Call nowWhatsapp

Lepasi 3 Peringkat Ujian Ini Jika Mahu Berjaya

Cinch Tea diamalkan setiap hari untuk kuruskan badan dan tingkatkan tenaga dan alfa wave

LEPASI 3 PERINGKAT UJIAN INI JIKA BENAR-BENAR MAHU BERJAYA~

dalam Surah Al-Baqarah 2:214 Allah highlight 3 peringkat ujian

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا۟ ٱلْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوْا۟ مِن قَبْلِكُمۖ مَّسَّتْهُمُ ٱلْبَأْسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلْزِلُوا۟ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصْرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصْرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).”

Peringkat #1 : ٱلْبَأْسَآءُ

Ujian peringkat rendah. Jika kalian berniaga online, contoh ujian peringkat rendah ialah customer cancel order, peserta hui/kutu lambat bayar, kena cakap harga kita jual tu mahal, ini masih peringkat rendah.

Peringkat #2 : ٱلضَّرَّآءُ

Ujian peringkat pertengahan, yang membawa kemudaratan, kepapaan.

Yang mana peringkat perniagaan pun sudah meningkat, sudah ada premis dan staff contohnya. Jadi ujian peringkat ini pun lebih tinggi daripada peringkat #1. Contohnya staff curi duit, staff curi tulang, sales di kedai kurang, rasa berat bayar sewa kedai.

Peringkat #3 : زُلْزِلُوا۟

Ini pula peringkat tinggi yang menggoncangkan jiwa kita. Menggoncangkan iman kita. Contoh, kita sudah bayar tapi supplier tidak hantar barang. rugi berpuluh ribu, dan lain-lain.

Andai kita berjaya lepasi ketiga-tiga peringkat ini, percayalah pertolongan Allah akan hadir. dan di sana Allah akan luaskan lagi kawah rezeki kita.

Bagaimana hendak melepasi peringkat-peringkat ini?

Allah berikan tips pula dalam Surah Al-Baqarah 2:155

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:”

disambung pula dengan ayat seterusnya, Al-Baqarah 2:156

ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

ucaplah dahulu إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ..

Sesungguhnya apa yang berlaku adalah dalam urusan Allah. Allah yang mengizinkan. Allah yang izinkan kemudaratan dan manfaat hadir dalam hidup kita..

Yunus 10:49

قُل لَّآ أَمْلِكُ لِنَفْسِى ضَرًّا وَلَا نَفْعًا إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُۗ لِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌۚ إِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ فَلَا يَسْتَـْٔخِرُونَ سَاعَةًۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya”.

Jika berlaku kehilangan harta, pujuk diri kita dengan membaca Surah Yunus di atas. Sesungguhnya apa sahaja di dunia ini milik Allah dan punya batas waktu. andai sampai tempoh waktunya, maka Allah akan tarik.

Buat semua kawan-kawan.. all the best dalam kehidupan. Semoga berjaya melalui exam kehidupan. carilah ilmu bagaimana mahu lepas dan berjaya atasi ujian dalam kehidupan ❤️❤️❤️

Bottom Line

Menarik sangat input ni. InsyaAllah jom kita praktikkan dalam hidup seharian kita.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge