Kesan Penyakit Kencing Manis atau Diabetes Ke Atas Penghidap

By | 19 January 2016
Shaklee dan diabetes

Korang tahu tak penyakit kencing manis atau diabetes di Malaysia adalah antara tertinggi di seluruh Asia Tenggara?

Menurut statistik, sejumlah 3.6 juta rakyat Malaysia atau 15% daripada rakyat Malaysia merupakan penghidap kencing manis atau diabetes, iaitu 1 dari 5 orang rakyat negara ini merupakan penghidap kencing manis atau diabetes.

 

Lihat pada carta di bawah, bagi individu berumur 30 tahun ke atas, jumlah pesakit diabetes meningkat sebanyak 40% dalam tempoh 10 tahun di negara ini.

Peningkatan pesakit diabetes di Malaysia dalam tempoh 10 tahun

Peningkatan pesakit diabetes di Malaysia dalam tempoh 10 tahun

Apakah diabetes

Apakah diabetes

Apakah diabetes

Diabetes adalah keadaan di mana apabila bacaan gula dalam darah (glukosa) adalah terlalu tinggi. Bacaan gula dalam darah adalah tinggi sekiranya berada lebih tinggi daripada julat berikut:

  • Paras gula dalam darah ketika berpuasa: Normal dalam julat 4.0 hingga 6.0 mmol/l
  • Paras gula dalam darah selepas makan: Normal sekiranya tidak melebihi 8.0 mmol/l

Apabila makanan (karbohidrat) yang kita makan, ia akan dicernakan dan ditukarkan kepada glukos (sejenis gula). Keadaan ini memerlukan insulin. Insulin adalah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh pankreas untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.

Insulin adalah umpama kunci rumah, sel kita memerlukan kunci ini supaya gula boleh masuk ke dalam darah.

Jenis-jenis kencing manis atau diabetes.

Paras gula adalah tinggi apabila badan mengalami 3 keadaan berikut:

 

Diabetes Jenis 1: Ini berlaku apabila pankreas langsung tidak menghasilkan insulin dan keadaan ini boleh berlaku pada usia muda.

Diabetes jenis 1

Diabetes jenis 1

Diabetes jenis 2: Ini berlaku apabila pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau
sel badan tidak bertindak balas dengan sebaiknya.

Diabetes jenis

Diabetes jenis 2

Diabetes jenis 3 adalah diabetes gestasi. Ini berlaku apabila paras insulin dalam badan kurang apabila ia mengandung. Badan memerlukan insulin lebih banyak (3x ganda) berbanding orang biasa ketika hamil. Apabila insulin tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, anda ada akan mengalami diabetes gestasi.

 

 

Faktor penyebab masalah kencing manis

Ada beberapa faktor penyebab masalah kencing manis atau diabetes, iaitu:

Berat badan berlebihan

Ini merupakan faktor utama bagi diabetes jenis 2. Statistik menunjukkan 44.2% daripada rakyat Malaysia adalah mereka yang obes. Keadaan ini disebabkan oleh pemakanan tidak seimbang, pengambilan makanan manis yang terlalu banyak. Makanan manis boleh menyebabkan gula dalam darah meningkat dan ini meningkatkan risiko komplikasi kencing manis.

Menurut WHO, ia menyarankan pengambilan gula sebanyak 10 sudu teh sehari, sedangkan rakyat Malaysia secara puratanya mengambil gula sebanyak 26 sudu teh. Ini adalah hampir 3 kali ganda daripada saranan harian.

Gaya hidup tidak aktif

Orang Malaysia memang jarang bersenam. Sebaik-baiknya kita perlu bersenam sebanyak 5 hari seminggu, dengan 30 minit setiap sesi. Orang Malaysia sudahlah jarang bersenam, selalunya duduk statik terutama bagi mereka yang bekerja di pejabat.

Penuaan

Pengumpulan AGE protein boleh menyebabkan komplikasi diabetes contohnya penyakit jantung,
tekanan darah tinggi dan komplikasi buah pinggang.

Protein AGE terhasil apabila gula berlebihan bertindak balas dengan protein dalam badan. Ini berlaku terutama kepada mereka yang suka makan makanan manis. Gula ini akan ditukarkan kepada AGE protein, AGE protein akan cepatkan proses penuaan dan sekaligus tingkatkan risiko diabetes.

Keturunan

Menurut pakar, sebenarnya hanya 5% punca diabetes adalah daripada keturunan. Jadi, walaupun ibu bapa anda tidak mempunyai penyakit diabetes, tidak semestinya anda selamat daripada penyakit ini.

Simptom Kencing Manis atau Diabetes

simptom-diabetes

Terdapat beberapa simptom anda mengalami kencing manis atau Diabetes antaranya:

  • kerap kencing
  • selalu rasa lapar
  • berat badan menurun
  • Selalu merasa dahaga
  • selalu rasa nak minum air
  • mata kabur
  • tapak kaki dan tangan rasa kebas atau sakit
  • senang ada masalah luka dan sukar sembuh

Komplikasi Akibat Penyakit Kencing Manis atau Diabetes

Satu lagi fakta yang menakutkan, selalunya pesakit diabetes tidak akan mati disebabkan oleh paras
gula tinggi atau sakit kencing manis. Tetapi ramai pesakit diabetes mati disebabkan oleh komplikasi diabetes. Antara komplikasi diabetes adalah:

  1. Buta mata
  2. Sakit buah pinggang: 60% pesakit buah pinggang yng menjalani dialisis di negara ini merupakan pesakit diabetes.
  3. Serangan jantung: pesakit kencing manis atau diabetes adalah 2 hingga 4 kali lebih berisiko untuk mendapat sakit jantung
  4. Amputation – kaki diabetes. Ini berlaku apabila paras gula terlalu tinggi sehingga mengganggu sistem peredaran darah dan menyebabkan sel darah mati bermula dengan tapak kaki.
Komplikasi diabetes menyebabkan buta

Komplikasi diabetes menyebabkan buta

Komplikasi kencing manis menyebabkan luka sukar sembuh

Komplikasi kencing manis menyebabkan luka sukar sembuh

Saya akan tuliskan lagi cara pencegahan dan rawatan yang sesuai dalam posting seterusnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

20 thoughts on “Kesan Penyakit Kencing Manis atau Diabetes Ke Atas Penghidap

    1. Raihanah Ahmad Post author

      zaman sekarang ni walaupun takde keturunan yang ada, risiko tetap ada kak. betul tu, jaga pemakanan. nanti saya share lagi

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu sis, suplemen pun ramai masih belum buka mata

      Reply
  1. Klinax Organik

    kebanyakkan kes kencing manis berpunca dari gaya pemakanan dan gaya hidup. Mereka biasanya suka makan makanan manis dan minuman tinggi gula, termasuklah minuman berkabonat. Kerjaya juga mainkan peranan penumbang apabila waktu bekerja terlalu panjang menyebabkan mereka tiada masa untuk lakukan senaman atau riadah. Lama kelamaan, gula dari makanan tadi akan terkumpul dan menyebabkan masalah diabetes. Cara yang terbaik untuk kawal diabetes adalah kawal makan dan lakukan senaman ringan lebih kurang 20 minit satu sesi, seminggu lakukan 2/3 kali. Kesihatan akan bertambah baik secara beransur ansur.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      setuju dengan pandangan ini. terima kasih ya

      Reply
  2. abang manis

    zaman sekarang ni orang muda pun ramai juga yang hidap kencing manis, tu yang buat saya risau tu sebab saya pun muda lagi hehe

    harap dengan perkongsian ilmu dalam blog ni boleh beri manfaat kepada para pembaca untuk mencegah kencing manis.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge