Dalam posting terdahulu saya ada share sikit berkenaan saya ada ikuti detox pilot tim dengan Shaklee. Sebenarnya tim yang saya ikuti ini di bawah kelolaan nenek Shaklee saya, Master Nurlaila. Memang membantu sangat dan teruja mengikutinya.
Disebabkan saya pun menjalankan projek detox bersama DetoxIF, jadi testimoni ini adalah sebahagian daripada projek ini.
Projek Detox Bersama DetoxIF
Detox bersama DetoxIF sebenarnya adalah kelolaan saya sendiri. Maklumlah kita dah ada pengalaman, jadi bolehlah membantu orang lain pula untuk detox. Pada permulaan ini saya fokus kepada ibu-ibu menyusu (bayi 1 tahun ke atas) sahaja dulu. Tapi bagi yang lain jika ingin detox pun boleh sertai.
Sekarang ini pun memang saya ada peserta di kalangan bukan ibu menyusu. Oh ya, lelaki pun boleh sertai ya!
Antara kelebihan anda menyertai projek DetoxIF adalah:
- Kami sediakan coaching percuma 17hari di group whatsapp merangkumi Predetox week>> Detox Week >> Post Detox week.
- Kami guide untuk detox dengan ilmu. Bukan semberono atau ikut ikutan.
- Berat badan anda takkan naik kembali seperti diet yoyo yang lain.
- Kami beri meal plan yang di sediakan oleh Pakar Nutrisi dan dipersetujui oleh Doktor. Insya Allah anda tak akan kelaparan.
- Program kami TERBUKTI BERKESAN bagi peserta sebelum ni yang betul betul ikuti panduan yang kami beri (boleh rujuk testimoni sebelum ni).
- Anda akan dapat banyak ilmu tentang gaya hidup sihat digroup tu nanti.
- Detox kami bukan untuk kurus sahaja. Tetapi untuk kesihatan.
- Detox organ-organ yang penuh toksin seperti hati,usus, dan kulit.
- Kami follow up anda sampai dapat positif result.
- Kami ajar good habit one by one sampai anda takkan kembali makan benda-benda manis. Dan tak teringin pun.
- Detox bantu elak penyakit kronik seperti buah pinggang, diabetis, tiroid, darah tinggi, migrain, gastrik dan lain-lain lagi.
- Lepas detox kita ajar anda buat extra income dengan ajak orang kurus dan sihat
Pengalaman Detox 30 Hari Dengan Shaklee
Saya antara yang terawal menyertai program detox Shaklee sebaik sahaja Shaklee mengumumkan program ini. Alhamdulillah jadi perantis kiranya. Mungkin pengalaman saya akan memberikan anda lebih semangat untuk menyertai.
1. Grup Detox Tambah Semangat
Sebab kita buat berkumpulan (melalui grup whatsapp dan telegram), maka kita mempunyai semangat juang yang lebih tinggi. Di samping itu dengan grup ini juga memberikan kita idea berkenaan menu-menu yang sesuai yang boleh dijadikan makanan kita.
Tips-tips pun memang banyak, contohnya tips pilih sayur, pilih buah dan lain-lain lagi. Pendek kata kita berjemaah buat detox ni.
2. Program Detox – 3 minggu
Lamanya kan 3 bulan. Tapi sebenarnya 7 hari pertama sahaja yang teruk sikitlah. Lepas itu macam normal sahaja, cuma lepas hari ke 7 tu memang kita automatik jadi memilih makanan. Lepas hari ke 7 tu perut rasa macam makin kecil, sebab makan tidak banyak. Dan tempoh 3 bulan itu sebenarnya untuk kita latih minda kita untuk memilih makanan yang sihat.
3. Perubahan Fizikal
Bagi saya sendiri, banyak perubahan fizikal dalam tempoh 30 hari ini.
- Berat badan – hilang dalam 6 kg, banyak tau untuk tempoh 1 bulan
- Inch loss – paling ketara pada upper lengan dan pinggang. Saya tak ukur sebelum jadi saya tak boleh buat perbezaan. Tapi baju-baju lama yang dulunya sendat sudah boleh pakai elok.
Hasil timbang atas Karada Scan, kita boleh tahu perubahan pada lemak. Sebab Karada Scan ni boleh analisis lemak kita, ha bagi anda yang hendak analisis lemak, boleh datang jumpa saya. Antara perbezaannya adalah:
- Body Fat – dari 42%, sekarang dah 25%
- BMI – sekarang BMI saya 25
- Visceral Fat – dari 22 (sangat tinggi) sekarang cuma 6 (normal)
- Umur badan – much better, dulu 58 tahun, sekarang dah 43 tahun
Analisis
a. Berat badan
Bukan senang hendak turun berat. Saya pernah ikuti diet sebelum ini tapi memang berat sukar hendak turun. Kalau turun pun, senang nak naik juga. Dan berat saya itu sebenarnya kekal daripada lepas berpantang tahun lalu (sekitar Mei 2015, setahun kekal). Bila ikuti detox dan berat turun 6kg dalam tempoh sebulan, memang lompat bintanglah apa lagi.
Ada juga saya balik kampung masa tempoh detox itu, agak kelaut jugalah diet. Tapi alhamdulillah berat tidak naik, malah turun pun ada lagi. Inilah rupanya yang dimaksudkan dengan gambarajah di bawah.
b. Body Fat, BMI, Visceral Fat dan Umur Badan
BMI adalah kesesuaian berat kita dengan ketinggian. Body fat pula adalah kandungan lemak keseluruhan dalam badan kita. Kalau 36% maksudnya ada 36% lemak dalam badan kita. Elok atau tidak kena rujuk balik dengan carta kesesuaian lemak dalam badan.
BMI berjaya turun ditambah pula body fat pun turun. Mestilah gembira kan. BMI normal adalah antara 18.8-24.9. Cara kira manual boleh tengok formula dalam gambar, tekan calculator. BMI 25 dah kira overweight tau! Jangan tunggu BMI 30 baru kalut nak jaga badan, jaga makan.
Satu lagi yang saya gembira adalah visceral fat yang berjaya diturunkan. Visceral fat adalah lemak pada organ badan. Semakin tinggi nilainya, semakin mengancam nyawa. Saya risau selama ini sebab visceral fat inilah, dulu tinggi sangat sampai 22. Tapi bila sudah dah normal iaitu 6 sahaja (nomal adalah bawah 9). Saya aim untuk dapatkan VF bawah 3.
Umur badan, mestilah bila semakin muda mesti kita lagi suka.
c. Subcutoneous Fat
Ini adalah lemak bawah kulit. Patutlah saya rasa upper lengan rasa kecik sikit, banyak juga penurunan kat situ. Orang kurus mungkin kurang subcutoneous fat, tapi orang kurus boleh tinggi juga dengan visceral fat. Jadi kedua-dua lemak ini memang tidak bagus pun.
d. Skeletal
Kenaikan pada skeletal menandakan kenaikan pada otot kita. Kalau bertambah otot memang baik sebab otot membantu meningkatkan metabolism kita di samping mengurangkan risiko mengeleber bila sudah kurus.
4. Pemakanan
Dari segi pemakanan, agak best juga sebab dengan sendirinya kita jadi memilih makanan. Memilih makanan pada kanak-kanak memang tak baik, tapi kalau orang dewasa memilih makanan elok juga supaya tidaklah semuanya disumbat ke dalam perut.
Dalam grup coaching pun kami ajar cara pilih makanan dan pemakanan sihat. Jadi selepas program anda boleh kekalkan berat badan atau turunkan lagi berat badan.
5. Badan Tidak Rebound atau diet yo-yo
Pernah dengar diet yo-yo? Ia adalah merupakan satu efek akibat daripada diet. Tubuh boleh menambahkan berat badan dengan lebih cepat sekiranya anda menggunakan diet ini.
Berbanding diet biasa, detox badan sebelum anda mengikuti program diet sememangnya terbaik.
Ini adalah disebabkan toksin yang menghantui diri anda akan dapat dikeluarkan, justeru badan anda akan lebih ringan dan membantu tubuh anda menyerap zat makanan dan vitamin dengan lebih berkesan. Ini sekaligus mengelakkan badan anda rebound sekiranya telah berhenti daripada diet.
6. Kulit dan tenaga
Dari segi kulit terasa lebih berseri (amboi) dan tenaga pula tidaklah rasa mengantuk walaupun selepas waktu makan. Sebelum ini rasa mengantuk juga selepas makan. Sekarang tiada lagi masalah sebegitu.
7. Penyusuan
Dalam hal penyusuan, alhamdulillah tiada efek pun. Anak masih menyusu dengan jayanya di samping susu pun tidak terjejas dari segi kualiti mahupun kuantiti. Jadi kami berani rekemen untuk ibu dengan bayi berumur 1 tahun ke atas boleh menyertai program DetoxIF.
Keseluruhan
Mungkin ada yang akan kata, ala sikit saja turun, setakat 6kg sebulan. Tapi sebenarnya penurunan yang perlahan tetapi konsisten adalah lebih baik tau. Lagipun cuba kita fikir, bertahun-tahun kita ternak lemak, takkanlah kita expect turun lemak dalam 3 minggu sahaja? Betul kan?
Disamping itu saya menyusu, jadi saya masih utamakan anak saya dalam situasi ini. Saya cuma target turun berat 2kg sebulan pun cukup bagus. Jadi perjalanan saya menurunkan berat badan pun masih lagi jauh. InsyaAllah hujung tahun saya konsisten dan positif akan mendapat berat badan yang ideal.
Jemput baca tulisan terbaru saya di link berikut
Turunkan 12kg dalam tempoh 2 bulan sahaja!
Bagaimana Nak Sertai DetoxIF Shaklee?
Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah
Klik untuk Sertai DetoxIF Shaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak
Mak dah tentulah gambo yg paling last tu Raihanah ….yg paling obes hihi…. Tulah hajat tu mmg nak kuruskan badan ni tp tulah takut hajat tinggal hajat je. Nak pose pun mls tp makan sedap
Okje recently posted…Terakhir, Sufian Suhaimi
kalau mak masih below 50 tahun masih boleh sertai program detox ni. kadang tu kena jadi berani dan komited untuk kesihatan sendiri.
Hana ni buat kakak tertarik tau
3kg sebulan memang consider satu penurunan yg banyak sangat tau.
Kakzakie Purvit recently posted…Berhenti memakai lampin pakai buang
banyak kak, dan yang penting penurunan berkala tapi selamat dan tak rebound.
Ngeri tengok lemak selaput organ huhuhu
jaga2lah, itulah visceral fat. ramai yang ada tapi tak tahu, terutama yang kurus
masa bulan puasa boleh ke minum waktu sahur or pas berbuka?
Nick recently posted…Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 Negeri Johor
ada jadual untuk berpuasa nanti. termasuk exclusive meal plan
Angan2 mmg ada Rai
Tapi takut tk kesampaian
Tpi bila tengok organ yg berlemak tu
Ngeriii
itulah kaknoor, ngerinya kan
detox merupakan cara yang terbaik untuk mengurang berat badan berlebihan..
Hanafi recently posted…Tip Poligami Untuk Para Suami
berat badan turun tu bonus detox sebenarnya. fokus kita adalah utk kesihatan
Perlukan kesungguhan dan keazaman yang tinggi untuk keberhasilan amalan detox ini.
Nurolhuda recently posted…Hari Guru Kelas Pengajian Al-Quran 2016
betul tu huda
Entri yang menarik…saya temui laman web ini dari forum luar. hebat cerita perkongsian & pengalaman. saya akan mengesyorkan laman web ini untuk kawan-kawan saya di luar sana.
renovate rumah recently posted…Ubahsuai Dapur
thanks ya sebab share dengan kawan2
bagus program detox niee..
Hairul Hissam recently posted…Nak Diri, Anak, Isteri & Pekerja Jadi Baik, Buka IKIM 24jam | Testimonial Hasil Hadiahkan Isteri Ilmu Kek.
jomlah detox encik
bagus la shalee ni. ada macam-macam jenis produk. lepas tu, dapat membantu untuk masalah-masalah sedemikian yang kita hadapi.
oh pt3 recently posted…PT3 Sejarah 2016
ikhtiar semata2, allah juga maha penyembuh
sy skang berat badan naik 2kg…doc suh makan byk tambah zat sbb kurang darah..then kesihatan xmengizinkan utk exercise lasak..maybe dah sihat boleh join program detox camni..ehe..
cik tom recently posted…Bayaran Kelima dan Keenam dari Si Lembu Mobicow
oh..Cik Tom..saya nak bagi tips untuk cepat sihat.
Cik Tom boleh bersedekah secara Ekstrem atau minimum 20 peratus .Dengan bersedekah hormon endorpin akan meningkat dan seterusnya proses penyembuhan lebih cepat..ditambah lago dengan kaedah detox maka hasilnya amat luarbiasa.
Master H recently posted…Prosedur Dalam Hipnoterapi (Bahagian 5)
tepat sekali tuan
ciktom trylah shaklee vitalea, elok untuk tambah darah.
Very good info Raihanah. Visceral fat tu, susah nak turun ( utk saya lah), bagus juga program detox ni.
utk semua orang memang visceral fat susah turun cik. tp alhamdulillah berhasil turun banyak juga tu kiranya.
haiishhh memang sesitip bila cakap pasal berat badan ni…saya pun bergelut…lagi 10kg nak diturunkan utk dptkan berat ideal! pengsan okeh
siti hazreen recently posted…Jalan-Jalan di Ipoh, Perak 4: Misi Membeli Tiket Keretapi Selesai!
untuk taknak jadi sensitif jomlah kita kuruskan badan
Ya.
Semua orang mahu jantung yang sihat.
Hargailah diri dan usahalah ke arahnya.
titan recently posted…Almal hul eie EERSTE keer
bukan sahaja jantung, malah badan yang sihat agar boleh tua dengan selesa
Hebat kesan selepas detoks kan sis. Bagi saya sendiri, badan rasa lebih ringan, bertenaga dan masalah kulit dah berkurang.. syukur sangat. Selain program detoks bertempoh macam ni, detoks memang bagus dilakukan setiap hari untuk mengekalkan kesihatan kita 😉
memang best buat detox
Wah…banyak betul turunnya berat badan tu..memang sesekali badan kena detox..boleh la SA survey lagi nanti..tak pernah detox guna product, biasa buat detox dari buah- buahan je…
jomlah cuba. kalau yang detox fruits tu satu part detox sahaja, yang kami buat ni lebih menyeluruh
Wahh bagusnya! Bila ada program macam ni, yang turut serta pun akan lebih termotivasi sebab semua saling menyokong antara satu sama lain. Saya pun ada guna beberapa produk Shaklee juga sebab memang puas hati dengan keberkesanan dia. 😀
Bestnya bila ada program macam ni. Yang turut serta pun akan lebih bermotivasi sebab semua saling menyokong antara satu sama lain. Saya pun ada guna beberapa produk Shaklee juga sebab memang puas hati dengan keberkesanan dia!
tahniah tuan kerana memilih Shaklee
Nak detox ke, nak workout ke, nak diet ke.. semua kena buat group supaya saling beri semangat. takde lah duk sekerat jalan je kan. lagi lagi zaman sekarang ni macam macam jenis makanan kat luar tu, kita tak jaga sangat. so kena start jaga kesihatan dah sekarang.
Nisa Kay recently posted…Perayaan “The Day of The Dead” di Lost World Of Tambun sempena bulan Halloween!
the more the merrier kata orang. best terr
Eating well, watching our diet, doing regular exercise & detoxing is part & parcel of living fit & healthy.
thats true indeed
To eat well, watch our diet, exercising regularly & to detox our body is part of living healthy & fit.
yes, thanks Lilly
Bagus juga prog ni kan.untuk detoks badan bagi menjaga kesihatan. Penting memilih produk yg betul dan sesuai dengan keadaan badan kita
insyaAllah bagus untuk semua orang
Dulu pernah jadi pengguna Shaklee kejap. Lepastu stop sebab rasa tak larat nak keep up with all the supplement, hehe. Tak dinafikan kalau istiqamah memang bagus bab supplement ni. Tapi emi jenis yang time rajin je amalkan hahah
emi recently posted…Matxi Corp Kembangkan Sayap Ke Malaysia – Sambutan Ulangtahun Ke-2 Matxi Corp
try amalkan semula emi sebab ianya bagus untuk kesihatan