Set kurus Shaklee best tau, dipadankan dengan intermittent fasting, kesannya sangat wow! Saya mula kenal intermittent fasting lama dulu sebelum viral artis Lisa Surihani berjaya kuruskan badan sekitar tahun 2017 dulu. Tapi kisah saya tak la viral, sebab bukan artis kan. hihi
Jadi pengalaman saya dengan intermittent fasting ni bukan pengalaman baru, dah 5 tahun sebenarnya. Dan mengikut pengalaman itulah saya tuliskan artikel ini buat panduan anda pula.
Sebelum tu, saya ada terbaca posting sahabat saya, berkenaan ramainya orang Malaysia ni mengalami masalah berat badan. Jemput baca posting beliau di sini
Set kurus Shaklee Terbaik Berkesan Untuk Kuruskan Badan
Sekiranya anda pun ada masalah berat badan, dan ingin mencuba program Intermittent fasting anda mungkin boleh consider program ini bersama saya. Jemput baca lebih lanjut.
Pengalaman Buat Intermittent Fasting
Sebelum saya share apa pengalaman terbaik saya buat intermittent fasting, mungkin lebih baik saya senaraikan antara kaedah intermittent fasting yang saya pernah lakukan:
- intermittent fasting tunggal (tanpa protokol pemakanan)
Kaedah ini paling slow, saya cuma dapat buang 2 kg sahaja dalam tempoh 2 bulan. - intermittent fasting bersama keto diet
Kaedah ini sederhana laju, saya dapat buang kg pada permulaan 4 bulan sahaja. Lepas tu dia statik. Kaedah keto diet ni ada kontra dia, iaitu harga bahan makanannya agak premium. Kalau mampu buat, boleh buat. Tapi pada saya kaedah ini tak rileks sangat di samping sukar nak dijadikan lifestyle. - intermittent fasting bersama set kurus shaklee
Kaedah ini paling saya suka. Kaedah ini membantu saya turun berat 5kg pada bulan Ramadan tahun lalu 2022. Lepas tu inch loss yang banyak, otot bertambah, paling mudah nak konsisten sebab kaedah yang lebih rileks dan mampu jadikan kaedah ini sebagai sebuah lifestyle.
Gambar ini merupakan gambar saya pada bulan November 2022 yang lalu.

Selain rekod peribadi saya berjaya buang 21kg dalam masa 6 bulan melalui program Jom Detox Jutawan (satu program yang pernah saya jayakan pada tahun 2018 hingga 2020), keberjayaan untuk mengekalkan tahap berat badan yang baik adalah satu cabaran yang besar.
Bila buat intermittent fasting, pastikan kita target untuk kurus secara long term. Masalah dengan banyak program diet untuk kurus ialah ianya hanya memberikan kesan sementara. Kurus 10kg misalnya, tapi selepas beberapa bulan, berat badan bertambah akibat kesan yo-yo.
Alhamdulillah bila saya amalkan intermittent fasting bersama pengambilan Set Kurus Shaklee, saya berjaya kekalkan berat badan sihat, dengan inci yang menyihatkan dan berada pada keadaan ini selama 5 tahun.
Anda boleh baca kisah saya berikut tentang perjalanan kurus saya:
https://vitamin-cerdik.com/detox-if-dan-keto-jadi-pilihan-kuruskan-badan/
Efek Intermittent Fasting Yang Kita Tidak Mahu
Saya memang makan vitamin Shaklee dah 12 tahun. Jadi sepanjang buat intermittent fasting walaupun dengan diet keto, saya tetap makan vitamin Shaklee tapi tidaklah fokus makan vitamin Shaklee untuk kuruskan badan.
Walaupun intermittent fasting disebutkan dapat membantu kesihatan kita seperti artikel saya terdahulu.
Namun, intermittent fasting juga ada minor efek. Antara isu-isu yang muncul disebabkan intermittent fasting sahaja ialah
- kehilangan otot
- kurang aktif
- sembelit
- dehidrasi
- craving dan lapar
- perubahan mood dan hormon
- malnutrisi
Semua tu berlaku adalah disebabkan kurangnya nutrisi, sel tidak mendapat nutrisi yang mencukupi untuk ia berperanan, disamping damage sediada dalam sel.
Peranan Suplemen Untuk Kuruskan Badan atau Semasa Intermittent Fasting
Jika tidak dilakukan dengan betul, intermittent fasting boleh menyebabkan kekurangan zat makanan.
Jika seseorang itu menjalani tempoh intermittent fasting yang sangat lama (berbulan-bulan atau bertahun-tahun) dan tidak mengisi badan mereka dengan nutrien yang mencukupi, ini boleh mengakibatkan kekurangan zat makanan.
Apabila ini berlaku, ia akan menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain.
Itulah sebabnya penting untuk mengambil diet yang lengkap dan berkhasiat sambil mengamalkan intermittent fasting.
Jadi berdasarkan pengalaman saya, pengambilan vitamin Set Kurus Shaklee semasa buat intermittent fasting, mempunyai banyak kebaikan.
1. Membantu buat atau kekalkan otot
Kajian menunjukkan bahawa orang yang buat intermittent fasting cenderung kehilangan otot. Kajian klinikal selama 12 minggu mendapati bahawa peserta yang makan hanya antara tengah hari dan 8 malam kehilangan purata berat 1.7 kg, tetapi kebanyakannya (1.5 kg) adalah otot.
Biasanya semasa penurunan berat badan, hanya 20-30% daripada jumlah berat yang hilang adalah otot. Menariknya, kehilangan otot dalam kajian itu adalah signifikan secara statistik.
Ada kajian yang mereka lakukan mendapati, bahawa kehilangan otot boleh dielakkan apabila pengambilan protein yang mencukupi dikekalkan semasa intermittent fasting.
2. Membantu aktifkan badan
Kebiasaannya orang yang buat intermittent fasting, mereka juga mengurangkan pergerakan harian dan jumlah langkah mereka dengan ketara.
3. Cukupkan keperluan nutrisi tubuh
Sebagai orang yang memang amalkan intermittent fasting setiap hari, ianya dah jadi lifestyle saya. Jadi saya tahu jumlah pemakanan yang saya ambik.
Umum tahu, badan kita terutama asas terkecil badan kita iaitu sel, memerlukan makanan untuk badan kita berfungsi. Kenapa makanan? Kerana makanan ialah memberikan nutrisi untuk sel kita.
Kita makan nasi hari-hari, sebab ianya bekalkan karbohidrat dan lain-lain nutrisi untuk sel kita. Begitu juga kita makan protein, antioksidan dan lain-lain untuk khasiat yang tertentu.
Jadi bila kita amalkan intermittent fasting, secara automatik kita sememangnya sudah hadkan jumlah pengambilan makanan kita. Bila kita hadkan pemakanan kita, secara tak sedar, nutrisi yang masuk ke tubuh kita turut berkurangan. Kalau kita terus lakukan ini berbulan-bulan atau bertahun-tahun seperti saya tanpa pengambilan suplemen, tentulah akan efek fungsi sel badan kita.
Set Kurus Shaklee Cukupkan Keperluan Nutrisi Disamping Jadi Booster Untuk Buat Intermittent Fasting
Sejak tahun 2022 (exactly time Ramadan 2022), saya memang fokus amalkan Set Kurus Shaklee seperti dalam gambar berikut untuk bantu saya berpuasa.
Siapa sangka saya dapat buang 5kg pada bulan puasa tersebut, dan saya masih teruskan pengambilan Set Kurus Shaklee sehingga kini. Saya sertakan dibawah maklumat lanjut setiap produk

1. Cinch Shake Shaklee
Untuk menurunkan berat badan dengan cara yang betul walaupun dengan kaedah intermittent fasting, anda perlu mengelakkan kehilangan otot.
Cinch Shake Shaklee merupakan makanan lengkap kerana mengandungi tinggi zat protein, sedikit karbohidrat, dan lemak. Ia juga mengandungi 21 jenis vitamin dan mineral termasuk
- Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12,
- Vitamin C, D3, E,
- Mineral seperti Kalsium, Zat Besi, Fosforus, Magnesium, Zink, Selenium, Tembaga, Mangan, Natrium, Potasium.
1 hidangan Cinch Shake menyediakan 180kcal jadi rendah kalori tapi penuh khasiat. Cinch Shake membekalkan
- karbohidrat dan kaya dengan protein.
- Tinggi serat, dengan 6gram setiap hidangan.
- Diperkayakan dengan leucine Gemuk Tak Kurus-kurus: Akhirnya Kurus!untuk membantu pembentukan otot dan membakar lemak badan untuk mencapai berat badan yang lebih sihat. Mengandungi 21 vitamin dan mineral penting
Kenapa pentingnya semua khasiat ini terutama jika nak buat intermittent fasting?
- vitamin B: penting untuk mengurangkan keletihan dan melegakan tekanan
- mineral: mengandungi elektrolit untuk pengaliran bendalir dalam dan luar sel justeru memastikan kita terhidrat dengan betul. Mineral seperti zat besi, mangan dan tembaga membantu proses intermittent fasting
- vitamin D: membantu memperbaiki fungsi pankreas (organ yang mengawalatur hormon termasuk hormon insulin)
- vitamin A: juga memperbaiki fungsi pankreas
Manfaat Cinch Shaklee Dalam Set Kurus Shaklee
Lebih daripada itu, Cinch Shake mengandungi protein soya yang mana protein ini berfungsi untuk:
- Lebih Tinggi Metabolism
Selain memberi badan anda kekuatan, bentuk dan ketegapan, otot anda boleh membakar sehingga 50 kalori setiap hari. Oleh itu, semakin banyak otot yang anda miliki, lebih banyak kalori yang anda bakar dalam sehar. Pengambilan protein yang rendah menurunkan metabolisme anda, menghalang usaha penurunan berat badan anda - Lebih Banyak Senaman Dapat Dilakukan
Untuk membina otot, anda perlu mengambil protein yang mencukupi beserta dengan senaman. Sumber protein yang baik membantu membina tisu yang sihat dan pembentukan otot anda. Menambah senaman rintangan, anda akan membina jisim otot, meningkatkan metabolisme semulajadi supaya anda mencapai matlamat kecergasan anda dengan cara yang lebih berkesan. - Leucine membantu mengekalkan dan membina otot
Pilih protein yang boleh membantu anda mengekalkan jisim otot apabila anda menguruskan berat badan anda. Gabungkan leusina ke dalam diet anda kerana:
• Ia adalah asid amino penting yang membantu anda mengurangkan berat badan dengan cara yang betul.
• Ia membantu tubuh mengekal dan membina otot tanpa lemak.
• Ia menyokong metabolisme yang sihat dengan memelihara otot.
Protein soya yang digunakan dalam pembuatan Cinch Shake (termasuk ESP Shaklee) mengandungi 9 asid amino perlu. Asid amino penting ini seperti isoleucine, leucine dan valine yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Mengambil protein yang kaya dengan asid amino ini sebelum dan selepas bersenam boleh membantu mengurangkan atau melambatkan permulaan sakit otot dan meningkatkan pemulihan otot. Leucine juga paling penting untuk merangsang sintesis protein.
2. Lecithin
Lecithin adalah bahan berlemak yang penting dalam sel-sel badan dan boleh didapati dalam makanan seperti kuning telur, kacang soya dan organ haiwan. Lesitin mengandungi kolin (cholin), iaitu nutrien yang penting untuk mengawal atur fungsi utama badan bagi mengekalkan kesihatan yang baik.
Fungsi Lecithin khususnya untuk kuruskan badan dengan
- membantu mempercepatkan proses pemecahan lemak dan meningkatkan metabolisma.
- melindungi kesihatan hati yang merupakan sejenis lipid khas yang mencegah lemak daripada terkumpul di dalam hati
- Bersama-sama dengan kolin, mereka mengawal aliran keluar masuk nutrien dan membantu
- menyingkirkan toksin daripada hati bagi mengelakkan sebarang kemudaratan kepada tubuh badan
- Menghasilkan asetilkolin, iaitu bahan yang terlibat dalam pembelajaran, daya ingatan, fungsi otot, tidur, rangsangan seksual, rembesan dan peredaran hormon.
- Menggalakkan penggunaan lemak sebagai tenaga.
Seperti saya tuliskan sebelum ini, hormon juga memainkan peranan untuk kuruskan badan. Inilah kekuatan lecithin juga.
3. Omega Guard Dalam Set Kurus Shaklee
Kita semua tahu bahawa asid lemak Omega-3 memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh manusia, seperti meningkatkan peredaran darah, kesihatan otak dan mengalakkan kesihatan sendi. Tetapi adakah anda tahu ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan apabila disertai dengan senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang?
Antara peranan Omega Guard:
- Mengawal Atur Tahap Lemak Badan Yang Sihat. Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia: Meningkatkan kadar metabolik, meningkatkan kadar pembakaran lemak, meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam, menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak, mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita.
- Menyeimbangkan Rasa Kenyang dan Membantu Intermittent Fasting Lebih Lama. Dua hormon utama – ghrelin, dan leptin – berperanan mengawal rasa lapar dan kenyang. Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3 didapati bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini dan meningkatkan rasa kenyang – anda berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan.
- Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat. Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan Omega-3 dapat membantu dengan meningkatkan kepekaan insulin badan yang mana semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak.
- Mengurangkan Tekanan. Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Omega-3 membantu mengawal atur tahap kortisol yang sihat, kortisol ialah adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil.
4. Herblax
Herblax merupakan campuran proprietari termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional untuk kesihatan usus.
Dengan mengamalkan Herblax, ia membantu melegakan masalah sembelit yang dihadapi semasa berpuasa / intermittent fasting disebabkan kekurangan pengambilan cecair dan serat.
5. Vivix Dalam Set Kurus Shaklee
Orang mungkin tak nampak sangat kebaikan Vivix untuk kuruskan badan. Tapi maklumat berikut mungkin dapat mengubah fikiran anda kerana Vivix menjadi booster untuk anda kuruskan badan. Untuk best results kuruskan badan, tambahlah Vivix dalam senarai suplemen yang ingin anda selalu amalkan.
Vivix merupakan campuran sempurna polifenol. Selain buah anggur Muscadine yang amat berkuasa, ia juga dicampurkan dengan Rejuvetrolâ„¢ yang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah untuk meningkatkan keberkesanan dan memberikan spektrum perlindungan yang lebih luas.
Shaklee menggunakan proses ekstrak yang dipatenkan untuk mengekalkan kuasa antioksidan dan polifenol supaya anda boleh hidup sihat dan bertenaga dengan minuman botani yang lazat ini!
Kebaikan Vivix untuk kuruskan badan:
- Mempunyai anti diabetic effects: pulihkan semula pankreas. Bila pankreas sihat, insulin sensitivity dan metabolisme gula akan normal.
- Bersifat anti auto genesis: merupakan proses memotong atau menghancurkan salur darah yang tak normal yang ada pada sel-sel tak normal termasuk sel kanser, tumor. Berita baiknya ialah, dalam sel lemak juga ada salur darah. Bila kita makan polifenol yang ada khasiat anti autogenesis, ia akan bantu potong salur darah tu terus.
Baca sini untuk lanjut tentang anti autogenesis: How We Can Starve Cancer With Food - Elakkan craving gula: polifenol ada khasiat sebagai “brain protective property“. Ia bermaksud dapat memulihara otak kita jadi berfungsi dengan baik (tidaklah teringat-ingat makanan atau lambat rasa kenyang). Lambat rasa kenyang inilah puncanya kita makan berlebihan dan menyebabkan kita makan berkali-kali akibat craving. Lebih ringkasnya polifenol bantu otak kita lebih cepat pikap.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Vivix, boleh refer posting saya yang berikut:
Kesimpulan Set Kurus Shaklee
Selain rekod peribadi saya berjaya buang 21kg dalam masa 6 bulan melalui program Jom Detox Jutawan (satu program yang pernah saya jayakan pada tahun 2018 hingga 2020), keberjayaan untuk mengekalkan tahap berat badan yang baik adalah satu cabaran yang besar.
Bila buat intermittent fasting, pastikan kita target untuk kurus secara long term. Masalah dengan banyak program diet untuk kurus ialah ianya hanya memberikan kesan sementara. Kurus 10kg misalnya, tapi selepas beberapa bulan, berat badan bertambah akibat kesan yo-yo.
Alhamdulillah bila saya amalkan intermittent fasting bersama pengambilan Set Kurus Shaklee, saya berjaya kekalkan berat badan sihat, dengan inci yang menyihatkan dan berada pada keadaan ini selama 5 tahun.
Untuk sertai saya dalam program kuruskan badan berasaskan intermittent fasting dan pengambilan Set Kurus Shaklee, anda boleh hubungi saya di nombor tertera di bawah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive23
#shakleetriumph23
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
Terima kasih info yang sangat bermanfaat sahabat.
most welcome dear
Semua info sangat complete dan padat!!! Tak jelas lagi tak tahu lahhh 😀
moga beri manfaat
Good Sharing. Tq, Kak Anah.
tq dear, jom semangat
Bestnyer coach anah, kurus secara sihat dengan Shaklee
Naimah Wahab recently posted…Set Kurus Shaklee Bantu Langsing
alhamdulillah haaza min fadli robbi
Wah beza sangat. badan pun lagi ringan kannn
betul Master, Master pun dah kurus kan
Wah banyaknya dapat buang. 21kg tu. Semoga berat badan Master terus maintain.
haa alhamdulillah banyak. Mudah-mudahan dapat maintain banyak pasni