda dan menyediakan nutrien untuk memastikan anda sihat semasa
berpuasa. Ciri-ciri yang anda perlu ambil ialah perlu mengandungi multivitamin, serat, leucine (sejenis asid amino perlu untuk kekal bertenaga, kenyang lebih lama, dan kurangkan rasa lapar ketika berpuasa.
Dalam hal ini, saya pun ambil 1 lagi jenis protein iaitu Cinch Shake yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • 16g protein
  • 20 jenis nutrien
  • 6g serat
  • 2,500mg leusina (sejenis asid amino perlu)
  • Sifar lemak trans kolesterol
Keterangan mengenai Cinch Shaklee
Keterangan mengenai Cinch Shaklee

3. Kekal hidrasi

Penting untuk kekal hidrasi dengan pengambilan air mencukupi dan sebaiknya menggunakan air yang mengandungi elektrolit. Ini adalah untuk memberikan penghidratan segera dan menyediakan tenaga berterusan.

Antara manfaat pengambilan air mengandungi elektrolit ialah ia menyegarkan dan menghilangkan dahaga dengan segera untuk memastikan badan terhidrat.

Dalam hal menyediakan hidrasi badan, saya ambik Performance Drink yang merupakan gabungan 6 jenis
elektrolit dan karbohidrat kompleks. Air performance drink mengandungi elektrolit iaitu magnesium, kalsium, sodium, potasium, fosfat dan klorida

Manfaat Set Puasa Shaklee

Golongan yang saya sebutkan diatas, akan mendapat manfaat daripada Set Puasa Shaklee seperti berikut:

1. Ibu Mengandung

Satu cabaran ibu mengandung ialah keinginannya untuk berpuasa walaupun ada rukhsoh puasa bagi ibu mengandung. Kalau anda ibu mengandung dan teringin nak berpuasa, boleh bincang dengan doktor anda tentang condition anda.

Dan pengalaman saya yang lalu, mengambil set puasa Shaklee memang membantu ibu mengandung berpuasa

  • kekal bertenaga
  • dapat puasa penuh tanpa rasa lemau badan atau menjejaskan bayi dalam kandungan
  • perkembangan bayi dalam kandungan juga optimum

2. Ibu Menyusu

Cabaran terbesar ibu menyusu dan puasa ialah dahaga melampau dan penghasilan susu ibu. Ada yang sampai macam nak dehidrasi teruk sebab puasa. Cubalah amalkan set puasa Shaklee, insyaAllah sangat bermanfaat

  • bertenaga dan susu pun meriah (justeru tidak menjejaskan penghasilan susu ibu)
  • bayi pun kenyang dan sihat
  • supply susu untuk anak secara berterusan di bulan puasa.
Set Puasa Shaklee membantu ibu mengandung dan ibu menyusu berpuasa
Set Puasa Shaklee membantu ibu mengandung dan ibu menyusu berpuasa

3. Orang yang bekerja berat

Orang yang bekerja perlukan kekuatan fizikal seperti yang bekerja di lapangan, badan beruniform dan bekerja berat di tapak, terdedah kepada haba dan cahaya matahari, sangat mencabar dan memenatkan lebih-lebih lagi perlu berpuasa.

Ada yang tidak berpuasa sebab masalah-masalah tersebut. Jadi kuatkan keinginan untuk berpuasa, ambillah set puasa Shaklee kerana dapat bantu:

  • Rasa bertenaga
  • Masih kenyang lebih lama
  • Bertenaga walaupun berpuasa

4. Warga tua

Orang tua biasanya very excited bila sampai bulan Ramadan. Tapi mereka ni kurang selera makan (terutama sahur), makan sedikit tapi mereka perlukan tenaga untuk fokus beribadah.

Lebih-lebih lagi kalau ada yang berpenyakit seperti sakit diabetes dan lain-lain, menambah cabaran orang tua untuk berpuasa.

Jadi cadangkanlah orang tua kita untuk ambil set puasa Shaklee kerana

  • Selesa dan betenaga untuk beramal ibadah
  • Perut selesa

5. Dewasa yang sibuk

Orang dewasa macam kita ni, melalui hari yang tough. Tak kiralah yang bekerja mahupun surirumah, sama-sama sibuk dengan tugasan. Nak sediakan sahur perlukan tenaga sedangkan kita juga nak ambil kesempatan hari-hari yang diberkati di bulan Ramadan untuk tambah ibadah.

Jadi bila dapat sahur yang ringkas sahaja, memang sangat membantu kita. Bukan sahaja bantu kita sediakan sahur yang bernutrisi, bahkan dapat bantu juga lalui hari-hari kita:

  • dapat membantu kekal fokus
  • rasa lebih bertenaga
  • kenyang lebih lama
Set puasa shaklee mudah disediakan dan beri tenaga
Set puasa shaklee mudah disediakan dan beri tenaga

6. Dewasa yang aktif: nak bersenam ketika berpuasa pun boleh

7. Kanak-kanak

Kanak-kanak samada yang baru belajar berpuasa mahupun yang dah ada pengalaman berpuasa bantulah mereka untuk dapatkan khasiat daripada set puasa Shaklee

  • membantu kanak-kanak berpuasa penuh
  • dapat fokus pembelajaran
Set puasa shaklee bantu kanak-kanak berpuasa
Set puasa shaklee bantu kanak-kanak berpuasa

Manfaat Berpuasa Dengan Set Puasa Shakle

Saya pun amalkan set puasa shaklee dah bertahun-tahun.

Cerita Puasa Saya Sebelum Set Puasa Shaklee

Pengalaman saya selama ini sejak dari kecil ialah sahur mesti bangun untuk makan heavy meal. Hidangan biasanya mengandungi buah tembikai (jadi pilihan utama sebab tinggi kandungan air), kemudian makanan utama iaitu nasi dan lauk pauk.

Bagi saya pengalaman puasa terdahulu, sangat menyeksakan nak bagi sampai berbuka tu. Sebab awal pagi seawal 8 pagi lagi perut dah bising lapar, belum lagi cerita hal kurang bertenaga, asyik mengantuk dan kurang fokus.

Waktu berbuka, saya makan banyak, sebab lapar kan. Dahaga bukan main sebab sejak dari pagi lagi.

Its even hard kalau puasa kena pula time mengandung atau menyusu. Dahaga yang amat.

Cerita Puasa Saya Selepas Ambil Set Puasa Shaklee

Ada 3 fasa bagi saya ambik set puasa ni

Fasa 1: tahun 2015

Saya start ambil set puasa Shaklee sekitar 8 tahun lalu. Tapi masa tu masih tak berani tinggalkan nasi waktu sahur. Bila ada ambik nasi yang merupakan tinggi glisemic index, walaupun ada rasa lapar tapi lewat sikitlah sebab saya ada ambik ESP. Kira-kira jam 1pm baru rasa lapar.

Lebih bertenaga dan fokus, dan waktu mengandung / menyusu pun alhamdulillah lebih elok.

Dari segi dahaga dah ok sebab memang ada minum performance drink. Masa ni berat badan tak dapat turun sangat. Sebab waktu berbuka masih belum berjaya kawal craving dan makan banyak. Faktor makan sahur dengan nasi.

Fasa 2: tahun 2018

Yang saya betul-betul tinggalkan nasi ialah 5 tahun lalu (tahun 2018). Masa ni baru saya tau rupanya boleh tak makan nasi waktu sahur. Saya tak rasa lapar dan pedih perut lagi sewaktu pagi, malahan even hingga ke petang. Waktu sahur saya tak makan protein juga.

Lebih bertenaga dan fokus, dan waktu mengandung / menyusu pun alhamdulillah lebih elok. Tapi waktu berbuka saya makan banyak walaupun tak ambik karbohidrat.

Cuma isu disini ialah berjaya buang 4kg sahaja, dan waktu raya berat naik juga walaupun takla banyak macam tahun sebelum.

Fasa 3: 2022

Masa ni saya ambik full set puasa shaklee yang merangkumi ESP, Cinch, dan performance drink dan lain-lain tambahan produk Shaklee seperti Vivix, Cinch Tea, Lecithin, Omegaguard, herblax dan Resv.

Amazing lagi best pengalaman puasa saya kali ni

  • craving terkawal
  • tak mengantuk keterlaluan
  • tak pedih perut atau lapar sejak pagi
  • boleh fokus
  • paling best ialah berjaya buang 5kg di bulan Ramadan dan MAINTAIN berat di hari raya walaupun raya sebulan banyak jamuan
set puasa shaklee bantu kuruskan badan
set puasa shaklee bantu kuruskan badan

Jadi saya memang rekemen anda amalkan set puasa shaklee.

set puasa shaklee
Set Puasa Shaklee dan tambahan yang dicadangkan

Antara manfaat puasa apabila anda amalkan set puasa shaklee:

1. Badan rasa lebih ringan: Membantu dalam penyingkiran toksin dan meningkatkan kadar metabolisma badan

2. Rasa lebih bertenaga: Badan terasa lebih segar, sihat, dan lemak badan semakin berkurang

3. Penghadaman lebih sihat: Merehatkan dan meningkatkan kesihatan perut, penghadaman dan usus.

4. Kulit lebih cantik dan glowing: Berpuasa dan detoks membantu ulit tampak lebih sihat dan cantik

5. Fokus yang lebih baik: Kurang toksin dalam badan, glymphatic system lebih sihat dan fokus akan lebih baik

6. Tidur lebih lena: Toksin yang berkurangan dalam badan boleh re-set kembali badan & menjadikan tidur lebih lena.

Set puasa shaklee bantu orang gastrik berpuasa
Set puasa shaklee bantu orang gastrik berpuasa

Jom amalkan Set Puasa Shaklee

Banyak feedback yang saya terima hasil dari pengambilan set puasa Shaklee. Jom sama-sama jadikan puasa kali ini lebih baik daripada terdahulu.

Samada puasa Ramadan mahupun puasa sunat ataupun intermittent fasting semuanya memberikan manfaat kepada kesihatan kita namun harus watch out juga kaedah pemakanan dan pengambilan suplemen yang elok juga membantu puasa kita lebih baik.

#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)