Call nowWhatsapp

Perolehi RM3 Juta Setahun Dalam Shaklee, Ubah Hidup Kerani

jutawan shaklee rm28 juta

Alhamdulillah minggu lalu saya berpeluang berjumpa dan coaching dengan salah seorang Master Shaklee yang pertama di negara kita.

Beliau kini berusia 78 tahun, sudah bersama Shaklee selama 32 tahun.

Jom saya kenalkan.

Master Freddie Lee, Bekas Kerani Kini Jutawan Dalam Bisnes Shaklee

Master Freddie merupakan antara orang terawal yang buat bisnes Shaklee sejak penubuhannya. Nombor ID beliau bersama Shaklee pun hanya 2 angka, rasanya 88 kot.

Antara sejarah yang beliau cipta di Malaysia:

  • Menjadi orang pertama rank Coordinator Shaklee
  • Menjadi orang pertama rank Key Coordinator Shaklee
  • Menjadi orang pertama rank sebagai Master Shaklee
  • Antara orang terawal memperolehi Car Bonus Shaklee
  • Antara orang terawal memiliki kereta Mercedes Benz C190 yang baru dipasarkan di Malaysia (tahun 1990).

Beliau merupakan seorang kerani pada muda-muda dahulu dan beliau sangat positif bahawa Shaklee merupakan lombong emas buatnya dan keluarga.

Sebelum tu jemput tonton perkongsian Master Freddie dalam video berikut:

1. Cash Bonus Melebihi RM28 Juta

Sepanjang penglibatan beliau dalam bisnes Shaklee selama 32 tahun ini, Master Freddie telah mengumpul kekayaan sebanyak RM28 juta! Best ke best? Maknanya dalam setahun RM1juta average.

Beliau menjangkakan pada tahun ini beliau mendapat cash bonus sebanyak RM3 juta lebih lagi.

Best kan? Setahun pendapatan RM3 juta! Beliau dapat ini hasil kerja kerasnya dalam Shaklee dan sentiasa percayakan Shaklee adalah bisnes dan produk terbaik.

2. Car Bonus

Seperti saya maklum diatas, Master Freddie antara orang terawal memiliki Mercedes Benz C190 yang baru dipasarkan di Malaysia pada tahun 1990.

Bayangkanla berapa ramai sangat yang ada Merc pada tahun tersebut. Zaman dulu memiliki kereta mewah bukan senang macam sekarang.

Beliau merupakan pemegang car bonus selepas 4 bulan sign up dengan Shaklee. Maknanya kalau nak dapat awal, pun boleh. Asalkan kita NAK.

Beliau membeli kereta pertamanya iaitu Proton Saga (keluaran pertama).

Dan kini beliau memiliki 3 biji kereta, 2 daripadanya adalah Mercedes Benz.

Selain daripada rumah yang beliau duduki sekarang, beliau juga mempunyai sebuah resort di Johor Bharu disamping rumah-rumah lain yang dibeli untuk pelaburan.

Antara kereta beliau miliki sekarang
Antara kereta beliau miliki sekarang

3. Convention (Pelancongan)

Dalam Shaklee kan ada 3C, jadi C terakhir adalah Convention iaitu pelancongan yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.

Sejak penglibatan Master Freddie dalam Shaklee, belum pernah beliau missed 1 pun trip Shaklee. Memang sentiasa layak. Bahkan bukan beliau sahaja, beliau dapat bawa isteri dan anak-anak beliau bersama setiap kali ditaja oleh Shaklee.

Sangat Best ok!

Tips Master Freddie Untuk Jadi Jutawan Bersama Shaklee

Selaku antara yang terawal dalam bisnes Shaklee, apa agaknya nasihat beliau untuk kita jadi jutawan macam beliau?

  • Beliau seorang yang sangat optimis. Teramat jelas dengan apa yang beliau mahukan.

    Contoh: Beliau nak jadi Master Coordinator pertama di Malaysia. Beliau dapat. Beliau nak dapat beli Mercedes pertama di Malaysia. Beliau dapat.
  • Mindsetting tersangat clear. Tak ada sebarang kesusahan buat beliau. Semuanya mudah. Kita nak ke tak je sebenarnya
  • Inner self yang amat positif. Apa beliau fikir? Semuanya boleh. Nothing can stop him. Inner self dia unlimited
  • Tersangat berpandangan jauh
  • Dia akan keep on repeating sebut apa yang beliau nak sahaja
  • Sangat menghargai orang lain. Beliau lebih memilih untuk hargai orang lain berbanding harta benda sendiri. Beliau akan sentiasa buat orang lain rasa hebat, rasa enjoy, rasa gembira, rasa dihargai.
  • Everything dia mahu jadi yang pertama.
  • Beliau ada prinsip sendiri. Ada affirmation sendiri dalam Shaklee. Siap ada lagu sendiri.
  • Beliau bina Shaklee dengan leadership. Beratus ratus leadership program dah beliau run untuk Success team. Dan ia diduplikasi oleh downlines beliau yang lain termasuk Master K Sow.
Saya bersama Master Freddie Lee. Semoga berjangkit aura jutawan buat saya. Aamiin
Saya bersama Master Freddie Lee. Semoga berjangkit aura jutawan buat saya. Aamiin

Bottom Line

Moral dari cerita ini adalah mindset kita.

Paling penting adalah tentang mindset kita. Apa yang kita sebut, apa yang kita fikir dan rasa, itulah yang akan dapat kepada kita.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

15 thoughts on “Perolehi RM3 Juta Setahun Dalam Shaklee, Ubah Hidup Kerani

  1. Min says:

    Hehe buat benda camni memang kena gigih dan pandai manis mulut, kalo tak agak susah nak close sales kan? Tp apa pun memang terletak pada rezeki masing2 juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge