Call nowWhatsapp

Taqwa Perkara Pertama Quantum Effort

quantum effort taqwa

Ada 14 perkara membuka rezeki (quantum effort). Salah satunya adalah taqwa. Saya ada sebut berkenaan 14 perkara amalan quantum effort dalam link berikut:

Perkara pertama amalan quantum effort adalah ketaqwaan.

Taqwa Adalah Amalan Quantum Effort

Dalam Surah Al-Baqarah 2:2-5

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”(2)

Selepas Allah SWT menjelaskan tentang orang yang bertakwa, Allah SWT menjelaskan pula ciri orang yang bertakwa tersebut dengan menyebut mereka juga merupakan orang yang beriman

“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”(3)

Seterusnya, Allah SWT juga membincangkan ciri orang yang beriman dengan firman-Nya:

“Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).”(4)

Allah SWT seterusnya berfirman tentang golongan Mukmin yang dibincangkan tentang kedudukan mereka di sisi-Nya serta balasan yang akan mereka peroleh. Firman-Nya:

“Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.”

Janji Allah Bagi Orang Bertaqwa

Janji Allah dalam Al Quran
Janji Allah dalam Al Quran bagi orang bertaqwa

Takwa merupakan sifat tertinggi Mukmin yang boleh dicapai oleh umat Islam bagi menjamin hidayah di atas jalan pertunjuk mampu berkekalan dalam diri seseorang.

Ada 5 janji Allah terhadap muslim yang bertaqwa:

1. Diberikan Penyelesaian dan Diberikan Rezeki Yang Tak Disangka

Dalam Ayat 1000 dinar, yang mana ayat ni sangat popular yang sering diajar kepada kita pengertian rezeki yang diberikan Allah dari arah tidak disangka-sangka kepada orang yang bertaqwa.

Surah At-Talaq: 65 ayat 2 dan 3

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar baginya.”

“Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu).

2. Dipermudahkan Urusan

Dalam Surah At-Talaq 65:4 Allah berfirman:

“Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. “

3. Dilipatgandakan Pahala dan Dihapuskan Dosa-dosa

Bukan sahaja dilimpahkan rezeki, bahkan dihapuskan pula dosa dan dilipatgandakan pahala bagi orang yang bertaqwa. Menurut firman Allah:

At-Talaq 65:5

“Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu; dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.”

Tips Menjadi Orang Bertaqwa

Bagaimana nak bertaqwa? Ada 3 cara:

  1. Menginfakkan rezeki dengan cara mengeluarkan zakat, sedekah dan lain-lain. Bab sedekah nanti saya hurai panjang lebar dalam posting kemudian.
  2. Baca Al-Quran dan usahalah untuk membaca, belajar dan mengamalkan penafsirannya.
  3. Mengingati hari akhirat. Ada banyak surah dalam AL-Quran yang Allah ceritakan tentang hari Akhirat. Cerita tentang syurga dan neraka dll.

Mudah kan? Jom kita hayati dan guna pakai untuk hidup kita seharian.

Bottom Line

Di program detox Shaklee kita tidaklah fokus sepenuhnya kepada suplemen, tapi ianya program yang lebih daripada itu dan paling penting kita bantu anda adapt kepada new lifestyle.

Anda boleh rujuk kepada link berikut untuk maklumat program:

Saya berjaya turunkan 23kg dalam masa 9 bulan. Program detox Shaklee memang terbaik
Saya berjaya turunkan 23kg dalam masa 9 bulan. Program detox Shaklee memang terbaik

Anda Berminat? Sertai #JomDetoxJutawan Sekarang!

Nak tahu bagaimana saya buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja? Atau anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup? Ayuh sertai saya di program #JomDetoxJutawan, boleh wasap saya ya.

Bagaimana Nak Sertai #JomDetoxJutawan Shaklee?

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk Sertai JomDetoxJutawan Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge