Call nowWhatsapp

Kagum sebenarnya dengan testimoni yang satu ini. Tengok testimoni ini daripada seorang rakan SID. Pada umur 85 tahun, selalunya orang memang putus harap dah. Yelah umur 85, jarang yang usahakan untuk ambil suplemen. Makan sajalah ubat yang doktor bagi. Tapi bagi seorang cucu, tetap ikhtiar dengan Shaklee.

2 Tahun Ambil Vivix Kini Diabetes Beransur Pulih

Nenek konsisten dengan Vivix untuk masalah diabetes

Nenek konsisten dengan Vivix untuk masalah diabetes

Bagi Puan Alicia Dania, sebagai seorang cucu, beliau tetap membelikan neneknya Vivix sejak 2 tahun lalu. Neneknya ada diabetes atau kencing manis, juga merupakan penghidap darah tinggi.

Alhamdulillah setelah konsisten dengan Vivix selama 2 tahun, kini tahap gula dalam darah dan tekanan darah kembali normal. Dulu ambil sampai 3x sehari, sekarang cuma 1x sehari untuk Vivix.

Selain nenek puan Alicia, berikut adalah contoh lagi bagaimana Vivix mampu membantu pesakit diabetes (Puan Y), antara manfaat yang beliau perolehi hasil konsisten mengamalkan Vivix:

  • Bacaan paras gula yang selalunya antara 10 hingga 12, telah menjadi 8
  • Luka di ibu jari kering selepas dua hari minum Vivix
  • Jeragat di pipi berkurangan
  • Kuku semakin cantik
  • Sakit lutut berkurangan, mudah beribadah
  • Badan makin sihat, ringan bertenaga walaupun usia hampir 60 tahun.
Kesan Vivix ke atas pesakit diabetes dan darah tinggi

Kesan Vivix ke atas pesakit diabetes dan darah tinggi

Kesan Jangkamasa Panjang Pengambilan Suplemen

Sebenarnya ramai yang konsisten dalam jangkamasa panjang telah memperoleh hasil yang membahagiakan dari aspek kesihatan. Masih ingat landmark study yang saya tulis sebelum ini? Landmark study adalah kajian ke atas 3 kumpulan pengguna iaitu

  • Pengguna vitamin jenama lain
  • Pengguna tanpa vitamin
  • Pengguna vitamin jenama Shaklee

Kajian ini dijalankan selama 3 tahun dari 2004 hingga 2007. Kajian ini juga memil

Antara pengguna Shaklee melebihi 20 tahun

Antara pengguna Shaklee melebihi 20 tahun

ih pengguna yang mengamalkan pengambilan vitamin dalam kumpulan di atas bagi tempoh 10 tahun ke atas. Jadi bukan mudah untuk dapatkan hasil ujian ini, bayangkan kena konsisten selama tempoh melebihi 10 tahun dengan amalan yang sama. Kalau ambil jenama vitamin lain, selama 10 tahun ke atas. Gitu juga dengan pengguna Shaklee.

Tahu kenapa mesti pengguna melebihi 10 tahun? Sebab mengikut pengamal perubatan, banyak penyakit didunia ini mengambil masa lebih 5 tahun baru penyakit memunculkan diri dalam badan seseorang. Banyak kajian klinikal ke atas suplemen dibuat kepada pengguna mengamalkan sekitar 3 tahun hingga 5 tahun. Jadi bagi pakar perubatan, ini kurang meyakinkan. Sebab itu bagi kajian ini, mereka mengambil pengguna melebihi 10 tahun.

Kajian ini dijalankan ke atas lebih 1000 orang pengguna. Lagi berpeluh hendak cari 1000 orang pengguna. Tapi mereka berjaya.

Shaklee adalah satu-satunya jenama vitamin yang berani ikuti kajian ini, tiada jenama suplemen lain ya yang menyertai kajian ini. Jadi bagi landmark ke atas suplemen atau vitamin, anda perlu lihat Shaklee.

Hasil kajian yang telah dibuat oleh NHANES terhadap pengguna Shaklee

Hasil kajian yang telah dibuat oleh NHANES terhadap pengguna Shaklee

Dalam ketiga-tiga kumpulan ini, hasil kajian menunjukkan seperti berikut:

  1. Individu yang mengamalkan produk Shaklee ternyata lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambil makanan tambahan atau multivitamin jenama lain.
  2. Pengamal Shaklee berjaya mengekalkan tahap normal bagi
  • tekanan darah
  • homosisteina
  • kolestrol HDL
  • Protein c-reaktif
  • trigliserida

Mengujakan bukan? Jadi bagi pengguna Shaklee, anda membuat keputusan bijak dengan mengambil Shaklee. Bangga kan jadi pengguna produk terbaik. Bagi yang sedang menimbangkan mencuba Shaklee, anda tidak perlu ragu-ragu lagi sebenarnya. Shaklee terbaik dalam kelasnya.

Bagaimana Vivix Membantu Penyakit Diabetes

Vivix mengandungi 4 ramuan terbaik iaitu anggur muscadine, lobak ungu, polyganum cuspidatum dan european elderberry. Banyak khasiat kesemua ramuan ini, contohnya lobak ungu.

Lobak ungu merupakan sumber terbaik vitamin A dan fitokimia termasuk carotenoid, phetonic dan lain-lain. Ia mempunyai kandungan asid klorogenik tertinggi yang mampu mengurangkan diabetes dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Secara klinikal, Vivix yang turut mengandungi khasiat resveratrol dan polifenol membantu penyakit diabetes dari segi:

1. Memperlahankan atau mengurangkan sindrom resistansi insulin (sindrom metabolik)

Vivix merupakan antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan memperbaiki sel yang rosak. Pengambilan secara berterusan akan dapat memberi manfaat untuk menurunkan metabolic syndrome yang mengarah kepada penyakit kencing manis yang di sebabkan kerosakan sel.

2. Mengawal kepekatan gula dalam darah

Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula untuk beri tenaga pada tubuh badan kita. Tetapi sekiranya kita mengambil karbohidrat yang berlebihan akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat. Justeru, polifenol akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah juga mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi.

3. Mengelakkan kerosakan mata dan menggalakkan penyembuhan segera.

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

4. Memperlahankan pembentukan AGE protein (Advanced Glycotin End Products)

Protein AGE terhasil daripada protein dan gula yang berlebihan dalam badan, ianya boleh menyebabkan komplikasi  penyakit kencing manis dan penyakit kronik lain. Vivix membantu melambatkan protein AGE.

5. Mengaktifkan enzim SIRT1

Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.

6. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, diabetes/kencing manis dapat dihentikan.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

Kesimpulan

Ramai di kalangan kita sebenarnya penghidap diabetes. Untuk rekod sebanyak 40% kenaikan pesakit diabetes sejak 10 tahun lalu. Dan bilangan pesakit kegagalan buah pinggang juga naik disebabkan oleh penyakit diabetes. Sebaiknya amalkanlah pencegahan, tapi kalau dah sakit, cubalah ikhtiarkan dengan Vivix dan Shaklee.

Walaupun mungkin ibu ayah atau nenek kita telah lanjut usia, seboleh mungkin kita mahu mereka hidup lebih lama bersama kita, kan. Lagi lama lagi bagus, untuk warga emas jangan mudah putus asa ke atas mereka. Mereka pun telah banyak berkorban untuk kita sejak kita dalam perut ibu lagi. Bila lagi mahu berbakti dan berkorban untuk mereka? Hadiahkan mereka dengan Vivix. Ikhtiarlah dengan Shaklee. InsyaAllah setakat ini Shaklee merupakan jenama berkualiti nombor 1 dan mampu milik oleh rakyat Malaysia.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)