Call nowWhatsapp

Kuasa Sedekah: Kisah Jeff Bezos

kuasa sedekah jeff bezos

Dalam bulan Januari atau Februari, Jeff Bezos hilang dalam USD 6 billion (unrealised profit) apabila saham Amazon menyusut.

Kemudian datang krisis COVID 19 yang menggila di US.
Selang tak berapa lama, begitu ramai orang kehilangan kerja dan tiada punca pendapatan di US.

Disana, orang beratur panjang di pusat pengagihan makanan kerana ramai yang kehabisan wang. Di sesetengah tempat, sehingga 5km orang beratur.

Jeff Bezos umum menderma sebanyak USD 100 juta untuk membantu NGO-NGO terutamanya yang fokus untuk agihan bantuan makanan.

Ketika berita ini diumumkan, Jabatan Netizen US begitu ramai sekali mengecam beliau, mengutuk beliau terlalu kedekut, Tak padan dengan jumlah harta yang dia ada, barangkali kalau ikut netizen, semua orang kaya ni kena jual semua harta mereka dan sedekah je semua, biar jadi sama-sama miskin macam netizen semua. Hehe.

Masa saya baca tweet berkaitan derma ini, saya terfikir bagaimana seseorang yang sebelumnya hilang ‘unrealised profit’ sebanyak USD 6 billion boleh berfikir untuk menderma ‘realised profit’ sebanyak USD 100 juta. Begitu besar jumlah tersebut.

Tapi saya percaya, mesti akan jadi sesuatu yang best kepada orang yang bersedekah.

Bagi orang yang ada mindset dengki, 100 juta dari 100 billion memang nampak sedikit. Tapi kita kena ingat, 100 billion itu dalam bentuk saham yang turun naik tapi 100 juta yang didermakan itu duit dalam akaun.

April 2020, Kekayaan Jeff Bezos bertambah
April 2020, Kekayaan Jeff Bezos bertambah

Mulai April, saham Amazon mula naik apabila Amazon umum laporan kewangan yang lebih baik berbanding suku sebelumnya.

Apa jadi?

Dalam masa 90 hari, Jeff Bezos mendapati nilai kekayaannya meningkat sebanyak USD 18 billion. Kiraan ringgitnya adalah 78.45 billion. Ini hebatnya kuasa memberi (sedekah)

Bagi seringgit = pulangan tak mungkin seringgit, malah berganda-ganda.

Bottom Line

Menarik sangat input ni. Sebenarnya Jeff bukan Mat Saleh pertama yang amalkan sedekah. Ramai lagi yang amalkan, pernah dengar Power of Giving? Ni semua quote mat saleh.

Saya tengok siri Oprah zaman-zaman dulu, tengok kuatnya Oprah memberikan sumbangan, lepas dia ajak pula kawan-kawannya atau tokoh pun sama-sama buat charity.

Musim Covid19 ni, rajin-rajinlah memberi. Kita sedekah janganlah niatkan nak kaya macam Jeff Bezos. Sedekah ni adalah serampang 2 mata:

  • manfaat kepada yang menerima – penerima akan gembira, kita dapat bantu dia urusan sehariannya
  • manfaat kepada pemberi – dapat pahala dan segala macam yang memang Allah telah janjikan dalam AlQuran.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

11 thoughts on “Kuasa Sedekah: Kisah Jeff Bezos

    • Mimi Azirah says:

      Sebagai umat Islam apa sahaja kita buat nawaitu tu penting. Bersedekah tu memang beri keajaiban pada kita tau. Bila kita ikhlas dalam bersedekah, pulangannya berlipat kali ganda Allah berikan. Tidak jatuh miskin seseorang itu kalau bersedekah kan.

  1. Mimi Azirah says:

    Sebagai umat Islam apa sahaja kita buat nawaitu tu penting. Bersedekah tu memang beri keajaiban pada kita tau. Bila kita ikhlas dalam bersedekah, pulangannya berlipat kali ganda Allah berikan. Tidak jatuh miskin seseorang itu kalau bersedekah kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge