Call nowWhatsapp

Sabar Hadapi Wabak Qif19 (Covid19)

sabar covid19

Semalam tempoh Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan dengan tambahan sebanyak 14 hari lagi. Ia insyaAllah bakal berakhir pada 14 April 2020.

Ramai yang mula risau, gusar dan bersedih dengan situasi ini.

Allah suruh Sabar

Allah suruh sabar,

Al-Baqarah 2:153

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

Dalam ayat di atas Allah dah cabar kita.

Kamu ni berimankah atau tidak? Kalau beriman, maka sabar! Dan teruskan solat, jaga solat!

Dan Allah akan berikan bantuan.

Allah tak suruh kecam sana sini.

Kalau kata-kata Allah pun kita tidak mahu dengar cakap, cakap siapa lagi mahu didengar?

Jangan hairan bila Allah beratkan kerisauan di hati kita, sebab kita sendiri banyak hitung masalah dan tuding jari. Sesungguhnya itu kufur nikmat.

Inilah azab = risau risau risau tanpa henti

Ibrahim 14: 7

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

ALLAHU.. Ini lah jelaga, kekabutan, jerebu dalam hati kita.Yang nampak dengan nyata.

Inilah Ad-Dukhkhan, asap yang jelas nyata. Yang Allah sebut dalam:

Ad Dukhaan 44:10

“Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat).”

Berjelaganya hati kita dalam menilai sesuatu perkara. Berjerebunya iman kita sehingga tidak dapat menilai dengan nilaian Al-Quran.

ALLAHU Akbar.

Sungguh tanda-tanda kiamat itu kian mendekat. Masih belum bersedia untuk membawa bekal terbaik?

Ini bukan ujian pendapatan, ini bukan ujian kewangan, ini bukan ujian terkurungnya jasad. Tapi inilah ujian iman.

Pahala Syahid Dengan Bersabar dan Tawakal

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الطَّاعُونِ فَأَخْبَرَنِي أَنَّهُ عَذَابٌ يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ وَأَنَّ اللَّهَ جَعَلَهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ لَيْسَ مِنْ أَحَدٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ فَيَمْكُثُ فِي بَلَدِهِ صَابِرًا مُحْتَسِبًا يَعْلَمُ أَنَّهُ لَا يُصِيبُهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ إِلَّا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ شَهِيدٍ.

Daripada ‘Aisyah RA, isteri Nabi SAW berkata; “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang penyakit ta’un lalu baginda menceritakan kepadaku bahawa penyakit itu adalah sejenis siksaan yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi orang yang beriman. Seseorang yang ketika berjangkit penyakit itu, tetap dalam negerinya dengan sabar dan tulus kerana Allah, yakin bahawa tidak akan mengenainya selain apa yang telah ditentukan Allah baginya, maka untuk orang itu pahala seperti pahala orang yang mati syahid”. (HR Bukhari No: 3474) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah.

2. Apa jua musibah seperti penyakit yang menular ke sesuatu tempat adalah suatu siksaan yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki.

3. Sesungguhnya musibah dan penyakit bagi orang mukmin adalah rahmah kerana ia menjadikan kita sentiasa sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, sentiasa bermunajat dan berdoa serta melatih diri untuk bersabar diatas kepayahan dan kesulitan.

4. Bagi orang beriman, kita sentiasa yakin terhadap qada dan qadar yang telah ditentukan Allah. Kita yakin bahawa penyakit seperti Covid 19 tidak akan mengenai kita selain apa yang telah ditentukan Allah. Namun usaha dan ikhtiar perlu dilakukan antaranya usaha pencegahan dengan kuarantin di rumah dan menjaga kebersihan diri.

5. Pahala mati syahid bagi orang beriman yang sabar dan tulus kerana Allah. Oleh itu terus kekal di rumah semasa penularan wabak penyakit dalam tempoh perintah kawalan pergerakan oleh pihak berkuasa.

Bottom Line

Seronok bisnes Shaklee ni. Selama 9 tahun ini saya enjoy juga buat bisnes ni. Mungkin bagi sesetengah orang mungkin rasa lambat dengan Shaklee ni tapi bak kata pepatah, If you wanna go far, go together!

Bagi saya sendiri, saya memilih bisnes Shaklee atas sebab yang saya tuliskan di atas. Jutawan pun sangat ramai dalam Shaklee, dan saya insyaAllah salah seorang daripadanya.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

8 thoughts on “Sabar Hadapi Wabak Qif19 (Covid19)

  1. Fas says:

    Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan Allah mahu setiap orang bersabar dan beefijir apa langkah yg baik seterusnya.. yg nak join Shaklee silakan..

  2. Min says:

    Betul tu kita kena bersabar. Lagipun 1 lagi pengajaran yang kita manusia ni belajar dr kejadian ni..betapa kita ni sebenarnya lemah, takkan kita bertahan tanpa izin Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge