Baru- baru ni saya ada ikuti kelas dengan Dr. Anya berhubung masalah proriasis. Dan kebetulan pula semalam saya dihubungi seorang customer yang bermasalah dengan psoriasis. Jadi moleklah rasanya saya kongsikan dengan anda maklumat yang saya perolehi.
Apakah penyakit psoriasis?
Psoriasis ialah penyakit keradangan yang kronik dan bersifat autoimun.
Sel-sel imun yang keliru menyerang sel kulit yang sihat.
Menyebabkan sel kulit tumbuh dengan cepat dan berlebihan (hyper profileration) tapi tidak sempurna.
Akibatnya kulit menjadi tebal, membentuk plaque berwarna putih, silver dan merah.
Faktor penyebab penyakit psoriasis
Antara penyebab penyakit psoriasis adalah:
- Genetik
- Stress terutamanya tekanan emosi
- Diet atau lifestyle yang tidak sihat
- Ketidakseimbangan bakteria dalam usus.
- Kekurangan vitamin D
- Fungsi hati terjejas
- Penghadaman protein yang tidak sempurna
- Perubahan hormon
- Berlebihan berat badan atau overweight
- Sesetengah ubat seperti beta blockers, ACEi, chroloquine, indometachin
Ciri-ciri penyakit psoriasis
Ciri-ciri penyakit psoriasis seperti berikut:
- Kulit kering, gatal dan rasa sakit
- Kulit bengkak, bersisik dan mengelupas
- Biasanya di lutut, siku, kulit kepala, tapak tangan dan kaki
- Psoriasis di tapak tangan dan kaki mudah bernanah bila terdedah kepada jangkitan, stres dan bahan kimia.
- Psoriasis di kuku – menebal, berlubang, perubahan warna (kuning coklat), bentuk, pemisahan kuku dari katil kuku.
- Psoriasis arthritis (sendi) – berlaku kepada 10-30% pesakit psoriasis. Sakit sendi, merah dan bengkak.
Nutrisi dan suplemen untuk psoriasis
Dari kelas tu doktor ada suggest beberapa nutrisi yang penting untuk bantu rawat masalah psoriasis. Ramai juga yang mencari cara merawat psoriasis di kepala, bahkan di hampir seluruh badan.
Omega Guard
- Asid Alpha-linolenik
- Asid Eicosapentaenoic (EPA)
- Asid docosahexaenoic (DHA)
Vitamin C
Vitamin C untuk kurangkan inflamasi dan kegatalan kulit, Berfungsi sebagai antioksidan dan kurangkan kerosakan sel. Vitamin c juga mengandungi quercetin dan hesperidin untuk kurangkan eosinophil yang menyebabkan gatal pada kulit.
Vitamin D (Ostematrix)
Vitamin B (BComplex)
Ramai pesakit dengan psoriasis menunjukkan kekurangan dalam satu atau lebih vitamin B, termasuk asid folik. Vitamin B dapat mengurangkan kadar stress dan memberikan mood happy.
Antioksidan – Vivix, DTX Complex
Contoh antioksidan adalah seperti polifenol, resveratrol dalam Vivix, catechin (dalam teh hijau, sebenarnya dalam Vivix pun ada catechin) dan cucurmin (ada dalam DTX Complex).
Kajian saintifik 2012 secara khusus menunjukkan keupayaan cucurmin (kunyit) untuk mengubah ekspresi sitokin TNF, yang diketahui memainkan peranan penting dalam permulaan dan kesinambungan flare psoriatik. Ini mungkin sebabnya pesakit mencari turmerik membantu dalam meminimumkan psoriasis dan psoriatic arthritis flare-up.
Selain itu milk thistle (sumber dalam DTX Complex) membantu mempromosikan detoksifikasi hati dan mengurangkan pertumbuhan sel.
Jadi kalau ada yang cari ubat herba untuk psoriasis tu, boleh amalkan set ini, kerana ia juga mengandungi herba.

Gabungan polifenol dan resveratrol menjadikan Vivix berkuasa 13x lebih berbanding resveratrol tunggal
Pre dan probiotik
Enzim pencernaan
Enzim pencernaan dapat membantu pecahan dan penyerapan makanan. Selain tu untuk membantu pecahan candida, bakteria dan parasit sendiri. Ia juga mempunyai khasiat anti radang dan membantu menyembuhkan usus sekaligus.
Enzim pencernaan ni cuma ambil empulur nenas sahaja, banyak khasiat anti inflammation.
Vitamin E (Vita E Complex)
Vitamin E juga mengurangkan inflamasi kulit dengan mengurangkan prostaglandins dan IgE.
Mencegah flare
- Meminimumkan stress (sebab tu salah satunya ambil Vitamin B)
- Mengekalkan kulit lembap, kerana psoriasis lebih cenderung berlaku pada kulit kering. Boleh cuba Herbal Blend yang selamat atau losyen pelembap Shaklee Baby. Jadi tak perlu cari krim psoriasis yang lain, kerana Herbal Blend atau Shaklee Baby cukup selamat untuk anda.
- Elakkan cuaca sejuk kerana cuaca sejuk boleh mengeringkan kulit
- Menggunakan humidifier apabila cuaca sejuk untuk membantu mengekalkan kulit lembap dan mencegah wabak
Penutup
InsyaAllah dengan cara ni, pesakit psoriasis akan jadi lebih sihat dan dapat jalani aktiviti seharian dengan lancar.
Sangat penting untuk anda beli suplemen Shaklee daripada orang yang tepat dan tahu selok belok nutrisi (berpengalaman). Saya telah berada dalam bisnes Shaklee lebih daripada 7 tahun dan telah membantu ramai orang yang mendapat penyakit kronik yang akhirnya menjadi sihat (Disclaimer: kesan kepada individu adalah berbeza, Shaklee adalah suplemen dan bukan bertujuan merawat).
Full set psoriasis Shaklee adalah:
- Omega Guard
- Vita C Sustained Released
- Ostematrix
- Vivix
- DTX Complex
- Bcomplex
- Vita E Complex
- Herbal Blend / ShakleeBaby Lotion
Setiap pembelian dengan saya akan melayakkan anda mendapat:
- Pos percuma
- Protokol pemakanan yang sesuai dengan masalah kesihatan anda
- Jemputan menghadiri kelas dengan doktor berpengalaman dalam bidang perubatan dan nutrisi (apabila diadakan)
Saya doakan anda terus sihat, terima kasih sebab membaca sampai habis. Saya doakan anda jumpa penyelesaian kepada masalah anda.
Jika perlukan sebarang penerangan tambahan jangan segan hubungi saya di 012-2195919 atau klik http://kakanah.wasap.my.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Coach Kesihatan Anda
Shaklee Gombak
makin ramai yg ada masalah autoimun ni kan. memang kena elak apa yg trigger masalah ni dari awal. Thanks for this info…
MiaZain recently posted…Rahsia Merawat Kulit Kusam dan Berjerawat Dengan Cepat dan Mudah
itulah makin ramai skrg ni, kena hati2 dengan pemakanan dan apa yang kita sapu pada kulit