Rakyat Malaysia ini kreatif kan, dari segi makanan maksud saya. Banyak sangat makanan kita samada yang tradisional mahupun moden atau hipster, memang kaya dengan manis. Contoh la kan
- Makanan Tradisional: nekbat, telur itik (sejenis kuih kelantan), kuih bakar, seri muka, dll.
- Makanan moden: kek, pastri
Makanan hipster pula adalah jaguh dalam semua makanan manis. Mana taknya, boleh buat jus, campur sekali susu pekat, krim putar, coklat cair, aiskrim. Ha siapa pernah tengok? Ini memang mengundang potong kaki ni.
Tiada Lagi Craving Makanan Manis Dalam 7 Hari
Saya salah seorang yang suka makanan manis. Tak manis pun saya suka, haha. Jenis suka makan. Saya boleh habiskan 2 potong kek secret resepi sekali. Kalau jumpa kek tu, memang bersinar mata. Kejap je habis. Kalau makan bufet di hotel, boleh ambik semua desert situ seperti bread pudding (favorite), segala macam kek, bubur. Memang penuh meja.
Tapi sekarang semua itu adalah sejarah. Saya tidak lagi craving makanan manis. Tunjukla kek, kuih muih ke, saya tak hadap dah sekarang ni. Kalau makan pun makan seketul sahaja. Saya sudah tak jadi penunggu meja desert. Alhamdulillah semua ini dapat dikecapi lepas saya buat detox.
Saya suka detox. Banyak manfaat kepada diri saya:
- Lebih tenaga
- Rasa lebih sihat
- Turun berat badan
- Inchloss
- Tiada lagi lutut meletup
- Badan rasa ringan, senang beribadah dan bergerak
- Tiada rasa craving makanan manis
- Kulit lebih baik
Testimoni Hilang Craving Makanan Manis Dalam 7 Hari
Sebenarnya bukan saya seorang, tapi ramai yang telah menikmati perkara ini. Antaranya saya tunjukkan dalam testimoni di bawah.
Anda bagaimana? Ayuh dapatkan cara hidup yang lebih sihat. Bebas penyakit kronik, amalan hidup sihat. Mungkin kita belum rasa nikmatnya sihat, tapi bila kita dapat sakit kronik, masa itu barulah rasa untungnya jadi orang sihat. Tindakan anda harus bermula sekarang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Adui sini dahla Nutella murah
anak memang suka makan cicah dengan roti..kadang-kadnag dengan strawberri
kena biasakan dia minum air suam jugak
lankapo recently posted…Update Fantasy Premier League Game Week#5 [72 point]
sedap kan nutella, saya sehabis baik akan kurangkan manis kepada anak2
Salam jumaat hana…kak suka juga makanan manis tapi sbg pelengkkap rasa saja…berusaha juga agar kshtan ok…tksh info penuh ilmu
wslm kak PI. semoga terus sihat ya
susah nak elak makanan manis ni…tapi lepas makan saya minum air masak semula…
aRz MoHa recently posted…Tips Banyakkan Susu Ibu Dengan MaMom Milk Booster
betul tu. kadang susah nak elak. tapi alhamdulillah saya berjaya lama juga tak ambil makanan manis
Tu la…kat Malaysia ni kaya dengan pelbagai jenis makanan dan minuman…sukar untuk ditolak…memang kena kurangkan sikit makan manis ni…kalau tak susah nanti kalau dah dapat penyakit…
Ezad Skytech recently posted…Homestay Amna Home Pilihan Terbaik Jika Menginap Di Perth, Australia
rasa sikit je. kalau kepingin sangat
saya pernah mencuba minum kopi tanpa gula dan bergula atau manis..ternyata kopi dengan gula lebih sedap.
mrhanafi recently posted…Pendedahan Ekslusif Pengasas Produk Kecantikan Sarawak
huhuh memanglah MrHanafi
Betul tu kita suka sangat makan manis sedangkan ianya merbahaya kepada kesihatan kita
Khairul Zamri recently posted…Apply Kad Debit Maybank Secara Online
tak sedar dah menjejaskan kesihatan
Memang makanan manis ni berhantu..sy amik inisiatif 1 je..kt rumah ni semua org kena minum air masak.. memang train anak2 camni.takkan jumpa air manis kecuali org dtg rumah.huhu..
Puan kutu recently posted…Cara tukar Kad Debit Maybank Secara Online
anak2 ni fahamlah PK, memang kena suruh. air manis memang suka sangat
Ya betul.. rakyat Malaysia memang suka makan makanan yg manis…
anuar recently posted…Homestay Adam Akif di Jitra Kedah
memang suka sangat kan
sekarang ni dalam usaha kurangkan minuman mnis.. 🙂
malaysiasentral recently posted…Resepi Nasi Ayam
chaiyok cik!
oo baru tahu mkanan hipster campur itu semua..
mmg cpt kecing manis ler..
Jie Susanos recently posted…Beli Mini Beg Online Di Instagram
kreatif makanan hipster ni
Mantap, craving makanan manis memang harus dikurangi supaya tubuh dan kesehatan terjaga
betul tu cik
saya punya selera tu tak selalu suka makanan manis2.. ada la time2 tertentu tetiba rasa nak makan manis2 & berkrim.. tapi mujur benda tu tak jadi habit. cuma sekali sekala jer datang selera macam tu
lekatlekit recently posted…TREND PERANGAI BUDAK SEKARANG SUKA BALING BATU PADA KERETA ORANG
feeling biasa tu suria
wah,,,,,,,saya kurang suka minum atau makan yang manis manis …..:)
Oyong Ilham recently posted…Cara Mengatasi Hati Yang Galau Secara Islami –
bagus cam tu cik
Mujurlah saya tak berapa minat makan makanan yang manis-manis ni
sabree hussin recently posted…MYCYBERSALE 26 – 30 Sept 2016: Peluang untuk Shopping Online dengan harga DISKAUN sehingga 95%
alhamdulillah stay camtu la cik
Sebab itu makanan hipster dalam gambar tu dah siap-siap letak syringe. Peringatan supaya jangan terlebih makan. Nanti kena pi hospital pulak ^_^
Saya bukanlah peminat makanan manis. Kalau bab dessert ni memang saya kurang sikitlah tapi saya pun suka MAKAN. Hahaha!
semua orang suka manis kan MD. cuma kena kawallah
Memang best bila dah tak suka benda manis 🙂
Ira recently posted…Tips Atasi Masalah Pepijat
selamat duit jugak