Alhamdulilah dah 10 tahun saya bersama bisnes Shaklee, 10 tahun jugalah saya dapat duit raya awal dari Shaklee.
Tahun ni alhamdulillah Allah izinkan saya menginjak usia 44 tahun pada 8 Mac 2023 semalam. Haaza min fadli robbi, dan tahun ini merupakan tahun ke 12 saya sebagai pengguna Shaklee.
Dari segi bisnes Shaklee pula, tahun 2023 adalah tahun ke 10 saya bersama Shaklee.
Duit Raya Awal Dari Shaklee dan Birthday Ke 44
Tiada yang istimewa pun, sekadar nak berkongsi di sini sahaja. Sambut birthday dengan keluarga sahaja semalam. Bulan depan kita dah raya, jadi saya memang seronoklah kesekian kalinya insyaAllah dapat lagi duit raya awal dari Shaklee.
Sempena birthday saya semalam, ajak anak-anak ke Kuala Lumpur City Center (KLCC), sambil jalan-jalan, tujuan saya pun nak beli hadiah untuk diri sendiri. Ada hadiah yang keluarga suruh beli, ada yang saya beli sendiri. Ha terus dapat 2 hadiah. Seronok.

Wow tak? 1 paper bag Michael Kors, 1 lagi beg Dior. Wah wah, saya sendiri pun excited bila dapat ni.
Saya beli apa? Meh saya share:


Alhamdulillah seronok dapat hadiah, bukan pakai duit sendiri. Hadiah keluarga, 1 lagi tu guna duit bonus Shaklee lah. Tak pernah termimpi nak dapat beli Dior, ianya company branded super premium. Handbag dia yang timeless tu pun harga puluh-puluh ribu. MasyaAllah.
Sambil jalan-jalan semalam, saya masuk butik Rolex. Di trip Shaklee Switzerland tahun lalu, saya tak sempat masuk butik Rolex (disana dijual dalam kedai namanya Bucherer). Saja la masuk sini, ambik vibes, ambik aura dan buat visualization.

Alhamdulillah tahun lalu saya dapat trip percuma Shaklee ke Switzerland, nanti saya share di posting yang berasingan.
Rajin sangat nampak Rolex sekarang ni, mana la tahu dapat Rolex tak lama lagi kan. MasyaAllah.
Tahun ke 10 Dapat Duit Dari Shaklee
Saya saja share sini untuk memory ya, haaza min fadli robbi. Saya surirumah dan pada masa yang sama saya adalah CEO kepada team bisnes Shaklee saya, MAF Empire. Alhamdulillah, team saya pula saya bermula dari 1 orang, iaitu saya.
Dari 1 orang itulah, alhamdulillah hingga kini dah lebih seribu orang ahli, selain telah membantu beribu-ribu yang lain melalui Shaklee, samada dengan kesihatan mahupun dengan bisnes Shaklee.
Sepanjang bisnes Shaklee, dan sepanjang pengalaman saya, tak pernah lagi saya lewat terima bonus Shaklee. Geng duit raya awal tu kami lah orang Shaklee, alhamdulillah Shaklee selalu bayar awal.
Biasanya 14hb setiap bulan kami akan terima bonus Shaklee, namun ada kalanya cepat juga bergantung juga kepada cuti hujung minggu atau perayaan. Ada yang paling awal ialah pada 10hb, masa tu nak raya juga.
Tahun ini memandangkan hari raya 2023 ialah pada 22hb April 2023, kemungkinan besar duit raya awal dari Shaklee pun pada 14hb April 2023, alhamdulillah iaitu seminggu lagi sebelum hari raya.
Nak Buat Apa Dengan Duit Raya Awal Dari Shaklee?
Bila dapat duit raya awal dari Shaklee ni, banyaklah perkara kita boleh uruskan betulkan? Lebih-lebih lagi bonus Shaklee tu kita dapat pada masih berpuasa, terutama 10 hari terakhir Ramadan. Antara yang saya plan:
- guna untuk sedekah 10 malam terakhir Ramadan
- guna untuk persiapan terakhir hari raya terutama biskut, kek dan kuih muih hari raya
- sumbangan untuk jamuan hari raya keluarga
- untuk beli suplemen Shaklee guna untuk balik kampung mahupun hari raya
- untuk travel balik kampung
- untuk sedekah / duit hari raya: paling banyak peruntukan
Bestnya kalau dapat banyak-banyak bonus Shaklee, lagi banyak dapat, lagi banyak boleh spend terutama untuk sedekah Ramadan dan duit raya. MasyaAllah moga Allah kabulkan hajat saya.
Sebagai surirumah, bila saya ada income sendiri dari bisnes Shaklee, saya dapat juga gunakan bonus Shaklee untuk keperluan dan impian saya sendiri, disamping membantu cukupkan keperluan keluarga. Impian ni tak tertakluk kepada benda yang tangible (boleh nampak), tapi juga impian saya yang intangible.
Duit Raya Awal Dari Bisnes Shaklee Untuk Alat Capai Impian
Impian intangible saya umpamanya
- nak sedekah sebanyak-banyaknya di masa saya hidup
- nak sediakan waqaf untuk diri sendiri, ibu bapa, anak-anak dll.
- nak jadi antara pemberi zakat terbanyak
Ada hadis Rasulullah saw yang bermaksud:
“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya, dan doa daripada anaknya yang soleh”
Hadis Riwayat Muslim
Anak yang soleh, mudah-mudahan anak-anak kita semua begitu. Kita pun berusaha mendidik mereka supaya jadi anak yang soleh.
Salah satu fokus saya berkongsi di blog saya ini mahupun di media social saya, ialah juga ilmu. Itulah sedekah ilmu saya, mudah-mudahan ianya bermanfaat kepada semua.
Dan 1 perkara lagi ialah sedekah. Keutamaan sedekah ni pula, ada pintu Syurga pun salah satunya dinamakan sebagai Pintu Sedekah. Pintu syurga Sedekah ini adalah untuk semua orang yang rajin bersedekah tanpa mengenal situasi.
Dimasa dia tak senang pun dia sedekah
Dimasa dia senang lagilah banyak dia sedekah
Dan ganjaran sedekah pun sangat banyak
"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
MasyaAllah bestkan? Bayangkan kita ni surirumah, boleh nak sedekah bila-bila masa yang kita kehendaki. Tak perlu pun tunggu duit pemberian suami. Ada je orang guna juga duit pemberian suami, tak salah pun. Tapi saya lagi suka duit hasil usaha saya sendiri dari bisnes Shaklee yang saya usahakan.
Seronok Kalau Ramai Wanita Pun Dapat Duit Dari Shaklee
Ganjaran besar daripada bisnes Shaklee ni ada banyak. Dan penulisan saya sebelum ni pun banyak saya dah share, saya senaraikan di bawah:
Malahan baru-baru ni saya share lagi 9 perkara best daripada circle Shaklee saya. Alhamdulillah
Ada banyak peluang dalam Shaklee ni, dan saya seronok kalau saya dapat bantu lebih ramai orang lagi untuk turut sama dapat peluang dapatkan duit raya awal atau duit bonus Shaklee setiap bulan melalui bisnes Shaklee.
Apa yang lagi menarik ialah modal pun rendah sahaja, tak perlu hendak buat loan sampai beribu-ribu tapi kejayaan dalam bisnes Shaklee pasti memampukan anda mendapat duit raya awal dari Shaklee atau duit bonus Shaklee bulanan mencapai 4-5-6 angka daripada Shaklee! Ha best ke best sangat?


Kalau anda nak tahu, berkenaan pay to infinity ni. Dari tahun 2020 hingga tahun 2022, untuk tempoh 3 tahun itu Shaklee telah membayar sebanyak rm270 juta bonus Shaklee kepada semua pengedar dan ahli Shaklee yang layak.
Fuh banyak kan? Dalam Shaklee takde limit bonus yang kita boleh dapat, pastikan kita layak dapat, insyaAllah Shaklee akan bayar kepada kita duit raya awal atau bonus Shaklee setiap bulan.
Siapa yang boleh buat duit dari Shaklee?
Dalam bisnes Shaklee ni, semua orang boleh join, bukan hanya surirumah sahaja. Bahkan semua orang dialu-alukan.
- orang yang bekerja, boleh buat jana tambahan dari bisnes Shaklee. Malahan penjawat awam pun boleh buat bisnes Shaklee sebab kerajaan pun menggalakkan buat jana pendapatan tambahan tapi perlu pastikan tidak jejaskan tanggungjawab kepada kerja hakiki. Bisnes Shaklee mudah sahaja boleh buat secara online, jadi tiada masalah buat orang bekerja.
- lelaki mahupun wanita semua boleh buat. lelaki pun ada yang makan Shaklee malahan mereka ni kalau bisnes Shaklee memang lebih smart.
- Tidak kenal usia. Umur boleh mula register Shaklee ialah seawal 18 tahun, jadi dari umur 18 tahun pu boleh buat bisnes Shaklee. Dan ada juga umur berpencen pun masih berminat nak bisnes Shaklee. Master termuda dalam Shaklee berumur 23 tahun, belum tamat ijazah pun! Manakala ada Master pada umur 60an.
- Surirumah yang ingin jana pendapatan sendiri, dengan pendapatan dengan bisnes Shaklee memampukan surirumah memiliki harta sendiri (ie rumah atau kereta), malahan boleh menyumbang kepada negara melalui pembayaran cukai.
- samada yang ada pengalaman atau tiada pengalaman, semua boleh buat bisnes Shaklee. Kita belajar along the way insyaAllah.
“Apa yang paling penting ialah bukan siapa anda sebelum ini atau sekarang, yang terpenting ialah siapa anda dalam tempoh 5 tahun akan datang”
Master Raihanah
Kalau anda adalah orang yang ingin capai impian anda, saya jemput anda turut sama join saya dalam team saya Maf Empire. Jom buat duit atau dapat duit hari-hari dengan bisnes Shaklee.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#duitrayaawalshaklee
Contact saya seperti dibawah:
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak
wow cun kasut tu kak
kan cantik sgt, suka!
Alhamdulillah.. tahniah kak Anah.
alhamdulillah tq dear