Call nowWhatsapp

Nak kaya? Panduan Dari Al-Quran

Cara jadi kaya menurut al quran

Kaya sangat penting untuk orang lain dan diri sendiri. Tujuan sebenar untuk kaya apa? Kekayaan bukan menjadi kayu ukur kejayaan seseorang. Kekayaan adalah untuk membahagiakan ramai orang dan berjasa kepada orang ramai.

Suatu hari sahabat Nabi jumpa Nabi, “Ya Rasulullah, kami ni miskin kami ni takde harta, kami tengok orang kaya beri sedekah yang banyak sangat yang menyebabkan mereka mendapat kelebihan , jadi bolehkah kami ni dapat amalan untuk kami mengatasi orang kaya?”

Mereka jealous sebab orang kaya boleh bersedekah banyak, infaq. Bukan sebab nak rumah besar dan sebagainya.

Amalan yang dikongsi adalah baca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar 33 kali.

Tapi, amalan ni dah tak jadi rahsia sebab orang kaya pun dapat tahu dan buat amalan yang sama. Lalu mereka yang miskin tadi datang lagi berjumpa Nabi dan menyatakan hal yang berkait.

Nabi jawab “Allah berikan kaya kepada sesiapa yang Allah kehendaki”

Dapat kasih sayang Allah, bila Allah sayang kita, Allah akan berikan apa sahaja kepada orang yang Allah sayang

Tujuan kita pergi kerja supaya Allah sayang kita, tak boleh merungut dan buat benda tak baraqah, itu tak mendapat keredhaan Allah. Allah tak suka kita berdiam diri tak buat apa apa.

Allah berikan baraqah kepada rezeki kita. Rezeki bukan dari manusia tapi daripada Allah. Fokus nak jadi kaya bukan kepada kebijaksanaan dan segalanya tapi untuk dapat kasih sayang Allah. Apa benda yag Allah suka?

Tafsir Surah Nuh

Surah Nuh 71: 10-12

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”

Amalan-amalan daripada ayat di atas:

Salah satu amalannya ialah Istighfar bertaubat kepada Allah. Menyucikan diri. Mohon ampun. Allah suka yang merasakan dirinya hamba.

“Ya Allah aku mohon ampun Ya allah di atas dosa dosaku”

Allah memberikan rezeki hujan. Hujan simbolik rasa tenang jiwa, bahagia, tenang, menghidupkan yang mati untuk tumbuh tumbuhan contohnya. Contoh lain bila rasa hati tak selesa, stuck bisnes, jadi bagi idea hidupkan direction kita.

Kedua, Allah akan berikan anak. Allah yang bagi rezeki anak. Kita banyakkan istighfar. Bukan setakat anak betul tapi agent bawah kita, ramai pengikut bawah kita. Beristighfar.

Istighfar dapat kebun dan sungai. Income pasif. Bila faham konsep rezeki, sungai yang menyirami pokok. Kita tak perlu bekerja tak berusaha tapi Allah beri rezeki. Fokus benda yang tepat. Sumber kekayaan ialah Allah.

Kita nak cari kekayaan atau nak jadi kaya?

Contoh, macamana nak cari semut?

Jumpa tak? Macamni, kena letak gula. So, semut akan datang. Tapi jika letak benda lain macam timun or cactus semut tetap akan cari gula.

Behave macam orang kaya ,
Fikir macam orang kaya,
Cakap macam orang kaya,
Berjalan macam orang kaya.
Mindset macam orang kaya

Selesaikan masalah orang lain, lagi banyak bantu orang, lagi melimpah ruah rezeki. Fokus selesaikan masalah orang.

Fungsi Dijadikan Manusia

2 Fungsi kita dijadikan sebagai manusia:

1. kita sebagai hamba Allah dan
2. kita sebagai khalifah Allah

Ilmu POKOK REZEKI

Lagi banyak dahan dan ranting, lagi banyak buah yang akan keluar.

Lagi kuat dan besar pokok tersebut sebab banyak dahan dan ranting.

Analogi.
Kalau kita kahwin dan dapat anak. Anak ada rezeki. Rezeki anak datang melalui jalan mak dan ayah. Mak ayah akan dapat banyak rezeki melalui anak anak.

Contoh lain, lagi banyak orang yang kita naungi, banyak pekerja/downline, ramai yang kita bantu, ramai yang kita tanggung, ramai yang kita beri manafaat, lagi banyak rezeki yang masuk.

Fokus bagi impak pada orang lebih ramai.

Cara bukan berdasarkan strategi.

Amalan setiap pagi akan call mak dia. Minta mak dia doakan dia. “Mak doakan saya” Melimpah ruah rezeki. Khidmat kepada mak ayah kita. Jaga mak ayah. Barakah datang daripada Allah. Rezeki Allah bagi lebih banyak kepada kita.

Jika tiada ibu ayah lagi, cari orang orang yang tua, saudara mara mak ayah atau kawan mak ayah atau yang lain baik dan berkhidmat kepada mereka.

Doakan kepada mak ayah kita setiap hari.

Nak kaya pergi kepada sumber kekayaan.

Istighfar.

Amalan Lain Untuk Kaya

Amalan lain nak jadi kaya. Banyakkan sedekah. Jangan tinggal, setiap hari kena sedekah. Financial management kena betul.

Abdurahman bin Auf sampai ke Madinah. Orang kaya tak duduk je, ada semangat, nak selesaikan masalah orang, masalah besar pada masa itu, tiada tempat orang Islam untuk berdagang. Apa mindset orang kaya?

Tunjukkan aku di mana pasar?

Sebab nak berikan impak yang besar dan manafaat kepada ramai orang. Mindset nak selesaikan masalah ramai orang.

Tips nak sedekah banyak, kaedahnya:

  • Listkan semua kewangan.
  • Merendahkan yang tak perlu, kurangkan lifestyle, kurangkan belanja.

Umpamanya Gaji RM3000 bahagi 3
1/3 belanja
1/3 sedekah
1/3 investment

Tanggung anak-anak itu termasuk dalam 1/3 belanja bukan sedekah.

Gaji RM3000
RM2500 belanja kan? Macamana nak buat? Pertama, rendahkan belanja kepada RM1000 tapi jika takk boleh?

Cara kedua RM2500 X 3. Kena tingkatkan kepada RM7500.
Macamana nak tinggikan pendapatan kepada rm7500? Berapa belanja? Konsep kena kekalkan RM2500 belanja. Lebihan ada RM5000. Buat Apa? RM2500 sedekah dan RM2500 tu investment.

Dapat daripada mana? Dari hadis Nabi.

Hadis Nabi, 2 sahabat zaman Bani Israel, seorang petani, musim kemarau takde hujan tanaman tak tumbuh. A dan B. Awan ke kebun B sahaja turun hujan.

A bertanya kepada B apa amalan yang dilakukan?

Jawapan,
1/3 gunakan untuk belanja keluarga
1/3 gunakan untuk sedekah
1/3 investment kebun

Surah Al Talaq 65: 2 dan 3

“Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah,akan diberikan jalan keluar. Akan diberi rezeki dari sumber yang tak disangka sangka.”

“Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

Fokus punca rezeki, gembirakan Allah, bila Allah sayang kita, doa kita mudah makbul.

Ada dalam kisah Maryam.

Maryam adalah seorang yang sangat tekun beribadah. Dan setiap kali Zakariya memasuki tempat Maryam untuk beribadah, maka Zakariya kehairanan kerana mendapati makanan dan rezeki yang melimpah di sisinya.

Setelah Zakariya mendapati kejadian aneh tersebut, dia bertanya kepada Maryam, “Dari mana engkau dapati buah-buahan ini? Maryam menjawab,

Dari ALLAH. Kerana bahawasanya ALLAH memberikan rezeki kepada orang yang dikehendaki-NYA dengan tanpa hisab (hitungan).”

Dalam Surah Ali-Imran 3: 37

“Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira”.

Bottom Line

Menarik sangat input ni. InsyaAllah jom kita praktikkan dalam hidup seharian kita.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge