Sebelum ni saya banyak share tentang beberapa orang jutawan yang mencipta kejayaan besar dalam bisnes mereka.
Beberapa hari yang lalu, dapat pula perkongsian selebriti Neelofa tentang tips beliau mencipta kejayaan dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah lebih 2 bulan kita lalui.
Cara Neelofa Cipta Kejayaan Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
1. Lofa mengutamakan keluarga. Mahu mengukuhkan seluruh ahli keluarga. Adik beradik, sepupu dan kalau boleh semua orang.
2. Jadi Lofa ada semua orang yang beliau percaya di sisinya. Bagi beliau ia proses mencari orang yang betul dalam apa juga urusan.
3. Susu Nilofa dilancar pada 26hb November 2019, dan kemudian belum satu bulan pertama ia menjadi antara susu berperisa paling digemari rakyat Malaysia. Sehingga hari ini Nilofa berusaha untuk menguruskan stok bagi menampung keperluan peminat susu tersebut.
4. Tips mudah yang beliau buat ialah sebelum bermula untuk buat perniagaan, beliau sudah susun portion sebagai “Hak Allah.”
5. Hak Allah dalam berniaga itu bermaksud zakat. Kata Lofa “kita semua tahu tentang sedekah, buat baik, solat dan sebagainya, namun dalam Quran disebut banyak kali tentang zakat dan kita selalu terlupa atau tak tahu apa dia zakat ini. Kena utamakan sebab itu hak Allah.”
6. Dalam PKP ini sahaja, saat orang lain sendu berbisnes, Naelofar Hijab berjaya buat 2 kali pecah rekod jualan mereka dan susu Nilofa juga ditempah peminat sehingga kekurangan stok setiap hari.
7. Sumber kekuatan Lofa, ada dalam Surah Fajr ayat 16 – 18 yang menyebut,
“Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!”
“Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);”
“Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;”
Surah ini adalah tentang hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah.
- Menjaga hubungan manusia (Lofa menjaga keluarga dengan baik).
- Menjaga hubungan Allah (Lofa menunaikan zakat).
8. Semasa Kes Zouk, Neelofa berhadapan kecaman dan beliau akui semua yang dirancang itu bukan begitu, namun akui semua kesilapan dan kesalahannya. Apa yang beliau buat ialah beliau mengaku salah dan yakin Allah akan beri lebih banyak lagi selepas itu.
Bukan buat marketing, namun itu yang Allah beri. Bagi beliau, apa sahaja ujian yang datang adalah tanda Allah nak beri lagi tinggi tangga kejayaan.
9. En Khairul sebut tentang 1/0 = infiniti.
1 ialah Allah (Pencipta)
0 ialah Hamba (kita semua)
Allah maha memberi, bahagi semua hamba = infiniti. Maka teruskan memberi kita akan dapat semula semuanya.
10. Konsep sedekah yang Neelofa lakukan. Apa yang kita beri itu sebenarnya adalah memberi kepada diri sendiri.
Apabila kita mati, semua yang kita beri akan dapat semula kepada kita. Ia seolah-olah bank simpanan. Apa yang kita hulur semasa hidup, akan Allah masukkan semula kepada kita selepas kita mati. Jadi hari-hari beliau sedekah supaya simpanannya bertambah. Ini yang beliau belajar dari Ustaz Ahmad Dusuki.
11. 7 Juta Follower – kadang membantu, kadang tak. Ia semua berbalik kepada usaha dan apa yang kita harap, suka, sayang kepada Allah.
12. En Khairul sebut tentang surah Ibrahim ayat 7 tentang syukur dan kufur.
Apabila orang beli barang, syukur. Ucap terima kasih. Layan dengan baik (itu menghargai) dan hati juga perlu ikhlas menjual dan memberi.
Kita mahu rezeki dari Allah, kalau kita berniaga tanpa ada rasa syukur maka kita ini sedang kufur rupanya.
Bottom Line
En Khairul dan Neelofa membuka banyaknya mata dan hati dalam perkongsian itu. Ia bukan tentang berniaga 100%.
Ia lebih besar dari itu.
Saya suka ayat “jika berniaga, partner kita yang paling bagus ialah Allah.”
Maka tunaikan hak Allah.
Kawan-kawan, semoga bermanfaat. Terima kasih banyak En Khairul dan Neelofa. Saya hargai sangat setiap perkongsian. Seluruh team kami adalah mereka yang mengagumi setiap titis usaha kalian dalam memandaikan manusia.
Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:
- Bagaimana Bisnes Shaklee Mengubah Hidup Saya
- Bisnes Shaklee Untuk Orang Muda Jana Income Lebat
- Peluang Bisnes Shaklee Dengan Income Unlimited: 3C
- Kisah Kejayaan Yang Menusuk Kalbu Dengan Bisnes Shaklee
- Cara Bisnes Shaklee Sampai Berjaya
- Gabungan 10 Orang Masters Antara Kelebihan #TeamJutawan
- 3 Penjuru Income Dengan #JomDetoxJutawan
- Cara Berniaga Gaya Jutawan
- Nak kaya? Panduan Dari Al-Quran
- Definisi Kaya Menurut Islam
- Lepasi 3 Peringkat Ujian Ini Jika Mahu Berjaya
- Tawakal Seumpama Burung Terbang Pagi
- Sabar Formula Quantum effort
- Taqwa Perkara Pertama Quantum Effort
- Tips Untuk Kaya: Present Moment
- Solat Sebagai Salah Satu Amalan Quantum Effort
- 7 Nasihat Padu Dari Businessman Yang Buat Jualan 500 Juta Setahun
- Bersyukur Salah Satu Amalan Quantum Effort
- Sabar Hadapi Wabak Qif19 (Covid19)
- Apa yang kita fikir, itulah yang kita akan dapat (law of projection)
- Cabaran Corona Virus, Teladan Kisah Nabi Ayub
- Membentuk Mindset Kaya dan Memberi
Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!
Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah
Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak



inspirasi sangat cerita Neelofa ni. Lepas tengok video youtube room tour Neelofa lagi rasa terinspirasi nak berjaya macam dia.
Bila kita susah, kita selalu merungut. Tulah silap kita sbnrnya. Sepatutnya, bila kita susah, kita kena memohon dari Allah. Terima kasih, hari ni saya dah belajar sesuatu
usahawan muda yg berjaya…tahniah neelofa…tk lupa juga bersedekah..susu pisang yg terkini ada perisa kurma plak yg dikeluarkan
Lofar ni idola Sis hehehe, tak tau laa kenapa, suka dengan wajahnya, lakunya, cara melayan keluarga, gaya dia dan banyak laaa yang Sis suka..hehehehe Baru sampai susu pisang Nilofa 3 kotak ni hehehe suka snagat!
Sis Lin recently posted…MASAK PENUH DENGAN KASIH SAYANG
apapun pekerjaan yang kita buat, kalau niatnya betul dan hati ikhlas, memang Allah lorongkan ke jalan yang betul dan dipermudahkan. berkongsi rezeki, malahan lagi bertambah yang didapatnya
ajumohit recently posted…Cara tanggalkan wallpaper dinding dengan mudah
Jika sentiasa ingat Allah swt dalam apa jua tindakan, insyaAllah Dia akan sentiasa merahmati dan memberkati usaha kita. Moga kita pun ikut cara yang betul kan.
Jika Allah ada dalam minda kita, insya allah…allah pun akan ingat kat kita juga. Allah yang akan memberi kita rezeki.
Allah tak menduga umatnya kalau dia tak mampu, Sentiasa ingat Allah dimasa sedih dan gembira, bukan ingat masa sedih dan kecewa sahaja.
Allah tak menduga umatnya kalau dia tak mampu, Sentiasa ingat Allah dimasa sedih dan gembira, bukan ingat masa sedih dan kecewa sahaja. terima kasih atas perkongsian ini.
ZAIDALIFAH HUSSIN recently posted…Menu 7 Hari Sepanjang Kuarantin 22 April 2020 Hingga 28 April 2020
Neelofa adalah antara ikon business dan juga usahawan yang memang patut ramai orang contohi beliau kita kagum dan juga bangga dengan wanita kental dan berjaya ni. Lepas ni lebih ramai lagi usahawan Melayu akan berjaya macam beliau… Kita salah seorang pengguna susu pisang Nilofa hehehe
Mahamahu recently posted…Perubahan Waktu Makan Di Bulan Puasa Pengaruhi Pengambilan Nutrisi
Bagus Neelofa ni..wlau banyak kontroversi dia lalui denagn baik. Tengok sekrg Berjaya sangat. Bab rezeki, Allah yang tentukan. Dia percaya semua tu. Sebab tu berjaya sampai sekarang. Tak pernh lagi minum susu pisang dia jual tu
Nadia johari recently posted…CUCUR MANIS PELBAGAI RUPA, RASANYA MASIH SEDAP
hebat cara lofa berniaga..utamakn hak Allah terlebih dhulu..terbaik..?
Apapon kalau kita berkemampuan. kalau boleh utamakan keluarga terdekat dulu. kongsi rezeki especially dengan mak ayah dan adik beradik.
Neelofa usahawan wanita yang berjaya. Suka tengok makeup dia. Natural and simple. Salam Ramadan. Stay safe.
Jika well-intentioned kitaorg, apa pekerjaan jgk akan berjaya.
Neelofa ni ramai jadikan dia sebagai sumber inspirasi untuk berjaya. Siap ada group telegram. Kat situ macam macam perkongsian ilmu yang dia share. Bagus apa yang beliau lakukan semoga menjadi ikutan kita semua untuk menjadi manusia yang lebih baik.
memang terbukti, kalau kita sentiasa ingatkan Allah, Allah akan beri lebih dari apa yang kita minta dan perlukan. Tanpa Allah kita bukan sesiapa ?
Setiap kejayaan kita usaha, kena sentiasa brsyukur dan jgn kufur nikmat. Alhamdulillah bagus neelofa dah sedar dari kes zouk. Okay la susu pisang dia sedap juga
Betul kita boleh nampak strategi neelofa dalam bisnes..dan beliau jenis.mmg x akan duduk diam kan