Nyah Toksin Untuk Kulit Cantik dan Sihat, Atasi Jerawat

By | 16 June 2014

Assalamualaikum pembaca semua

Ok, hari ini saya ingin sebutkan berkenaan kaitan toksin dalam hal penjagaan kulit cantik dan sihat. Ada kena mengena ke? Saya suka tulis hal-hal macamni, sebab menyebabkan saya juga belajar sama. 🙂

Apa itu toksin?

Saya cuba untuk tulis dalam bahasa yang mudah ya. Toksin ni bahan buangan beracun didalam badan kita. Bahan buangan biasanya akan keluar melalui perkumuhan kan seperti kencing, buang air besar, dan perpeluhan. Jika bahan buangan ini tak keluar melalui perkumuhan, jadilah ia toksin yang membahayakan.

Dalam satu kajian menyebut, toksin dalam badan manusia ni dalam lingkungan 2 hingga 4 kg! Berat tu! Mesti boleh memudaratkan kesihatan kan? Ada lagi kajian menyebutkan 90% punca penyakit berbahaya adalah berpunca daripada usus besar atau kolon. 

Ada 2 jenis toksin

1. Toksin dari luar (eksotoksin) yang disebabkan oleh makanan diproses seperti nugget, fries, makanan mengandungi bahan pengawet, makanan yang dipanggang dan racun-racun seperti racun kimia dan racun serangga. Ha, jangan tak tahu bahan dalam alatan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, termasuk bahan cucian domestik. 

2. Toksin dalaman (endotoksin) yang berpunca daripada gangguan emosi, tekanan, atau kotoran yang tersumbat dalam usus.

Secara umum, masalah kesihatan seperti kulit jerawat, alahan atau alergi, selesema, bau badan, mulut berbau dan sebagainya berlaku kerana fungsi pembuangan toksin berlaku secara sebaliknya. Toksin keluar, tetapi dalam bentuk itulah yang memberi kesan kepada kulit manusia.

Bolehkah toksin dibuang?

Mestilah boleh, sebab tu sekarang ada istilah disebut sebagai detoks. Detoks secara semulajadi adalah melalui organ perkumuhan, sekurang-kurangnya kena buang air besar sekali sehari. Ada setengah orang sampai 2 hari sekali atau 5 hari sekali. Ini memang anda kena semak apa yang tak kena. 

Jika toksin tak dikeluarkan daripada badan, ia akan diserap semula ke dalam badan. Jika tiada proses detoks, tubuh akan memberikan simptom seperti

1. Sakit Kepala
2. Sembelit 
3. Nafas berbau
4. Kelesuan
5. Penglihatan kabur
6. Ketidakstabilan emosi
7. Masalah-masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam dll
8. Sukar bangun tidur
9. Lingkaran hitam di bawah mata
10. Bahagian-bahagian badan keliahatan gelap daripada warna asal kulit
11. Alahan
12. Banyak angin
13. Inflamasi pada sendi
14. Sinus
15. Berat badan meningkat
16. Masalah selulit

Nampak dah kan, kenapa detoks ni sangat berkait rapat dengan masalah kesihatan dan kulit itu sendiri? Jadi bagaimana nak detoks?

Secara semulajadi badan buat detoks melalui organ perkumuhan. Tapi selalunya tak semua yang keluar, ada yang masih tersumbat dalam usus. Kena buanglah toksin tu, sebab ianya beracun. Jangan sayang kat dia pulak :p

Set Shaklee untuk Detoks

Bagi saya sendiri pula, saya memang selama menyusukan anak saya guna Alfalfa sebagai menggalakkan proses detoks tu. So far memang saya tak alami sembelit, elok je setiap hari membuang. Alhamdulillah.

Selain Alfalfa, satu lagi yang hebat adalah Herblax. Ini saya cuba awal tahun ini, bila anak dah umur 2 tahun. Memang herblax tak digalakkan diambil oleh ibu menyusu sebab bimbang kesan kepada bayi tu. Nanti bayi pula yang cirit birit, kesian kat baby nanti.

Set detoks Shaklee



Saya pernah tuliskan berkenaan Herblax dan fungsi pelawasannya di artikel saya 

Herblax Kempiskan Perut, Sembelit, Buasir dan Gout. 


Memang hebat herblax ni, sampai selalu sold out. Harganya pun murah je (RM52) sebotol, boleh tahan sehingga 6 bulan tau. 

Lepas saya guna Herblax memang perasanlah jerawat makin kurang naik. Alhamdulillah sangat-sangat. Jadi jika anda ada masalah jerawat yang sangat teruk, bolehlah tambah Herblax atau Alfalfa ke dalam set kecantikan kulit anda. Buang semua toksin jahat tu, buat apa simpankan ya tak.

Setelah detoks, akan memudahkan penyerapan suplemen ke dalam tubuh. InsyaAllah berkesan untuk mendapatkan kulit flawless itu. 🙂

Anyway jom kita tengok testimoni lain:

Testimoni Herblax tambah kekerapan proses perkumuhan

Testimoni herblax muka makin berseri


Jika anda nak dapatkannya bolehlah hubungi kami di talian tertera.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge