Nutrisi Lengkap Ibu Hamil Bantu Kesihatan Bayi

By | 9 November 2016
Nutrisi lengkap ibu hamil bantu kesihatan bayi

Saya jarang tulis berkenaan ibu hamil kebelakangan ini. Kebanyakan posting berkenaan ibu hamil adalah tahun lalu atau sebelum itu. Tapi hari ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda berkenaan peri pentingnya pemakanan seimbang dan nutrisi lengkap untuk ibu hamil.

Bayi Baru Lahir Ada Kanser

MAKNA adalah pertubuhan bagi orang kanser. Info yang saya dapat, kata MAKNA ada bayi baru lahir sudah didiagnos dengan kanser! Ada bayi baru beberapa bulan juga sudah didiagnos dengan kanser. Saya tidak pasti kanser apa. Tapi kata MAKNA, apabila diselidiki, mak bayi ini banyak makan maggi ketika mengandung.

Apa maknanya ini puan-puan? Toksin boleh pergi kepada bayi ketika bayi dalam rahim puan-puan. Saya mahu tingkatkan kesedaran berkenaan pentingnya pemakanan sihat dan nutrisi lengkap kepada mak-mak disebabkan perkara ini.

Kesian tau mak, kesian sangat pada baby kalau kecil-kecil lagi sudah ada kanser. Kanser ni, sakit mak-mak. ­čÖü Tolonglah jaga makan ketika mengandung. Macamana teringin pun jangan makan benda macam ini. Kalau bukan sebaik lepas lahir, bayi boleh simpan toksin dalam badannya selama 20-30 tahun. Mak-mak kena ingat masa mengandung, sistem imun bayi berkembang masa dalam kandungan.

Bayi ini disahkan menghidap kanser 2 jam selepas dilahirkan

Bayi ini disahkan menghidap kanser 2 jam selepas dilahirkan

Kalaupun takde kanser, bayi boleh dapat kesan kesihatan lain seperti ekzema dan lain-lain. Tahanlah dulu mak-mak, masa mengandung makan makanan biasa sahaja. Yang fast food, ada MSG semua ni cubalah elakkan. Saya tahu juga ada yang mak-mak duduk hostel sukar hendak masakkan. Kalau tiada masalah lain, cubalah pastikan pemakanan sihat untuk bayi dalam kandungan. Ayah-ayah silalah alert juga pasal ini. Jaga isteri anda, bantu sediakan makanan yang sihat untuk mereka.

Sekarang ini ramai yang tidak alert berkenaan suplemen juga bagi ibu hamil. Rasa loya, tidak lalu makan menyebabkan ramai ibu follow the flow sahaja badan itu. Mak-mak kena cuba dan paksa sebolehnya untuk ambil. Kena fikirkan anak dalam kandungan. Mak-mak ingat tentang virus zika? Orang ingat sebab daripada virus zika, tapi sebenarnya sebab toksin (pestisid) daripada pemakanan.

Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil

Pengambilan suplemen pranatal amat penting untuk kesihatan ibu dan tumbesaran sempurna bayi dalam kandungan. Semasa hamil, badan memerlukan nutrisi tambahan yang lebih daripada biasa. Ibu juga perlu pastikan vitamin yang diambil adalah semulajadi, selamat dan berkesan.

Pengambilan suplemen yang tepat dapat membantu bayi:

  • Mengurangkan risiko kecacatan bayi
  • Mengelakkan kelahiran pra matang
  • Mengelakkan kekurangan zat / berat badan bayi ketika lahir
  • Menyokong perkembangan otak, mata dan jantung bayi
  • Mengurangkan risiko bayi dijangkiti penyakit berbahaya

Bagi ibu pula, kelebihan mengambil supleman adalah:

  • Memberikan tenaga kepada ibu
  • Membantu mengurangkan loya
  • Mengurangkan gejala akibat kekurangan nutrisi dalam badan seperti kejang kaki, sembelit, buasir, tekanan darah tinggi, kurang darah, HB rendah, kencing manis (GDM) dan sistem imun rendah.
  • Mengelakkan komplikasi kesihatan ketika dan selepas melahirkan

Paling penting juga nutrisi lengkap dapat membantu bayi untuk sihat sepanjang hidupnya, sekurang-kurangnya kita ikhtiar.

Amalkan nutrisi lengkap semasa mengandung untuk membantu bayi sihat

Amalkan nutrisi lengkap semasa mengandung untuk membantu bayi sihat

Di bawah ini adalah nutrisi yang penting untuk diambil oleh ibu hamil:

1. Protein

Protein memberikan tenaga kepada ibu. Protein dengan khasiat asid amino lengkap sangat penting untuk membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Selepas bersalin, protein yang lengkap dapat menyokong pengeluaran susu ibu dan membantu perkembangan bayi.

Ibu mengandung memerlukan 62.5 g protein sehari, manakala ibu menyusu memerlukan sekitar 70-75 g protein sehari.

2. Zat Besi

Ketika mengandung, ibu mengepam sebanyak 30-50% darah lebih banyak setiap hari. Jadi ibu memerlukan zat besi yang lebih untuk memastikan bekalan hemoglobin (membawa oksigen) kepada bayi. Hemoglobin adalah protein di dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke sel lain dalam badan.

Apabila hemoglobin tidak mencukupi, sebab itulah anda boleh mendapat gejala anemia. WHO mendefinisikan anemia apabila bekalan hemoglobin berada di bawah 11g.dl. Kekurangan HB ini boleh menyebabkan:

  • Ketidaksuburan
  • Keguguran janin
  • Kelahiran pra matang
  • Bayi lahir dengan berat badan kurang (bawah 2kg)
  • Meningkatkan kematian bayi dalam kandungan
  • Menyebabkan ibu cepat merasa letih (semasa mengandung dan menyusu)

Zat besi diperlukan sebanyak 29mg/sehari bagi ibu mengandung. Manakala sebanyak 20-29mg sehari diperlukan bagi ibu yang sedang merancang untuk mengandung.

3. Asid Folik

Semasa hamil, asid folik diperlukan untuk pembentukan saraf pada bayi yang penting untuk pembentukan tulang belakang dan otak. Asid folik yang mencukupi pada 28 minggu pertama dapat membantu mengurangkan risiko masalah spina bifida kepada bayi (neural tube defects – NTD).

Ibu mengandung memerlukan 600mcg sehari asid folik, manakala ibu menyusu memerlukan sebanyak 500mcg sehari.

4. Vitamin C

Vitamin C membantu:

  • Mengurangkan risiko kelahiran pramatang: Dalam kajian selama 4 tahun kepada seramai 2,064 orang ibu didapati ibu yang kurang mengambil vitamin C mempunyai 2 kali ganda risiko kelahiran pra matang.
  • Meningkatkan kesuburan: kajian menunjukkan wanita yang mengambil vitamin C sebanyak 500mg sehari dapat meningkatkan kesuburan sebanyak 44%.

5. Kalsium

Seorang ibu mengandung (sebelum mengandung, ketika mengandung dan selepas mengandung) perlu mengambil 1000mg kalsium setiap hari. Kalsium diperlukan untuk:

  • Pembentukan tulang dan gigi
  • Membantu memudahkan otot ketika proses bersalin
  • Melindungi density tulang
  • Membantu pertumbuhan bayi (susu ibu mengandungi 40% kalsium

Tahukah anda, artis Lisa Surihani mengalami masalah kekurangan kalsium yang menyebabkan beliau sukar mengandung. Selepas mengambil kalsium mencukupi, alhamdulillah selepas itu beliau mengandung. Jadi bagi anda yang ingin mengandung, elok amalkan suplemen yang lengkap juga.

6. Asid Lemak Omega 3

Asid lemak omega 3 diperlukan untuk pembentukan otak dan penglihatan bayi semasa mengandung. Selepas bersalin sehingga antara 18 dan 24 bulan, DHA masih diperlukan untuk membantu fungsi otak bayi.

Asid lemak omega juga penting untuk ibu yang mengalami masalah darah tinggi semasa mengandung (pre-aclampsia)

Kesimpulan

Jadi mak-mak, sebab itu kalau ada yang bertanya berkenaan set hamil saya memang akan bagi full set. Sebolehnya cuba ambil full set, saya bukan menjual semata-mata tapi semuanya manfaat yang mak-mak perlukan untuk bayi juga.

Juga pesan saya, jangan ikutkan sangat teringin itu ini terutama yang tidak elok seperti maggi dan benda ada MSG. Sememangnya toksik akan sampai kepada bayi di samping akan menentukan tinggi atau rendah sistem imun anak hingga dewasa kelak. Tolong ya mak-mak, ayah-ayah sila perhatikan pemakanan isteri masing-masing. Biar meleleh air liur bayi daripada bayi menderita kelak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

12 thoughts on “Nutrisi Lengkap Ibu Hamil Bantu Kesihatan Bayi

    1. Raihanah Ahmad Post author

      kan puan, even nak dye rambut pun sebenarnya ada kemungkinan boleh efek baby dalam kandungan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul kak, saya pun lebih utamakan suplemen berbanding pakaian. suplemen lebih penting

      Reply
  1. Okje

    Alahai sedihnya dengar….
    Tapi yelah bila kita pregnant ni kadang tu selera tak boleh nak kontrol. Makanan yg unhealthy jugak yg sedap….
    Okje recently posted…BBQ sosMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      boleh makan tapi kena beringat mak. jangan jadikan habit atau menu wajib harian. baby yang dapat kanser tu sebab maknya hari2 makan maggi

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge