Banyak orang tulis kan pasal Shaklee ni boleh bantu kawal gula dan sekaligus elakkan daripada cucuk insulin. Tapi apa set yang diperlukan? Dan kenapa anda perlu beli dengan saya?
Untuk makluman, pesakit diabetes zaman sekarang ini semakin bertambah. Khususnya kita di Malaysia yang kadar obesiti adalah antara tertinggi, menyebabkan juga pesakit diabetes bertambah. Penyakit diabetes menyebabkan pelbagai komplikasi lain seperti sakit jantung, strok, darah tinggi dan buah pinggang.
Customer saya paling ramai adalah pesakit buah pinggang. Dan mereka ni kebanyakannya adalah pesakit kencing manis juga.
Jadi sangat penting untuk pesakit kencing manis dapat kawal gula dalam darah dan sekaligus elakkan daripada kena cucuk insulin di samping elakkan komplikasi lebih teruk.
Ada juga pesakit kencing manis yang mati sebab kena cucuk insulin tau! Bukan insulin tu yang memudaratkan beliau, tapi pesakit tu hilang kekuatan diri. Meninggal pada usia 30 tahun.
Set Shaklee Untuk Kencing Manis
1. Protein dari ESP SHAKLEE
ESP Shaklee membekalkan keperluan protein seperti berikut:
- Membekalkan tenaga kepada pesakit kencing manis
- Pesakit kencing manis kenyang lebih lama kerana lambat dihadam
- Gula darah tidak meningkat mendadak
2. Vitamin B12 dari BComplex Shaklee
- Pemakanan vegetarian yang ketat boleh menggalakkan kekurangan B12
- Ketidakupayaan asid perut untuk membantu penyerapan
- Ubat-ubatan seperti metformin menyebabkan badan kekurangan vitamin B12
- Beberapa keadaan, prosedur, dan ubat lain dikaitkan dengan mengurangkan keupayaan untuk menyerap B12.
3. Vitamin C Shaklee
- Vitamin C mengurangkan level sorbitol gula yang terkumpul dalam sel. Sorbitol yang terkumpul ni boleh merosakkan dalam sel mata,buah pinggang dan saraf.
- Vitamin C menguatkan sistem imun pesakit diabetes (pesakit kencing manis memang rendah sistem imun dan mudah terdedah kepada jangkitan dan penyakit)
- VItamin C juga mengurangkan penghasilan katarak, retinopati dan neuropati pada pesakit kencing manis
4. Chromium dari Vitalea Shaklee
5. Magnesium dari Ostematrix
Magnesium diperlukan sebab magnesium kromium bekerja bersama-sama untuk membantu insulin. Kajian terbaru menunjukkan bahawa menggabungkan suplemen Chromium dan Magnesium membantu meningkatkan insulin resistance lebih berkesan berbanding ambil kromium atau magnesium sahaja. (Rujukan: PMID: 27702717)
Magnesium adalah salah satu mineral yang paling diperlukan dalam tubuh manusia. Magnesium, bersama-sama dengan vitamin D dan vitamin K, memainkan peranan penting dalam kesihatan tulang.
Kebanyakan magnesium kita terdapat di dalam sel di mana ia menyokong lebih daripada 300 enzim yang berbeza yang penting untuk sistem saraf, otot, pencernaan, dan tekanan darah. Setakat ini, sains telah mengenal pasti 3,751 laman mengikat untuk magnesium dalam badan, yang jelas menunjukkan berapa banyak yang boleh salah jika kita gagal mendapatkan cukup nutrien.
Dalam hal kencing manis, Magnesium menyokong dua gen yang mengawal keseimbangan glukosa dan insulin. Magnesium terlibat dalam pengaktifan tyrosine kinase, iaitu enzim yang dilengkapi dengan pelbagai mekanisme on-off yang menghidupkan atau menutup pelbagai fungsi selular dan diperlukan untuk reseptor insulin selular.
Tugas utama insulin adalah untuk mengawal tahap gula darah, untuk menyimpan magnesium di dalam sel, dan menyimpan kalori yang berlebihan dalam bentuk lemak. Pesakit diabetes bagaimanapun, insulin tidak dapat menurunkan gula darah mereka dengan cukup kerana pengambilan glukosa terjejas dalam sel.
Sebab itu magnesium sangat penting untuk orang diabetes.
6. Polifenol dari Vivix
Akhir sekali tentulah polifenol. Polifenol telah dikaji dapat menstabilkan metabolisme gula dan lemak, membantu merendahkan tahap keradangan dan menyokong fungsi normal insulin.
Dalam kajian saintifik, peranan polifenol dalam mengekalkan gula dalam darah adalah seperti berikut:
- Mengawal atur penyerapan glukosa (1,2)
- Meningkatkan kepekaan insulin (3)
- Merangsang rembesan insulin (4,5)
- Meningkatkan proses penguraian glukosa (5,6)
Semua kajian klinikal berkaitan peranan di atas adalah seperti di bawah:
Anda boleh baca juga link di bawah:
7 Cara Resveratrol Sebagai Penawar Diabetes Kencing Manis
dan kenapa
Pengguna Shaklee Paling Rendah Risiko Diabetes / Kencing Manis
Testimoni Berjaya Kawal Gula dalam Darah dan reverse Diabetes
Ada beberapa testimoni saya dah tuliskan. Antaranya:
- Testimoni Vivix Shaklee Untuk Kencing Manis / Diabetes
- Luka Diabetes Bernanah Sembuh Dengan Vivix
- 30 Tahun Diabetes Akhirnya Ibu Kembali Sihat
- 2 Tahun Ambil Vivix Kini Diabetes Beransur Pulih
Penutup
Jadi tak hairanlah kenapa ramai yang amalkan set kencing manis Shaklee, ramai yang mendapat hasil yang memuaskan. Setiap pembelian dengan saya akan melayakkan anda mendapat:
- Pos percuma
- Protokol pemakanan yang sesuai dengan masalah kesihatan anda
- Jemputan menghadiri kelas dengan doktor berpengalaman dalam bidang perubatan dan nutrisi (apabila diadakan)
Saya doakan anda terus sihat, terima kasih sebab membaca sampai habis. Saya doakan anda jumpa penyelesaian kepada masalah anda.
Jika perlukan sebarang penerangan tambahan jangan segan hubungi saya di 012-2195919 atau klik http://kakanah.wasap.my.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Coach Kesihatan Anda
Shaklee Gombak
Kencing manis mmg merisaukan.. kalau boleh sebaiknya jaga utk hindarkan dan klu yg mengidapinya mmg perlu kawal sebaiknya. Thanks sharing info ni.
Takutnya umur baru 30 tahun tapi da cucuk insulin. Better prevent than cure…
betul, tapi ramailah orang muda yang kena skrg ni