Alhamdulillah hari ini berpeluang menulis lagi di blog ini. Sebenarnya agak sibuk juga bulan lalu sebab menjaga anak-anak dijangkiti Chicken Pox. Lepas seorang, seorang anak yang dijangkiti. Memang letih campur risau. Jadi tergendala juga aktiviti mengemaskini blog.
Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium
Ostematrix membekalkan nutrien harian, terutama kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Selain kalsium, Ostematrix mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ostematrix ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.
Pemilihan kalsium yang bagus adalah ia mestilah mengandungi gabungan 3 ini, iaitu kalsium + vitamin D + magnesium. Kehilangan salah satu akan membuatkan penyerapan kalsium tidak sempurna dan inilah yang sering diperkatakan pengambilan kalsium berisiko terkena batu karang. Jadi, jangan salah pilih vitamin kalsium, perlu kaji kandungan kalsium tersebut.
Dalam suplemen kalsium mesti ada pembantu bagi menjalankan tugasnya dengan lebih lancar dan selamat.
- Vitamin D – berfungsi membantu kalsium menyerap ke tulang. Tanpa vitamin D, penyerapan kalsium tidak optimum.
- Magnesium – membantu kalsium dibawa ke seluruh bahagian yang diperlukan. Magnesium ibarat kenderaan yang membawa kalsium ke seluruh badan. Magnesium adalah iron positif no 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan kamposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
- Boron – membantu dalam metabolisme tulang
- Mangan, tembaga dan zinc – membantu mengaktifkan enzim yang membantu dalam membina kepadatan tulang.
Jadi berdasarkan di atas, adalah jelas setiap satu kandungan dalam Ostematrix mempunyai peranan yang sangat penting kepada keperluan kalsium itu sendiri.
Kenapa Perlukan Ostematrix?
1. Semua orang perlukan kalsium
Semua orang perlukan kalsium. Bagi anda yang telah ambil susu, sebenarnya masih perlu ambil Ostematrix. Ini kerana kandungan susu tidak mengandungi mineral yang lengkap.
Keperluan kalsium bagi wanita berbeza berbanding lelaki. Bagi wanita sendiri, keperluan kalsium bagi ibu hamil dan ibu menyusu adalah berbeza berbanding wanita normal.
Keperluan kalsium bagi kanak-kanak juga berbeza. Jelas disini, semua orang perlukan kalsium.
2. Kekurangan kalsium selari dengan usia
Jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pada umur 28, dan mengurang selepas itu. Selepas berumur 40 tahun jisim tulang akan mula menurun lebih cepat. Justeru anda perlukan kalsium dari awal usia untuk membantu mengurangkan gejala akibat kekurangan kalsium.
Kesan Kekurangan Kalsium
Banyak akibatnya kalau kita kurang kalsium, antaranya:
- Kerap sakit gigi
- Gusi berdarah
- Kejang otot
- Rambut kasar
- Tumit pecah/kasar
- Kuku rapuh
- Kebas kaki dan tangan
- Kulit kering
Manfaat Ostematrix Untuk Anda
Sebenarnya terlalu banyak sebab kalau hendak disenaraikan kenapa perlukan kalsium. Namun disini saya senaraikan manfaat ostematrix untuk tubuh anda:
- Membantu mencegah OBESITI
- Membantu melindungi OTOT JANTUNG
- Membantu mengelakkan KANSER KOLON
- Mencegah batu karang
- Membantu merawat tulang yang retak, kuku rapuh, ekzema, kekejangan dan gusi berdarah
- Mengurangkan SIMPTOM PMS
- Membantu merawat sakit sendi dan arthrithis
- Membantu mengurangkan stress, mengimbangi tekanan darah, dan membantu tidur yang lena
- Mengawal dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
- Membantu mengawal masalah hyperaktiviti perut dan gastrik
- Membantu pengecutan otot dan saraf
- Membantu ibu mengandung dan ibu menyusu
Kesimpulan
Saya jenis tidak minum susu. Susu di negara kita banyak telah diproses dan bukan lagi susu segar tulen. Alhamdulillah sekarang sudah ada susu segar seperti Farm Fresh, jadi ada juga beli terutama untuk anak-anak. Dan sejak mengetahui Shaklee ada pil kalsium, memang saya cukup suka.
Saya telah amalkan Ostematrix sejak 4 tahun lebih yang lalu dan alhamdulillah sehingga kini. Kalau orang lain biasanya ada gigi rapuh, sakit lutut dan sebagainya pada usia 30an, alhamdulillah kesihatan sendi dan tulang saya masih di tahap yang baik. Nak kata sangat baik itu taklah, sebab saya pun bukan muda sangat lagi.
Harga runcit Ostematrix hanya RM65, sebotol cukup untuk sebulan. Anda hanya perlukan RM8.70 (4 biji) sehari untuk mendapatkan keperluan kalsium anda yang lengkap.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
kalsium amat penting utk keteguhan tulang kalau kurang kaksium tulang asyik patah je mcm kak heh..heh..
kak PI boleh cuba suplemen lain, saya boleh syorkan. vivix especially baik utk kak PI
mmg risau kalau pikirkan anak kene cikenpox… ngn mak2 rasa tak sihat
kalsium benda yg penting kt tubuh kite… skrg mcm2 makanan tambahan yg bgs utk tubuh bdn kita
norhidana recently posted…WW mama dari kacamata aiyan
betul tu, zaman sekarang banyak penyakit, so memang perlu suplemen ni
benar tu.. kalsium amat penting…
Hairul Hissam recently posted…Kenangan 6 Tahun Blog Hairul.Com Di Alam Maya
penting untuk semua orang kan
Benda baik cenggini kadang tu org mmg ambik masa nak makan kan Raihanah… nak membeli tu pun ye jugak
okje recently posted…Tapak Dara
beli je mak, tapi make sure makan kena konsisten. hihih
Moga sis dan keluarga dikurniakan kesihatan yang sempurna. Harap anak2 dah pulih sepenuhnya 🙂
amiin, thanks doa farrah
dah tua2 pun kena ambil minuman seperti ini.. penting..
zik recently posted…Keputusan undian piala aff suzuki 2016
kalau boleh jangan tunggu tua.. hihih
orang yang tak suka minum susu ni..elok sangat ambil produk shaklee ni sebagai pengganti.
ema recently posted…Gathering Raya Kelab Blogger Ben Ashaari Di Ummiza Cafe
bagi yang tak suka susu atau yg ambil susu pun elok juga ambil sbg tambahan
harganya amat berpatutan dan khasiatnya antara yang terbaik tu
Hero Borneo recently posted…Fokus Menulis Blog Satu Kemestian
itulah, harga memang tak mahal pun. memang berbaloi beli
Saya rasa… tubuh saya pun kekurangan Kalsium sebab tak minum susu setiap hari..
Anuar recently posted…Faktor-faktor yang mempengaruhi Kenaikan Harga Lembu dan Kambing di Malaysia berbanding di Kemboja dan Indonesia untuk Ibadah Qurban 2016
elok amalkan ostematrix. lelaki pun perlukan kalsium