Cara Bisnes Shaklee Sampai Berjaya

By | 7 August 2017
cara bisnes shaklee sampai jadi

Sedar tak sedar dah 5 tahun saya buat bisnes Shaklee. Ianya bermula sebagai bisnes part time, tapi akhirnya sekarang sudah jadi bisnes sepenuh masa sebagai perniagaan dari rumah yang menguntungkan.

Memang bukan mudah sebenarnya, kalau ikutkan sebagai bisnes part time atau bisnes dari rumah sekalipun, kedua-duanya ada cabaran. Dan walaupun dengan cabaran itu, kita masih lagi boleh berjaya.

Dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan anda cara bisnes Shaklee sampai berjaya. Alang-alang makan Shaklee, baik jadikan Shaklee sebagai idea bisnes atau bisnes online yang menguntungkan. Alang-alang bisnes Shaklee, elok naik rank Shaklee hingga pangkat tertinggi betul tak?

Jom kita apa yang anda perlu tahu tentang bisnes Shaklee.

Cara Bisnes Shaklee Sampai Berjaya

Apakah Shaklee?

Shaklee adalah peneraju perniagaan dan pembuatan suplemen semulajadi terulung di dunia. Shaklee telah berusia lebih 55 tahun dan di Malaysia Shaklee telah bertapak lebih 30 tahun. Selain suplemen, Shaklee turut mengeluarkan produk lain seperti produk penjagaan kulit dan penjagaan rumah. Anda boleh rujuk laman web Shaklee untuk maklumat lanjut.

==> Rule pertama untuk memilih syarikat mana yang anda ingin lakukan bisnes adalah sebuah syarikat yang kukuh. Shaklee bukan sahaja telah berusia 30 tahun di Malaysia, bahkan saham Shaklee juga telah disenaraikan di Bursa Saham New York.

Apabila sesebuah syarikat tersenarai dalam bursa saham, ia menandakan syarikat itu stabil dan kukuh. Syarikat ini tentu layak untuk kita bernaung dan berpaut padanya.

Adakah produk Shaklee halal?

Produk Shaklee telah disahkan halal oleh sebuah badan yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Islamic Service of America (ISA).

Bagaimana Produk Shaklee?

Produk Shaklee dijamin melalui slogannya: Selamat, Berkesan dan Terbukti.

  1. Shaklee melakukan ujian ke atas setiap ramuan baru daripada 350 bahan pencemar, pestisid dan kekotoran. Selain itu, Shaklee juga melakukan ujian daripada bahan pencemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, bukti radiasi dan bahan pencemar mikrob.
  2. Shaklee melakukan ujian ke atas bahan pestisid sebanyak 250 melebihi kehendak United States Pharmacopeia (USP).
  3. Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan setiap produknya adalah selamat untuk anda dan keluarga anda.
  4. Semua produk Shaklee tidak mengandungi bahan perasa tiruan, pemanis atau pengawet tambahan.

  5. Semua produk Shaklee adalah Bebas Gluten, di mana ia sesuai untuk mereka yang mempunyai sensitiviti atau alahan terhadap gluten. Dengan produk bebas gluten, anda akan memperoleh kesihatan penghadaman lebih baik.
  6. Semua produk Shaklee adalah Non-GMO dan diiktiraf melalui Identity Preserved Program (IPP). IPP adalah kaedah paling berkesan untuk memastikan produk Shaklee adalah kekal Non-GMO daripada proses penanaman biji benih hingga proses pengeluaran.
  7. Semua produk Shaklee adalah berstatus biodegradable di mana ia memegang prinsip selamat, berkesan, semulajadi. Semua produk Get Clean Shaklee adalah biodegradable di mana ia tidak mengandungi fosfat, nitrik dan borat.
  8. Semua produk dan ramuan Shaklee tidak diuji ke atas haiwan.
shaklee safe proven guaranteed

Shaklee dijamin selamat, terbukti dan berkesan

b. Proven. Suplemen Shaklee adalah terbukti.

Bagi Shaklee, kami tidak menyatakan sesuatu itu begitu sahaja. Kami ada bukti.

  1. Lebih daripada 125 jurnal saintifik diterbitkan. Semua produk kami mempunyai sokongan daripada 125 jurnal saintifik yang menunjukkan ia mampu memberikan perbezaan kepada tahap kesihatan anda. Salah satu kajian ini adalah Landmark Study yang mana telah menunjukkan pengguna suplemen Shaklee mempamerkan kesihatan lebih baik berbanding 2 kumpulan ujian yang lain.
  2. Kajian Telomere menunjukkan pengguna yang mengambil Shaklee selama 5 tahun memiliki telomere yang lebih panjang berbanding pengguna tanpa suplemen (yang masih sihat).
  3. Shaklee memiliki 69 hak patent atau patent pending.
  4. Patented Delivery System (PDS) dilaksanakan untuk memastikan nutrisi daripada suplemen diserap sepenuhnya ke dalam badan. Ini memberikan nutrisi kepada badan pada masa dan organ yang tepat.

c. Effective. Suplemen Shaklee adalah efektif melalui Landmark Study.

Landmark Study Shaklee adalah kajian penggunaan Shaklee dalam jangkamasa panjang pengambilan yang mana menunjukkan pengguna Shaklee memiliki kesihatan yang lebih baik, berbanding dengan 2 kumpulan ujian yang lain.

Landmark study Shaklee dibuat oleh pihak bebas dan berkecuali iaitu University Of California, Berkeley berkenaan corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi bagi pengambilan banyak jenis suplemen.

Landmark study ini telah diterbitkan dalam Nutrition Journal, di mana ia dapat disemak secara online sejak 24 Oktober 2007.

Bagaimana saya boleh menjalankan bisnes Shaklee?

Keahlian seumur hidup Shaklee boleh didapati dengan 2 cara:

  1. Bayaran yuran sebanyak RM80 (Semenanjung) atau RM90 bagi Sabah dan Sarawak
  2. Keahlian PERCUMA dengan setiap pembelian produk Shaklee bernilai RM680 beserta caj penghantaran sebanyak rm10.60 bagi Semenanjung dan RM22 bagi Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun tiada caj penghantaran dengan setiap pembelian Vivix. Bersama-sama ini anda akan memperoleh bayaran bonus sebanyak RM25++ secara automatik.

Adakah keahlian saya boleh tamat tempoh?

Untuk memastikan keahlian kita aktif, kita perlu membuat belian sekurang-kurangnya 1 produk dalam tempoh 18 bulan.

Bayaran untuk memperbaharui keahlian adalah sebanyak rm30 bagi setiap tahun. Bagaimanapun setiap kali keahlian diperbaharui, Shaklee akan memberikan e-Voucher bernilai rm30 dimana anda boleh menggunakannya untuk membeli mana-mana produk Shaklee.

Selain itu, bagi setiap pembelian bernilai rm680, pembaharuan keahlian adalah diberikan percuma.

Bolehkah saya memulakan bisnes Shaklee dengan modal 0 atau bisnes dari rumah tanpa modal?

Boleh. Anda boleh kumpulkan pesanan dari rakan, saudara atau pelanggan sehingga mencapai rm680 atau lebih, dengan itu anda akan mendapat keahlian Shaklee secara percuma.

Berapakah pembelian minimum yang perlu saya buat setiap bulan?

Di Shaklee, anda tidak dipaksa membuat belian minimum untuk kesinambungan keahlian. Sekiranya cukup minimum pembelian bulanan sebagaimana disyaratkan Shaklee, anda layak mendapat bonus tunai.

Sekiranya belian minima tidak mencukupi, anda tidak layak mendapat bonus tunai, namun keahlian tidak terbatal.

Berapakah minimum belian untuk saya layak menerima bonus?

Belian minimum bulanan untuk layak bonus hanyalah kira-kira rm480 sebulan. Anda boleh mengumpulkan pesanan daripada saudara mara, keluarga, rakan-rakan atau pelanggan anda supaya boleh menepati syarat ini.

Daripada pesanan ini, anda akan mendapat untung runcit disamping mengumpul point yang dapat melayakkan anda menerima bonus tunai setiap bulan.

bisnes manual shaklee

Bisnes manual Shaklee

Bagaimanakah cara saya membuat belian?

Setelah mendaftar, anda boleh menggunakan ID anda untuk menikmati penjimatan harga dan pulangan tunai (bonus tunai). Belian produk Shaklee boleh dilakukan secara tunai, kad debit atau kad kredit melalui:

  1. Belian terus / walk-in di cawangan Shaklee berdekatan (Shaklee tiada stokis).
  2. Pesanan melalui panggilan telefon (menggunakan kad debit atau kad kredit sahaja)
  3. Pembelian melalui webpage shaklee2u yang dikhaskan kepada anda (menggunakan kad debit atau kad kredit sahaja).

Bagi cara 2 dan 3, produk akan dihantar ke alamat anda dalam tempoh 1-5 hari bekerja tertakluk kepada kawasan anda. Caj pos akan dikenakan sebanyak RM10.60 bagi semenanjung dan RM22 bagi penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Pos percuma bagi setiap pembelian Vivix atau pembelian berjumlah RM800 bagi Semenanjung atau RM1000 bagi Sabah dan Sarawak.

Apakah webpage shaklee2u?

Setelah mendaftar, anda akan menerima nombor keahlian (ID) beserta kata kunci (password) untuk digunakan mengakses webpage yang dikhususkan untuk anda di www.shaklee2u.com.my.

Di shaklee2u anda dapat:

  • Membuat pembelian dan barang dihantar terus kepad anda atau pelanggan anda.
  • Menyemak ahli yang berdaftar di bawah anda.
  • Mendaftar ahli baru.
  • Mengetahui aktiviti dan pengumuman terkini dari Shaklee Malaysia
  • Menyemak senarai belian bulanan atau bulan-bulan sebelumnya.
  • Mengetahui jumlah bonus yang bakal diterima
  • Menyemak jumlah points terkumpul hasil daripada pembelian anda.

Perlukah saya menyimpan stok untuk bisnes saya?

Ini adalah pilihan anda. Anda boleh menyimpan stok atau meminta Shaklee mengepos terus kepada pelanggan anda setelah belian dibuat dengan ID anda. Ia seumpama sistem dropship.

Bagaimanakah cara bonus Shaklee dibayar kepada saya?

Pembayaran bonus tunai akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda pada 14 haribulan setiap bulan. Contohnya, belian sepanjang bulan Januari akan dikira dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun anda pada 14 Februari.

Apakah ganjaran lain selain tunai?

Shaklee menawarkan terlalu banyak ganjaran namun saya ringkaskan kepada 3C iaitu Cash, Car dan Convention.

Cash adalah ganjaran terbanyak yang meliputi:

  • Untung runcit
  • Bonus daripada jualan kumpulan
  • Bonus kepimpinan
  • Insentif bagi pangkat Coordinator hingga Master.

Bonus tunai ini tidak terhad, selagi anda berusaha anda akan dibayar setimpal dengan usaha anda. Tiada istilah upline goyang kaki duit masuk, tiada. Dan tiada istilah downline tidak boleh langkah naik melebihi upline.

trip mewah shaklee

November ini saya akan menyertai trip mewah tajaan Shaklee sepenuhnya

Car

Apabila kumpulan anda telah berkembang dan mencapai jualan minimum yang ditetapkan, anda layak menerima tambahan 3% daripada keseluruhan point anda. Ini dikenali sebagai insentif kereta di dibayar secara tunai.

Terpulang kepada anda bagaimana untuk menggunakannya.

Convention

Selain mengumpul UV (unit value atau point) bagi setiap pembelian, anda juga berpeluang mengumpul mata untuk percutian dalam dan luar negara. Mata dikira berdasarkan:

  • Jualan kumpulan
  • Pendaftaran ahli baru
  • Penghasilan leader baru
  • Kenaikan pangkat, semakin tinggi pangkat, semakin banyak mata.

Percutian dibahagikan kepada 2:

  • Percutian dalam negara atau regional
  • Percutian antarabangsa atau pilihan Umrah Ziarah bagi leader beragama Islam.

Umrah dan Ziarah ditawarkan setiap tahun, destinasi percutian lain adalah berbeza mengikut tahun.

Jika saya menyertai keluarga Anah And Friends, adakah saya perlu menghadiri mesyuarat pada tempoh tertentu?

Bagi kumpulan Anah and Friends, majoriti kami menjalankan coaching secara online samada secara berkumpulan atau individu, Perjumpaan offline bertentang mata ada juga dijalankan namun sekali sekala sahaja dan tidak diwajibkan.

Kami mempunyai leaders dari setiap negeri di Malaysia dan rata-ratanya berjaya hanya dengan coaching secara online melalui sokongan grup Anah and Friends dan grup LAT.

coaching personal bisnes shaklee 2

Saya sebagai mentor anda akan membantu anda ke mercu kejayaan

Berapakah tempoh masa saya untuk mencapai bonus 4-5 angka?

Ianya bergantung kepada usaha anda. Ada leader yang mencapai 4 angka selepas 1 bulan, 3 bulan dan 1 tahun selepas menyertai Shaklee. Ia bergantung kepada usaha, keyakinan dan tindakan anda sendiri.

Perlukah saya mencari downline?

Shaklee adalah kita sendiri. Kita adalah Shaklee. Permulaan bisnes Shaklee adalah perkongsian kebaikan produk dari pengalaman kita sendiri.

Tanpa downline, anda bleh mencapai pangkat supervisor dan menikmati peratus bonus tertinggi iaitu 21%.

Namun dengan adanya downline, peluang akan lebih besar untuk anda mendapat ganjaran lain daripada Shaklee seperti lain-lain bonus tunai, bonus kereta dan convention.

Dengan adanya downline, anda boleh berkongsi peluang dan ganjaran Shaklee kepada beliau, sambil merasai kehebatan produk Shaklee dan menjalani hidup lebih sihat.

Cara Berniaga Shaklee Sampai Jadi

Dah tahu serba sedikit tentang jadi pengedar Shaklee kan? Jadi Bagaimana cara bisnes Shaklee sampai jadi? Maksudnya sebagai side income dan juga sebagai main income mungkin?

1. Kena faham apa yang ditawarkan oleh syarikat

Biasanya bila sudah mendaftar sebagai ahli Shaklee, kita akan mendapat bisnes manual. Betullah tidak semua daripada kita suka baca apa yang dituliskan dalam buku manual tu, jadi jangan segan bertanya kepada mentor.

Kalau nak hasil cepat, cari mentor pun kena cepat dan korek ilmu. Wajib tahu perkara asas ok.

2. Mulakan dengan sharing atau perkongsian

Kalau selama ini anda memang merupakan pengguna Shaklee, maka perkara ini sangat mudah. Dengan konsep perkongsian pengalaman, kongsi sahaja apa kebaikan dan kesan yang anda telah rasai. Perubahan positif, share dari hati.

Nak share di mana? Ada banyak medium samada online dan offline. Onlince contohnya di

  • Blog
  • Facebook
  • Instagram

Offline anda boleh kongsikan dimana-mana saja di pejabat, jiran-jiran, saudara mara dan ahli keluarga.

3. Bisnes Shaklee adalah bisnes ilmu

Sangat banyak peluang dalam Shaklee sebenarnya, itupun jika kita sanggup belajar dan gali ilmu. Dalam kata lain, memang kena rajin membaca sikit. Rajin hadiri majlis ilmu, kelas nutrisi, kelas marketing dan macam-macam lagi yang berkaitan bisnes.

Bila kita buat sesuatu tanpa ilmu, takut kita mudah give up dan berhenti separuh jalan. Jadi sebolehnya cubalah hadiri mana-mana kelas yang bersesuaian.

Antara kelas yang saya hadiri:

  • Kelas nutrisi – selalu Shaklee buat, jadi boleh hadir bila-bila kita berkelapangan
  • Kelas bisnes leader Shaklee – kelas bulanan, hanya leader sahaja, juga tidak wajib. Kalau nak tahu apa info terkini Shaklee digalakkan hadir
  • Kelas blog dan SEO – dulu-dulu saya memang ada hadiri kelas begini. Sekarang saya pula yang buat kelas ini untuk downline saya
  • Kelas copywriting dan branding FB

Ada antara kelas yang berbayar, tapi kebanyakannya memang percuma. Kelas berbayar biasanya kelas yang dianjurkan oleh sifu-sifu dalam bidang mereka yang bukan Shaklee.

Selain itu, grup saya Anah and Friends turut menyediakan kelas secara online menggunakan webinar, whatsapp, telegram dan Facebook. Jadi dimana saja anda boleh hadirinya, tiada masalah.

kelas Shaklee yang dihadiri

Antara kelas yang dianjurkan oleh Shaklee dan bisnes leader Shaklee yang saya hadiri

Kelas online Shaklee

Kelas online yang kami adakan

4. Tindakan

Banyak pergi kelas, ilmu mesti diaplikasikan. Bayar kelas mahal-mahal tiada guna jika tiada tindakan. Jadi balik-balik dari kelas, kena terus apply. Buat saja, kata Nike, “Just Do it”. Kita takkan tahu samada ilmu itu berkesan atau tidak, jika kita tidak buat.

Dalam bisnes online, dan dalam grup kita, ada ramai yang sudi berkongsi. Jika tidak yakin buat sendirian, boleh cari kawan atau sideline yang sama-sama buat dan sama-sama menyokong. Yang penting jangan harapkan orang lain buatkan untuk kita.

Kita usaha, kita dapat.

5. Jangan berhenti

Berhenti sekejap boleh rosakkan mood selama-lamanya. Macam tu juga dalam hal lain pun. Kalau kita tengah buat sesuatu, tiba-tiba kita berhenti. Lama juga nak ambil mood nak mula semula kan.

Jadi memang rugi kalau berhenti hatta sekejap sekalipun. Apa yang berlaku, jangan berhenti, jangan mengalah. Walaupun sharing yang kita buat tiada respon, sales setiap bulan masih ditakuk lama meskipun hari-hari kita berusaha, teruskan sahaja. Jangan putus asa dengan rahmat Allah.

Allah tidak zalim, Allah baik sangat. Inilah nikmatnya sabar.

6. Dekatkan diri dengan Pencipta.

Setiap usaha kita mesti Allah tengok. Buat bisnes ni sebenarnya mendekatkan diri kita dengan Pencipta kita. Bagi orang bekerja makan gaji, mereka terima gaji sama setiap bulan.

Bagi orang bisnes, gaji kita tak sama setiap bulan. Wajiblah kita mengharapkan bantuan Allah kan, supaya boleh dapat banyak setiap kali. Dengan itu dengan sendirinya kita rapatkan hubungan dengan Allah.

coaching bisnes shaklee mentor

Selalu jumpa dan berbincang dengan Mentor adalah kunci kejayaan

Pengalaman Bisnes Shaklee Dan Kelebihan Saya Sebagai Upline Anda

Saya telah bersama Shaklee selama 5 tahun dalam bisnes. Alhamdulillah memang fokus Shaklee sahaja, dan kini fulltime Shaklee. Kini saya di rank Coordinator. Bukan mudah nak capai, tapi dengan usaha, semua orang boleh berjaya.

Ini kelebihan kami yang tiada pada orang lain:

  1. Kami miliki grup eksklusif coaching one to one dengan mereka yang 100% fokus bisnes Shaklee sahaja sebagai bisnes mereka secara online dan offline.
  2. Kami miliki misi yang jelas untuk melahirkan 15 orang miliki pendapatan sebanyak 4 angka(RM1000-RM9,999) bagi tahun 2017.
  3. Kami cipta silibus tersusun yang mana setiap ahli yang sertai kami walau pun mereka baru bermula dari kosong, mereka boleh terus bermula dengan silibus step by step kami ini. Hanya di ONLINE. Tanpa perlu keluar rumah.

  4. Kami miliki grup cross coaching yang terdiri dari orang-orang yang pakar dalam bidang masing-masing namun tidak kedekut untuk berkongsi rahsia.

  5. Terdapat doktor, jururawat dan ahli farmasi dalam grup kami yang juga boleh memberi nasihat dari segi pandangan mereka dalam satu-satu penyakit mahupun suplimen cadangan.
  6. Kami mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang nutrisi.
  7. Terdapat pakar nutrisi yang sentiasa berdamping rapat dengan kami untuk membantu berikan ilmu nutrisi dan info berkaitan.
  8. Kami miliki idea yang brilliant yang membantu grup kami membuat sales.

  9. Kami miliki projek Hamil dan jugak projek penyusuan susu ibu yang sediakan pakej yang cantik dalam bungkusan yang istimewa sebagai hadiah kepada customer. >>Lain dari yang lain

  10. Sentiasa on air secara live di grup eksklusif dan grup fokus kami untuk terus memberi inspirasi dan semangat untuk berbisnes Shaklee dengan rasa sungguh enjoy!
  11. Kami gunakan konsep mentor mentee yang mana semua orang berhak melontarkan pandangan masing-masing dan sama-sama ambil untuk manfaat bersama.
  12. Konsep “garang namun sayang sangat” dipraktikkan dalam grup ini bagi membantu bina diri yang komited dan bersungguh-sungguh dalam mengejar impian masing-masing
  13. Kami apply “Jerung kejar ikan” dalam grup fokus kami untuk pastikan semua ahli dalam grup ini capai target sales mereka mahu. Kerana sales menunjukkan bukti apa yang kami ajar itu diapply dan dimanfaatkan. Sales juga membuktikan pendapatan yang diperolehi oleh seseorang itu
  14. Kami menekankan konsep semua orang wajib ada pendapatan best dalam Shaklee apabila sertai kumpulan kami. Kiranya kami betol-betol jaga dan buat ahli grup semuanya tercapai impian mereka minimum untuk mendapat RM1000 setiap bulan.
  15. Ahli grup kami semuanya hanya positif saja. Siapa yang ada rasa negatif, fikiran negatif tu pon akan dibantu oleh ahli grup untuk bangkit kembali.
  16. Terbukti lahirkan leader hebat yang hanya dalam tempoh 6 bulan sudah miliki pendapatan 4 angka.

  17. Telah terbukti dapat membentuk ibu-ibu yang berimpian untuk working at home mom dengan berpendapatan ribuan ringgit hanya dengan bekerja dari rumah.

  18. Kami miliki ilmu dalam pengurusan kewangan untuk elakkan berhutang dan juga mudah selesaikan hutang yang sedia ada.
  19. Kami miliki kepakaran dalam berbisnes tanpa modal.
  20. Kami berpengalaman membuatkan anak buah bisnes kami berjaya mendapat pakej melancong percuma ke luar negara dan dalam negara.

  21. Kami miliki skill untuk membentuk anak buah bisnes kami tidak perlu membayar duit rumah dan keretanya kerana Shaklee tolong bayarkan.

  22. Kami miliki skill SEO untuk membentuk anak bisnes kami dalam memiliki blog yang berada muka hadapan Google.
  23. Kami menyediakan poster dan fakta yang penting untuk tujuan marketing.
anugerah shaklee tahun 2016

Salah satu anugerah yang saya perolehi bagi pencapaian tahun 2016

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

53 thoughts on “Cara Bisnes Shaklee Sampai Berjaya

  1. sensasi2020

    Tahniah Puan Raihanah dah 5 tahun dalam bisnes Shaklee.

    Produk yang terbukti selamat dan berkesan. Teruskan berusaha moga apa yang diimpikan akan termakbul oleh Allah Taala.

    Saya turut gembira dengan kejayaan yang anda dah capai agar boleh pergi jauh lagi. Insya Allah…

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      amiin, thanks abg kamil. saya ingat abang kamil sampai bila2

      Reply
  2. Galaksi Viral

    GV doakan semoga kak Raihanah sentiasa berjaya di dunia dan mahupun akhirat. InsyaAllah. Aamin. Tahniah kak kerana menjadi salah seorang ahli bisnes shaklee yang sangat berjaya di Malaysia. Terbaik kak. 😀

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      oo takpe, teruskan makan je pun ok dah

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge