Sangat Ajaib Bagaimana Wanita Ini Pulih Daripada Ekzema

By | 7 March 2016
Cara pulihkan ekzema secara semulajadi

Sangat Ajaib Bagaimana Wanita Ini Pulih Daripada Ekzema

Kisah wanita ini pulih daripada ekzema saya jumpa daripada posting FB seorang rakan. Rupa-rupanya ekzema juga ditakrifkan sebagai penyakit tidak dapat dipulihkan oleh para doktor. Sebagaimana saya tuliskan sebelum ini, Islam juga telah janjikan, setiap penyakit ada penawarnya, cuma kita belum temuinya.

Wanita Ini Pulih Daripada Ekzema Teruk

Diceritakan di dalam posting itu, wanita ini menghidap ekzema sejak lahir lagi. Dan hampir seluruh hidupnya sentiasa berdepan dengan masalah kulit dan sentiasa perlu mengambil ubat. Pada umurnya 15 tahun, ekzema beliau semakin teruk iaitu ekzema akut (severe) dengan berlaku pendarahan pada kulitnya dan kulit berkuping yang jatuh ke katilnya setiap hari. Kaki pula kelihatan seperti terbakar, kalau tengok gambar-gambar beliau memang mengerikan.

Kaki umpama terbakar, tetapi ini adalah disebabkan oleh ekzema

Kaki umpama terbakar, tetapi ini adalah disebabkan oleh ekzema

Rupanya ekzema boleh jadi sebegini teruk. Beliau merasa sakit untuk berjalan, untuk mencuci muka dan selalunya menghadapi kesukaran untuk mandi. Allah bila baca posting beliau, memang terasa betul kesukaran dan kesakitan yang beliau alami.

Tetapi keajaiban mula berlaku apabila beliau mula merujuk kepada pakar nutrisi dan naturopath. Masih ingat lagi tak posting saya sebelum ini, di mana saya sebutkan kebanyakan dan hampir semua penyakit di dunia ini disebabkan oleh kekurangan nutrisi? Inilah yang beliau diberitahu oleh pakar nutrisi tersebut.

Sangat Ajaib Bagaimana Wanita Ini Pulih Daripada Ekzema

Sangat Ajaib Bagaimana Wanita Ini Pulih Daripada Ekzema

Jemput tonton video di bawah untuk lanjut mengenai ekzema.

Faktor Penyebab Sakit Ekzema

Walaupun sesetengah orang menolak faktor genetik, tetapi hasil kajian terbaru mendapati sebenarnya banyak faktor menyebabkan ekzema. Perlu ingat juga, kita hidup dalam persekitaran penuh dengan toksik. Antara penyebab penyakit ekzema adalah:

Faktor penyebab Ekzema

Faktor penyebab Ekzema

1. Genetik

Kita hidup dalam persekitaran penuh toksik. Saya tidak menolak faktor genetik yang boleh diwariskan kepada anak-anak. Kalau tiada genetik pun pada saya boleh dapat juga. Bayangkan masa mengandung, anda mengambil pemakanan yang banyak toksik, ini boleh seterusnya menjejaskan bayi anda jika dibiarkan.

Masa saya mengandung anak sulung, menyusu dan membesarkannya, saya mengamalkan pemakanan seimbang. Tanpa suplemen. Memang sihat anak saya, tetapi kulitnya memang agak kering dan sensitif pada awal usianya. Kesihatannya dan kulitnya ada perkembangan yang baik selepas saya berinya makan suplemen selepas berumur 4 tahun.

Bagi genetik yang diwariskan, gen yang telah rosak boleh diwariskan kepada anak-anak. Gen atau DNA inilah yang membentuk rupa kita yang diwariskan daripada ibu bapa kita.

2. Sistem imun yang berfungsi secara abnormal

Dalam sebuah kelas nutrisi, pakar nutrisi kami Puan Sarah ada sebutkan bahawa sistem imun yang terlampau efektif juga menjadi punca masalah penyakit seperti asthma dan ekzema. Ini fakta.

Jika anda dilahirkan dengan gen tertentu, sistem imun anda boleh bertindak balas kepada bahan-bahan dalam persekitaran yang biasanya tidak berbahaya. Bahan-bahan ini dipanggil alergen. Reaksi alahan adalah contoh sistem imun yang terlalu aktif, contohnya alahan terhadap debu, kulat, debunga, dan makanan.

Dalam beberapa keadaan, sistem imun terlalu aktif seperti:

  • Asthma. Asthma di dalam paru-paru boleh menyebabkan batuk, berdehit, dan masalah pernafasan lain. Asthma boleh dicetuskan oleh alergen biasa seperti habuk atau debunga atau perengsa seperti asap tembakau.
  • Ekzema. Alergen boleh menyebabkan ruam gatal dikenali sebagai dermatitis atopik.
  • Rinitis alergi. Contohnya bersin, hidung berair, bersin, dan bengkak pada saluran hidung anda dari alergen dalaman seperti habuk dan haiwan peliharaan atau alahan luar seperti debunga dan kulat.

3. Sensitif

Tubuh menjadi sangat sensitif terhadap pelbagai perkara contohnya

  • Persekitaran. Habuk, kulit, debunga dll
  • Produk. Produk yang digunakan terutama produk mandian, bedak, losyen dll yang mengandungi toksik boleh menyebabkan kulit merengsa dan menjadi penyebab kepada masalah ekzema.

Bagaimana Wanita Ini Pulih Daripada Ekzema

Selepas menemui pakar nutrisi, wanita ini nekad untuk mengubah hidupnya. Apa yang beliau amalkan adalah:

1. Detoks

Detoks adalah proses mengeluarkan bahan toksik daripada badan. Mengeluarkan bahan toksik daripada badan boleh menjadikan badan kita lebih sihat. Toksik umpama bahan beracun dalam badan kita, kalau dibiarkan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti masalah kulit (kulit sensitif, berjerawat dll). Selain ini dengan detoks, ia membantu badan anda menyerap kebaikan suplemen dengan lebih berkesan. Ada banyak kelebihan detoks ini, bagi yang tidak punya penyakit pun sebaiknya kita amalkan.

Kebaikan detoks kepada pesakit ekzema

Kebaikan detoks kepada pesakit ekzema

Saya pun selalu juga detoks, tetapi ada pelbagai detoks yang boleh diamalkan contohnya:

  • Herblax. Digunakan untuk detoks usus besar. Usus adalah punca kebanyakan penyakit manusia.
  • Alfalfa Complex. Digunakan untuk detoks usus kecil.
  • Peppermint Ginger. Digunakan untuk membuang angin daripada badan.
  • Vivix. Digunakan untuk detoks sel.
  • DTX Complex. Digunakan untuk detoks organ hati kita dimana kita tahu hati adalah organ utama untuk proses penyingkiran toksin.

Sejak saya ikuti kelas nutrisi berkenaan toksin tempoh hari, saya telah gunakan kesemua produk di atas. Tamak betul saya, tapi bukan soal tamak, tetapi lebih kepada pencegahan dan penjagaan kesihatan.

Program detox badan keseluruhan daripada Shaklee

Program detox badan keseluruhan daripada Shaklee

2. Menggunakan produk penjagaan diri yang lebih selamat dan semulajadi

Pengambilan produk penjagaan diri biasanya memang mengandungi banyak toksik. Baru-baru ini kami diberitahu seorang wanita saat keluarnya bekerja di pagi hari akan terdedah kepada 126 jenis toksik yang didapati daripada barang penjagaan diri (makeup, deodoran, minyak wangi, pencemaran daripada asap kenderaan dll). Bayangkan dengan 126 jenis toksik itu adalah termasuk toksik daripada barang penjagaan diri kita seperti pencuci muka dan sebagainya.

Maka sangat pentinglah untuk bertukar kepada produk penjagaan diri yang lebih selamat dan semulajadi seperti yang ditawarkan oleh Shaklee melalui set Nutriwhite.

Set Penjagaan Kulit Nutriwhite

Set Penjagaan Kulit Nutriwhite

Selain itu, untuk merawati luka luaran pesakit ekzema, bolehlah amalkan pengambilan

  • Herbal Blend untuk disapu tatkala luka masih berair.
  • Vita E Complex untuk disapu sebaik luka kering dan untuk memudarkan parut.
Produk penjagaan diri haruslah bebas toksik untuk membantu pulih ekzema

Produk penjagaan diri haruslah bebas toksik untuk membantu pulih ekzema

3. Cara Merawat Ekzema Dengan Suplemen

Suplemen apakah yang paling sesuai diamalkan oleh pesakit ekzema. Saya ada ikuti kelas ekzema yang dibawakan oleh Dr Anya. Beliau merupakan bekas pesakit ekzema. Ekzema beliau menyerang terutama ketika beliau stress, persekitaran yang tak membantu dan sistem imun rendah.

Untuk ekzema, ada banyak suplemen yang sesuai untuk diambil dan ia bergantung kepada tahap keseriusan penyakit. Antaranya:

1. Pre dan probiotik

Disebabkan ekzema ada kaitan juga dengan masalah perut (leaky gut syndrome), maka baik untuk pesakit ekzema mengambil suplemen yang mengandungi pre dan probiotik. Ianya bersifat multi-strain dan boleh membantu mencegah asid perut.

2. Asid Lemak Omega 3

Asid lemak penting atau essential fatty acid seperti Omega 3 adalah penting untu mengurangkan inflamasi pada kulit. Minyak ikan omega 3 turut terlibat dalam metabolisme prostaglandin yang memainkan peranan dalam pencegahan alergi dan keradangan.

Selain itu, pengambilan Omega 3 juga dikaitkan dengan kulit yang lebih telap atau perlindungan kepada kulit. Sumber Omega 3 terutamanya adalah DHA dan EPA.

Minyak ikan bantu pulihkan ekzema

Minyak ikan bantu pulihkan ekzema

3. Vitamin C

Vitamin C adalah untuk mengurangkan inflamasi dan kegatalan pada kulit. Ia juga berfungsi sebagai antioksidan dan membantu mengurangkan kerosakan pada sel. Vitamin C turut membantu meningkatkan sistem imun badan. Perlu diingat, jika sistem imun lemah, ekzema mudah menyerang dan terdedah kepada jangkitan kulit.

Vitamin C turut membantu meningkatkan pengeluaran enzim (superoxide dismutase) yang menyingkirkan radikal bebas. Dalam kajian yang didokumentasikan dengan baik, vitamin C juga telah menunjukkan aktiviti antihistamin.

4. Quercetin dan Hesperidin

Quercetin dan Hesperidin dapat mengurangkan eosinophil. Eosinophil adalah sesuatu yang dapat menyebabkan kegatalan pada kulit.

Quercetin adalah sejenis bioflavonoid yang paling berkesan untuk anti-keradangan, amat berguna dalam mengurangkan sintesis leukotrien radang. Leukotrien ini adalah 1000 kali lebih kuat seperti histamines dalam mempromosikan keradangan, dan pentingnya adalah ia dapat mengurangkan pengeluaran yang berlebih-lebihan.

Pembentukan berlebihan bahan kimia keradangan yang kuat ini dikaitkan dengan penyakit keradangan seperti asma, ekzema, gout, psoriasis, dan penyakit radang usus. Quercetin juga telah ditunjukkan untuk mengurangkan kesakitan dan mengawal alahan, dan ia melindungi membran sel akibat aktiviti antioksidannya.

Hubungkait antara histamin dan mast cell

Hubungkait antara histamin dan mast cell

5. Vitamin D

Banyak kajian mendapati kekurangan vitamin D meningkatkan risiko mendapat alergi dan penyakit dermatitis lain. Terdapat kajian yang dilakukan oleh Universiti of Mongolia terhadap 107 pesakit ekzema berusia antara 2 hingga 17 tahun.

Dalam kajian itu mendapati pesakit yang mengambil vitamin D menunjukkan perkembangan yang baik kepada kulit mereka sebanyak 29%. Kajian ini telah diterbitkan di dalam Journal of Allergy and Clinical Immunology.

Vitamin D adalah penting dalam sistem imun. Apabila anda mempunyai ekzema, sistem imun dan kulit anda tidak berfungsi dengan baik. Vitamin D berfungsi dengan meningkatkan jumlah protein antimikrobial yang baik, yang memusnahkan kuman dan virus yang menyerang.

Gabungan pengurangan keradangan dan peningkatan pertahanan antimikrobik dapat membantu sistem imun melawan jangkitan dengan lebih baik. Vitamin D juga membantu menguatkan halangan kulit anda. Mempunyai vitamin D yang cukup dalam tubuh anda boleh membantu mencegah jangkitan dan keradangan yang lebih rendah pada orang dengan ekzema.

6. Vitamin E

Vitamin E dapat mengurangkan inflamasi pada kulit dan seterusnya mengurangkan prostaglandins dan IgE.

7. Antioksidan

Bagi masalah ekzema yang sangat serius, eloklah pertimbangkan pengambilan suplemen seperti resveratrol, teh hijau dan cucurmin.

Selain mempunyai komponen antioksidan yang sangat kuat, cucurmin mempunyai ciri-ciri anti-radang yang setanding dengan kortison dan fenilbutazon. Curcumin berfungsi secara langsung dapat menghalang pengeluaran dan pembebasan leukotrien dan mediator peradangan yang lain, dan secara tidak langsung merangsang adrenal untuk melepaskan kortikosteroid adrenal, dan dengan merangsang laman reseptor kortisol, yang dapat memotensi tindakan kortisol.

Makanan tinggi resveratrol

Makanan tinggi resveratrol

8. Vitamin B

Seeloknya semua orang ambil vitamin B. Vitamin B adalah vitamin gembira dan dapat membantu mengurang dan mengelakkan stress. Stress tinggi turut menyebabkan serangan ekzema.

Bila stress sikit, gatalnya datang melebih-lebih. Antara faktor stress adalah:

  • Stres kerana ransangan deria badan secara berlebihan.
  • Pemakanan yang meningkatkan stres dalaman serta kekurangan nutrisi yang penting bagi menangani stres dalaman.
  • Toksin persekitaran daripada kegiatan harian yang meningkatkan stres dalam jangka masa panjang dan pendek.
  • Stres ini biasa berkumpul di dalam badan secara senyap dan meletus pada suatu hari yang malang dengan izin Allah.
  • Perubahan hormon kerana gangguan jam biologi.
  • Ejen dari luar yang mengganggu fungsi badan yang normal: jangkitan kuman, ubatan, dan bahan kimia.

Cara mengurangkan kegatalan bagi anak-anak ekzema ialah dengan mengurangkan rangsangan antaranya dari:

  • Cahaya terlampau terang, berkelip atau tinggi UV
  • Bunyi bising atau nyaring.
  • Bau kuat, tajam terutama daripada bahan kimia dan sintetik.
  • Ransangan pada kulit. Garu, gosok, gesek.
  • VIBRATION.
  • Suhu ekstrem: panas atau terlampau sejuk.
  • Sabun, losyen, UV dan jagaan badan pastikan elakkan bahan kimia daripada methylisothiazolinone, avobenzone dll.

Stress yang bertitik tolak dari rangsangan emosi antaranya:

  • Marah
  • Sedih
  • Dengki
  • Takut
  • Risau
  • Bapak tak dukung asyik main telefon. Stress
  • Mak selalu xde pi kerja. Stress
  • Jumpa doktor : Stress.
  • Doktor cakap lama2: Lagi stress.
  • Doktor ni pernah cucuk kita dulu: ultimate stress

Jadi sangat baik untuk ambil Vitamin B untuk jaga hal ehwal stress ini. Sebab memang sukar nak jaga sendiri.

4. Mengamalkan pemakanan seimbang

Beliau mengelakkan pengambilan makanan bergula, makanan segera, gandum putih (seperti roti, pastry dan kek), dan mekanan mengandungi MSG. Sebaliknya beliau komited dengan menu baru yang penuh dengan sayur-sayuran, buah-buahan, bijian penuh dan superfood.

Ada yang kata, protein dikatakan sebagai pencetus ekzema kepada sesetengah orang. Saya rasa tanggapan ini salah sebab badan anda masih tetap memerlukan protein. Hanya mungkin jenis protein itu harus anda kaji semula. Tahun lalu saya turut pantang protein. Tetapi doktor juga menasihatkan protein daripada haiwan turut perlu diambil. Cuma pastikan sumber protein yang diambil contohnya

  • Ayam organik atau ayam tanpa antibiotik
  • Ikan berdaging putih (jika ada sikit-sikit kehitaman boleh buang, jangan makan).
  • Makanan laut, tangguhkan dahulu contohnya udang, ketam, sotong dan lain-lain kerana haiwan ini mengandungi tahap toksik yang tinggi juga.
  • Produk tenusu seperti keju dan lain-lain.

Jadi pengamalan makanan seimbang adalah penting, walaupun mungkin ada masalah dengan protein, tukarkan seperti cadangan di atas. Saya pantang dulu pun sebab baby Sarah ada asthma dan bronkitis. Kini saya sudah makan apa sahaja selepas saya cuba sikit demi sedikit untuk melihat tahap penerimaan Sarah.

Adalah penting juga untuk anda dapatkan nasihat daripada pakar berkenaan pemakanan yang sesuai terutama jika membabitkan anak-anak kecil. Ini kerana kanak-kanak masih memerlukan pemakanan seimbang untuk tumbesaran dan kesihatan mereka. Kekurangan nutrisi boleh menjejaskan mereka.

Pengambilan superfood dan makanan seimbang sangat penting untuk membantu memulihkan ekzema

Pengambilan superfood dan makanan seimbang sangat penting untuk membantu memulihkan ekzema

Penting juga untuk amalkan program yang disebut sebagai Food Elimination Diet. Sekarang memang ada orang buat test darah untuk tengok alergi dengan apa, tapi mengikut doktor, ujian tu bukan tepat juga. Jadi sangat penting juga untuk buat Food Elimination Diet.

Paling terbaik adalah hentikan semua pengambilan makanan yang dijangka boleh timbulkan reaksi elergi. Contohnya telur, udang dan sebagainya. Bila kita hendak cuba perkenalkan semula, kita cuba satu persatu.

Katakan kita hendak kenalkan telur. Dalam tempoh 3 hari, ambil telur dengan banyak. Pagi, tengahari dan malam. Kalau baru sehari ambil dah nampak simptom elergy, hentikan terus.

Kalau dah sampai tempoh 3 hari. Perhatikan pada hari ke 4, kita tiada kesan alergi, maka maknanya bolehlah makan telur tu. Buat perkara yang sama dengan lain-lain makanan.

5. Gunakan Air Yang Bersih Bertapis

Sangat besar bezanya penggunaan air. Air boleh jadi punca juga kepada serangan ekzema. Ini sebagaimana yang disebut oleh Dr Anya. Beliau hanya menggunakan air bertapis atau air mineral sahaja, ini termasuk untuk makan, mandi dan cuci baju dan sebagainya.

Ini kerana air yang tidak bersih atau tidak bertapis mengandungi banyak kuman dan bakteria dimana pesakit ekzema sangat sensitif kepadanya. Selain itu sekiranya air yang disuling atau air RO, ia tidak mengandungi khasiat mineral pula, jadi ia juga tidak sesuai.

Jadi pastikan air anda bertapis, untuk kegunaan segala-galanya dari makan, minum, membasuh, mandi dan lain-lain.

Penutup

Terutama kanak-kanak, penjagaan pesakit ekzema memang agak kritikal. Jadi sebenarnya Sangat Ajaib Bagaimana Wanita Ini Pulih Daripada Ekzema, keyakinan dan ikhtiar mencari penawar tentu menjadi salah satu sebab bagaimana beliau boleh sembuh. Anda pun boleh.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

18 thoughts on “Sangat Ajaib Bagaimana Wanita Ini Pulih Daripada Ekzema

    1. Raihanah Ahmad Post author

      itulah setengah memang jadi macam tu, tapi nak harung sejak kecik tu yang seksa juga

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu MV. ada juga yang sampai buat test alergi dengan apa.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      pemakanan sekarang memang dah kurang nutrisi

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang kesian, sangat limited pilihan mereka

      Reply
  1. Kakzakie Purvit

    Bapak kakak kena kegatalan pun mula kami sangka eczema tapi bila doktor kata bukan jenuhlah kami berubat dgn specialist Hana. Baru 3 minggu dah beribu-ribu kami berhabis. Guna juga shaklee ni tapi tak berkesan. Tapi ada perubahan bila berubat dgn darul syifa’
    Kakzakie Purvit recently posted…Darul -Syifa’ penawar buat bapakMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      oo kakzakie dah guna shaklee. kadang tu hasil memang lambat sebab toksin sangat banyak dalam badan. jadi kesan mungkin lambat. biasanya masa inilah pengguna kurang sabar. anyway kakzakie semoga bapak kak cepat sembuh ya.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge