Call nowWhatsapp

4 Perkara Perlu Digunakan Sebaiknya

Anak-anak belajar perlukan sokongan ibu bapa

Ada 4 perkara yang Allah berikan kepada manusia, gunakannya untuk kebaikan kita:

1. Tenaga

TENAGA yang kita ada perlu digunakan untuk mencari bekalan si syurga. Biarpun tidak ada pengetahuan, tidak ada kedudukan, sekiranya ada tenaga manfaatkan dengan sehabis baik.

2. Pengetahuan

Allah berikan seseorang itu PENGETAHUAN, dengan ilmu itu kita boleh meraih syurga. Ilmu yang dimiliki itu dikongsikan dengan orang lain, lalu mereka mengamalkannya.

3. Kedudukan

KEDUDUKAN bukan untuk dibanggakan! Allah berikan kedudukan ini untuk kita mencari syurga. Apa yang Allah berikan itu suatu ketika pasti akan Allah ambil semula. Maka janganlah sombong dengan kedudukan yang dimiliki.

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ (26)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. (QS 3:26)

4. Harta

HARTA ini bukan sesuatu yang perlu direbutkan. Allah titipkan ini untuk kita mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk kita ke syurga. Ada juga kes, disebabkan emas pun boleh bergaduh sesama sendiri.

Gunakan semua ini untuk mencari syurga kita. Semua itu tidak akan dibawa! Jangankan ke akhirat, di alam kubur pun tidak dibawa. Apabila kita meninggal dunia, terputuslah segala yang berkaitan dengan dunia.

Bottom Line

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

8 thoughts on “4 Perkara Perlu Digunakan Sebaiknya

  1. Rawlins GLAM says:

    Terima kasih di atas ingatan nie. Adakalanya, ada yang terlupa untuk menggunakan pengetahuan yang ada untuk dipraktikkan atau dikongsi kan. Tapi ramai yang tidak lupa untuk menyalahguna kedudukan yang ada untuk kesenangan di dunia.

  2. Hanny Abdullah says:

    Harta benda wang ringgit semua tu hanyalah sementara. Skrg org berebut2 utk semua tu tapi lupa diakhiratlah kita akan kekal selamanya. Lupa utk balancekan duniawi dan akhirat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge