Call nowWhatsapp

Kisah Inspirasi: 7 Tahun Ditakuk Lama, Akhirnya Berjaya Dengan Bonus 4 Angka Hanya Dengan Duduk Di Rumah

cara bisnes shaklee sampai jadi

Ada kisah yang sangat menginspirasikan saya nak share dengan anda. Maybe anda jumpa kisah ini dalam usaha anda mencari maklumat tentang bisnes Shaklee.

7 Tahun Ditakuk Lama, Akhirnya Berjaya Dengan Bonus 4 Angka Hanya Dengan Duduk Di Rumah

Sebelum ni bak kata Master Yani macam kena sumpah bonus 3 angka. Ye, usahalah macam mana pun, rasa penat sangat ibarat berlari setempat.

Segalanya bermula dengan Group Tahajud dan tabung subuh. Cabaran diberi, 90 hari menjelang 2020. Start 1 October 2019. First day dah failed! Tak bangun.

Amalan rohani yang lain masih diteruskan seperti biasa. Cuma tahajud tu masyaAllah, liat sungguh!! Orang lain dah berpuluh hari, Farah asyiklah kena start over day 1.

Siap Master Zura cakap, kalau kita tak dapat bangun Tahajud, Allah taknak jumpa kita! Masa ni tersentap, tapi still ego! Aku kan jumpa Allah dalam solat yang lain? Bukan aku tak solat! Kemain kan sayang nya waktu tidur tu.

Tetiba Master start cabaran baru. Cabaran 90 hari sebelum Ramadhan. Masa ni Master cakap semua orang kena reset day 1.

Bila peluang macam ni, Farah jadi semangat nak bangun Tahajud. Rasa macam diberi peluang kedua. So start situ Farah konsisten, Alhamdulillah.

Baru-baru ni ayat Master Zura “siapa yang tak sanggup bangun tahajud, maksudnya dia belum betul-betul nak ubah diri dan hidup dia”

Farah nak ubah diri Farah! Wallahi, masa start tahajud tu tak terdetik pun untuk sale. Tapi nak berubah. Nak jumpa Allah. Nak dating dengan Maha Pencipta.

Tips: Tunaikan Hak Allah

Tips pertama: Tahajud.

Bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, mudah sangat kita Allah bagi apa yang kita nak.

Seringkali kita ingat apa yang kita nak dari Allah. Tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.

Kita jemput rezeki kita dengan cara tunaikan hak Allah dahulu. Kita invest masa kita dengan Maha Pencipta. Itulah investment paling untung. Itu bukan untuk sesiapa, untuk diri sendiri. Keuntungan yang berlipat kali ganda!

Lepas 60 hari tahajud konsisten, Allah bagi je apa Farah nak! Allahuakbar🥺

Tabung Subuh pun miracle. Sambil transfer sambil doa, “Ya Allah semoga sumbangan kecilku dapat menyentuh kehidupan orang lain, dapat memberi 1001 makna kepada orang”

Dengan parents dan adik beradik jangan kedekut. Diorang lah kita kena bantu terlebih dahulu.

Tips kedua: Target

Submit target kepada upline. Mac 2020 Farah submit 1200uv je. Masa ni even 1200uv pun tak yakin. Tapi Farah dapat. Jadi April kena lah submit nak effective Supervisor!

Dah submit, usaha ke arah apa yang kita target. Farah target 2500uv, Allah bagi 4140uv. Baik kan Allah?

Rasanya Farah effective supervisor 20 April. Jadi Farah renew target. Masa ni bonus dah cecah 4 angka. Makin lama makin rasa tak puas. Jadi Farah kena lipat gandakan usaha lagi!

Renew target nak 10k sales. Dapat. Master Yani bagi cabaran baru, tukar angka depan bonus. Dapat 4 hari sebelum closing.

Dan masa tu perlukan 1500uv untuk hit first car fleet. Tapi Farah stuck 2 hari (akan share di tips berikut bila stuck apa Farah buat). Doakan Farah lepas first car fleet bulan ni ye!

Peluang sentiasa terbuka untuk anda beraya di Shaklee.
Peluang sentiasa terbuka untuk anda beraya di Shaklee.

Tips ketiga : BIG WHY

Sejujurnya big why Farah dari dulu pun ada. Cuma masa tu guna akal logik dan ada tembok yang menghalang untuk BIG WHY tu. Tembok yang Farah sendiri cipta.

1 April Farah dah niat nak renewkan roadtax + insuran kereta husband. Bila dah dapat bonus yang cukup untuk renew roadtax, Farah nak lagi!

Bunyi macam tamak kan, tapi siapa taknak duit? Lagi-lagi bila apa yang Farah nak buat dengan duit bukan untuk diri sendiri. Tapi untuk orang tersayang.

Jadi Farah kejar pulak untuk subscribe hibah untuk suami. Farah dapat! Allah baik sangat kan?

Dah dapat tu Farah target nak bagi duit raya untuk keluarga. Bukan mak sendiri je, mak mertua sekali. Farah tulis nak bagi banyak mana jadi Farah kejar untuk nilai tu.

Settle duit raya parents, 0 untuk Farah. Tak terfikir diri sendiri dah,nak beli tudung ke baju ke takde dah. Semua untuk insan sekeliling.

Tips Extra: Apa Perlu Buat Bila Stuck?

Tadi Farah cakap Farah stuck 2 hari kan? Mix feeling tau. Nak nanges! Review balik apa Farah tak buat lagi. ZAKAT!!!

Farah terlupa portion untuk zakat. Allahuakbar. Leader-leader setiap bulan ingatkan kita kan. Okey terus switch, banyak mana pun bonus aku, aku nak bayar zakat dengan Shaklee! Aku nak menyumbang kepada society. Nak bagi lebih dari bulan bulan lepas.

Terus masuk 2 botol vivix. Sebak sangat rasa. Betul la bila Allah cakap segalanya bermula dari niat.

Tips keempat: Mindset

Mindset ni betul-betul kena jaga. Sebelum ni suka fikir siapa nak beli dari aku. Diorang ada duit ke?

Kenapa perlu nak fikir untuk orang lain? Sedangkan tugas kita nak bagi nilai, nak menyentuh kehidupan orang tu. Nak tolong ke arah kesihatan dia. Nak tolong ke arah ekonomi keluarga dia.

Rejection? Mestilah ada! Siap cakap minum ESP aku tak boleh, mesti muntah! Ada yang cakap “suami cakap I jelita lagi, so I tak ready untuk suplement”

Masa ni senyum dan terus doa “kau penyumbang terbanyak UV aku satu hari nanti”

Buang perkataan-perkataan negatif. Ni pun leader dah ajar. Contoh masalah tukar ke cabaran. Kan? Lagi mencabar lagi kita geram nak hit cabaran tu!

Next, Syukur dengan berapa pun sale yang kita dapat even sebotol Basic H. 21% – 0% kita still dapat RM7.77 dengan pembelian sebotol Basic H pun. Siapa nak bagi?

Tips kelima : Recruitment

Farah target nak 15 orang ahli baru untu April 2020. And I hit the target!! Tak pernah tau register banyak tu. Haih nangis sebak.

Macam mana Farah buat? Guna element tamak! Guna kan peluang yang Shaklee bagi membership 100uv / rm35 tu. Bagi perbezaan harga. Diorang mesti register punya!

Lagi satu postage rm300 tu. Gunakan peluang sebaiknya. Guna element tamak. Diorang sanggup je bayar rm50 janji dapar FREE POSTAGE. Hehehe. Kena bijak sikit kat sini.

Apa-apa pun kita kena bergerak dalam team. Farah bersyukur dihadirkan seorang downline yang laju. Yang buat Farah tak senang duduk. Baru sorang tau. Ye, bawah Farah hanya ada seorang sahaja downline yang buat business masa tu.

Tapi itu tak halang Farah untuk terus maju ke depan. Sebelum ni Farah sorang-sorang. Memang penat. Memang mengalah. Tapi bila ada downline, dia penyebab untuk kita buat lebih lagi!

Bottom Line

Musim sekarang ni, sales Shaklee mencanak-canak sangat. Jangan tengok sahaja, jadi sebahagian daripada kami. InsyaaAllah

Wanna join my team? Jom. Tak semestinya join dengan saya directly, boleh join any of my team members. Paling cepat anda join, lagi cepat anda ahead from others.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

12 thoughts on “Kisah Inspirasi: 7 Tahun Ditakuk Lama, Akhirnya Berjaya Dengan Bonus 4 Angka Hanya Dengan Duduk Di Rumah

  1. Fas says:

    Ini lah contoh tidak mudah putis asa tapi teris berdoa dan dekatkan diri dengan Allah… insyaAllah Allah akan bantu.

  2. Wawa Ashihara says:

    Alhamdulillah rezeki dia dpt dkt sini… Setiap org diuji rezeki lain2.. Ada lambat ada yg cepat, ada yg try buat bidang lain, tp tak berhasil juga kan.. Apa2 jgn putus doa tu..

  3. Rawlins GLAM says:

    Dalam bisnes memang akan banyak gangguan. Gangguan paling bahaya adalah diri sendiri – selalu bagi alasan untuk tidak berjaya. Alhamdulilah. Keep
    On going ya!

  4. Mohd Zarin says:

    Terima kasih bagi tips berjaya tu. Tips pertama saya baca pun membuatkan saya rasa macam betullah, saya kena berubah juga. Tahajud pun dah lama tak buat… Doakan kejayaan saya juga nanti

  5. Nadia says:

    Dalam kita berusaha untuk berjaya jangn sesekali kita inggalkan solat..insyallah pasti akan berjaya.. Dalam solat kita berdoa la sebaik2nya agar dipermudahkan segala urusan kerana hanya pada Dia tempat kita mengadu.. Insyallah allah maha mendengar dan akan makbulkan doa kita..

  6. Qiss says:

    Best kan berbisnes shaklee ni. Tambah-tambah lagi ada sokongan padu. Semoga terus sukses dan dipermudahkan dalam bisnes shaklee ni. Teruja nak tengok pencapaian seterusnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge