Tips Rawati Anak Bronchitis / Asthma

By | 19 October 2015

Agak lama juga saya simpan perkara ini daripada posting, bukan sengaja pun tetapi memang sudah lupa.

Bayi Ada Bronchitis / Pneumonia / Asthma?

Masa Sarah dilahirkan dulu, memang asalnya hidungnya memang tersumbat. Asyik-asyik dengar bunyi hidung dia itu memang kebiasaan. Disebabkan dia menyusu dengan baik, jadi saya tidaklah tergesa-gesa hendak bawa berjumpa doktor.

Lepas raya puasa tahun ini bunyi semakin teruk, ditambah dengan batuk, bunyi sekali di dadanya. Masa Sarah 4 bulan lagi memang doktor sudah kata Sarah ada lelah / asthma, memang sudah berbunyi.

Banyak kali jugalah saya berulang ke Klinik Wangsa (Dr Nadir), asyik sedut saja, sampai bilakan, tidak juga baik-baik. Di rumah saya amalkan buat steam dan percussion tetapi memang kuranglah simptomnya itu.

Ada sekali tu pergi klinik memang saya tahu keadaan Sarah teruk juga, tapi lepas sedut kahak semua alhamdulillah dia pulih cepat. Mula-mula dr hendak masukkan ke dalam wad, tapi lepas sedut nampak ok, jadi bolehlah balik dengan sebeban bekalan ubat.

Lepas itu Sarah nampak ok, tetapi hidung memang masih bunyi.

Sehinggalah balik daripada raya haji, tengok nafas Sarah laju, bunyi  dada, batuk pun kuat. Pagi itu gesa-gesa saya hantar beliau ke Klinik Keluarga Dr Khadzali. Dilema dah nak hantar ke Klinik Wangsa atau Klinik Keluarga, akhirnya saya pilih Klinik Keluarga.

Sampai di sana, Dr Khadzali kata memang teruk, dia tanya hendak masuk wad tak? Saya kata kalau boleh hendak elakkan. Jadi pagi itu, Sarah buat nebulizer dan juga sonotron. Keadaannya cepat baik.

Sarah semasa nebulizer

Sarah semasa nebulizer

Sonotron sambung lagi sampai 3 hari berturut-turut. Alhamdulillah sampai sekarang sudah ok tiada lagi bunyi hidung dan batuk. Legalah. Cuma sebab dia memang ada lelah, jadi kami masih ambil langkah berjaga-jaga.

Terapi sonotron untuk anak yang ada bronkitis / asthma

Terapi sonotron untuk anak yang ada bronkitis / asthma

psst: akak yang buat sonotron ini siap tanya bagi baby makan apa sampai gebu camtu. Hahah just susu ibu saja. Dia siap tanya juga macamana bagi susu banyak sebab ada customer klinik masalah susu kurang. Saya cakap saya ambil Shaklee set menyusu dan pasal konsep demand vs supply, terus dia hendak cadangkan pada customer tu.

Tips Rawati Anak Dengan Bronkitis / Asthma

Kalau anak anda atau bayi anda ada bronkitis / asthma, cubalah tips ini, sekurang-kurangnya pada Sarah mujarab, manalah tahu boleh membantu anda juga:

Steam / Percussion

Lakukan setiap hari, sekurang-kurangnya 2x sehari. Masukkan bawang putih ke dalam air mendidih itu sebelum diwapkan kepada anak.

Peranan Ibu Menyusu

Kalau bayi anda masih menyusu, dan di bawah umur 1 tahun, ibu boleh amalkan perkara berikut:

Elakkan makanan yang perlu dipantang jika anak ada bronkitis / asthma (contohnya ayam biasa, aneka kerepek, makanan penyebab kahak dll).

Ibu amalkan suplemen seperti garlic (antibiotik semulajadi) dan minyak ikan (saya amalkan Omega Guard dengan dos mega setiap hari, dan vitamin C). Semua ini membantu imun badan di samping membantu mencairkan kahak.

Kalau anak sudah lebih 1 tahun, bolehlah anak ambil suplemen seperti Omega Guard, Vita C Chewable, Mealshake.

Ada mak lain pun bagi testimoni sama berkenaan pengambilan Omega Guard untuk anak bronkitis / asthma

Ada mak lain pun bagi testimoni sama berkenaan pengambilan Omega Guard untuk anak bronkitis / asthma

Jaga pemakanan bayi / anak anda

Kalau bayi anda sudah lebih 6 bulan dan sudah makan, elakkanlah makanan penyebab kahak dan makanan yang perlu dipantang oleh anak-anak penghidap bronkitis / asthma.

Sentiasa mandi air suam

Sentiasa pastikan anak anda mandi dengan air suam, tidak kira pagi atau petang. Juga pastikan persekitarannya jangan terlalu sejuk, maksudnya jangan beraircondlah dulu.

Makanan Yang Perlu Dipantang Sekiranya Anak Bronkitis / Asthma

Ini berdasarkan kepada nasihat doktor dan pengalaman sendiri, jadi boleh jadi panduan juga kepada semua. Antara makanan yang perlu dipantang sekiranya anak bronkitis / asthma (termasuk mak menyusu).

Elakkan:

  • Segala jenis kerepek dan keropok
  • Ikan daging hitam (contohnya ikan jaket, ada yang hitam-hitamkan, itu tidak boleh)
  • Ayam biasa
  • Daging frozen
  • Buah-buahan sejuk (bukan bersifat sejuk, tetapi buah dalam keadaan sejuk contohnya dari peti ais).
  • Makanan laut
  • Makanan diproses dan makanan segera

Boleh makan:

  • Ayam organik / ayam antibiotik residue free
  • Daging segar
  • Kacang-kacang
  • Banyakkan sayuran hijau
  • Ikan daging putih, contohnya ikan salmon, ikan tenggiri. Kalau ada hitam buangkan saja.

Kalau anak sudah sihat, cubalah makanan yang pantang itu sedikit demi sedikit. Kalau nampak anak boleh terima dan tiada tanda-tanda serangan asthma / bronkitis maknanya bolehlah makan. Tapi kalau nampak ada serangan, maknanya seumur hidup makanan tu perlu dielakkan.

Masa Sarah teruk hari itu, jenuh juga saya pantang sama. Demi anak nak sihat, sanggup je mak ni. Tapi sekarang tengok dia sihat sudah, cuma 2 hari ni nampak ada hidung tersumbat pulak, adalah itu makanan tak sesuai untuk dia.

Kesimpulan

3 elemen anda perlu pastikan konsisten untuk pastikan anak anda pulih:

Pantang larang pemakanan

Pastikanlah pemakanan anak dan ibu menyusu tu jaga, walaupun susah cubalah kan sebab anak kita juga.

Pengambilan Suplemen

Jadi sampai sekarang pun, suplemen saya tidak tinggal. Mesti ambil

  • Omega Guard untuk cairkan kahak
  • Vita C untuk antibodi
  • Garlic untuk antibiotik semulajadi

Terapi

Banyak terapi anda boleh guna, contohnya

  • Sedut kahak
  • Sonotron
  • Steam dan percussion

InsyaAllah kalau konsisten dengan 3 elemen ini, anak anda boleh pulih sepenuhnya nanti. Mak kena sabarlah ya. Tambahan sekarang ini masih berjerebu, jadi memanglah lambat hendak pulih dan perlu ambil extra precaution.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

8 thoughts on “Tips Rawati Anak Bronchitis / Asthma

    1. Raihanah Ahmad Post author

      ramai anak2 ada asthma kan. saya rasa sebab kecil ni tak treat dengan betul, lesson learn utk saya

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      itulah, saya silap awal2 dulu tak treat, tapi masa dulu mmg tak tahu pasal sonotron tu. sonotron tu paling banyak membantu sebab bila kita amik suplemen, kahak dah cair tapi baby tak reti nak keluarkan. jadi sonotron membantu mengeluarkan kahak tanpa menyentuh baby pun

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge