Ya soalannya, kenapa kami berbeza? Kenapa perlu sertai kami?
Ada banyak je program kurus atau program detox yang ditawarkan oleh syarikat atau kumpulan lain. Kenapa anda perlu sertai kami?
Inilah yang saya nak kupas dalam posting kali ini.
Namun sebelum itu, jemput tonton video saya dibawah.
Kelebihan Jom Detox Jutawan
Ada 11 sebab kenapa Jom Detox Jutawan berbeza dengan program kurus / detox yang lain:
1. Program Detox Bukan Program Kurus
Ini yang utama sebenarnya. Ramai orang keliru sebab mereka ingat program detox sama sahaja dengan program kurus. Program kurus pengkhususannya dengan kuruskan badan.
Manakala program detox adalah khusus untuk “reboot” tubuh kita agar kita jadi lebih sihat dan bonusnya adalah dapat juga kuruskan badan.
Tapi memang lebih berkesan kalau detox terlebih dahulu sebelum anda buat program kuruskan badan, tak kiralah eat clean, keto diet, intermittent fasting dan lain-lain.
2. Program 17 hari
Program kami hanya selama 17 hari, tak pendek sangat, tak lama sangat, just nice kata orang. Dalam tempoh 17 hari ini adalah fully guided by coaches. Sentiasa dalam radar coach la kiranya dalam 17 hari ni.
3. Proven success
InsyaAllah setakat 10 bulan beroperasi, program kami ni adalah satu program yang proven success. Terbukti berkesan. Semua peserta insyaAllah mendapat hasil yang mereka kehendaki sekiranya ikut tips yang coach kongsikan.
Untuk berjaya dalam program ini memerlukan kerjasama daripada peserta juga dan coach akan berikan tips dan panduan untuk diikuti. Kebanyakan peserta yang ikut tips memang akan berjaya.
4. 100% berkesan
Jaminan 100% berkesan atau wang anda akan dipulangkan (tertakluk kepada terma dan syarat).
Setakat 10 bulan beroperasi tak pernah tak berkesan, insyaAllah.
5. Guide by coaches
Program ini fully guided by coaches. Ada coach yang bertugas selama 17 hari tersebut dan hari-hari akan dipantau dan ada tips dan panduan diberikan oleh coach.
Grup memang meriah dan mengujakan, insyaAllah ramai yang suka mengulang buat detox salah satu faktornya suka dapat input bagus-bagus daripada coach.
6. Program yang menyeronokkan
Syok sangat yang ni. Ingatkan buat detox ni boring giler, maklumlah kena paksa makan sayur kan. Tapi rupanya tak. Best sangat. Ramai peserta yang repeat buat detox. Sebab?
- Teruja dapat hasil yang dimahukan
- Seronok dengan menu yang sedap-sedap
- Seronok dapat banyak ilmu daripada coach
- Grup yang happening
- Berlumba-lumba bersaing siapa dapat turun cepat
7. Proven result menggunakan produk Shaklee
Kami menggunakan produk Shaklee bersama-sama program #JomDetoxJutawan. Jadi dengan menggunakan produk yang terbukti selamat dan berkesan, menambahkan lagi keberkesanan program ini.
Produk Shaklee adalah bertaraf dunia, insyaAllah sentiasa menjaga kualiti dan keberkesanannya memang hebat. Anda boleh rujuk kepada link berikut:
- NASA Terpikat Dengan Jaminan Kualiti Dan Selamat Shaklee
- Landmark Study
- 7 Tips Pilih Suplemen Dari Perspektif Saintis
8. Turun berat mudah dalam masa 12 hari
Ramai sangat yang turun berat badan dengan mudah dalam masa 12 hari. Kami ada rekod yang berjaya turun 10kg dan 9kg dalam masa 12 hari sahaja!
Apa yang mereka buat? Memang badan masing-masing berlainan, selain itu mereka ikut betul-betul tips yang coach berikan.

9. Mealplan disediakan oleh doktor dan nutritionist
Mealplan kami adalah asasnya datang daripada para doktor dan nutritionist dari Shaklee USA Corporation. Saya masih ingat semasa mula-mula hendak diperkenalkan kepada kami di Malaysia, mealplan pun kena tunggu Dr Jamie McManus endorsed dulu.
Memang kena hati-hati sebab mealplan inilah jantung bagi program detox Shaklee ini.
10. Tiada masalah kekurangan nutrisi
Ini paling penting. Ada juga orang yang taknak makan suplemen, sebaliknya skodeng apa yang kami buat hari-hari. Akhirnya dia jadi letih lesu, tidur sepanjang hari.
Ada yang join program detox lain, pun sama juga, jadi lesu tak bertenaga.
Kenapa semua ni berlaku? Sebabnya tak cukup nutrisi.
Bila kita buat detox, kita akan paksa hati kita bekerja. Hati adalah organ utama buat detox. Hati dan organ detox lain perlu bekerja kuat, jadi mereka perlukan khasiat yang sepenuhnya.
Kalau hanya bergantung kepada pemakanan yang sedikit (sebab masa detox kita memang kurang makan), macamana organ detox nak berfungsi dengan efisien?
Sebab itulah kita support dengan pengambilan suplemen Shaklee.
Dan sebab inilah peserta kami tiada masalah kekurangan nutrisi. Disepanjang tempoh program detox, mereka terus bertenaga dan sihat.
11. Personalized coaching
Setiap orang peserta akan diassign coach masing-masing. Maknanya anda boleh one-to-one dengan coach anda. Boleh bincang personal.
Coach anda yang akan bertanggungjawab dengan anda di sepanjang tempoh 17 hari.
12. Ilmu untuk ubah lifestyle
Nak ubah lifestyle bukan mudah kan. Berpuluh tahun kita selalu beli gula, beli berbotol-botol sos / kicap dan makan makanan tak sihat setiap kali, nak ubah memang sukar.
Tapi hasil daripada tips dan ajaran selama 17 hari, insyaAllah anda punyai kekuatan untuk ubah gaya hidup seharian.


Anda Berminat? Sertai #JomDetoxJutawan Sekarang!
Nak tahu bagaimana saya buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja? Atau anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup? Ayuh sertai saya di program #JomDetoxJutawan, boleh wasap saya ya.
Bagaimana Nak Sertai #JomDetoxJutawan Shaklee?
Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah
Klik untuk Sertai JomDetoxJutawan Shaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak
detox gaya shaklee ni best 🙂
(suka baca blog akk hihi)
ziana eunos recently posted…Kebaikan Ostematrix Shaklee
suka tengok ziana juga
Nice sharing (thumbs-up)..
thanks sis
menarik…. nice shariang
Siti Norhidanah Mohd Miswan recently posted…LEXUS Chocolate Cream inside, Himalayan salt topping- produk baru MUNCHY`S
thanks sis