Alhamdulillah hari ni punya masa sedikit untuk saya share berkenaan formula quantum effort seterusnya iaitu SABAR.
Macamana nak sabar dalam impian kita?
Macamana nak sabar hadapi ujian?
Sabar ni sebenarnya perlu sentiasa diupgrade dengan formula syukur. Jangan pula kita tunggu dapat perkara besar, baru mahu bersyukur.
Mudah sahaja formulanya, saya pada mulanya memang sukar nak praktikkan, tapi insyaAllah lama-lama boleh handle dengan mudah.
Formula Sabar
Formula asas sabar ada dalam al-Quran:
- Q.S Al-Baqarah Ayat 45
- Q.S Al-Baqarah Ayat 153
Cara upgrade sabar: Q.S Ibrahim Ayat 7
Apakah impak sabar?
- Q.S Al-Fajr Ayat 27-30
- Q.S An-Nisaa’ Ayat 124
Ada beberapa formula saya nak kongsikan:
1: Doa > ujian > sabar > syukur > nikmat
2: Doa > ujian > tidak sabar > mengeluh/marah > azab
Dan proses formula ini akan tetap berulang-ulang. Yang mana 1 kita mahu pilih?
Dari sudut berimpian, bagaimana kita nak sabar? Benda ni boleh sahaja di apply dalam kehiduapan seharian, sebab kita kan berdoa setiap hari?
Cuba ingat semula formula di atas, jika kita berdoa dan meminta, Allah pasti bagi ujian dulu 🌹
Sumber formula: Q.S Al-‘ankabut Ayat 2
Berdoa menunjukkan kita beriman, maka yakin dulu dengan formula Allah. berdoa, pasti diuji dulu
Impian saya adalah untuk berzakat RM10,000 sebulan. so, untuk membayar zakat sebanyak itu, saya perlu ada income sebanyak RM200,000.
Bagaimana Mahu Sabar?
Berapa lama harus menunggu?
1: ini JOBSCOPE Allah, biar Allah atur bagaimana dan bila
2: jangan masuk campur dalam jobscope Allah, teruskan amal soleh dan sabar
3: pastikan impian ada visi yang jelas kerana Allah
Apa pula tugas kita sebagai hamba?
- Sabar untuk segala perkara yang berlaku dalam hidup
- Hidupkan amal soleh
- Gandakan ibadah sesuai dengan permohonan/impian kita (ini sangat penting)
- Teruskan berdoa Quantum
Bagaimana mahu sabar?
- Ingat semula formula di atas.
- Kita tiada pilihan lain selain sabar. Kerana jika kita pilih marah dan mengeluh, lihatlah bagaimana ia akan effect kehidupan kita.
Tidak sabar > marah > mengeluh > update di FB > masalah tidak selesai > bertambah-tambah masalah > stress > marah-marah lagi > tiada mood > orang sekeliling jadi mangsa > dibenci/tidak disukai > dan lain-lain lagi masalah akan timbul tanpa habis
- Allah berkata dalam al-Quran, walau sekecil vibration, Allah tidak akan zalimi kita. Walau sekecil vibration, pasti kita dizalimi angkara tidak sabarnya kita.
Kita Pilih Yang Mana?
Jadi kita pilih sabar atau tidak?
Pada saya, kita tiada pilihan selain bersabar dan bersyukur.
Jika kita ada pilihan mendapat nikmat dengan syarat sabar & syukur, kenapa kita tetap memilih untuk tidak mahu sabar, mengeluh dan marah-marah yang akan akibatkan kita akan terima lebih banyak masalah?
Sama seperti, jika kita boleh memilih untuk menceritakan perkara kesyukuran di dalam Facebook dan WhatsApp status, untuk tingkatkan lagi attraction diri kepada perkara-perkara nikmat, kenapa kita memilih untuk menceritakan keluhan dan masalah? adakah ia akan selesaikan masalah?
Yang selesaikan masalah itu Allah, .ikut sajalah panduan dan formula yang Allah sudah bagi.
Formula dari Allah : ada masalah, SABAR
Formula dari syaitan : ada masalah, MARAH
Yang mana pilihan kita?
Bottom Line
Menarik sangat input ni. InsyaAllah jom kita praktikkan dalam hidup seharian kita.
Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:
- Bagaimana Bisnes Shaklee Mengubah Hidup Saya
- Bisnes Shaklee Untuk Orang Muda Jana Income Lebat
- Peluang Bisnes Shaklee Dengan Income Unlimited: 3C
- Kisah Kejayaan Yang Menusuk Kalbu Dengan Bisnes Shaklee
- Cara Bisnes Shaklee Sampai Berjaya
- Gabungan 10 Orang Masters Antara Kelebihan #TeamJutawan
- 3 Penjuru Income Dengan #JomDetoxJutawan
- Kelebihan Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain
- Shaklee Phuket Trip Day 1
Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!
Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah
Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak
Betul, tak semua orang boleh sabar dan semua orang boleh kontrol kesabaran..tapi Allah pilih mereka yang benar-benar kuat untuk bersabar…
Moga kita juga di berikan kesabaran…
Sis Lin recently posted…MASAK MEE BANDUNG SEPERIUK UNTUK EMAK
Terima kasih atas perkongsian. Ya betul..setiap manusia ada ujian masing2, Allah turunkan ujian samada nak tambah iman kita atau nak ujian sejauh mana keimanan kita. Apa pun ujian diberi..sabar memainkan peranan penting buat kita kuat dlm menempuah setiap ujian
Kembali pada fitrah kita. jadikan Al-quran sebagai rujukan Insyaallah kita tak tersasar dari landasan yang sepatutnya.
Sabar ni memang kena pupuk dalam diri. Kena selalu ingatkan diri sendiri kelebihan orang yang sabar
Netullah jikalau tidak banyakkan bersabar memang banyak natijahnya buat diri sendiri. Kadangkala bila dah boiling up mengamuk juga. Ya Allah jadilah diriku seorang yng sabar. Tq atas perkongsian dan nasihat.
Bella Jamal recently posted…Menu Sihat Dengan Russell Taylors Air Fryer
byk ayat dalam quran kita boleh kaitkan dengan kehidupan kita kan….banyak manfaat daripada artikel ini
Bagus perkongsian ni. Kita umat Islam memang selalu dinasihatkn untuk sabar & sabar itu separuh dari iman