Call nowWhatsapp

Berjaya Kuruskan Badan, Sel Lemak Bebaskan Toksin

sel lemak simpan toksin

Ada satu posting Dr Hafiz tulis begini,

Kuruskan badan, bebaskan toksin
Kuruskan badan, bebaskan toksin

“Sayur ni penting untuk imbangi makanan tinggi protein dan lemak dalam tu. Jika takde sayur memang bahaya. Contohnya antioksidan dalam tumbuhan, perlu sangat untuk neutralkan bahaya zat besi yang tinggi dalam daging. Zat besi banyak sangat boleh tingkatkan stres radikal badan.

Sayuran juga banyak nutrien seperti magnesium, vitamin-vitamin dan polyphenol. Bahan ni yang bantu detoks organ hati. Kenapa penting detoks hati?

Bahan toksik ni majoriti larut lemak. Bila lemak badan pecah, bahan toksik akan terbebas ke salur darah. Bayangkan jammed pulak sebab zat untuk detoks hati tak cukup.

Saya teringat benda ni, jadi saya pun buat kajian sedikit berkaitan hal ini.

Mekanisme Sel Lemak Untuk Lindungi Tubuh

Apabila badan terdedah kepada sejumlah besar toksin, ia menyimpan toksin ini dalam tisu adipose (atau sel lemak).

Tubuh melakukan ini untuk melindungi kita daripada isu-isu ketoksikan yang timbul daripada bahan kimia berbahaya ini. Jika tahap toksin tertentu menjadi terlalu tinggi – membebankan hati kita – kita akan menjadi sakit, atau lebih teruk … mati.

Lebih daripada sekadar sumber tenaga tersimpan, lemak badan juga merupakan tempat menyimpan toksin. Bagus fungsi begini, tapi yang tak bagusnya lama-lama kalau banyak begitulah kita akan jadi, over weight atau obes.

Jadi bagaimana tubuh secara semulajadi memproses racun ini? Dan apa sebenarnya toksin?

Bagaimana Tubuh Memproses Toksin

Toksin boleh dibahagikan kepada dua kumpulan.

Toksin larut lemak dan toksin larut air.

Toksin larut air mudah dikendalikan oleh badan. Dengan bantuan buah pinggang kita, kita boleh mengeluarkannya melalui air kencing, peluh dan hempedu. Ini sering dipanggil laluan detoksifikasi fasa II.

Toksin larut lemak lebih sukar untuk dihapuskan. Toksin larut lemak ini termasuk logam berat, bahan kimia buatan manusia, racun perosak, bahan cemar, plastik dan banyak lagi.

Bagi badan untuk menghilangkan toksin ini, ia perlu diproses oleh hati untuk menjadi larut air. Jalur detoksifikasi Fasa I adalah proses menukar toksin larut lemak ke dalam toksin larut air untuk perkumuhan dalam fasa II.

Cara toksin disingkirkan dalam proses detox
Cara toksin disingkirkan dalam proses detox

Oleh itu hati memainkan peranan penting dalam melindungi kesihatan kita dan menentukan beban toksin kita.

Hati menghasilkan bahan yang disebut hempedu (yang disimpan dalam pundi hempedu). Hempedu mempunyai banyak peranan dalam badan:

  • Mencerna lemak
  • Membantu penghapusan toksin – membantu kita menghilangkan toksin melalui pembuangan kita.

Dalam kes sistem pencernaan yang tidak sihat, atau sistem limfa yang sesak, racun-racun ini tidak boleh diproses dengan berkesan. Begitu juga ketika hati mempunyai beban yang lebih, maka fungsinya jadi tak la efektif, toksin yang larut lemak tadi tak dapat diproses dengan baik dan terus dihantar ke dalam salur darah (ya, tanpa diproses dengan baik).

Kajian telah membuktikan bahawa pembentukan toksin di dalam badan boleh memintas pemprosesan hati dan akhirnya disimpan sebagai lemak badan.

Pada ketika ini, maksudnya toksin tu dah jadi storage penyimpanan. Sama seperti kilang pembuatan akan menyimpan sisa toksin di gudang sehingga trak boleh datang dan membawa mereka pergi untuk diproses.

Jadi ringkasnya bagi mekanisme keselamatan badan jangka pendek:

  • toksin masuk dalam badan > diproses sebagai lemak supaya dapat melindungi organ dan tisu daripada kerosakan
  • bagaimanapun lemak ini akan menyebabkan keradangan dan masalah kesihatan kepada tubuh
  • toksin yang tersimpan ini disimpan di bawah kulit (subcutaneous fat)

Bagaimana pula jangka panjang?

Jika pendedahan toksin berterusan, hati tidak lagi dapat berfungsi dengan efisien.

Toksin berlebihan dalam badan penyebab masalah ketidaksuburan
Toksin berlebihan dalam badan penyebab masalah berat badan

Bagaimana Toksin Mengganggu Proses Kuruskan Badan

Bagi kita yang berusaha untuk menurunkan berat badan, menyimpan toksin sebagai lemak hanyalah permulaan masalah.

Kita tahu tadi, lemak adalah port simpanan bahan kimia toksik. Dan kalau biar ia banyak dan lama (sel lemak tu), ia akan sebabkan kerosakan metabolik – fungsi mitokondria seterusnya sebabkan banyak penyakit kronik.

Tisu lemak mempengaruhi sistem endokrin kita, memberi kesan kepada hormon selera makan seperti leptin. Dan beta, hormon yang menghasilkan insulin menyebabkan insulin resistance.

Key wordnya adalah hati mesti sihat, hati mesti efisien.

  • Hati mesti mampu mengendalikan beban toksin. Toksin yang disimpan mesti dibebaskan dan dibuang.
  • Jika hati tidak berfungsi dengan betul, toksin ini tidak dapat dikeluarkan dari tisu lemak. Kalau kita diet atau bersenam teruk bagaimanapun, ia tidak dapat membantu kita bakar lemak, sebab toksin tu dah terkunci. Hati kurang berfungsi.

Toksin Withdrawal

Bila saya buat program kuruskan badan samada #JomDetoxJutawan dan #IFKetoGenitMAF, ada ramai juga yang bertanya kepada saya bagaimana hendak turun 10kg dalam masa singkat? Ada juga yang nak turun 30kg dalam masa sebulan!

Ada yang join program kurus (program lain), dalam masa 3 hari tu tak boleh bangun, flat terus, rasa pitam dan macam-macam. Ini dipanggil toksin withdrawal.

Ini terjadi sebab kita dah kurangkan beban toksin daripada tubuh.

Toksin yang tersimpan kini dilepaskan semula ke dalam badan untuk diproses. Tetapi ini mencetuskan masalah kesihatan yang sama seolah-olah toksin itu baru sahaja ditelan. Sudah tentu ini menyebabkan kekeliruan dan kekecewaan untuk orang yang baru sahaja memulakan program diet/detox. Baru semangat kan, tetiba asyik rasa pening.

Sebenarnya, bagus sangat feeling macam itu. Sebab ini bermaksud kita telah kehilangan lemak.

Bahan Toksin Yang Menyebabkan Kita Gemuk

Terdapat bukti saintifik bahawa bahan kimia tertentu, yang dikenali sebagai bahan pencemar organik, terkumpul dalam sel-sel lemak dan dibebaskan ke dalam aliran darah dan organ-organ lain apabila seseorang kehilangan banyak lemak. (Secara teknikal, ini bukan “toksin” kerana toksin adalah biologi dan ini adalah bahan buatan manusia).

Terdapat juga bukti bahawa ini mungkin mempunyai kesan yang boleh diukur pada metabolik dan kesihatan hati khususnya.

Hampir mustahil untuk mengelakkan makanan bertoksin pada zaman ini
Hampir mustahil untuk mengelakkan makanan bertoksin pada zaman ini

Pencemar Organik yang berterusan

Pencemar Organik Persisten (POP untuk pendek) adalah bahan kimia yang tidak mudah rosak. Dalam erti kata lain, apabila ia berada di dalam badan anda, mereka tinggal di sana untuk seketika. POPs merangkumi:

  • DDT, sejenis insektisid yang digunakan sehingga sekitar tahun 1970-an di AS dan masih digunakan di banyak negara membangun.
  • Hexachlorobenzene, racun kulat yang digunakan pada pelbagai jenis tanaman.
  • Bifenil polychlorinated, yang digunakan dalam cat dan bahan binaan.
  • Dioksin, bahan kimia yang dikeluarkan dari pembakaran sampah.
  • Terdapat banyak lagi, tetapi ini memberikan anda idea tentang berapa banyak sumber POP yang berlainan di sekeliling kita

POP ada di mana-mana dalam bekalan makanan moden, dan para penyelidik sering berfikir bahawa pendedahan utama manusia adalah melalui makanan.

Pencemar ini akan diserap dan disimpan dalam lemak badan. Kepekatan POP yang tinggi dikaitkan dengan risiko penyakit kronik yang lebih tinggi: inilah kajian yang menghubungkan mereka dengan tekanan darah tinggi, kolesterol, dan kencing manis. Dan terdapat beberapa bukti bahawa bahan kimia ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan, dengan mengubah cara gen dinyatakan dalam sel-sel lemak.

POP dan Berat Badan

Masalah kita adalah racun dari POP tu ada dalam sel lemak. Lebih memburukkan keadaan, kalau kita kuruskan badan dengan mendadak, POP yang dalam sel lemak ni akan ke mana?

Jadi apa yang perlu dilakukan?

Tak payah kurus ke macamana ni? BUkan tak payah kurus, tapi kena pilih program yang betul untuk bantu kita kurus, buang toksin dengan selamat.

Jadi, ia menjadi semakin penting untuk kita makan makanan yang baik, bukan kurang makan. Kena pilih diet yang kita nak buat tu elok-elok sebab kita taknak masalah kurang nutrisi dan anda cuma dapat badan yang kurus semata-mata, tapi tingkatkan masalah lain.

Detox Penting Untuk Kuruskan Badan

Perhatikan semula apa yang Dr Hafiz sebut:

“Sayur ni penting untuk imbangi makanan tinggi protein dan lemak dalam tu. Jika takde sayur memang bahaya. Contohnya antioksidan dalam tumbuhan, perlu sangat untuk neutralkan bahaya zat besi yang tinggi dalam daging. Zat besi banyak sangat boleh tingkatkan stres radikal badan.

Sayuran juga banyak nutrien seperti magnesium, vitamin-vitamin dan polyphenol. Bahan ni yang bantu detoks organ hati. Kenapa penting detoks hati?

Ada kajian begini ya:

Ada 1 kajian yang beri peserta minum teh oolong (diperkaya dengan polifenol). Mereka dapati polifenol dapat bantu keluaran racun POP hasil selepas sel lemak disingkirkan (hasil penurunan berat badan).

Selain itu, kajian ini juga mencadangkan agar makan makanan tinggi anti keradangan iaitu makanan yang kaya dengan omega 3 dan rendah omega 6. Ini dapat membantu mengurangkan bahaya POP.

Kalau ambil makanan tinggi keradangan, akan menyebabkan pendedahan lebih tinggi kepada POP. Sebab itu kalau kita cuba nak kuruskan badan, tapi kita masih tak ubah pemakanan kita (tukar kepada diet yang lebih sihat tadi – tinggi omega 3, kurang omega 6, banyak fiber), kita kurus juga tapi dalam badan kita inflammation. Kurus tapi kolesterol tinggi, begitulah.

Satu lagi yang dicadangkan oleh kajian ini ialah banyakkan diet tinggi serat. Ini sama macam yang Dr Hafiz sebut, makan makanan tinggi antioksidan seperti polifenol, vitamin C, E, A dan lain-lain. Antioksidan mempunyai fungsi memerangi radikal bebas, jadi

Gabungan 4 ramuan utama menjadikan Vivix sangat berkuasa!
Gabungan 4 ramuan utama menjadikan Vivix sangat berkuasa!

Bottom Line

Untuk kuruskan badan anda perlukan stretagi, kekuatan mental dan keazaman tinggi. Selain tu sepengalaman saya, kita perlukan coach dan kumpulan sokongan yang saling menyokong niat kita nak kurus.

Sangat penting pilih program yang selamat dan betul, supaya kita bukan sahaja dapat kuruskan badan, bahkan dapat kesihatan yang tip top.

Posting berikut mungkin bermanfaat untuk anda, basically perjalanan saya kuruskan badan dan pastikan kesihatan yang baik

Saya berjaya turunkan 23kg dalam masa 9 bulan. Program detox Shaklee memang terbaik
Saya berjaya turunkan 23kg dalam masa 9 bulan. Program detox Shaklee memang terbaik

Anda Berminat? Sertai #JomDetoxJutawan Sekarang!

Nak tahu bagaimana saya buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja? Atau anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup? Ayuh sertai saya di program #JomDetoxJutawan, boleh wasap saya ya.

Bagaimana Nak Sertai #JomDetoxJutawan Shaklee?

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk Sertai JomDetoxJutawan Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

Rujukan:

26 thoughts on “Berjaya Kuruskan Badan, Sel Lemak Bebaskan Toksin

  1. Fas says:

    Wah tahniah sebah nampak banyak turun berat badan tu.. bila baca pada awal tadi dah agak dah ni mesti ada kaitan dengan program detox juatawan tu… bnyk org rekomen…

  2. Ruby says:

    Detox, Diet dan Bersenam adalah 3 perkara utk dapatkan kesihatan yang baik. Tapi kita dah terbiasa dengan pemakanan berlebihan dan tidak bersenam secara rutin. Semoga saya dapat amalkan sebagai gaya hidup harian. InsyaAllah.

  3. Nadia Johari says:

    Nak kurus kene ikut diet yang betul..kena senaman..nak ambil suplement pun boleh..lemak ni dari pemakanan juga..so kene kal makanan..ambil vivix ni ok gak..yang lain pun kene jaga

  4. mekyunie says:

    untuk setakat ini mek hanya cut carbo and sugar je. yang lain macam diet extreme sangat tak sanggup. mek just nak loose belly inch sahaja. and yang penting kena exercise jugak lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge