Call nowWhatsapp

Saya ni tahun 2023 ni dah kira puluhan tahun mempunyai pengalaman berpuasa. Anda pun sama kan? Kita berpuasa sejak kanak-kanak lagi. Sebabnya dalam agama Islam, berpuasa merupakan salah satu rukun Islam. Bermakna ianya merupakan kewajipan bagi setiap orang Islam.

Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi daripada Abu Hurairah, yang bermaksud: ” Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardukan ke atas kamu berpuasa padanya.

Hadis Riwayat Ahmad

Jadi bila begitu, kita memang dilatih berpuasa sejak kecil lagi.

Pengalaman Berpuasa

Memandangkan kita dah banyak tahun pengalaman berpuasa, maka saya boleh recall gaya sahur kita sebelumnya dari zaman kita kanak-kanak hingga kini. Mungkin cara saya sama dengan anda, mungkin ada yang berbeza.

Menu sahur sihat cara keluarga saya memang sahur dengan makanan lengkap. Ada nasi, ada lauk pauk, sayur dan buah tembikai. 

Semasa di sekolah asrama (dulu saya sekolah di Sekolah Menengah Sains Tg Abdullah, Raub Pahang), mudah juga sebab Dewan Makan memang ada buat makan sahur. Saya akan turun ke Dewan Makan dengan sahabat saya, Noraishah sebab dia sahaja yang selalu pun makan sahur lengkap.

Kadangkala ada sahabat-sahabat satu dorm pun ajak janji nak turun sahur sama-sama. Ada yang memang bangun sahur minum air sahaja sebab malas nak bersiap turun sahur waktu gelap-gelap jam 4pg tu. Menu sahur sihat cara di sekolah asrama samalah dengan di rumah saya, memang nasi lengkap.

Bila di Universiti Teknologi Petronas, ada sahabat se dorm yang bawa peralatan memasak. Tapi yelah, takkan kita nak ambik makanan dia saja kan. Jadi saya beli siap-siap malam sebelumnya untuk saya makan waktu sahur. 

Di universiti, tak semua sahabat-sahabat saya makan sahur. Ada yang minum susu sahaja, ada yang makan roti, ada yang makan biskut. Jadi ada menu sahur "sihat" masing-masing

Cabaran-cabaran Puasa

Selama berpuasa puluhan tahun ni, ada perkara familiar saya selalu akan alami.

  • cepat lapar, seawal 8pagi dah lapar. Makin teruk laparnya menjelang 5pm. Jadi memang teruk melawan lapar tu dalam seharian. Kita redho sajalah sebab ingatkan macam itu pengalaman puasa semua orang.
  • cepat mengantuk dan kerap mengantuk. Saya memang tahan mengantuk selepas bersahur, sebab banyak keperluan kena lakukan dulu-dulu ada kelas seawal 8pg, atau masa bekerja dulu kena pergi kerja pukul 7pg lagi. Jadi tahan mengantuk sebab takut tertidur, terlajak pula. Tapi mengantuk ni paling teruk tengahari. Boleh tidur sejam lamanya.
  • Letih dan lesu serta tak bermaya sepanjang hari
  • Otak penat, sukar fokus.
  • Makan berlebihan waktu berbuka. Dengan pelbagai menu ie air manis, makanan berat apalagi kuih muih. Ya banyak! Namun boleh je habis (masa tu). Macam ni gaya memang la tak kurus pun waktu Ramadan!
Jadi saya tak berapa enjoy bila datang Ramadan, sebab pengalaman berpuasa tu tak best. Kita memang puasa, tapi struggling inside. 

Beberapa tahun kebelakangan ini, baru saya tahu rupanya ada cara lain untuk menu sahur sihat yang sebenar, agar cabaran berpuasa ni dapat diketepikan sama sekali!

Rupanya Ada Menu Sahur Sihat Yang Bantu Puasa Kita Lebih Nikmat

Ramadan yang sihat bermula dengan sahur yang sihat! Memandangkan Ramadan hari ini pada hari ke 7, tak terlambat untuk saya kongsikan cara makan yang sihat dan berasa bertenaga semasa berpuasa.

Dengan idea menu sahur yang sihat, anda akan menyediakan hari puasa anda dengan penuh tenaga untuk membantu anda mengikuti kehidupan harian dan ibadat anda, dan yang paling penting supaya anda dapat memanfaatkan Ramadan sepenuhnya.

Berikut adalah 5 hidangan sahur yang sihat supaya anda boleh berasa bertenaga dan sihat, serta mengelakkan rasa letih dan lesu semasa Ramadan:

1. Pilih makanan yang tinggi Protein

Protein adalah komponen pemakanan yang penting kerana ia membantu membina dan mengekalkan otot, tetapi yang paling penting semasa Ramadan ia membantu anda berasa kenyang lebih lama selepas makan. Menambahkan protein pada sahur anda akan memastikan anda berasa kenyang lebih lama semasa berpuasa. Contoh makanan protein termasuk:

  • Telur
  • Greek Yogurt
  • kekacang
  • Lentil
  • ikan
  • ayam

2. Pilih Karbohidrat Bijirin Penuh

Karbohidrat adalah apa yang membekalkan anda tenaga, dan ramai orang membuat kesilapan dengan makan karbohidrat ringkas semasa sahur (iaitu bijirin bergula, nasi putih, roti putih) dan akan berasa lapar dan letih tidak lama kemudian. Semua ini kerana makanan karbohidrat ringkas ini tinggi dengan Indeks Glisemik. Saya pernah tulis maklumat tentang Indeks Glisemik:

Untuk gantikan karbohidrat ringkas, ambillah karbohidrat kompleks. Ini kerana karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh mengandungi serat yang tinggi yang bermaksud tenaga akan diserap lebih perlahan dalam badan membantu anda berasa lebih kenyang dan bertenaga untuk jangka masa yang lebih lama. Contoh karbohidrat bijirin penuh ialah:

  • Roti Gandum penuh
  • Bagel bijirin penuh
  • Naan bijirin penuh
  • Oatmeal
  • Quinoa
  • Barli

3. Ambil Lemak Sihat

Lemak yang sihat juga akan membantu anda berasa kenyang dan puas sepanjang hari, dan merupakan bahagian penting dalam diet seimbang. Contoh lemak sihat termasuk:

  • Avokado
  • Mentega kacang
  • Kacang dan biji
  • Biji rami tanah
  • Biji rami

4. Ambil Serat

Kenapa perlukan serat, sebab serat membantu penghadaman dan penghidratan disampinng mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral. Umpamanya buah-buahan/sayur-sayuran juga mempunyai kandungan air yang tinggi yang boleh membantu penghidratan anda semasa berpuasa.

Awas tentang buah-buahan ya, elakkan buah-buah dengan tinggi fruktosa.

Contoh buah-buahan/sayuran yang mempunyai kandungan air yang lebih tinggi ialah:

  • tembikai
  • Strawberi
  • timun
  • selada

5. Minum air secukupnya

Untuk mengelakkan dehidrasi sepanjang puasa anda, adalah penting untuk memastikan anda minum air yang mencukupi semasa sahur. Bertujuan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2-3 cawan air semasa bersahur.

Idea Menu Sahur Sihat

Ada beberapa menu saya rasa sesuai untuk idea menu sahur sihat yang kita boleh amalkan.

1. Idea Menu Sahur Sihat: Telur Omelet

Idea Menu Sahur Sihat: Telur Omelet
Idea Menu Sahur Sihat: Telur Omelet

Mengandungi telur, sayur-sayur, lemak dari keju.

Telur adalah sumber protein terkaya. Secara purata, sebiji telur boleh membekalkan kira-kira 6-7 gram protein. Bagi individu yang mengamalkan gaya hidup sedentari, keperluan protein harian bagi lelaki ialah kira-kira 56 gram dan bagi perempuan ialah kira-kira 46 gram. Ini sama dengan memakan sekitar 6-9 telur setiap hari.

Jadi kalau sahur ambil sekitar 3 biji telur, keseluruhannya kita dapat 12gm protein.

2. Idea Menu Sahur Sihat: Roti Dan Kari Kambing

Idea Menu Sahur Sihat: Roti Dan Kari Kambing
Idea Menu Sahur Sihat: Roti Dan Kari Kambing

Asyik menu Mat Saleh? Kalau kita orang Asia dan lebih suka cara menu kebiasaan kita, anda boleh buat begini. Pilih roti wholemeal, capati roti rendah indeks glisemik.

Boleh pelbagaikan lauk seperti kimma, kari ayam/daging/kambing, masakan kuzi, dll. Ada santan merupakan lemak sihat, ada protein yang mengenyangkan.

Even kalau nak sahur dengan Nasi Lemak, Nasi Beriani, Nasi Arab, Nasi Minyak pun boleh, malahan ianya memang rendah indeks glisemik. Ini memang gaya sahur beratlah.

3. Idea Menu Sahur Sihat: Overnight Oat

Idea Sahur Sihat: Overnight Oat
Idea Sahur Sihat: Overnight Oat

Oat mengandungi karbohidrat kompleks, boleh rendam bersamanya susu, buah-buah dan bijirin seperti Chia Seed.

4. Idea Menu Sahur Sihat: Fiber Bowl

Idea Sahur Sihat: Fiber Bowl
Idea Menu Sahur Sihat: Fiber Bowl

Fiber bowl ni boleh pelbagaikan, pastikan ada semua kumpulan makanan di atas ada dalam mangkuk ini seperti pilihan dari karbohidrat kompleks, protein, fiber, dan lemak sihat.

5. Idea Menu Sahur Sihat : Protein Powder dan Suplemen Shaklee

Pengambilan smoothie semakin mendapat perhatian jaman sekarang ni sebab ramai orang cari sesuatu meal replacement untuk mudah dan pantas disediakan selain memberikan khasiat padu nutrisi.

Dan sebenarnya, pengambilan smoothie dari protein powder tak kurang hebatnya sebagai meal replacement sekaligus untuk idea menu sahur sihat kita sebab ianya mengandungi nutrisi yang menepati ciri-ciri makanan yang saya kongsikan di atas:

  • mengandungi protein antara 14 hingga 24mg bagi setiap hidangan
  • mengandungi sehingga 24 jenis vitamin dan mineral
  • tinggi dengan fiber iaitu 6000mg
  • rendah indeks glisemik
  • mengandungi karbohidrat kompleks
Idea Menu Sahur Sihat Shaklee
Idea Menu Sahur Sihat Shaklee

Amalan saya untuk sahur sejak tahun 2022 ialah pengambilan set lengkap set puasa Shaklee. Ia mengandungi

Beberapa Kisah Kejayaan Pencarian Makanan Sihat

Saya share dengan anda beberapa kisah kejayaan pencarian makanan menu sahur sihat ya. Mungkin dapat memberikan anda gambaran bagaimana dengan menukar menu sahur sihat anda, dapat memberikan anda pengalaman berpuasa yang best.

1. Pengalaman Menu Sahur Sihat Shaklee: Perut lebih selesa, berpuasa sambil menyusu

Pengalaman Menu Sahur Sihat Shaklee
Pengalaman Menu Sahur Sihat Shaklee

2. Pengalaman Menu Sahur Sihat Shaklee: Amalan seluruh keluarga

Pengalaman Menu Sahur Sihat Shaklee
Pengalaman Menu Sahur Sihat Shaklee

3. Pengalaman Menu Sahur Sihat Shaklee: Cergas berpuasa, penghadaman lancar

Pengalaman Menu Sahur Sihat Shaklee
Pengalaman Menu Sahur Sihat Shaklee

4. Pengalaman Menu Sahur Sihat Shaklee: Berbeza pengalaman puasa dengan Set Puasa Shaklee

Pengalaman Menu Sahur Sihat Shaklee
Pengalaman Menu Sahur Sihat Shaklee

5. Pengalaman Menu Sahur Sihat Shaklee: Berpuasa cergas bagi orang yang bekerja

Pengalaman Menu Sahur Sihat Shaklee
Pengalaman Menu Sahur Sihat Shaklee

Kesimpulan dan Pengalaman Sendiri Menu Sahur Sihat Shaklee

Dah 2 tahun saya menjadi pengguna menu sihat sahur Shaklee sejak tahun lepas, jadi saya sangat sukakan kesannya (eh sebab itulah kita repeat kan). Apa yang saya boleh kongsikan ialah Set Puasa Shaklee:

  • membantu saya bertenaga walaupun berpuasa. Kita banyak aktiviti seharian tak mengira siapa kita ni kan, pelajar, pekerja, suri rumah, bos-bos, dan lain-lain, kita pasti ada banyak urusan seharian. Maka pengambilan set ni sangat membantu saya, dan semestinya untuk anda.
  • mudah disediakan. Bila amalkan Set Puasa Shaklee, sekejap sahaja disediakan dan mudah sangat. Dalam masa 10 minit, kita dah siap sahur. Tak perlu memasak atau tak perlu beli lauk malam sebelumnya, tak perlu panaskan makanan dll.
  • Bantu fokus dan sharp. Dalam urusan seharian kita, memang kita perlukan fokus. Kita bekerja, kita perlu fokus, kita pelajar pun perlu fokus. Even surirumah pun perlu fokus lebih-lebih lagi siapa yang memandu, fokus sangat penting untuk keselamatan kita.
  • Dapat elakkan tidur berlebihan. Bila kita lesu dan letih, memang akan sebabkan kita tidur banyak. Ada peluang je tidur. Ini merugikan sebab bulan Ramadan setiap masa adalah pahala. Best lagi kan kalau waktu lapang kita dapat kita buat amal soleh seperti mengaji atau berzikir. Tidur boleh je tapi macam biasalah, 20 minit tidur qailullah.
  • Perut selesa dan penghadaman bagus. Ini penting untuk jalani tempoh berpuasa.
  • Kesihatan baik untuk jalani ibadah puasa. Penghidratan badan sangat penting untuk kesihatan imun kita, justeru Set Puasa Shaklee memang baguslah untuk berikan kita hidrasi badan yang kita perlukan.
Idea Menu Sahur SIhat Shaklee
Pernah terbangun lewat, pada 5.20pagi. Macam nilah gaya saya kalau lambat, campak-campak saja, dalam 10 minit siap sahur.

Sekarang ni ada 2 jenis set puasa Shaklee, insyaAllah kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Yang pastinya ia membantu puasa kita insyaAllah.

1. Set Puasa Shaklee: Protein Dengan Performance Drink

Set Puasa Shaklee Protein Dengan Performance Drink
Set Puasa Shaklee Protein Dengan Performance Drink

2. Set Puasa Shaklee: Protein Dengan Cinch Tea

Set Puasa Shaklee Protein Dengan Cinch Tea
Set Puasa Shaklee Protein Dengan Cinch Tea

3. Set Puasa Shaklee: Kanak-kanak

Set Puasa Shaklee Kanak-Kanak
Set Puasa Shaklee Kanak-Kanak

Samada puasa Ramadan mahupun puasa sunat ataupun intermittent fasting, anda boleh cuba idea menu sahur sihat seperti yang saya kongsikan ini.

So apa tunggu lagi? Nak order? Wasap nombor di bawah ye.

Klik nombor ini. Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye. 

Register di sini  https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)