Call nowWhatsapp

6 Perkara Yang Anda Buat Tapi Masih Tak Kuruskan Badan

cara perbaiki insulin resistance

Mungkin ada antara anda yang dah buat macam-macam perkara untuk kuruskan badan, tapi masih tak berjaya!

Samada turun sikit sahaja, atau tak turun langsung atau berat statik (plateu).

6 perkara berikut mungkin jadi masalah pada anda:

6 Perkara Yang Anda Buat Tapi Masih Tak Kuruskan Badan

1. Kira Kalori

Saya ada tulis panjang berkenaan kira kalori yang bagi saya dan barisan Coach seperti Dr Eric Berg, Dr Norman Norawi dan Dr Jason Fung berpendapat kaedah kira kalori adalah satu metod yang ketinggalan zaman dan tidak relevan.

Anda boleh baca artikel tersebut dalam link berikut:

Prinsip kira kalori tidak lagi relevan

Kaedah kira kalori antara lain akan menyebabkan:

  • Metabolisme anda menjadi rendah
  • Menyebabkan anda kelaparan teruk
  • Menyebabkan anda kekurangan nutrisi

Bila kita kurangkan pemakanan, perkara di atas akan berlaku kepada anda.

2. Diet Rendah Lemak

Ada juga yang cuba amalkan diet rendah lemak. Segala-gala pemakanan mesti cari yang rendah lemak (low fat). Tapi sebenarnya ada beberapa info yang anda belum tahu berkenaan diet rendah lemak.

Protein yang rendah lemak (low fat protein) bermakna lebih tinggi insulin yang mana ianya tidak akan memberikan efek terbaik jika anda hendak kuruskan badan.

Apa yang anda tidak tau adalah lemak itu sendiri mempunyai efek yang rendah terhadap insulin yang mana ini yang bagus. Jadi kenapa nak amalkan diet rendah lemak? Anda boleh rujuk kepada link berikut:

Makan lemak untuk bakar lemak?

3. Masalah Craving

Masalah craving berlaku apabila kita amalkan diet tinggi karbohidrat. Jika anda rasa lapar di kebanyakan masa, itu bermaksud anda sedang alami masalah craving.

Bila ada masalah craving, ini bermakna anda tertinggal satu aspek penting dalam weight loss dan anda alami metabolisme yang perlahan.

Bila craving berlaku, insulin anda sedang tinggi, ini menyebabkan anda tidak dapat membakar lemak dalam badan anda.

Cara perbaiki hormon

4. Bersenam dan Minum Air Banyak

Memang sebenarnya bagus bersenam dan minum air banyak. TKenapa masih tak kurus? Mungkin itu persoalan kita kan.

Kita kena pastikan senaman yang kita buat tu adalah senaman yang dapat fokus kepada masalah kita.

Satu lagi yang kita kena faham, untuk kuruskan badan, hanya 15% daripada senaman, manakala selebihnya 85% adalah daripada pemakanan kita.

Kenapa kita nak fokus sangat kepada 15% (kalau dari segi grading dapat F tau ni) sedangkan kita boleh dapat A daripada 85%?. Anda mungkin berminat dengan artikel berikut:

Bagaimana senaman boleh sebabkan kegemukan?

5. Timbang Berat Hari-hari

Saya pernah juga tulis berkenaan timbang berat hari -hari ni. Memang bagus jika anda berada dalam kelompok yang sedang fokus kuruskan badan dalam tempoh masa tertentu.

Tapi kalau hari-hari timbang berat, nanti anda akan lebih kecewa.

Sebaiknya jangan fokus sangat tentang berapa berat yang turun tetapi amalkan pemakanan sihat yang diajar dalam #JomDetoxJutawan dan fokus kepada kesihatan anda. Antara yang kena fokus bab kesihatan ni:

  • Rasa lebih bertenaga
  • Memperbaiki insulin resistance (jika dah pulih, ini bermakna anda boleh tahan lapar dalam tempoh yang lama dan tiada craving)

InsyaAllah nanti berat akan turun juga. Sihat dulu, nanti kuruslah.

6. Makan Kerap Hingga 6 kali sehari!

Ramai coach yang suruh makan dengan kerap, like 3 makan utama dengan 3 kali snek. Betul?

Missing info kat sini ialah, cara ini tidak dapat membantu anda dari sudut hormon insulin.

Bila makan dengan kerap, anda akan sentiasa tingkatkan hormon insulin. Kena ingat hormon insulin yang banyak akan sebabkan anda gemuk dan anda tidak dapat bakar lemak.

Kajian menunjukkan bila makan dengan kerap, insulin akan sentiasa tinggi. Anda sukar kurus, dan tinggi risiko dapat diabetes
Kajian menunjukkan bila makan dengan kerap, insulin akan sentiasa tinggi. Anda sukar kurus, dan tinggi risiko dapat diabetes
Kurang makan akan bantu rendahkan insulin, lebih mudah bakar lemak, lebih mudah kuruskan badan
Kurang makan akan bantu rendahkan insulin, lebih mudah bakar lemak, lebih mudah kuruskan badan

Bottom Line

Kalau anda sudah buat macam-macam cara untuk kuruskan badan, anda boleh perbaikinya dengan sertai kami di #JomDetoxJutawan.

Kena belajar disamping anda kena ada keazaman tinggi. Satu perkara penting adalah anda perlu tahu kenapa kena tinggalkan gula. Kena tahu bagaimana jahatnya gula ni kepada kesihatan kita.

Sangat penting pilih program yang selamat dan betul, supaya kita bukan sahaja dapat kuruskan badan, bahkan dapat kesihatan yang tip top.

Posting berikut mungkin bermanfaat untuk anda, basically perjalanan saya kuruskan badan dan pastikan kesihatan yang baik

Saya berjaya turunkan 23kg dalam masa 9 bulan. Program detox Shaklee memang terbaik
Saya berjaya turunkan 23kg dalam masa 9 bulan. Program detox Shaklee memang terbaik

Anda Berminat? Sertai #JomDetoxJutawan Sekarang!

Nak tahu bagaimana saya buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja? Atau anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup? Ayuh sertai saya di program #JomDetoxJutawan, boleh wasap saya ya.

Bagaimana Nak Sertai #JomDetoxJutawan Shaklee?

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk Sertai JomDetoxJutawan Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge