Call nowWhatsapp

Saya ada buat 3jenis diet. Detox, Intermittent Fasting (IF) dan juga ketogenik diet. Ada yang tanya saya apa beza ketiga-tiganya? Dan sepatutnya nak pilih yang mana?

Apakah Detox?

Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup. Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin.

Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, amalan detox secara berkala adalah penting untuk kesihatan.

7 Manfaat Detox

  • Menurunkan Berat Badan
  • Kolon Lebih Sihat
  • Meningkatkan Tenaga
  • Mengawal Nafsu Makan
  • Kulit Lebih Cantik
  • Menguatkan Sistem Imun
  • Tidur Lebih Lena

Proses Semasa Detox

Diet detox merupakan intervensi pemakanan jangka pendek yang direka untuk menghilangkan toksin dari badan anda.

Dalam tempoh detox akan jadual pemakanan berkala, diet pemakanan dengan sayur / buah serta pengambilan air yang disyorkan. Detox yang saya jalani melibatkan pengambilan suplemen Shaklee.

Seperti saya senaraikfan diatas, selepas detox, peserta akan mendapat manfaat berikut:

  • Rehatkan organ anda dengan mengurangkan pemakanan
  • Merangsang hati anda untuk menghilangkan toksin
  • Menggalakkan penghapusan toksin melalui najis, air kencing, dan peluh
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Berikan badan anda dengan nutrien yang sihat

Terapi detox biasanya disyorkan kerana potensi pendedahan kepada bahan kimia toksik di alam sekitar atau diet anda. Ini termasuk bahan pencemar, bahan kimia sintetik, logam berat, dan sebatian berbahaya yang lain.

Semasa proses detox juga peserta diajar tentang pemilihan pemakanan sihat dan cara pemakanan yang tidak sihat ini memudaratkan kita.

Berkesankah Program Detox?

Saya telah anjurkan program #JomDetox sebanyak 12 sesi setakat 7 bulan beroperasi. Secara personal, ianya sangat bagus sebab:

  • Ramai orang melaporkan rasa lebih terfokus dan bertenaga semasa dan selepas diet detox.
  • Peserta dapat turunkan berat badan. Walaupun orang kata turun berat tu sebab banyak kehilangan air, tapi peserta kami ramai yang turun sekitar 10kg dalam tempoh 1.5 bulan sahaja. Kalau kehilangan air hanya setakat 2-3kg sahaja. Mereka ini mampu turunkan berat sehingga 8kg dalam tempog 12hari sahaja. Jadi saya tidak fikir kesan ini hanya disebabkan kehilangan cecair semata-mata.
  • Dengan ketara, detox membantu peserta mengurangkan BMI, peratusan lemak badan, ukur lilit pinggang, visceral fat lebih baik dll. Ini disebabkan oleh proses pembakaran lemak yang lebih efisien.
Tekanan Darah semakin normal hasil buat Detox
Tekanan Darah semakin normal hasil buat Detox
Lemak visceral terus jadi normal lepas buat JomDetox
Lemak visceral terus jadi normal lepas buat JomDetox
Testimoni Detox Shaklee. Hilang 12kg dalam tempoh 12 hari!
Testimoni Detox Shaklee. Hilang 12kg dalam tempoh 12 hari!
Dalam 7 batch detox, kami telah bantu buang hampir 2000 kg dan 3000 inci daripada kalangan peserta
Dalam 7 batch detox, kami telah bantu buang hampir 2000 kg dan 3000 inci daripada kalangan peserta

Ringkasan

Diet detox membantu proses pembersihan badan daripada toksin yang terjadi selama berbelas, malah puluhan tahun hidup kita. Sebaiknya jalani detox dahulu sebelum anda buat program diet yang lain.

Program Intermittent Fasting

IF satu program baru yang saya buat sejak tahun lalu. Sejujurnya saya buat IF sejak baby saya berusia 4 bulan. Masa itu berat saya adalah 76kg. Semasa berpantang berat saya turun daripada 92kg kepada 76kg. 16kg sahaja saya berjaya buang.

Jadi bila baby dah 4 bulan, saya buat IF, hanya dengan pembacaan sendiri di Google dan Facebook. Hasilnya dalam masa 2 bulan, saya turun berat 2kg sahaja!

Letih saya rasa. Kita punyalah puasa kan, cuma turun 2kg sahaja masa tu. Masa inilah saya buat semula program detox saya. Bila buat detox dalam tempoh 1 bulan saya berjaya buang 6kg.

Sejak itu saya continue pula dengan IF setiap hari sehingga sekarang. Jadi saya telah buat IF sudah lebih 7 bulan. Hari-hari saya buat.

IF ni adalah jadual makan sebenarnya, berapa kali kita makan dalam sehari. Sebab itu dipanggil “puasa berkala”. Berapa jam kita puasa, dan berapa jam kita makan.

Selalunya saya buat 18jam sehari tempoh puasa. Selebihnya 6jam adalah tempoh makan. Begitulah setiap hari. Anda boleh baca sharing saya berkenaan IF di link berikut:

Saya bukan baru dalam buat IF, sudah hampir setahun lamanya.

Berkesankah IF?

Kalau ikutkan secara saintifik, memang banyaklah manfaat IF ni. Yang saya dapat senaraikan:

  • Dapat kawal selera makan
  • Inchloss lebih banyak dan lebih mudah disebabkan proses pembakaran lemak yang lebih mudah dan efisien
  • Lebih disiplin dalam pemakanan
  • Awet muda

IF takkan berjaya jika pemakanan kita masih teruk. Maksudnya kalau kita masih tak jaga makan, buat penat saja buat IF ni.

Sebab inilah peranan program JomDetox jadi sangat penting. Ketika program Detox peserta diajar tentang pemakanan yang baik dan apa yang boleh memudaratkan.

Ringkasan

Program IF dapat bantu kita atur jadual pemakanan kita lebih berdisiplin disamping lebih mudah nak masuk zon ketosis (zon dimana lemak dibakar lebih banyak).

Tapi IF takkan berjaya kalau pemakanan kita masih teruk. Lihat saja ketika kita berpuasa Ramadan, kita berpuasa selama sebulan kenapa kita tak kurus-kurus? Jawapannya sebab pemakanan semasa kita bersahur dan berbuka puasa sangat memainkan peranan. Disinilah pentingnya diet keto.

Apakah Ketogenik Diet?

Jadi kita dah faham:

  • Detox adalah program pembersihan badan daripada toksin disamping program untuk kita dilatih berkenaan pemakanan dll
  • IF pula adalah jadual pemakanan. Berapa jam kita makan, dan berapa jam kita berpuasa.

Apa pula diet keto?

Diet keto adalah pilihan jenis makanan. Jadi memang baguslah amalkan keto ni sebab bila kita buat detox dan IF, kita tentu tertanya-tanya, pilihan jenis makanan pula bagaimana kan?

Jawapannya keto diet lebih baik dipadankan bersama IF.

Diet keto adalah mengehadkan pengambilan pemakanan terutama karbohidrat. Kita hanya ambil sekitar 50gm sahaja sehari karbohidrat, selebihnya kita ambil lemak dan protein serta vitamin/mineral lain.

Boleh baca tulisan saya berkenaan diet keto lebih lanjut di link berikut:

Pengalaman saya dengan Diet Keto

Berkesankah Diet Keto?

Saya telah amalkan diet keto sudah kira-kira 3 bulan. Sejujurnya saya suka diet jenis ini, bukan sahaja ia selamat dilakukan, bahkan memang berkesan.

Sejauh mana ia berkesan kepada saya?

  • Saya masih dapat nikmati makanan kegemaran saya (tentulah yang manis-manis) tapi menggunakan bahan alternatif yang lebih selamat.
  • Saya dapat turunkan berat badan lebih mudah sebab tak ambil karbohidrat.
  • Saya dapat kawal rasa craving saya
  • Saya boleh makan cheese kegemaran saya
  • Fokus dan mental awareness saya pun memang sangat bagus walaupun aktiviti seharian saya sangat pada

Ringkasan

Kita mungkin boleh gantikan diet keto ni kepada diet-diet lain seperti Atkins, suku-suku-separuh, Mediterranean diet dll. Tapi sejauh mana diet-diet ini membuatkan anda enjoy dan bagaimana secara saintifiknya ia dapat bantu anda turunkan berat dalam tempoh singkat sangat penting juga

Sebab bagi saya yang perlu buang berpuluh-puluh kg ni, saya perlukan program diet yang selamat dan berkesan, pada masa yang sama cepat. Sebab itu saya dapat buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja hasil kombinasi 3 jenis diet ini.

vivix kuruskan badan
Berjaya kuruskan badan dengan JomDetox, IF dan Keto Diet

Detox, IF dan Keto Diet memang terbaik!

Justeru, saya lancarkan program #IFKetoGenitMAF sebuah program berasaskan IF dan Keto diet untuk anda pula mendapat manfaatnya.

Memang sukar kalau kita buat sendiri, tanpa panduan, atau sekadar kita gugel sendiri. Sebab maklumat terlalu banyak, jadi pening juga dibuatnya. Jadi program ini dapat membantu anda praktikkan pengalaman IF dan Keto bersama saya.

Anda Berminat? Sertai #IFKetoGenitMAF Sekarang!

Nak tahu bagaimana saya buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja? Atau anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup? Ayuh sertai saya di program #JomDetox, boleh wasap saya ya.

Bagaimana Nak Sertai #IFKetoGenitMAF Shaklee?

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk Sertai IFKetoGenitMAF Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)