Kalsium Magnesium Bantu Proses Bersalin

By | 23 February 2017
7 Langkah Kekal Cantik Bagi Ibu Hamil

Tidak ramai yang sedar atau tahu peranan magnesium dalam metabolisme tubuh manusia. Magnesium telah diketahui dapat mengaktifkan lebih daripada 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh dapat berfungsi dengan baik.

Peranan magnesium sangat penting. Namun ironisnya, peranan magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5-Cent Miracle Tablet”. Mengapa jadi begitu? Ini kerana kesan kekurangan magnesium tidak terjadi dengan jangka waktu yang singkat.

Pada tahun 2002 seorang pengkaji menyatakan di dalam American Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa kesan penurunan magnesium terjadi pada wanita yang telah mengalami menopause.

Selain itu, bila keperluan megnesium tidak mencukupi, akan terjadi denyutan jantung yang tidak normal. Dari data mangsa serangan jantung mendadak yang dilaporkan oleh majalah Science tahun 1980, diketahui bahawa hanya magnesium yang ditemukan dalam jumlah sangat kurang dalam serum darah pada otot-otot jantung, dari jumlah yang sepatutnya.

Kepentingan Kalsium Magnesium Kepada Ibu Mengandung

Kalsium dan magnesium saling membantu dalam penyerapannya bila terdapat dalam jumlah yang cukup dan seimbang. Ditinjau dari lingkungan fungsi dan prosesnya, kedua mineral tersebut bekerja secara berlawanan (antagonistik). Magnesium terdapat di dalam sel (intraselular), sedangkan kalsium banyak terdapat di luar sel (ekstraselular). Fungsi magnesium dalam metabolisme sel ialah meningkatkan tenaga dalam tubuh.

Angka kalsium yang diperlukan oleh tubuh adalah sebanyak 800mg setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari. Keperluan magnesium harian bagi wanita hamil disarankan supaya ditambah, begitu pula wanita yang telah mengalami menopause serta tubuh yang sedang mengalami stress.

Kalsium adalah nutrisi yang sangat penting untuk wanita, terutama ketika mengandung dan menyusu. Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi dalam kandungan.

Mengapa Kalsium Magnesium Penting Untuk Ibu Mengandung

Antara kepentingan magnesium semasa hamil ialah;

  • mencegah pengecutan uterus pramatang (pengecutan awal ini jika tidak dikawal boleh membawa kepada keguguran)
  • membantu dalam memelihara kekuatan tulang ibu hamil dan juga tumbesaran tulang bayi
  • mengawal atur paras insulin dan juga kawalan gula darah
  • berperanan membantu enzim untuk fungsi sistem tubuh
  • mencegah kekejangan kaki (ciri magnesium yang merehatkan otot) yang sering dialami ketika hamil
  • mencegah sembelit yang juga menjadi masalah yang sering terjadi kepada ibu hamil
  • magnesium membantu mengambil tenaga daripada makanan dan kemudian membina protein baru.
  • membantu dalam mencegah denyutan jantung tidak sekata.
  • Kajian mendapati magnesium dapat membantu dalam kawal atur paras kolesterol.

Gabungan kalsium dan magnesium juga sangat penting ketika proses melahirkan anak. Antara fungsi kalsium magnesium adalah:

  • Membantu mengecutkan rahim bagi mengeluarkan bayi
  • Membantu mengelakkan masalah kekurangan darah semasa proses melahirkan yang memakan masa yang lama

Paras kalsium dan magnesium yang rendah ketika hampir dan semasa melahirkan anak (in labour) boleh menyebabkan tempoh bersalin memakan masa yang lebih lama (oleh sifat gabungan kalsium-magnesium yang mengecut dan merehatkan otot).

Sekiranya kalsium magnesium tidak mencukupi, ia akan menyebabkan otot rahim mengecut dan menyebabkan pendarahan yang banyak selepas melahirkan.

Suplemen dan vitamin prenatal

Ibu hamil boleh memperoleh magnesium melalui suplemen makanan tambahan yang kaya magnesium, atau juga multivitamin untuk ibu hamil atau vitamin prenatal yang turut mengandungi magnesium.

Ibu hamil juga boleh mendapatkannya daripada suplemen tertentu seperti suplemen pil kalsium yang juga membekalkan magnesium (tidak semua suplemen pil kalsium turut mengandungi magnesium) kerana magnesium dapat memaksimumkan penggunaan kalsium daripada suplemen dan tidak terbazir begitu sahaja biarpun diambil/dimakan.

Bagi pil kalsium magnesium, Shaklee menyediakan Ostematrix.

Ostematrix membekalkan nutrien harian, terutama kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Selain kalsium, Ostematrix mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ostematrix ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

Pemilihan kalsium yang bagus adalah ia mestilah mengandungi gabungan 3 ini, iaitu kalsium + vitamin D + magnesium. Kehilangan salah satu akan membuatkan penyerapan kalsium tidak sempurna dan inilah yang sering diperkatakan pengambilan kalsium berisiko terkena batu karang. Jadi, jangan salah pilih vitamin kalsium, perlu kaji kandungan kalsium tersebut.

Jadi mak-mak, kena selalu ada stok Ostematrix ya! Boleh guna terutama disepanjang tempoh mengandung dan proses bersalin.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Mini Nutritionist

Shaklee Gombak

 

20 thoughts on “Kalsium Magnesium Bantu Proses Bersalin

  1. JMR

    owh..penting rupanya magnesium ni..info yg bagus sebab jarang jumpa artikel pasal magnesium ni..

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      wanita memang perlu lebih. sebab aktiviti badan kita tak sama dengan lelaki

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      biasanya bila umur lebih 30 baru nak ambil tahu. huhu sayalah tu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge