Omega Guard Minyak Ikan Terbaik

By | 14 August 2017
omega guard

Omega Guard adalah salah satu suplemen penting yang saya ambil setiap hari. Bukan saya sahaja, bahkan semua ahli keluarga saya ambil Omega Guard setiap hari tanpa mengira umur. Dari umur setahun hingga ayah saya umur 70 tahun memang konsisten ambil Omega Guard.

Omega Guard adalah sejenis suplemen bersifat minyak ikan. Khasiat minyak ikan memang ramai sudah tahu, betul tak. Dan tentu kebanyakan yang ambil minyak ikan tahu jenama-jenama seperti Scotts Emulsion, Seven Seas dan sebagainya.

Tapi tahukah anda, Omega Guard sebenarnya suplemen minyak ikan omega 3 yang terbaik? Nak tahu kenapa? Jemput baca ya.

Apakah Asid Lemak Omega 3

Asid lemak omega 3 adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh badan. Ianya adalah sejenis lemak yang sihat. Omega 3 pula adalah polyunsaturated fatty acid (PUFA). PUFA adalah lemak yang paling sihat berbanding lemak lain.

Fungsi omega 3 kepada sel adalah membantu dalam penghasilan sel membran. Apabila sel membran kita sihat, ia membantu pengambilan nutrisi ke dalam sel.

Asid lemak omega 3 tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan. Jadi kita perlu dapatkan daripada makanan sahaja atau suplemen.

Asid lemak omega 3 adalah kaya dengan DHA dan EPA. Ia merupakan asid lemak Omega 3 yang sangat penting dan mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan.

Kebaikan Omega 3

Banyak kebaikan omega 3 kepada kesihatan. Antaranya:

1. Kesihatan jantung

DHA dan EPA adalah sangat bagus dapat mengurangkan keradangan. Keradangan pada tubuh boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Apabila salur darah sihat, jantung dapat mengepam darah dengan baik. Justeru ia dapat mengekalkan peredaran darah dan irama jantung yang sihat.

Selain itu, omega 3 juga membantu meningkatkan tahap HDL iaitu kolestrol baik.

Akhir sekali, ada kajian menunjukkan omega 3 dapat menurunkan tahap trigliserida (sebanyak 15 0 30%) dan tekanan darah.

2. Menyokong fungsi otak yang sihat

Otak kita mengandungi 60% lemak dan lemak ini adalah dari jenis asid lemak omega 3 terutama DHA untuk ia selalu sihat. Jadi omega 3 adalah sangat penting untuk otak bekerja dengan baik.

Kajian menunjukkan pesakit yang mempunyai masalah berkaitan otak mempunyai tahap omega 3 yang agak rendah. Lebih menarik, kajian turut menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 dapat atau memperbaiki masalah mental.

Secara ringkas, pengambilan asid lemak omega 3 dapat membantu kesihatan otak dari segi:

  • Memperbaiki fungsi kognitif dan perasaan
  • Meningkatkan ingatan, pembelajaran dan perhatian
  • Melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan seperti alzheimer, parkinson dan lain-lain lagi.

 

3. Menyokong Fleksibiliti Sendi

Kesihatan sendi sangat penting untuk kita bergerak setiap hari. Semakin kita menua, tulang akan mula kehilangan mineral yang penting, ini menyebabkan ia mudah patah dan berdepan risiko osteoporosis dan osteoarthritis.

Ada kajian yang menunjukkan, pengambilan omega 3 dapat mengurangkan risiko patah tulang ini sekaligus dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan tulang.

Disebabkan omega 3 bersifat anti keradangan, asid lemak omega 3 dapat membantu mengurangkan rasa sakit pada sendi.

Antara kebaikan asid lemak omega 3 untuk sendi:

  • Sebagai Pelincir semulajadi dan memudahkan pergerakan
  • Mengurangkan keradangan sekaligus melegakan simptom sendi
  • Mengurangkan kekakuan sendi dan meningkatkan fleksibiliti sendi
Penyulingan berperingkat Omega Guard dapat menjamin keselamatan daripada logam berat dan toksin

Penyulingan berperingkat Omega Guard dapat menjamin keselamatan daripada logam berat dan toksin

4. Perkembangan Bayi

Ini terutamanya untuk ibu hamil. Asid lemak omega 3 penting diambil di sepanjang kehamilan. Ini kerana minyak ikan omega 3 menyokong perkembangan otak dan mata bayi.

Selain itu, menurut kajian terbaru menunjukkan pengambilan omega 3 semasa bulan-bulan terakhir kehamilan dapat membantu meningkatkan perkembangan sensori, kognitif dan motor bayi.

5. Menyokong Kesihatan Kulit

Kulit adalah organ terbesar bagi manusia dan ia turut mengandungi banyak minyak ikan omega 3. Ada beberapa masalah berkaitan kulit yang dapat dibantu mengunakan asid lemak omega 3 antaranya psoriasis dan ekzema. Asid lemak menyokong membran sel. Apabila kita semakin menua

  • Mengurangkan kekeringan
  • Mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan jerawat.

6. Meningkatkan kesihatan imun

Sistem imun adalah sistem organ yang sangat kompleks (nodus limfa) dan sel (limfosit) yang bekerja bersama-sama untuk mencari dan memusnahkan apa-apa serangan yang memasuki tubuh (seperti bakteria buruk atau virus.)

Nodus limfa terdapat secara strategik di dalam badan dan berfungsi sebagai pusat pemeriksaan bagi cecair yang membawa limfosit. Limfosit adalah sel yang akan meronda badan untuk mencari sebarang ancaman yang berpotensi dalam bentuk bakteria, virus, kulat.

Limfosit ini dikelaskan sebagai sel T atau sel B. Dalam satu kajian yang dibuat oleh Dr Jenifer Fenton dari Michigan State University, mereka mendapati minyak ikan omega 3 sangat berperanan dalam meningkatkan kesihatan sistem imun ini. Ini terutamanya dari segi meningkatkan fungsi sel B. Sel B adalah sejenis sel imun dimana ia diperlukan untuk penghasilan antibodi.

7. Kesihatan Lelaki

Minyak ikan omega 3 memainkan peranan penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid yang membentuk struktur membran sel termasuk sel sperma.

Omega Guard Minyak Ikan Terbaik

Saya pernah tulis berkenaan ciri-ciri atau cara pemilihan minyak ikan, mengikut pandangan Dr Hafiz. Jadi bagi saya, tak perlu saya ulang lagi berkenaan cara pilih minyak ikan. Dalam posting ini bagaimanapun saya akan fokus tentang Omega Guard, iaitu minyak ikan keluaran Shaklee dan mengapa jika mengikut kriteria Dr Hafiz, Omega Guard adalah terbaik berbanding jenama lain.

1. Omega Guard memiliki gred pharmaceutical, iaitu gred farmasi

Gred farmasi adalah bentuk minyak ikan paling tulen, dimana ia mengandungi asid lemak omega 3 tertinggi serta turut mengandungi DHA dan EPA.

Berbanding minyak ikan gred lebih rendah, minyak ikan gred farmasi dapat menjamin ketulenan dan keaslian minyak ikan berbanding dalam jenama lain.

Proses pengeluaran minyak ikan gred farmasi adalah lebih menyeluruh sebagai contohnya penghasilan 1 galon minyak ikan memerlukan 100 galon minyak ikan gred makanan kesihatan.

2. Omega Guard melalui penyulingan berperingkat

Penyulingan molekul berperingkat diperlukan untuk mendapatkan kesucian yang tinggi supaya dapat menghilangkan hampir semua toksin dan logam berat seperti merkuri.

Penyulingan berperingkat ini  membantu kita mendapat omega 3 yang tulen dan pekat. Proses proprietari ini memekatkan omega 3 dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, arsenik, plumbum, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan pencemar.

3.  Omega Guard memiliki DHA dan EPA yang paling tinggi

EPA ialah asid eicosapentaenoic dan DHA adalah asid docosahexaenoic dan kedua-duanya adalah asid lemak omega 3. Anda perlu pastikan nisbah EPA dan DHA adalah yang terbaik, atau anda berkemungkinan akan terbeli air sahaja.

Daripada apa yang dikongsikan oleh Dr Hafiz, sesetengah syarikat cenderung menggunakan minyak filler untuk mengimbangi minyak ikan mereka. Namun harus kita teliti, kandungan EPA dan DHA adalah lebih penting.

Daripada gambarajah di bawah, kita boleh buat kiraan berapakah sebenarnya jumlah minyak ikan.

omega guard minyak ikan

Berapa banyak omega 3 dalam minyak ikan ini?

  • Jumlah minyak ikan adalah 1000 mg
  • EPA sebanyak 180mg, DHA sebanyak 120mg. Jumlah kedua-duanya adalah 300mg.
  • Jumlah filler pula adalah 1000mg – 300mg = 700mg
  • Minyak ikan di atas ini mengandungi hanya 30% omega 3, manakala 70% adalah filler.

Bagaimana pula dengan Omega Guard? Omega Guard mengandungi 90% khasiat omega 3 iaitu 540mg kandungan EPA dan 360mg kandungan DHA daripada keseluruhan dos yang disyorkan. Jadi anda membeli minyak ikan, bukannya filler semata-mata.

4. Omega Guard memiliki 7 spektrum minyak ikan yang lengkap

Omega 3 mengandungi banyak lagi spektrum minyak ikan termasuk DHA dan EPA. 5 lagi spektrum minyak ikan yang terdapat pada Omega Guard adalah:

  • Docosapentaenoic
  • Stearidonic
  • Eicosatetraenoic
  • Heneicosapentaenoic
  • Alpha-linolenic acids

5. Omega Guard kurang hanyir dan kurang bau ikan

6. Omega Guard diiktiraf oleh Friends of the Sea

Pensijilan Friends of the sea penting untuk memastikan Shaklee mendapat bekalan ikan yang berterusan tanpa menjejaskan alam sekitar.

Teruja Mendapatkan Omega Guard?

Berdasarkan kriteria di atas, memang terbaik sebenarnya Omega Guard dari Shaklee, betul tak? Sebelum saya settle down dengan Shaklee 5 tahun lalu, saya memang turut ambil minyak ikan dari jenama lain. Antaranya Scotts Emulsion dan Seven Seas. Saya ambil memang untuk kesihatan anak, masa itu anak sulung kerap kali demam, iaitu hampir setiap bulan.

Hasil cubaan gagal ini, saya ambil masa selama hampir setahun juga sebelum saya betul-betul puas hati dengan Shaklee. Ini disebabkan saya mencuba setiap jenama selama 1-2 bulan. Maklumlah saya faham kesan suplemen agak mengambil masa. Namun walaupun mengambil minyak ikan, keadaan anak saya tetap tidak berubah. Masuk bulan baru beliau akan demam. Masa itu usianya 4 tahun.

Akhirnya saya yang pada masa itu memang mengamalkan Shaklee (set menyusu), mencuba Omega Guard pula iaitu hampir 7 bulan selepas mencuba jenama lain. Tapi inilah yang akhirnya kami komited sehingga sekarang. Sebab itu jugalah di rumah saya, stok Omega Guard mesti ada 2 botol sebulan.

Ayuhlah bertukar kepada Omega Guard hari ini!

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

22 thoughts on “Omega Guard Minyak Ikan Terbaik

  1. Zurainny Ismail

    Very, very good info & good write up. Nisbah EPA:DHA Omega Guard sgt mengkagumkan. Akak ada baca yg nisbah gitu is better especially utk otak – EPA higher than DHA. Tapi kandungan 90% tu mmg hebat. Jenama yg akak guna skrg nisbah 100:500 , kandungan Omega 60%. Better than most, tp x sebaik Omega Guard. Dah start kerja balik ni, byk benda kena belajar, so otak & badan mesti cerdas!
    Zurainny Ismail recently posted…SGshop Merdeka GiveawayMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ada jumpa kawan saya baru2 ni pun omega 3 yang dia beli just sekitar 60%. sebenarnya nisbah tu saintis dah kaji pun kak, epa mesti higher dan dha. memang ada kajian diorang. kak boleh bertukar kepada omega guard la lepas ni. nak beli shaklee kontek saya tau.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      pasal mampu tu sangat subjektif juga mak. kalau utk basic, amik ni dulu: omega, vit c, vitalea, bcomplex dan esp. tak mahal pun sbb bukan kena beli tetiap bulan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge