Call nowWhatsapp

Gemuk Tak Kurus-kurus: Akhirnya Kurus!

gemuk tak kurus-kurus

Ada ramai di kalangan kita yang selalu ada masalah begini:

  • Memang sedia gemuk sejak remaja / kecil
  • Berat naik sedikit-sedikit setiap tahun
  • Lepas mengandung, berat sukar untuk turun

Malaysia Negara Obes

Negara kita adalah juara obesiti di rantau Asia Tenggara. Ini sesuatu yang kita kena cakna, sebab bila obesiti, risiko untuk kita dapat penyakit lain akan bertambah.

Kita mahu hidapi penyakit? Tentu tidak kan? Jadi kita kena perbaiki kesihatan kita dengan memperbaiki masalah berat badan.

Obesiti menurunkan jangka hayat kita sehingga 14 tahun
Obesiti menurunkan jangka hayat kita sehingga 14 tahun

Gemuk Tak Kurus-kurus: Mengapa Jadi Begini?

Nak jadi Obes perlukan masa bertahun-tahun, bahkan berpuluh tahun. Bayangkan kita konsisten naik berat 1Kg setiap tahun, selepas 25 tahun, berat badan kita meningkat sehingga 25kg. Sudah cukup menjadikan kita Obesiti. Berat yang naik sedikit-sedikit saban tahun berkait rapat dengan Insulin di dalam tubuh.

Berat yang naik sedikit-sedikit saban tahun berkait rapat dengan Insulin di dalam tubuh. Apabila mengalami insulin resistance, Insulin dalam badan tinggi.

1. Insulin menyimpan lemak

Tugas Insulin salah satunya sebagai penyimpan lemak. Sebab itulah, orang yang alami Insulin resistance, makan walaupun sedikit gemuknya lebih. Orang yang ada Insulin resistence akan alami kesukaran menurunkan berat badan. Kebanyakan mereka cepat putus asa. Ada yang berjaya turunkan berat, tetapi berat akan melantun naik semula (rebound).

Apabila mengalami insulin resistance, Insulin dalam badan tinggi. Tugas Insulin sebagai penyimpan lemak. Sebab itulah, orang yang alami Insulin resistance, makan walaupun sedikit gemuknya lebih.

Orang yang ada Insulin resistence akan alami kesukaran menurunkan berat badan. Kebanyakan mereka cepat putus asa. Ada yang berjaya turunkan berat, tetapi berat akan melantun naik semula (rebound).

Insulin resistance punca sukar untuk kurus
Insulin resistance punca sukar untuk kurus

2. Tempoh gemuk

Tempoh kegemukan memberi peranan dalam penurunan berat badan. Sebab tu kalau berat naik sebab mengandung, cepat sahaja boleh dapat berat asal (sebelum mengandung).

Tapi kalau jenis memang gemuk sejak kecil/muda, jadi lambat nak kurus. Orang yang gemuk sejak kecil lebih sukar menurunkan berat badan berbanding orang yang naik berat musim cuti sekolah.

Jika berat naik ikut musim, perlu cepat-cepat turunkan berat sebelum ia kekal menjadi lemak tersimpan. Jika sudah lama gemuk, masih ada harapan untuk kurus. Jadi kenali diri terlebih dahulu.

3. Badan beradaptasi

Badan kita beradaptasi dengan faktor sekeliling untuk terus hidup. Jika kita sentiasa kesejukan, badan akan beradaptasi dengan sentiasa mengeluarkan haba untuk pemanasan badan. Sehingga akhirnya kita menjadi resistance pada rasa sejuk.

Jika badan kita sentiasa panas, badan akan mengeluarkan peluh. Jika kita sentiasa kepanasan, kita akhirnya menjadi resistance dengan panas itu.

Sama juga jika kita selalu amalkan antibiotik, badan akan beradaptasi dan akhirnya kita menjadi resistance pada antibiotik.

Resistance = rintang = macam dah imun

Gemuk Tak kurus-kurus: Bagaimana insulin berfungsi

Insulin ibarat kunci kepada sel. Apabila makanan masuk, Insulin akan buka sel supaya glukosa dapat masuk ke dalam sel untuk dijadikan tenaga. Jika kita abaikan signal-signal awal kenaikan berat, kita sebenarnya sedang mendera Insulin bekerja keras.

Adakah makan dengan kerap membantu kurus?

Setengah pendapat mengatakan nak kurus, kita perlu makan dengan kerap setiap hari. Makan sedikit-sedikit katanya. Tapi keadaan makan dengan kerap setiap hari akan memberi tekanan pada Insulin.

Ini menyebabkan

  • Kunci yang selama ini berfungsi tidak lagi dapat meneruskan kerjanya.
  • Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel akan berlegar-legar di dalam darah.

Insulin yang selama ini berfungsi dengan baik akhirnya menjadi resistance. Insulin di dalam badan ada, tetapi tidak berfungsi. Badan akan beradaptasi dengan menjadikan tubuh kita Insulin resistance.

Adakah anda juga ada masalah begini? Anda perlukan pertolongan
Adakah anda juga ada masalah begini? Anda perlukan pertolongan

Permulaan gemuk berlaku

Apabila sudah alami Insulin rintang, kita belum dapat penyakit, inilah permulaan gemuk konsisten terjadi. Insulin di dalam badan tinggi tetapi tidak berfungsi. Pankreas akan hasilkan lebih banyak Insulin.

Apabila Insulin resistance berlaku, Insulin dalam badan tinggi. Tugas Insulin juga sebagai penyimpan lemak. Maka makan sedikit, gemuknya lebih sebab insulin ini suka simpan lemak.

Gemuk Tak kurus-kurus: Puncanya Insulin Resistance

Punca kegemukan yang terlalu sukar untuk kurus ialah Insulin resistance. Jika mahu turunkan berat, pastikan masalah Insulin resistance ini diatasi terlebih dahulu.

Orang yang ada Insulin rintang akan alami kesukaran menurunkan berat badan. Kebanyakan mereka cepat putus asa. Ada yang berjaya turunkan berat, tetapi berat akan melantun naik semula.

Jika penghidap Obesiti pergi mendapatkan konsultasi dengan doktor, biasanya pesakit dipersalah. ‘Berat nanang mung pokcik mesti tak ikut saranan ni’.

Mudah untuk menyalahkan pesakit. Penghidap Obesiti memang dah berat. Mendapat pelbagai tuduhan tidak ‘diet’ juga tuduhan berat. Sudahlah badan sudah berat. Berat mata kita memandang, berat lagi si pemikul badan tu. Bukannya makan banyak sangat, tapi masih gagal kurangkan berat.

Perut buncit salah satu tanda insulin resistance
Perut buncit salah satu tanda insulin resistance

Insulin Resistance: Diet dan Senaman Tidak Berkesan

Kenapa diet dan senaman tidak berkesan untuk penghidap Obesiti? Bukan kerana penghidap Obesiti itu malas. Walaupun mereka bersenam, ia masih tidak mencukupi, sebab insulin resistance.

Masih ada harapan untuk kembali langsing, rakan-rakan Obesiti. Nak tahu?

Gemuk Tak Kurus-kurus: Pengalaman Saya

Saya berumur 40 tahun Pengalaman saya sejak kecil memang berat badan berlebihan (belum masuk obesity). Tapi memanglah saban tahun berat badan mula meningkat. Ini pula pengalaman bila dah mula mengandung.

  • Mula mengandung anak sulung: 55kg, sebelum bersalin 83kg (naik 27kg!)
  • Mula mengandung anak kedua: 63kg, sebelum bersalin 85kg (naik 22kg!)
  • Mula mengandung anak ketiga: 72kg, sebelum bersalin 93kg (naik 21kg!)
  • Mula mengandung anak keempat: 69kg, sebelum bersalin 92kg (naik 23kg!)

Asal kurus, mengandung pulak. Alhamdulillah rezeki kan. Tapi memang sukar nak kurus, sejak muda memang begitu.

Saya pernah cuba program diet. Cuba produk Trimz and Klenz, memang Berjaya turun sampai 50kg! Later on baru tahu rupanya produk tu ada Sibutramine (google eh). Nasib baik saya Panjang umur.

Diet karbo (nasi). 6 bulan tak makan nasi. Berat turun sampai 55kg (sebelum mengandung anak no 2). Lepas makan balik nasi, berat rebound.

#JomDetox membantu saya menurunkan berat badan dan inchloss yang banyak
#JomDetox membantu saya menurunkan berat badan dan inchloss yang banyak

Detox Shaklee (2016) sebelum mengandung anak no 4. Turun berat sampai 65kg. Tapi plateu sampai give up. Pregnant pula lepas tu (2017) •

Lepas bersalin anak keempat, saya tak sabar nak cuba buat Intermittent Fasting (IF). Buat IF mula masa anak berusia 4 bulan. Berat turun 2kg sahaja dalam tempoh 5 bulan (dari 74kg kepada 72kg). Sangat perlahan dan selalu rebound. Kalau tak jaga makan naik balik kepada 74kg.

Akhirnya saya jumpa cara nak kurus bagi kita-kita yang Gemuk Tak Kurus-kurus ni. Ini pengalaman saya:

  • November 2018. Saya buat balik Detox Shaklee. Berat sebelum detox 74kg.
  • Detox 1 minggu turun 3kg kepada 71kg
  • Kemudian saya sambung buat IF. Dalam 3 minggu dari 71kg kepada 68kg!

Sebulan (Disember 2018) total loss 6kg!! Dah tentulah hasil ni saya ambil suplemen juga. Jadi, kalau orang tak ambil suplemen, saya tak tahu berkesan atau tidak.

Gemuk Tak Kurus-kurus: Kuncinya adalah Insulin Resistance

Untuk perangi masalah gemuk tak kurus-kurus, haruslah kita perangi puncanya. Puncanya Insulin Resistance.

Selain saya buat Detox Shaklee dan IF, saya juga ambil suplemen. Suplemen ini juga memainkan peranan besar kepada kesihatan, terutama sekali untuk perangi masalah insulin resistance.

Walaupun kita limitkan pemakanan kita, badan kita perlukan nutrisi yang cukup untuk ianya berfungsi dengan optimum, jadi inilah peranan suplemen. Suplemen dan fungsi yang saya ambil untuk masalah gemuk tak kurus-kurus:

1. Vivix

Saya pernah tulis dalam blog ini bahawa Vivix boleh bantu kuruskan badan. Ianya disebabkan khasiat polifenol dalam Vivix. Walau bagaimanapun Vivix memang bagus untuk kesihatan keseluruhan.

Polifenol telah dikaji dapat menstabilkan metabolisme gula dan lemak, membantu merendahkan tahap keradangan dan menyokong fungsi normal insulin.

Dalam kajian saintifik, peranan polifenol dalam mengekalkan gula dalam darah adalah seperti berikut:

  • Mengawal atur penyerapan glukosa (1,2)
  • Meningkatkan kepekaan insulin (3)
  • Merangsang rembesan insulin (4,5)
  • Meningkatkan proses penguraian glukosa (5,6)

Saya tak tulis lebih lanjut berkenaan Vivix untuk kuruskan badan, sebab saya telah pun tulis di entry berasingan. Anda boleh rujuk di sini:

Vivix Bantu Kuruskan Badan

2. Omega Guard

Omega 3 meningkatkan sensitiviti insulin dalam masa sama menurunkan keradangan. Pengambilan minyak ikan Omega-3 meningkatkan sensitiviti Insulin dan lambakan Insulin dalam tubuh menurun.

Minyak ikan Omega-3 ialah sejenis lemak yang membakar lemak. Selain itu omega 3 meningkatkan metabolisme, mengurangkan kecederaan otot dan mempercepatkan tempoh pemulihan.

3. Ostematrix

Ostematrix diperlukan untuk khasiat kalsium, magnesium dan vitamin D dan beberapa mineral penting lain. Gunanya adalah untuk elakkan muscle cramp dan pening kepala.

Kalsium diperlukan untuk fungsi otot dan integriti otot rangka. Magnesium pula membantu penyerapan, kalau kita buat IF dan hanya harapkan pada pemakanan, memang takkan dapat khasiat magnesium yang mencukupi.

4. Vitalea

Vitalea adalah sejenis multivitamin. Ia mempunyai 28 jenis vitamin dan mineral yang tubuh perlukan. Bila buat IF, lebih-lebih lagi kita perlukan terutamanya:

  • Zinc: diperlukan untuk pengeluaran testosteron dan fungsi saraf.
  • Iodin: untuk mengelakkan masalah kurang tahap tiroid. Hypothyroidism dan metabolisme perlahan tidak berlaku kerana berpuasa tetapi kerana pengeluaran tiroid yang tidak mencukupi daripada diet. Jadi ambil siap-siap daripada pemakanan dan top up dengan suplemen.

5. Cinch Shake atau Energizing Soy Protein (ESP)

Cinch atau ESP adalah protein untuk khasiat leucine dan valine (sejenis asid amino) diperlukan untuk menambah kekuatan dan daya tahan, mengurangkan kesakitan otot, menjaga otot dan membantu membakar lemak, badan tak gelebeh.

Adakah anda juga gemuk tak kurus-kurus dan ingin kurus?

Saya boleh bantu anda. Saya bersama pasukan saya di MAF Empire insyaALlah dapat bantu anda untuk mendapatkan berat idaman anda. Pokok pangkalnya anda perlu komited dan bersemangat untuk dapatkan nikmat kesihatan anda.

Saya ada buka sesi coaching untuk kuruskan badan bagi anda yang gemuk tak kurus-kurus. Kita sama-sama buat program ini berjemaah, lebih seronok, sokongan pun lebih baik.

Bagaimana Nak Beli Sertai Program Kurus Bersama Shaklee?

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk konsultansi masalah anda dan penerangan Program Kurus Bersama Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge