Ok kali ini saya ingin memberikan penerangan lebih lanjut berkenaan isoflavones yang ditemui di dalam soya. Sebahagian orang memang rasa seriau hendak ambil soya sebab banyak mitos disebarkan yang tidak betul. Soya daripada Shaklee merupakan soya non-GMO, justeru ia tidak sama dengan soya protein lain dalam pasaran.
Lebih daripada itu, anda tahu banyak produk soya dipasaran yang merupakan produk GMO seperti kicap, tempe, tauhu, tauhufah (favorite saya) atau minuman soya. Tetapi ESP Shaklee merupakan produk non-GMO dan selamat untuk kesihatan kita.
Salah satu keistimewaan ESP Shaklee adalah mempunyai satu bahan disebut sebagai isoflavones.
Soya Mengandungi Isoflavones
Banyak laporan menunjukkan bahawa produk soya seperti ESP Shaklee boleh mencegah penyakit dan menggalakkan kesihatan yang baik. Isoflavon dikelaskan sebagai fitokimia, ia merupakan sebatian yang hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan (phyto bermakna tumbuhan).
Isoflavones juga adalah sejenis phytoestrogen, atau hormon tumbuhan, yang menyerupai estrogen manusia dalam struktur kimia yang lemah. Isoflavon memberikan banyak manfaat kesihatan yang membantu anda untuk mengelakkan penyakit.
Isoflavones terdapat dalam kacang soya, kacang kuda dan kekacang lain. Bagaimanapun, isoflavones dalam kacang soya adalah unik kerana ia mempunyai kepekatan tertinggi. Soya mengandungi banyak isoflavon individu, tetapi yang paling bermanfaat adalah genistein dan daidzein.
Bagaimana Isoflavones Dalam Soya Membantu Kesihatan Anda
Isoflavon menunjukkan potensi yang amat besar untuk melawan penyakit dalam pelbagai bidang. Antara contoh adalah:
- Membantu mencegah pengumpulan plak arteri justeru mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan strok
- Membantu mengurangkan kanser payudara dengan menyekat kesan penyebab kanser estrogen manusia.
- Mencegah kanser prostat dengan menghalang pertumbuhan sel
- Membantu melawan osteoporosis dengan merangsang pembentukan tulang dan menghalang penyerapan semula tulang
- Melegakan beberapa gejala menopaus juga
- Antioksidan dalam isoflavones membantu melindungi sistem kardiovaskular daripada pengoksidaan LDL kolesterol (tidak baik)
Peranan Genistein dan Daidzein Dalam Isoflavones
1. Melindungi sistem kardiovaskular
Kolesterol LDL teroksida akan terkumpul di dalam arteri sebagai tompok lemak yang menghalang aliran darah akan menyebabkan aterosklerosis. Genistein akan membantu menghalang pertumbuhan sel-sel yang membentuk arteri ini daripada tersumbat sebagai plak.
Arteri yang rosak akibat aterosklerosis biasanya membentuk darah beku. Ini boleh membawa kepada serangan jantung, jika beku pergi ke hati, atau strok jika ia pergi ke otak.
2. Melindungi daripada kanser
Genistein telah didapati menghalang kanser payudara serta kanser prostat. Merujuk kepada kajian dari University of California, genistein memperlahankan pertumbuhan kanser prostat dan menyebabkan sel-sel kanser prostat mati. Ia bertindak terhadap sel-sel kanser dengan cara yang sama dengan kebanyakan ubat kanser biasa.
3. Mengekalkan tulang yang kuat dan sihat
Isoflavones juga memainkan peranan penting dalam melindungi dan mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Terdapat kajian yang dijalankan di University of Illinois dan University of Hong Kong menyatakan pengambilan isoflavon soya boleh meningkatkan kandungan mineral tulang dan kepadatan tulang.
Kajian oleh University of Texas menyatakan bahawa isoflavon juga boleh merangsang pembentukan tulang. Dengan mengekalkan kesihatan tulang, meningkatkan jisim tulang dan mendorong perolehan tulang, penyelidik menyatakan peranan potensi isoflavon soya dalam mencegah, dan mungkin juga menterbalikkan, kesan osteoporosis.
4. Melegakan Gejala Menopos
Menurut kajian dari The North American Menopause Society menunjukkan bahawa isoflavones soya juga boleh menjadi alternatif yang semula jadi untuk estrogen sebagai terapi untuk melegakan gejala-gejala menopaus yang sederhana.
Ia boleh membantu mengimbangi penurunan estrogen dan mengawal turun naik hormon tersebut yang berlaku pada menopause. Ramai wanita telah melaporkan pengurangan hot flashes dan berpeluh malam apabila mereka kerap mengambil makanan soya, seperti tempe atau tauhu.
Isoflavones Dalam Protein Soya ESP Shaklee Membantu Meningkatkan Kesihatan
Semua penemuan di atas menunjukkan memakan makanan soya bersama-sama, sumber semula jadi isoflavones, boleh melindungi dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan. Isoflavones bekerja bersama-sama dengan protein soya dalam melawan penyakit.
Cara terbaik untuk mengambil isoflavon adalah dalam bentuk makanan, supaya anda boleh mendapat manfaat daripada semua nutrien soya dan sebatian berfaedah. Jumlah tertinggi isoflavon soya dan protein adalah terdapat dalam tempe, kacang soya keseluruhan (seperti edamame), protein soya, soynuts, tauhu dan susu soya.
Pakar penyelidik mengesyorkan memakan sekurang-kurangnya 1-2 hidangan sehari.
Bagi mereka yang baru dengan soya, saya cadangkan perlahan-lahan menambahkan protein soya dalam diet anda. Dulu saya pun tidak menyukai protein soya, tetapi entah mengapa ESP Shaklee
ESP Shaklee Untuk Khasiat Protein Isoflavones
Untuk mendapatkan khasiat protein harian anda, saya cadangkan anda mengambil protein ESP Shaklee. Saya telah ambil kini dah masuk tahun ke 4. Alhamdulillah makin sayang, makin suka. Baru semalam pula ada pelanggan tidak percaya bila mengetahui umur saya. Sebab katanya nampak muda daripada usia sebenar. Ha siapa tak suka kan bila dipuji lebih muda.
Ada banyak keistimewaan ESP Shaklee sebagai sumber protein anda, yang anda tidak akan dapat daripada mana-mana protein segera jenama lain. Antaranya:
1. Hidangan Lengkap.
Setiap hidangan ESP memberikan 14 gm bagi setiap hidangan protein berkualiti tinggi yang semulajadi rendah lemak, laktosa semulajadi dan tanpa kolestrol. Berbeza dengan jenama lain yang biasanya haya menyediakan sebanyak 8gm atau 6gm sahaja hidangan protein.
2. Sumber soya non-GMO
Shaklee ESP adalah sumber soya yang tidak diubah suai secara genetik (non GMO). ESP Shaklee juga merupakan protein soya yang dihasilkan di bawah program pemeliharaan Identiti (IPP). Ini bermaksud sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal dengan ketat dari proses penanaman sehingga pemprosesan.
Justeru ESP Shaklee diperbuat daripada bahan organik tanpa hormon tambahan lain. Adalah terlalu sukar untuk mendapatkan kacang soya non GMO pada zaman ini. Hampir 90% kacang soya yang di pasarkan di dunia sebenarnya telah diubah suai atau merupakan GMO.
3. Mengandungi 9 Asid Amino Perlu
Shaklee ESP adalah lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang badan anda tidak hasilkan. Apabila anda memilih ESP Shaklee, badan anda akan mendapat protein yang lengkap.
Jika badan tidak mempunyai asid amino yang lengkap, badan anda masih boleh membuat sel-sel baru, tetapi rambut anda mungkin kering, bercabang, manakala kulit anda adalah kulit yang kusam, bermasalah dll.
4. Penarafan PDCAAS Pada Kedudukan Tertinggi
Shaklee ESP mempunyai PDCAAS (skor penghadaman protein kepada asid amino) skor pada 1.0. Kedudukan ini adalah kedudukan tertinggi yang sama dengan protein haiwan seperti telur dan susu.

ESP memiliki markah penuh skor PDCAAS, menunjukkan ia penuh khasiat protein dan mudah dicernakan tubuh.
Skor ini adalah salah satu cara untuk mengukur kualiti protein dan manfaat yang diberikan sama dengan protein sumber haiwan. Tidak semua protein tumbuhan dapat memberikan 9 jenis amino asid, sebaliknya protein soya boleh. Dan kemampuan manusia meleraikan protein kepada 9 jenis amino asid, sebab itulah ESP mendapat skor tertinggi ini.
Jenama lain mempunyai skor seperti 0.3, o.5. Skor ini bermaksud amino asid dalam badan merosot, tetapi tidak bagi ESP Shaklee.
5. Kacang Soya Dibasuh Dengan Air
Proses pembuatan ESP Shaklee salah satunya adalah menggunakan air untuk membasuh kacang soya bagi mengekalkan keaslian isoflavones seperti genistein dan daidzen.
Kebanyakan jenama lain menggunakan alkohol untuk membasuh kacang soya. Menggunakan air dapat mengekalkan isoflavones serta dapat mengekalkan kehalalan produk.
6. Indeks Glisemik Rendah
ESP mempunyai GI rendah yang memberi tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah. Ini bermaksud ESP Shaklee dapat memberikan tenaga, anda dapat nutrisi tetapi tidak meningkatkan gula dalam darah. Contohnya nasi. Nasi akan memberikan rasa kenyang, pada masa yang sama nasi akan meningkatkan gula dalam darah. Anda juga akan rasa lapar pada satu tahap.
ESP Shaklee sebaliknya memberikan tenaga secara konsisten tanpa meningkatkan gula dalam darah jadi mengurangkan risiko diabetes.

Graf menunjukkan tenaga selepas hidangan nasi (garis hitam) menjunam meyebabkan rasa lapar yang cepat, sebaliknya ESP menunjukkan graf yang lebih stabil dari segi pelepasan tenaga
Untuk dapatkan ESP Shaklee anda hari ini, bolehlah hubungi saya mengikut maklumat tertera.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Salam,
Makcik saya pengusaha tempe dan makan tempe setiap hari ada kanser perut tahap akhir.
Ada ramai pengusaha ragi yang tak ada siapa tahu apa yang sebenarnya yang ada dalam ragi.
Pengeluar products hanya mahu membuat keuntungan tanpa Research & Development, kesan jangka panjang siapa peduli.
Kita sebagai pengguna harus berhati-hati ketahuilah di mana makanan anda diproses dan apa yang mereka tidak mahu anda tahu.
Saya harap, anda dapat memberikan maklumat yang betul kerana anda mungkin menyebabkan ramai orang kena kanser.
Thanks
esp kami diperbuat daripada soya non gmo tuan. ada kajian klinikal dan setakat ini tiada pengguna esp yang terkena kanser disebabkan esp. alhamdulillah setakat ini ramai mengalami kesan yang baik kepada kesihatan. ada banyak bezanya soya gmo dengan soya non gmo. soya yang sering kita dapati adalah soya gmo.