Semalam ada kelas online dalam tim kami berkenaan tips topik sihat dan bertenaga dengan Set Haji dan Umrah Shaklee. Kenapa kena ambil set ni, daripada kelas semalam membuka mata saya bahawa dengan pengambilan set ini dapat membantu jemaah haji atau umrah dalam melaksanakan ibadah itu.
Cabaran Menunaikan Haji dan Umrah
Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan haji atau pun umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup apabila berkemampuan.
Seperti firman Allah Ta’ala dalam Surah Ali Imran, ayat 97 :
“Dan Allah mewajibkan keatas manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Siapa yang kufur (ingkar kewajipan haji) maka sesungguhnya Allah maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu apa pun daripada sekalian makhluk).”
Berikut adalah gambaran ringkas perjalanan haji. Semasa umrah, kita hanya tertumpu kepada Mekah sahaja.
Manakala semasa Haji, ada perjalanan jauh yang wajib dibuat iaitu Mekah – Arafah – Muzdalifah – Mina – Mekah.
1. Fizikal Yang Cergas – Jarak Yang Perlu Dibuat
- Jarak untuk tawaf sekeliling Ka’abah adalah sebanyak 7 pusingan sejauh 500m – 1.0km x 7 Pusingan = 7km.
- Jarak saie dari Safa ke Marwah 450m+- (ada yang kata 405m, ada yang kata 415m). 450m x 7 pusingan = 3.15km.
- Jarak ke Jamrah melalui terowong dan jalan sepanjang 3.5KM+-Â (Jika kena duduk di Mu’assir (Mina 2), dalam 5km hingga 7km ke kawasan Jamrah. Pergi balik dah 10km)
- Jarak antara Jamrah ke jamrah. Ada 3 jamrah kesemuanya.
- Jarak antara Jamrah Ula ke Jamrah Wusta 247m+-.
- Jarak antara Jamrah Wusta ke Qubra 200m+-
- 10 hb melontar di Jamrah Kubra (jamrah paling jauh, perlu melalui jamrah ula dan wusta dahulu). 11hb, 12hb, 13hb kena melontar di ketiga-tiga jamrah.
- Khemah ke jamrah 10km x 4 hari di Mina = 40km
- Jarak dalam kawasan Jamrah Ula + Wusta + Qubra = 447m x 4 hari = 1.78km
Secara keseluruhannya, jarak untuk mendapatkan:
- Haji = 51.93 KM+-
- Umrah = 10.15 KM+- (umrah bukan kita buat sekali, banyak kali!)
Namun semua jarak di atas tidak termasuk ke tandas, untuk makan minum, ulang alik hotel ke masjid, Mudzalifah, Arafah dan lain-lain lagi.
Semasa di tanah suci, memang kita perlu banyak berjalan dan bergerak. Sangatlah rugi jika hanya duduk di hotel sebab tidak larat sedangkan kita menabung bertahun-tahun untuk pergi. Betul tak?
2. Jangkitan Penyakit
Cuba bayangkan, kita perlu menjalankan semua ibadah ini dalam keadaan yang sangat sesak dengan jutaan orang dari seluruh dunia. Macam-macam virus penyakit boleh berkumpul di sana.
Cuba bayangkan, kalau sistem imun kita lemah, tak mampu melawan virus yang datang menyerang, dan jika kita terpaksa menjalani ibadah haji dalam keadaan kurang sihat?
Nauzubillah. Minta Allah jauhkan.
Jika di Malaysia pun kita jenis yang kurang bersenam, kerap demam batuk selsema, dan tiba-tiba kita pergi menunaikan haji, dengan cuaca sangat berbeza, badan kita akan mengalami “kejutan”.
Inilah puncanya Klinik Tabung Haji di sana SENTIASA PENUH dan tempoh menunggu berjam-jam. Orang terlalu ramai. Ramai sangat yang uzur ketika berada di sana.
Demam, batuk, selsema, pening, sakit kepala, sakit lutut, sakit kaki dan macam macam lagi memang biasa, terutama golongan warga emas.
Masalah kesihatan memang boleh menjejaskan ibadah kita di sana.
Contohnya, kita mungkin terlepas menunaikan solat berjemaah di Masjidil Haram, di mana pahala solat berjemaah adalah beratus ribu kali ganda berbanding solat di tempat lain.
Ini belum dicampur dengan pahala dan rahmat yang Allah berikan kepada mereka yang bertawaf sunat mengelilingi Kaabah atau hanya melihat Kaabah saja setiap hari pun, dah dapat pahala yang besar.
Kalau kita tak sihat, macam mana kita nak berjalan jauh dari hotel ke Kaabah setiap hari?
Bila tak sihat, maka kita terpaksa lah ‘tersadai’ saja di hotel, atau lebih teruk, tersadai di hospital sepanjang masa.
Alangkah sayangnya jika ini berlaku pada diri kita atau ibu bapa kita.
Seumur hidup, mungkin ini KALI PERTAMA dan mungkin KALI TERAKHIR kita menunaikan ibadah haji.
Jadi, pastikan kita berusaha tingkatkan kesihatan agar dapat melakukan yang terbaik ketika di sana nanti.
Set Haji dan Umrah Shaklee
Untuk tujuan itu, Shaklee ada Set Haji dan Umrah Shaklee yang dapat membantu memenuhi keperluan para jemaah haji dan umrah. Antara yang sesuai dibawa adalah:
Tapi untuk yang paling basic yang saya selalu cadangkan:-
- Vitalea Multivitamin: Multivitamin untuk kesihatan dan kecergasan menyeluruh sepanjang di Tanah Suci.
- Vitamin C:Â Menguatkan sistem imunisasi badan untuk mengelakkan penyakit.
- Ostematrix (Calcium dan Magnesium): Menguatkan tulang, mengelak kekejangan kaki akibat berjalan jauh semasa menjalankan ibadah fizikal.
- Garlic Complex: Antibiotik semulajadi mengelak jangkitan kuman seperti sakit tekak, batuk dan selesema yang sering dialami para jemaah.
- Performance Drink:Â Minuman elektrolit yang memberi tenaga dan mengelakkan dehidrasi terutama semasa cuaca panas di Tanah Suci. Boleh bancuh dengan air zam-zam dalam botol dan minum sepanjang masa.
Jika ada keperluan dan budget, boleh tambah vitamin dibawah ini juga.
- Nutriferon:Â Immune system booster untuk mengelakkan jangkitan penyakit.
- Vivix:Â Antioksidan, antibiotik semulajadi untuk kesihatan keseluruhan.
- Shaklee Collagen Powder: Collagen untuk kelancaran tulang dan sendi.
- OmegaGuard: Pelincir untuk sendi, sangat penting untuk jemaah yang memang mengalami masalah sendi dan lutut.
Oh yer, di sana keadaan cuaca di Tanah Suci sangat kering. Jadi wajib pakai MOISTURIZER sepanjang di sana.
Herbal blend boleh disapu pada bibir, muka, tangan, siku, lutut, tapak kaki untuk elakkan kering dan merekah. Lepas bercukur kepala (bagi lelaki), boleh sapukan herbal blend cream untuk elakkan gatal di kepala. Herbal blend cream tiada bau wangian, jadi selamat dan sah digunakan sepanjang berihram.
Testimoni Pengamal Shaklee Semasa Mengerjakan Haji dan Umrah
Berikut adalah testimoni daripada Master Maria:
TAHUN 2014 – UMRAH (TENGAH PREGNANT 3 BULAN & AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE)
===========Pada Dec 2014, kami diberi rezeki lagi pergi menunaikan Umrah.
Saya hanya tau saya pregnant beberapa minggu sebelum bertolak ke Tanah Suci.
So masa di sana, saya tengah pregnant 3 bulan.
Alhamdulillah, saya dah amalkan vitamin Shaklee setiap hari sejak tahun 2012, dan saya masih teruskan Set Hamil Shaklee sepanjang di Tanah Suci.
Subhanallah, kalini saya rasa perbezaan yang sangat ketara dari segi tenaga & kesihatan!
Hotel kami sejauh 1 kilometer dari Masjidilharam.
Walaupun tengah pregnant, saya mampu jalan kaki ulang alik setiap hari ke Masjid untuk solat berjemaah.
Saya mampu buat Umrah hampir setiap hari di sana, mampu tawaf & saie dengan sempurna. Boleh buat tawaf sunat lagi.
Sepanjang di sana, saya langsung tak kena batuk atau selsema macam sebelum ni.
Saya rasa sangat sihat dan fit walaupun tengah pregnant!
Kadang-kadang macam lupa pulak tengah pregnant sebab cergas semacam. Hihi.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!
Betapa besarnya nikmat kesihatan yang Allah kurniakan pada saya kali ni.
Saya yakin, dengan asbab saya amalkan suplemen Shaklee, sistem imun saya bertambah baik secara semulajadi, tanpa perlu bergantung kepada ubatan dadah, semestinya dengan izin Allah.
Penutup
Kita dah nampak gambaran bagaimana cabaran menunaikan haji dan umrah ini kan. Jadi jomlah kita hadiahkan Set Haji dan Umrah Shaklee untuk family yang akan menunaikan Haji dan Umrah, InsyaAllah bila mereka dapat kesihatan yang baik dengan asbab Shaklee, kita juga akan dapat pahalanya. Amin.
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix
#CoachShaklee
Shaklee Gombak
wow..ini baru dinamakan blog konten berkualiti..
harap ramai yang dapat membaca..
masa untuk menunaikan haji sebaik masih cergas dan sihat
mrhanafi recently posted…Kes Studi 3 : Konten Blog Berkualiti
insyaAllah terima kasih cik
betul tu… nak tunaikan ibadah haji dan umrah perlukan tenaga dan kesihatan yang super baik, at least sihatlah kan…
sis umrah 2014 ya… kami haji 2014 juga… ala rindunyaaa
Ummi Hanie recently posted…Berpantang cara moden + Perak + Jawa, kelahiran anak ke-8
wah bestnya muda2 lagi dah gi ya UH
Teringat maqam al-baqi’ yang perlu dikunjungi menempatkan ramai syuhada’ dan sahabat nabi sehingga nabi sendiri diarahkan ke sana untuk berdoa.
Gum Arabic Al-Manna recently posted…Toreh Batang Pokok Akasia Untuk Dapatkan Getah Al-Manna
Bertuah ..dapat kunjungi rumah allah..insyaallah suatu hari nanti saya pun akan kesana amin..
Fatimahanizan bt a rahman recently posted…Bebas jangkitan dengan vitamin
insyaAllah kak
subhanallah best nya
Kita perlukan tenaga dan kesihatan yang baik sepanjang musim haji…
Fatimahanizan bt a rahman recently posted…Bebas jangkitan dengan vitamin
betul tu kak
nikmatnya haji dan umrah kalau sihat tubuh badan kan?
nikkhazami recently posted…Tips Tingkatkan Jualan di Instagram
betul bukan senang nak pegi, kalau dapat tu make sure sihat supaya boleh buat sehabis baik
peh, tu dia.
siap ada set haji dengan umrah lagi.
terbaiklah.
semua ada tau dengan Shaklee
Produk Shaklee untuk Haji dan Umrah pun ada. Itulah keistimewaan produk Shaklee.
Jemaah haji atau umrah perlu sihat untuk mengerjakan ibadat di Mekah, oleh itu penjagaan kesihatan agar dapat haji mabrur.
sensasi2020 recently posted…Cara Betul Pasang Iklan Google Adsense Di Blog
haa betulkan, rugila kalau dah dapat pegi tapi tak dapat optimakan ibadat kita
nice share.. mampu mengerjakan haji termasuklah kemampuan dari segi jasa fizikal untuk beribadah disana dan mampu sihat dalam perjalanan pergi dan balik..
Pha Is recently posted…2 Jenis Manusia | Kopi vs Teh
ya betul, insyaAllah
Betul tu Anah, haji dan umrah ni mmg kena kuat mental dan fizikal . Bukan dekat dekat km nak kena menapak tu kan…
Alhamdulilahlah ada Shaklee….dpt membantu kpd yg memerlukan dgn izin Allah
Okje recently posted…Tofu Black Pepper
haa, kena mentally and fizikally prepared. bukan senang nak pi so kenalah sihat