Call nowWhatsapp

Cara Berniaga Gaya Jutawan

jutawan shaklee rm28 juta

Ini adalah 1 perkongsian kisah daripada seorang jutawan yang sudah punya beberapa cawangan restoran dan beberapa francais di shopping mall.

Dulu restorannya lengang, boleh dikira dengan jari pelanggan yang datang. Kerana niatnya ingin “mengambil” sesuatu daripada pelanggan, “hari ni target pendapatan mahu RM5,000, target masyarakat sekitar, dan staff-staff di pejabat sekitar”

Saya sangat yakin majoriti peniaga pasti begitu juga kan. Aim duit gaji orang, iklan pun siap sebut “musim gaji ni, jomlah beli *** dari saya” Terang-terangan pula tu target duit gaji orang😅

Bila hati kalian menggetarkan gelombang elektromagnetik sedemikian rupa, dalam keadaan desperate, maka orang sekeliling akan merasa gelombang itu dan akan mula membina “shield” atau pun perisai, sebab itu orang hanya lalu, dan tidak masuk.

Sebab itu ada restoran pelanggannya ramai, ada restoran pelanggannya sedikit. Tambah-tambah lagi jika ada gelombang kerisauan, energi negatif terpancar..maka ia hanya akan attract energi pada level yang sama juga. Kekecewaan, kerisauan yang semakin menjadi-jadi.

Bersyukur dahulu sebelum rezeki masuk

Sepertimana Allah sebut dalam Surah Ibrahim Ayat 7:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

Kawan-kawan, Allah kata, jika kita bersyukur, Allah tambah nikmat..

Syukur itu antara energi tertinggi dalam carta emosi..dan hasil daripada bersyukur, Allah tambah-tambahkan nikmat., Subhanallah.

Kita bila kita dapat nikmat apa perasaan kita? Gembira kan? Syukur kan?Dapat sales banyak tu nikmat atau tidak? Pastilah nikmat. Pasti seronok dan penuh kesyukuran.

Jadi, jika mahu dapat yang seronok-seronok, yang hebat-hebat, yang syukur-syukur, kita perlu memulakannya dengan syukur dulu. Seronok dulu, niat dengan penuh syukur, agar pelanggan juga merasa syukur jika masuk ke premis perniagaan kita.

Dan ini juga rahsia menarik pelanggan yang berkualiti, yang betul-betul mampu membayar tanpa minta diskaun, yang tidak banyak songeh, yang betul-betul memerlukan produk jualan kita..(ini kita cerita dalam tajuk lain).

Saya tambah sedikit kata-kata Allah daripada Surah Al-Qamar Ayat 35:

نِعْمَةً مِنْ عِنْدِنَا ۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي مَنْ شَكَرَ

Maksudnya: sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”

Jadi, berniatlah melakukan 1 perniagaan tanpa rasa risau, malah dengan penuh rasa syukur 😍😍😍 pasti Allah akan lipat gandakan nikmat 😍😍😍

Rasanya apa perasaan pelanggan kalau duitnya diambil? Tidak seronok kan? kita rujuk semula Ayat 7 surah Ibrahim tadi..

وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

Apa maksud mengingkari nikmat?

Belum apa-apa sudah mengeluh, belum apa-apa sudah risau, seolah-olah tiada perkara boleh disyukuri dalam hidup, padahal kesihatan dan keupayaan berniaga juga WAJIB disyukuri.

“Alaahh..kemarin dapat RM10 ja..risaunya hari ni kalau tiada orang beli, belum musim gaji lagi ni”

Adakah nikmat dan rezeki Allah terhad kepada musim gaji? Kita ini percaya Allah yang bagi rezeki atau orang-orang yang makan gaji yang bagi kita rezeki?

Dan apa pula maksud “azab” dalam ayat di atas?

Apa perasaan kita kalau duit kita diambil? Tidak seronok kan? Tidak best kan? Itulah perasaan dalam keadaan azab, emosi rendah, bengang, kecewa, marah, setuju?

Jadi, pancinglah rezeki melalui kesyukuran, sesuatu yang akan buat pelanggan berasa syukur.

Buang perasaan risau, terus pacak yakin dan syukur, insyaAllah bertimpa-timpa rezeki Allah bagi sehingga sukar dihalang, percayalah kerana ini janji Allah 😍😍😍

Kalau kita mulakan perniagaan dengan risau dan desperate (kufur nikmat), jangan hairan, hasilnya menyakitkan, mengecewakan (azab)

Pegang sungguh-sungguh ayat ini 🌹🌹🌹

Jadi apa contoh niat berniaga? Ini contoh sahaja, tiada pun lafaz niat tertentu, sekadar menjernihkan dan menjelaskan hati kita kenapa kita berniaga hari ini.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah mengizinkan kami masih bernyawa untuk tetap mengagungkan dan membesarkan Mu ya Allah, sejuta kesyukuran kami padaMu ya Allah, dapat kami menggunakan tenaga kurniaMu untuk mencari rezeki yang halal lagi berkat.

Yaa Allah Yaa Razzaaq Yaa Wahhaab, hari ini, walau apapun berlaku, kami akan berikan perkhidmatan terbaik kami kepada sesiapa sahaja yang hubungi kami ya Allah.

Kami akan menggembirakan dan membahagiakan semuanya dengan mencadangkan suplemen yang terbaik untuk membantu menyelesaikan persoalan dan ujian mereka. Mereka akan rasa gembira dengan setiap pembelian dan dapat merasakan hasil kesihatan yang terbaik daripada pengambilan suplemen yang kami cadangkan.

Boleh olah ya, panjang pendek tiada masalah, ini hanya contoh.

Saya sengaja letak perkataan KAMI supaya kita boleh bersama-sama baiki niat bersama tim kita, yang berniaga bersama pasangan, dengan tim (atau downlines) boleh perbaiki niat bersama.

Baca dalam bentuk doa pun tidak apa, doa kan ibadah, memulakan perniagaan dengan doa adalah sangat bagus, semoga sepanjang kita bekerja dan berniaga, Allah berikan pahala ibadah 😍😍😍

Bottom Line

Seronok bisnes Shaklee ni. Selama 9 tahun ini saya enjoy juga buat bisnes ni. Mungkin bagi sesetengah orang mungkin rasa lambat dengan Shaklee ni tapi bak kata pepatah, If you wanna go far, go together!

Bagi saya sendiri, saya memilih bisnes Shaklee atas sebab yang saya tuliskan di atas. Jutawan pun sangat ramai dalam Shaklee, dan saya insyaAllah salah seorang daripadanya.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

10 thoughts on “Cara Berniaga Gaya Jutawan

  1. Mahamahu says:

    Sekarang ni banyak cara nak berniaga dan jadi jutawan cepat tapi kena istiqamah dan juga selalu bersyukur dengan apa yang kita dapat dulu lepas tu baru datang lagi rezeki kemudian hari tanpa kita sangka… Heheheh semalat maju jaya dan menjadi jutawan

  2. Min says:

    Allah kata kalau kita bersyukur Allah akan tambahkan lagi nikmat kita..Insyallah selagi kita bersyukur selagi tu nikmat kita berganda

  3. Rawlins GLAM says:

    Betul tu. Saya selalu diingatkan oleh mentor saya bahawa kita nie sebagai orang tengah antara Allah swt dengan pelanggan kita – membantu menyampaikan bantuan pada doa mereka. Jadi, janganlah kita berbangga diri atau kufur nikmat bila kita ada pelanggan atau sebaliknya

  4. syafiera says:

    Betul I dah nampak orang orang yang jutawan kat dunia ni.. sebenarnya banyak fokus akhirat juga kan especially yang muslims… bekerja kerana Allah sambil membantu orang yang lain..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge