Call nowWhatsapp

Siapa sini memang ada kad medikal atau takaful? Kad medikal atau takaful biasanya memang ramai juga ambil untuk memudahkan urusan masuk dan keluar hospital berbayar. Ini terutamanya bagi pekerja swasta apabila perlu bayar amaun tertentu jika dimasukkan ke hospital.

Kad medikal juga digunakan oleh sesiapa sahaja termasuk pekerja kerajaan. Maklumlah zaman sekarang hospital awam terlalu ramai (ditambah lagi dengan bertambahnya pekerja asing), jadi rakyat terpaksalah menabung ambil juga kad medikal.

Kad medikal atau takaful membantu pesakit masuk ke hospital dengan tenang tanpa memikirkan soal kos rawatan

Kad medikal atau takaful membantu pesakit masuk ke hospital dengan tenang tanpa memikirkan soal kos rawatan

Saya bukan hendak mempromosi kad medikal, tetapi sebaliknya saya ingin berkongsi dengan anda tentang kad medikal dan pesakit diabetes.

Adakah pesakit diabetes boleh mencarum kad medikal?

Apabila seseorang sudah didiagnos mempunyai penyakit diabetes atau kencing manis (tanpa mengira tahap) dan ingin memohon Takaful, pihak Takaful kebiasaannya akan menolak permohonan anda.

Kenapa?

Sesetengah orang berpendapat, penyakit diabetes adalah lebih bahaya daripada kanser, sebab tiada ubat. Setidak-tidaknya, kanser ada yang pulih seperti biasa. Tetapi bagi pesakit diabetes (Diabetes Mellitus) mereka akan terus menerus bergantung kepada ubat dan tiada ubat yang boleh pulihkan seperti biasa (menurut doktor).

Jadi, harapan untuk mencari kad perubatan akan berkubur. Maka, “standby” saja duit utk “cover” pelbagai penyakit yang mungkin timbul akibat komplikasi diabetes pada masa akan datang. Kalau hendak memohon Takaful juga, boleh. Akan tetapi, keputusannya ditangan “underwriter” yang buat penilaian mereka. Tapi kalau ikutkan pengalaman kawan saya ini, katanya memang tidak dapat biasanya.

Jadi bagi mengelakkan permohonan takaful anda ditolak, pastikan anda memohon kad medikal lebih awal sebelum anda didiagnos menghidap apa-apa penyakit.

Betulkah sakit diabetes tiada ubat?

Semasa saya mengandung dengan GDM (kehamilan pertama dan kedua) dulu, saya memang ada memohon takaful untuk anak-anak saya. Memandangkan saya ada GDM (walaupun semasa hamil sahaja), takaful tidak dapat memproses permohonan saya. Sebaliknya mereka mencadangkan agar takaful diambil atas nama suami saya.

Tengok itu, walaupun GDM, memang sudah ada limitation. Tetapi alhamdulillah, apabila saya mengandung kali ketiga dan tanpa GDM dan keputusan kesihatan saya pun bagus, akhirnya sekarang ini permohonan takaful boleh diambil atas nama saya pula.

Bagi doktor-doktor, memang mereka diajar beberapa penyakit tiada ubat, contohnya diabetes dan kanser. Contohnya cuba teliti pandangan Dr Zubaidi melalui FB beliau tidak berapa lama dulu

Pandangan Dr Zubaidi berkenaan kepentingan suplemen

Pandangan Dr Zubaidi berkenaan kepentingan suplemen

Dulu saya agak keberatan untuk menasihati pesakit saya untuk mengambil suplemen. Bila saya ditanya, saya akan jawab dalam skrip yang sama.

“Suplemen ini tidak penting, iklan tentang suplemen ini adalah satu penipuan.”

“Orang Malaysia tidak perlu makan suplemen, sebab makanan kita sudah banyak nutrien.”

“Suplemen akan menyebabkan air kencing kita jadi mahal, kerana ia tidak diserap ke dalam tubuh dan dibuang melalui air kencing.”

Setelah 20 tahun menjadi doktor perubatan moden menjadi doktor perubatan moden, dan melihat bagaimana pesakit kronik tidak pernah sembuh, malah semakin teruk (mengalami komplikasi) setelah 10-15 tahun, saya terbuka hati untuk mengkaji tentang pemakanan dan suplemen.

Sepanjang pengalaman saya, belum jumpa pesakit darah tinggi atau pesakit kencing manis yang sembuh dari penyakitnya. Kebanyakanya terpaksa mengambil lebih banyak ubat dan ada yang mengalami komplikasi seperti strok, ginjal rosak dan sakit jantung.

Begitu juga dengan penyakit seperti MS atau SLE atau rheumatoid arthritis yang terpaksa bergantung kepada steroid sepanjang hidupnya. Ini kerana saya diajar bahawa penyakit-penyakit ini adalah disebabkan oleh genetik dan TIDAK BOLEH dirawat. Pesakit harus makan ubat seumur hidup.

Rupanya konsep ini salah kerana “setiap penyakit ada ubatnya“. Hanya kita yang berlum berjumpa dengan ubat atau cara pengubatan yang serasi.

Kepentingan Suplemen Kepada Kita

Kenapa kita perlukan suplemen sedangkan nenek moyang kita tidak memerlukan suplemen pada zaman mereka?

Kenapa kita perlukan suplemen sedangkan nenek moyang kita tidak memerlukan suplemen pada zaman mereka?

Mungkin sesetengah daripada kita masih lagi skeptikal dengan pengambilan suplemen. Hakikatnya, sebaik mana pun anda cuba menjaga pemakanan (seperti kurang makan di luar dll), anda tetap akan terkena tempias masalah toksik yang berleluasa di dunia kita sekarang.

Tahukah anda anda setiap 1 hidangan buah-buahan atau sayur-sayuran adalah mengandungi 47-67 racun serangga. Bayangkan anda makan 1 biji oren, kulitnya mengandungi racun serangga. Anda kupas kulitnya, jari anda pun terkena racun serangga. Nilai nutrisi yang masuk ke dalam badan anda mungkin masih ada sekitar 30% itupun saya rasa banyak juga itu. Toksik daripada racun serangga juga masuk ke dalam badan anda.

Penyakit yang datang kepada kita kebanyakannya adalah disebabkan oleh toksin daripada bahan pencemaran ini disamping badan kita mengandungi kurang nutrisi disebabkan kita percaya hanya pemakanan sahaja cukup untuk diri kita.

Bayangkan pula anak-anak kita. Mereka tidak suka sayur, kurang makan buah, minum air manis, makan makanan rapu, makan makanan segera. Jadi apa sangat nutrisi yang mereka ambil? Tidak hairanlah anak-anak kita kurang fokus, kuat marah, hiperaktif dan lain-lain.

Jadi fikirkanlah apa yang saya kongsikan dengan anda hari ini. Suplemen mungkin bagi anda nampak mahal, tetapi apabila terkena penyakit, masa itu baru kita nampak sakit sebenarnya lebih mahal.

Di Shaklee kami hanya ingin meningkatkan kesihatan

Di Shaklee kami hanya ingin meningkatkan kesihatan

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)