Cara Hilangkan Kebas-kebas atau Neuropati Diabetes
Saya tahu ramai pesakit diabetes atau kencing manis dalam kalangan pembaca saya. Samada anda sedar atau tidak, anda mungkin menghidap diabetes. Tapi berapa ramai yang sedar sebenarnya mereka juga telah alami kebas-kebas atau neuropati diabetes?
Baru-baru ini saya uji paras gula adik beradik saya, ramainya memang tiada. Tetapi ada seorang adik saya yang memang lekat diabetes. Paras gulanya selepas makan adalah 7.6mmol/l. Memang diabetes, cuma bukan di tahap tinggi (tinggi lebih 11).
Apabila paras gula dalam darah tinggi, salah satu simptom yang anda akan rasai adalah kebas-kebas pada kaki dan tangan. Kebanyakannya bermula dengan kebas dan sakit di tapak kaki.
Kebas Dan Sakit ada Tapak Kaki dan Tangan
Fenomena kebas pada kaki ini sering disebut dalam bidang perubatan sebagai ‘diabetic neuropathy’. ‘Diabetic neuropathy’ adalah antara komplikasi diabetes disebabkan oleh kerosakan pada hujung saraf dan ini boleh mengakibatkan rasa kebas timbul pada anggota tubuh seperti kaki dan tangan.
Neuropati ini sukar diubati tetapi penjagaan yang betul boleh mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk. Â Yang paling penting, jika diabetes anda terkawal, insyaALlah tiada jugalah neuropathy.
Diabetic neuropati yang tidak terkawal boleh menyebabkan keadaan ini menjadi melarat membawa kepada kecederaan yang tidak disedari dan  lambat laun boleh menyebabkan berlakunya amputasi. Apabila saraf telah rosak, memang anda tidak akan rasa apa-apa terutama jika ada kecederaan dan luka. Inilah yang boleh menyebabkan luka melarat terutama kerana luka lambat sembuh bagi pesakit diabetes.
Tips penjagaan kaki
- Basuh kaki anda setiap hari dengan air suam dan sabun. Keringkan kaki dengan sempurna terutama pada celah jari.
- Periksa kaki setiap hari, kalau perlu gunakan cermin, untuk melihat samada terdapat bengkak, luka, ketuat dan sebagainya.
- Gunakan losyen untuk melembutkan tapak kaki yang keras.
- Kalau perlu, pakai selipar di dalam rumah untuk mengelakkan kaki terluka tanpa disedari.
- Elakkan memakai sandal. Sebaliknya amalkan pakai kasut yang selesa dengan stokin apabila keluar rumah.
- Jangan lupa untuk meminta doktor memeriksa kaki anda setiap kali bertemu doktor.
Suplemen Untuk Membantu Mengurangkan Rasa Kebas
Ada yang bertanya saya, diabetesnya tidaklah terlalu tinggi, sekitar 7 – 8 sahaja. Perlukah mengambil satu set suplemen diabetes yang disyorkan?
Sekiranya paras gula dalam darah anda tidak terlalu tinggi, saya akan syorkan suplemen mengikut keadaan anda. Untuk posting kali ini, saya akan fokus kepada keadaan pesakit diabetes yang mempunyai rasa kebas dan sakit pada kaki dan tangan.
Antara yang saya cadangkan adalah:
Asid Lemak Omega 6
Pesakit diabetes memerlukan asid lemak sihat iaitu gamma linolenic acid (GLA). Pengambilan GLA sangat penting sebagai agen anti radang. GLA juga dapat mengurangkan simptom sakit saraf kepada pesakit diabetes.
Kepada pesakit diabetes, GLA dapat membantu:
- Mengurangkan kekebasan dan kesakitan tapak kaki dan tangan
- Memelihara kesihatan sistem saraf
- Mengurangkan risiko kaki dan betis
Anda boleh mendapatkan khasiat GLA dapat dari sumber lain contohnya:
- Minyak blackcurrent (setitis hanya memberikan kepekatan sebanyak 15-20% sahaja)
- Evening Primrose (setitis memberikan 7-10% kepekatan sahaja)
Di Shaklee, kami mempunyai GLA yang disebut sebagai GLA Complex. GLA Complex diperbuat daripada minyak bunga borage dan memberikan kepekatan GLA paling tinggi berbanding yang lain. Setiap titis memberikan 17 – 25% GLA.
Vitamin B
Bagi pesakit diabetes, pengambilan vitamin B adalah penting dari aspek perlindungan sistem saraf. Bcompleks adalah makanan tambahan diperlukan pesakit diabetes.
Sebaiknya pesakit diabetes mengambil vitamin B, terutama B6 dan B12. Ini kerana Vitamin B6 dan B12 menyokong kesihatan saraf, terutama menangani keadaan kritikal seperti neuropati.
Bagi B Compleks Shaklee, ia mengandungi semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan.
Selain itu ia ditambah sistem penyerapan bioaktif berpatent menjadikan ia sangat mudah larut di dalam badan. Selalunya vitamin B yang ada di pasaran mempunyai kadar penyerapan sangat rendah. Penyerapan lemah menyebabkan badan tidak dapat menyerap vitamin B sebaiknya.
Antioksidan dan Polifenol
Terdapat kajian yang dibuat untuk mengetahui hubungan polifenol dengan neuropati diabetes. Kajian yang dijalankan akhirnya menunjukkan pengambilan suplemen mengandungi polifenol seperti resveratrol mempunyai kesan baik dalam mengurangkan rasa kebas dan sakit pada kaki dan tangan atau disebut sebagai neuropati diabetes.
Polifenol adalah sejenis bahan kimia semulajadi dalam tumbuhan dan buah-buahan. Vivix dengan 1 sudu kecil anda akan dapat khasiat daripada 15 jenis polifenol dan resveratrol. Resveratrol adalah sejenis polifenol tumbuhan.
Bahan utama Vivix adalah
- Purple Carrot
- Anggur muscadine
- Elderberry
- Polyganum cuspaditum
Kuasa dan fungsi Vivix lebih kuat berbanding resveratrol biasa di samping nilai ORAC yang tinggi menjadikannya suplemen antioksidan terbaik yang ada di pasaran.
Jadi Cara Hilangkan Kebas-kebas atau Neuropati Diabetes sebenarnya adalah untuk kita menangani diabetes itu sendiri.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Kena kenal diri, rasa tak selesa buat sesuatu kan
bp recently posted…latihan menulis | faiq writes
kena selalu periksa tubuh badan, kalau sekali kena dah melarat nanti
jaga kshtan dgn baik sebelum diserang penyakit..
cara makan dan gaya hidup kita perlu diperhatikan
memang risau juga kalau dah terkena kencing manis…silap hari bulan jika tiada rawatan boleh kena potong kaki..hu..hu…agak menakutkan
Hero Borneo recently posted…10 Cara Meningkatkan Daya Ingatan
jaga makan dan gula terutamanya tuan. suplemen juga berkesan
Kakak suka blog Hana ni banyak info kesihatan
Ada yg kakak baru tahu itu yg lebih bermakna.
Kakzakie Purvit recently posted…Penilaian sedekah dari mata hati
thanks kakzakie datang visit 🙂
muda2 pun boleh kena kencing manis.. kurangkan gula dlm makan. tp memang tak makan makanan manis. takut.
Amanina recently posted…Makan Di Habanero Mexican Dining @ Queensbay Mall, Penang
kanak2 pun dah ada diabetes zaman ni. hati2lah
assalamualaikum.
Sya ingin bertanya, bagaimana untuk dapatkan produk bagi pesakit kencing manis.. terutamanya untuk menghilangkan rasa kebas2 di bawah tapak kaki. harap dapat respond dari puan..
salam puan, boleh hubungi saya 0122195919
Assalam puan. Sy pengidap kencing manis dan baru2 ini tapak kaki menjadi kebas to tidak serius. Bgmana utk atasi @ kurangkan atau lenyapkan rasa kebas. Mohon bntuan. Tksh.
Boleh ambik Vivix encik rosli. Boleh hubungi saya http://kakanah.wasap.my