Sekarang ni ramai orang nak kurus dengan cepat tapi ramai yang lupa kita nak kurus dan menyihatkan.
Jadi ramai orang pilih jalan mudah, ada juga pilih jalan sukar. Yang pasti juga macam-macam kaedah dicuba. Ada saja orang kongsi tentang ubat kurus, pasti terliur. Habis semua dicuba, ya saya been there.
Dari satu produk ke satu produk. Jenis diet hampir semua dah cuba. Bersilih ganti.
Harapan menggunung tinggi, mudah-mudahan berjaya. Kejayaan pula ada banyak. Sekejap berjaya, ada yang terus berjaya. Ramai yang sekejap sahaja kurus, lepas tu rebound. Sedih!
Nak berjaya betul-betul, kurus dan kekal kurus dalam tempoh lama, perlu ada ilmu. Perlu cara. Perlu ada sistem.
Jadi dalam perkongsian ini saya titipkan tip kurus dengan cepat dan sekaligus menyihatkan agar kurus kita tu long lasting, insyaAllah macam saya perolehi.
Pengalaman Kurus Dengan Cepat Dan Sihat
Saya pernah kongsikan pengalaman saya sebelum ini. Dari seorang dengan selalu memakai size pakaian XXXL, kini selalu menyarung pakaian bersize S sahaja.
Jadi dibawah saya kongsikan tip kurus dengan cepat lagi menyihatkan.
Tip Kurus Dengan Cepat 1: Elakkan Karbohidrat Putih
Karbohidrat putih bermaksud nasi putih atau gandum putih. Jaman kita karbohidrat dalam nasi atau gandum putih tidak lagi sama seperti jaman dulu dimana segala fiber dan nutrition terkandung dalam nya. Jaman sekarang nutrisi seperti itu tiada lagi dalam beras dan gandum putih.
Selain tu nasi dan gandum putih menurut kajian, menunjukkan karbohidrat dari nasi dan gandum dalam golongan indeks glisemik tinggi. Bila indeks glisemik tinggi, sumber tenaga dilepaskan cepat, dan cepatlah ianya turun. Sebab tu kita rasa cepat lapar, letih. Dan probability kita untuk makan lebih banyak adalah tinggi.
Namun sememangnya bukan salah nasi 100% dalam hal kita jadi berlebihan berat badan, tapi jika anda mempunyai masalah berat badan, pastikan anda elakkan dulu makan nasi.
Tip Kurus Dengan Cepat 2: Elakkan Gula Putih
Gula putih terdapat dalam hampir semua makanan diproses. Terutamanya dalam sos, kek, pastri, coklat, kuih muih, minuman kotak/tin/paket dan lain-lain. Kita juga biasa masukkan gula dalam minuman dan donut, serta masakan yang lain.
Gula putih penyebab utama kenaikan berat badan. Ikut kajian 62% wanita dan 48% lelaki Malaysia menjadi obes. Terkena penangan gula putih. Ikut kajian juga, lebih daripada 85% lelaki boroi disebabkan penangan gula putih juga.
Jika ingin manis, boleh dapatkan alternatif gula daripada gula kelapa tapi hadkan sebanyak 1 sudu kecil sehari.
Tip Kurus Dengan Cepat 3: Ambil Sarapan Pagi
Ada kajian saintifik Mat Saleh buat ke atas 50,660 orang selama 7 tahun, menyebut
Orang yang ambil sarapan besar dan banyak, lebih kurus
Journal Nutrition
Point dia, ambil sarapan, dan banyak. Tapi perlu telusuri apakah yang mereka makan. Adakah makanan yang sama macam orang Malaysia makan? Roti canai kuah banjir?
The breakfasts in the study included smoothies, yoghurts, eggs, sausages and mushrooms, and all contained plenty of protein which helps people feel full.
Timing of daily calorie loading affects appetite and hunger responses without changes in energy metabolism in healthy subjects with obesity
Jadi memang suruh makan sarapan, tapi ideanya ialah pemakanan yang bagaimana adalah sama penting. Nampak mereka makan protein tinggi.
Jadi jangan skip sarapan lagi. Timing sarapan tu tak kisah sangat jam berapa, asalkan anda ambik sarapan.
Program seperti intermittent fasting bukanlah bertentangan dengan makan breakfast ni, sebab intermittent fasting ialah cara untuk menjadualkan pemakanan kita.
Manakala makan sarapan ialah ideanya untuk makan sarapan dengan kenyang (big breakfast) dengan fokus kepada nutrisi tertentu.
Tip Kurus Dengan Cepat 4: Tiga Makanan Cepat Kurus
Jadi kita dah tahu, perlukan ambik sarapan. Tapi makanan yang macamana? Saya cadangkan makanan berikut yang terbukti secara saintifik dapat bantu kuruskan badan.
1. Protein
Ambil makanan / minuman yang tinggi protein kerana ia dapat membantu anda kenyang lebih lama. Diet tinggi protein memiliki indeks glisemik lebih rendah, jadi ia membantu pelepasan tenaga secara berperingkat.
Justeru anda akan rasa kenyang lebih lama, selain tu anda rasa lebih bertenaga. Dalam satu kajian terbitan journal Obesity mendapati mereka yang mengambil protein merasa lebih kenyang apabila memasukkan protein dalam diet mereka.
Selain tu protein boleh membantu anda mengekalkan jisim otot apabila anda menguruskan berat badan anda. Dalam protein terutama protein yang lengkap, sepatutnya ada khasiat asid amino iaitu leucine. Apabila adanya leucine dalam diet anda ia dapat:
- membantu anda mengurangkan berat badan dengan cara yang betul.
- membantu tubuh mengekal dan membina otot tanpa lemak.
- menyokong metabolisme yang sihat dengan memelihara otot.
2. Teh hijau
Teh hijau mengandungi flavonoids yang membantu tingkatkan kadar metabolism. Jadi tidaklah kita ni membesar bagai johan.
3. Probiotik
Makanan yang memiliki probiotik seperti kimchi, sauerkraut dan lain-lain yang tinggi probiotik mengandungi khasiat short chain fatty acid (SCFAs). Dalam kajian Annals of The New York Academy of Sciences mendapati SCFAs membantu menguatkan hubungan di antara perut dan otak. Ia menstimulasi hormon yang membantu rasa kenyang/lapar.
Makanan yang diperam ini meningkatkan probiotik iaitu sejenis bakteria sihat yang membantu penghadaman. Apabila penghadaman baik, dapat membantu kurus dengan cepat.
Tip Kurus 5: Ambil Makanan mengandungi polifenol
Pengambilan makanan mengandungi polifenol seperti anggur muscadine, british elderberry, japanese knotweed, buah delima dan lain-lain terletak disebabkan oleh khasiatnya seperti berikut
- Mempunyai anti diabetic effects: pulihkan semula pankreas. Bila pankreas sihat, insulin sensitivity dan metabolisme gula akan normal.
- Bersifat anti angiogenesis: merupakan proses memotong atau menghancurkan salur darah yang tak normal yang ada pada sel-sel tak normal termasuk sel kanser, tumor. Berita baiknya ialah, dalam sel lemak juga ada salur darah. Bila kita makan polifenol yang ada khasiat anti angiogenesis, ia akan bantu potong salur darah tu terus.
Baca sini untuk lanjut tentang anti autogenesis: How We Can Starve Cancer With Food - Elakkan craving gula: polifenol ada khasiat sebagai “brain protective property“. Ia bermaksud dapat memulihara otak kita jadi berfungsi dengan baik (tidaklah teringat-ingat makanan atau lambat rasa kenyang). Lambat rasa kenyang inilah puncanya kita makan berlebihan dan menyebabkan kita makan berkali-kali akibat craving. Lebih ringkasnya polifenol bantu otak kita lebih cepat pikap.
Tip Kurus 6: Amalkan sajian tinggi fiber
Satu kajian yang diterbitkan dalam Annals of Internal Medicine mencadangkan bahawa sesuatu yang mudah seperti mengambil makan 30 gram serat setiap hari boleh membantu anda menurunkan berat badan, menurunkan tekanan darah anda dan meningkatkan tindak balas badan anda terhadap insulin sama berkesan dengan diet yang lebih rumit.
Makanan tinggi fiber umpamanya cendawan, kekacang dan legum, flaxeeds, asparagus dan oat.
Fiber dengan kelikatan yang tinggi boleh memberikan kenyang lebih lama, mengurangkan selera makan dan penurunan berat badan secara automatik.
Fiber bukan semestinya buah-buahan ya. Sebab dia perlu kelikatan yang tinggi. Bukan buah-buahan.
Tip Kurus 7: Ambil Omega 3
Dalam kajian-kajian banyak menyebut peranan omega 3 dalam hal kuruskan badan.
- Omega 3 dapat tingkatkan metabolism tubuh kata kajian dalam International Journal of Obesity and Related Metabolism Disorder. Meningkatkan 4% dalam masa sebulan. Jumlah yang perlu diambil ialah 6g sehari
- Omega 3 membantu turunkan rasa lapar. Selera mengecil. Maklumat ini didapati dalam kajian di Journal Appetite. Apabila kita kenyang, tiada lagi makan jajan, tiada lagi kudap kudapan.
- Omega 3 bantu otak juga lebih pikap.
- Satu lagi dalam kajian dari American Journal of Clinical Nutrition mendapati pengambilan minyak ikan omega 3 dapat turunkan lemak. Kesan yang diperoleh seawal minggu ke 6.
Tip Kurus 8: Perbanyakkan pengambilan air
Minum air membantu:
- Meningkatkan metabolisme anda,
- Membersihkan tubuh anda
- Bertindak sebagai penahan selera.
Minum lebih banyak air membantu badan anda tidak lagi menyimpan air, ini dapat membawa anda untuk menurunkan berat badan.
Kadang kita rasa lapar kan, cuba minum air dulu, kadang kita tak rasa lapar dah. Unless kita masih lapar lepas minum air, itulah lapar yang sebenar. Jadi baguslah minum air ni, selain bantu badan terhidrat.
Tip Kurus 9: Tidur Berkualiti
Sebab apa tidur pun berkaitan dengan program kurus dengan cepat? Sebab ianya efek daripada hormon dalam badan kita. Hubung kait tidur dengan berat badan:
- Kurang tidur menyebabkan hormon tidak stabil. Berapa banyak kita tidur yang dapat mempengaruhi pengeluaran hormon leptin dan ghrelin kita. Leptin ialah hormon kenyang, kalau cukup dan berfungsi, leptin dapat bantu kita daripada selalu makan (sebab kenyang). Ghrelin pula hormon lapar, kalau hormon ni kurang berfungsi pada masa sepatutnya, kita akan selalu craving, makan pula tak puas-puas. Akhir sekali ialah hormon stress, bila tak cukup tidur meningkatkan hormon stress yang menjejaskan metabolism dan meningkatkan hormon ghrelin. Sebab tu kalau tengah tension, kita selalu rasa nak makan atau cari kek/aiskrim.
- Kurang tidur, jejaskan kesihatan usus. Kesihatan usus boleh dijejaskan oleh mereka yang aktif pada waktu malam, menurut kajian September 2019 yang diterbitkan di Alam. Kurang tidur menjejaskan irama circadian anda (jam dalaman badan anda, yang mengawal tidur anda), seterusnya boleh merosakkan usus anda. Bila usus tak sihat, maka kita pun menternak badan
Jadi untuk kurus dengan cepat, pastikan kita melazimi tidur yang berkualiti. Ada juga caranya untuk tidur berkualiti seperti pengambilan makanan yang tinggi polifenol dapat membantu tidur lena, Elakkan elektronik sebelum tidur, elakkan aktiviti kecerdasan di waktu malam (sepert bersenam, berbasikal, futsal dll) dan pastikan minuman terakhir ialah pada 3-4 jam sebelum tidur.
Tip Kurus 10: Bersenam
20% kaedah untuk kurus ialah melalui senaman, 80% lagi ialah daripada pemakanan kita. Bersenam selalu dan secara berkala agar ianya dapat juga membantu kita kurus dengan cepat.
Kalau tak pernah bersenam, mulakan secara sederhana seperti senaman brisk walk (berjalan perlahan), dan senaman basic yang lain.
Lagipun ada pepatah menyebut berjalan 10 ribu tapak sehari dapat membantu kesihatan jantung. Jadi masukkan aktiviti senaman dalam jadual mingguan kita (dapat at least 3x seminggu) pun dah ok.Kesim
Tip Kurus 11: Elakkan Makanan Diproses dan Frankenfood
Berhentilah ambil makanan diproses seperti sosej, nugget, burger dan lain-lain. Kebiasaanya makanan diproses sebegini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi (rujuk Tip Kurus Dengan Cepat 2 tentang gula)
Makanan seperti ini bukan makanan tapi merupakan frankensfood yang penyediaan utamanya ialah bahan kimia. Memang sedap pada lidah, tapi merana tubuh kita nanti.
Jika nak beli makanan, kena pandai baca label makanan. Kalau kandugannya sukar kita fahami, elok jauhkan saja. Terutama kalau kandungannya lebih daripada 6 bahan, wajar jauhkan.
Umpamanya bila kita beli nugget ayam, sepatutnya pada hemat kita kandungannya adalah ayam, garam, mungkin perlu tepung sedikit dan bread crumbs. Kalau kita tengok pada label kandungan nugget yang dijual sejuk beku, ada sampai 25 ramuannya. Apa yang sampai 25 ramuan tu?
Jom Kurus Dengan Cepat!
Saya insyaAllah antara yang banyak pengalaman dalam hal kurus dengan cepat. Alhamdulillah kini dah 5 tahun dapat sarung pakaian size S, satu pencapaian yang saya tak pernah perolehi sejak remaja dulu. Bukan mudah tau nak kurus, apatah lagi nak kekal kurus untuk tempoh lebih lama, dan lebih daripada tu bagaimana nak sihat pada masa yang sama kita kurus?

Ramai orang menanggung derita sebab nak kurus dengan cepat. Sign up center kurus sampai terpaksa sengsara dengan macam-macam rawatan yang menyeksa diri. End up dapat buang 2kg sahaja, tapi bayar beribu-ribu RM! Memang kesian sangat.
Anda cuba ikuti tip yang saya berikan diatas ni, mana tau membantu anda kurus dengan cepat.
Nak kurus cepat cara saya pula, boleh hubungi saya seperti nombor tertera dibawah.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye.
Register sini
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


