3 Cara Vitamin C Membersihkan Toksin Dalam Badan

By | 17 December 2015
Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun terutama bagi pesakit kronik seperti diabetes

Baru-baru ini ramai juga SID yang buat ujian sendiri bagaimana toksin boleh disingkirkan dengan menggunakan suplemen antioksida seperti vitamin C.

Apakah Toksin

Toksin ramai yang pernah dengar, tapi tahukah anda apakah toksin? Toksin adalah bahan kimia atau racun merbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel dalam badan kita. Nama lain bagi toksin adalah radikal bebas.

Toksin atau radikal bebas ini berada di mana-mana sahaja dan memang sangat sukar atau hampir mustahil untuk dielakkan. Paling asas, toksin ini disedut setiap masa iaitu udara, dan juga makanan atau minuman yang kita makan.

Semakin banyak toksin dalam badan, semakin mudah untuk kita mendapat penyakit. Maklumat lanjut berkenaan toksin atau radikal bebas dalam artikel terdahulu saya.

Bolehkah Toksin Dibersihkan?

Ya, boleh. Untuk pengetahuan anda, toksin boleh dibersihkan dalam badan kita. Saya kongsikan satu ujian yang dibuat oleh seorang SID dalam video di bawah:

3 Cara Vitamin C Membersihkan Toksin

Sejauh mana kebenaran ujian di atas? Vitamin C membersihkan toksin dengan 3 cara:

Cara 1

Vitamin C merupakan vitamin larut air (dapatkan vitamin c semulajadi seperti Vita C Sustained Release Shaklee) mudah bergerak ke seluruh sel dalam badan, membersihkan segala kotoran dari sel badan dan seterusnya menyingkirkan toksin.

Apabila badan sudah menyerap vitamin C yang ia perlukan, selebihnya akan disingkirkan kembali melalui urin atau najis bersama-sama toksin.

Cara 2

Pengambilan Vitamin c dapat membantu meningkatkan glutathione iaitu sebatian hati yang sangat penting untuk menyingkirkan dan membersihkan toksin dalam badan.

Cara 3

Vitamin C membantu badan untuk menghadam segala macam toksin yang sebelum ini tidak terhadam.

Jadi sebab itulah pengambilan vitamin C juga boleh membuatkan kulit cantik. Kalau kulit kita pucat, kusam, berjerawat maka kemungkinan besar badan kita mempunyai banyak toksin. Peranan vitamin C bukan sahaja penggalak kolagen semulajadi malah turut berfungsi penting untuk membersihkan kotoran pada sel-sel badan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

22 thoughts on “3 Cara Vitamin C Membersihkan Toksin Dalam Badan

    1. Raihanah Ahmad Post author

      sinar matahari tu vitamin d tuan. vita c ni kebanyakan dalam buah-buah sitrus.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge