Sempena tahun baru ini, saya sertakan kisah yang saya dapat daripada Ustaz Hakim Mohd Nor, Serantau Muslim berkenaan ahli perniagaan yang buat jualan 500 juta setahun.
Dato Husamuddin Yaacob ni jutawan yang sungguh luar biasa. Walau kedudukannya sebagai bos no 1 di Karangkraft tu, setiap kali saya datang ke pejabatnya, dia mesti turun sendiri jemput saya naik atas. Humble sungguh orangnya walau berstatus multi millionaire.
Kebetulan kelmarin saya ke KL untuk rakaman lagu rasmi Serantau Muslim, saya ambil peluang singgah kejap di pejabatnya untuk dapatkan nasihat beliau untuk kempen pembelaan nasib Umat Islam Uyghur.
Dalam pertemuan tu, Masya Allah, Dato kongsikan 7 nasihat padu yang saya rasa , inilah rahsia beliau boleh dapat income 500 Juta setahun dan dalam masa yang sama kekal humble pada hari ni.
Dah ready untuk sedut ilmu mahal ni?
Okay jom baca perkongsian ni sampai habis.
Tips Buat Jualan Berjuta-juta
1. Fokus Kepada Satu Perkara Pada Satu Masa
Dato bagitahu dia tengok ramai anak muda suka buat banyak perkara serentak. Dato kata jangan jadi macam pepatah Jack Of All Trade Master Of None. Pesan Dato, biar setiap benda yang kita buat tu impak tinggi dan efektif. Bukannya banyak tapi ala balai.
2. Kena Belajar Untuk Kerjasama (JV)
Dato pesan skill yang penting untuk jadi jutawan ialah mesti pandai bekerjasama dengan orang lain. Kata Dato, biar orang lain yang dah expert buat kerja mereka. Tuhan ciptakan setiap orang berbeza kemahiran. Nak cepat berjaya, gunakan kemahiran orang yang expert untuk bantu kita.
Saya setuju sangat dengan nasihat ni. Ramai orang nak buat semua perkara dari A – Z. Hingga bila orang berniaga tanpa tahu untuk kerjasama, jawatan CEO tu dah jadi maksud Chief Everything Officer. Aduh.
Sebab tu wonderpet pesan, apa yang penting? Kerjasama!
3. Hidup Kena Ada Balance Life
Part ni Dato cakap dengan penuh deep. Dato pesan sungguh2 kat saya perkara ni. Dato minta sangat sampaikan pesan untuk kita semua jangan sibuk sangat kerja dan abaikan keluarga. Jangan tiru model barat yang kerja sampai lewat malam setiap hari.
Kata Dato, keluarga yang tidak berfungsi (disfunctional) akan membawa kepada perceraian dan anak anak yang stress. Dato bagitahu untuk sukses ni kena tahu limit kerja. Orang yang berjaya mesti seimbangkan masa mereka. Keluarga ada hak atas diri kita.
4. Jadi Expert dalam Bidang Kita
Dato pesan kena jadi sangat bagus dalam bidang yang kita buat. Sampai kalau orang tanya siapa yang expert dalam bidang tu, orang ramai akan sebut nama kita. Cara nak jadi expert tu kena buat benda yang sama berulang kali sehingga 10,000 jam.
5. Tinggikan Target Untuk Hilangkan Bosan
Ramai orang suka berubah ubah kerja sebab rasa bosan. Dato kongsikan satu tips mahal untuk atas rasa bosan tu. Tinggikan target. Ya, bukan dengan menukar bidang, tapi meninggikan lagi target pencapaian kita.
Jika sebelum ni biasa buat RM 10,000 sebulan. Target pula untuk dapat RM 100,000 sebulan dan seterusnya. Itu rahsia Dato untuk kekal istiqamah bertahan lebih 35 tahun dalam industri percetakan ni.
6. Kena Kawal Perbelanjaan
Tak guna kalau dapat banyak duit tapi asyik habis aje duit sebab boros. Dato pesan banyak kali supaya berhemah dalam berbelanja. Kalau ada staff, simpankan duit lebihan tu untuk gaji staff 24 bulan ke depan.
Dato beritahu langit tak selalunya cerah. Bila tengah lebat pendapatan, jangan nak spend sesuka hati . Mesti ada cash reserve dan buat investment sejak dari muda lagi.
7. Jaga Kepercayaan Orang
Ini kesimpulan nasihat dari Dato bagaimana nak sustain dalam perniagaan. Mesti jaga kepercayaan orang. Jangan sesekali kita menipu dan ambil kesempatan.
Kena jaga betul betul kepercayaan orang. Maka bisnes akan mudah berkembang dan boleh buat jualan yang berjuta juta insya Allah.
Rupanya inilah rahsia terbesar Dato yang diambil inspirasi dari Nabi Muhammad. Nabi sangat jujur hingga digelar Al Amin. Dan itu yang kita kena sama sama buat untuk turut berjaya.
Bottom Line
Menarik sangat input ni. InsyaAllah jom kita praktikkan dalam hidup seharian kita.
Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:
- Bagaimana Bisnes Shaklee Mengubah Hidup Saya
- Bisnes Shaklee Untuk Orang Muda Jana Income Lebat
- Peluang Bisnes Shaklee Dengan Income Unlimited: 3C
- Kisah Kejayaan Yang Menusuk Kalbu Dengan Bisnes Shaklee
- Cara Bisnes Shaklee Sampai Berjaya
- Gabungan 10 Orang Masters Antara Kelebihan #TeamJutawan
- 3 Penjuru Income Dengan #JomDetoxJutawan
- Kelebihan Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain
- Shaklee Phuket Trip Day 1
Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!
Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah
Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak
Good post. This are important tips for entrepreneurs and those who dream to become billionaires.
Banyak info yang saya dapat kat blog ni. Semoga sukses dalam business dan teruskan untuk bina networking ya. Terbaik…
smartinvest101 recently posted…8 Tips Bayaran Balik PTPTN Online – 2020
Suka dengr nasihat dari businessman yang telah berjaya..boleh jdi inspirasi dan pembakar semnagat untuk berninaga
MasyaAllah. Terima kasih di atas perkongsian nasihat ini. Tersedar kejap Rawlins sebab mudah rasa selesa. Moga kita semua mendapat manfaat perkongsian Dato
thanks for this share.. i think it can benefit all of us.
Bagus perkongsian macam ni. Bagi semangat untuk kita lebih fokus dan berjaya dengan apa yang kita buat. Kadang2 kita ni terleka..so perkongsian mcm ni lah buat kita tersedar…:D
Kena kawal perbelanjaan dan balance life tu mmg pentingkan untuk sukses
Terima kasih atas artikel yang sangat bermanfaat. Nasihat2 yang pastinya akan menaikkan semangat. 🙂