Baru-baru ni ada seorang doktor share berkenaan bahaya paraben. Bila saya baca tu, Oh My God, mujurlah saya amalkan makan Shaklee, khususnya Vivix!
Apa yang doktor tu sebut? Meh saya share kat sini:
Bagaimana Paraben Mengganggu Kesihatan Manusia
Isu penggunaan paraben hangat lagi. Penggunaannya masih berleluasa. Paraben ini bahan biasa dalam:
- Barangan kosmetik
- shampoo
- pencuci muka
- deodoran
- sabun mandi
- pelembap
- ubatan-ubatan terutamanya jenis cecair
Paraben merupakan bahan antikuman yang berleluasa digunakan di dalam produk seharian kita kerana murah.
Namun begitu, bahan ini juga terkenal kerana berpotensi sebagai pengganggu hormon (XENOESTROGEN).
Ciri-ciri am pengganggu hormon Xenoestrogen
(Menurut National Institute of Environmental Health Sciences (NIEHS):
- Dos rendah perlu diambil kira
- Pelbagai kesan kepada kesihatan
- Kesan biologi yang berterusan (persistent)
- Pendedahan bahan ini berleluasa.
Terdapat 5 Jenis Paraben yang diharamkan di Eropah
- Isopropylparaben
- Isobutylparaben
- Benzylparaben
- Phenylparaben
- Pentylparaben
Paraben ini disahkan selamat oleh European Commision : Scientific Committee on Consumer Safety (SCCS).
- Propylparaben
- Butylparaben
- Methylparaben
- Ethylparaben
Negara Denmark nampaknya lebih skeptik dan mengharamkan penggunaan propyl dan butyl paraben pada produk kosmetik
pada kanak-kanak bawah 3 tahun.
Melihatkan pengharaman Denmark ini, Kesatuan eropah membuat reassesment pada 2011 dan seterusnya mengharamkan penggunaan propyl dan butyl paraben pada bayi berusia kurang 6 bulan.
Antara sebab pengharaman produk mengandungi bahan paraben pada lampin bayi ini adalah kerana gangguan metabolisma bayi menjadi pramatang dan risiko kerosakan kulit pada sekitar kawasan lampin.
Pada September 2014, EU menurunkan PARAS SELAMAT propyl dan butyl paraben daripada 0.4% (guna asing) 0.8 (campur ester) kepada hanya 0.14%
Sebabnya? Entahhhhh, kaedah mereka mengira peratusan paras selamat bahan juga menjadi misteri dan teka-teki pada saya.
Ingat, itu PERMISSIBLE LEVEL ya Saya kurang yakin safety level tu jika berkali-kali diubah.
Ada satu kajian pasal paraben dan kanser ni. Di dalam kajian ini, butylparaben didapati berinteraksi dengan protein tumbesaran iaitu HERUGULIN.  Herugulin meningkatkan bahaya paraben pada dos 100 kali lebih rendah. Semua kita ada herugulin ni.
Itu belum cerita lagi kesan paraben pada reseptor kanser payudara HER2
“New research suggests, though, that they may be more harmful than previously thought.”
https://www.webmd.com/…/ne…/20151027/parabens-breast-cancer…
Itu expert yang cakap pada tahun 2015. Mereka pun tak jangka paraben lebih bahaya daripada yang difikirkan dahulu dengan penemuan terbaru ini. Mereka pun tak pasti risiko dan bahaya sebenar paraben, korang yakin?
Kajian kaitan Paraben dengan Penyakit
1. Paraben merupakan pengganggu hormon
a) Kesan buruk dominasi hormon estrogen kepada lelaki antaranya obesiti, rambut gugur,masalah prostat, libido (nafsu seks) berkurang dan payudara lelaki.
https://www.facebook.com/muiz.h.sulaiman/posts/1654470704579736
b) Kesan buruk dominasi hormon estrogen kepada wanita. Xenoestrogen bukan sahaja mengganggu hormon estrogen, tetapi mengganggu:
- Paksi HPA yang mengawal hormon stres dan antiradang iaitu hormon KORTISOL terutamanya
- Paksi HPT yang mengawal hormon metabolisma badan kita iaitu hormon TIROID terutamanya.
https://www.facebook.com/muiz.h.sulaiman/posts/1874168845943253
Bahaya pengganggu hormon ini juga dinukilkan oleh pakar sakit puan terkemuka Dr Hamid Arshat
https://www.facebook.com/hamidarshat45/posts/986364771417555
Xenoestrogen juga berpotensi toksik kepada genetik, kesuburan, sistem kardiovaskular, organ kewanitaan dan kemungkinan mencetus kanser.
2. Paraben dan enzim detox
Paraben juga menyahaktifkan enzim SULT, iaitu enzim yang “detox keluar” estrogen daripada badan. Bila badan gagal keluarkan estrogen daripada badan, makin tinggi lah jadinya estrogen badan. Apa jadi kalau estrogen terlalu banyak? Boleh baca dalam link berikut:Â http://www.naturallivingideas.com/signs-of-high-estrogen/
3. Paraben menyebabkan Genotoksik
Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa paraben mempunyai kesan ke atas kromosom sel badan. Bila saya study lagi pasal genotoksik, ada banyak kajian rupanya yang menunjukkan bagaimana paraben atau bahan kimia toksik memberikan kesan kepada kromosom (DNA) sel badan. Antaranya:
Paraben menyebabkan telomere memendek dengan pantas https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27995640
Bila bahan camni boleh ganggu dan mempunyai kesan ke atas kromosom kita, memang jadi benda yang patut kita risaukan dan jauhi.
4. Paraben dan Androtoksik
Sesetengah kajian ke atas jenis paraben seperti metil dan butyl paraben menunjukkan kesan buruk kepada kesuburan organ seks (reproduktif) lelaki.
5. Paraben dan alergi
Paraben juga dikaitkan dengan masalah sensitif, alergi kulit dan juga peningkatan alahan makanan.
Itulah panjang jugak ceritanya paraben ni. Ini paraben sahaja, belum lagi bahan toksik lain seperti laurel sulfat, EDTA, bahan2 pewangi, phthalates.
Vivix dan Peranannya Melindungi Sel
Bila saya baca pendedahan Dr Hafiz seperti diatas, saya dapat relatekan dengan Vivix yang saya memang amalkan hari-hari. Dan mujurlah saya amalkan sejak 5 tahun lalu. Sebab apa?
Salah satu mekanisme tindakan Vivix adalah perlindungan sel. Terdapat 2 mekanisme Vivix Shaklee khasnya melalui polifenol:
1. Vivix Shaklee mengaktifkan pengawal selia genetik
Polifenol dalam Vivix Shaklee berpotensi meningkatkan kesihatan organ badan. Resveratrol contohnya boleh mengaktifkan pengawal selia genetik yang mempromosi sel yang dapat bertahan lama dan memberikan kesan positif ke atas kesihatan selular dan metabolisme. Ia akan menyimpan organ-organ anda mempunyai metabolisme yang baik.
Dalam kajian yang dijalankan mendapati resveratrol dapat membantu melambatkan penuaan pada tahap selular. Kajian ini menjelaskan resveratrol dapat mengaktifkan pengawal selia genetik yang dapat memberikan kesan positif ke atas DNA, kesihatan pada tahap selular dan metabolisme (melalui mitokondria).
2. Vivix Shaklee membantu melindungi dan memperbaiki DNA pada tahap selular.
Resveratrol dalam Vivix Shaklee juga boleh melindungi dan membaiki DNA selular dari kerosakan. Ia akan membantu sel-sel di dalam badan boleh pulih dengan cepat apabila mereka berada di dalam kerosakan.
Sel badan kita diserang setiap hari oleh tiga perkara yang menyebabkan kerosakan kepada DNA mereka iaitu:
- Pengoksidaan yang berlaku dengan tekanan yang berlebihan
- Mutasi sel yang abnormal
- Faktor persekitaran seperti radiasi tahap rendah atau pendedahan kepada toksin.
Dalam artikel ini kita lihat bagaimana toksin seperti Paraben terbukti dapat mengganggu DNA (kromosom).
DNA terdapat pada setiap sel dan dilindungi di dalam sel. Apabila sel badan diserang, DNA turut sama terjejas dan berdepan dengan bahaya justeru boleh mengganggu fungsi sel tertentu dan menyebabkan sel mati secara necrosis.
Peredaran masa menyebabkan sel-sel terdedah kepada lebih banyak peluang untuk gagal, kecuali ada sesuatu yang boleh memulihkan atau membaiki lembar DNA daripada serangan ini.
Selain itu, penuaan pada tahap selular juga disebabkan oleh pengawal selia genetik. Pengawal selia genetik berfungsi mengawal keseimbangan yang dinamik di antara kerosakan dan pembaikan, termasuk samada sel-sel dapat dihidupkan semula atau terus mati. Semakin kita menua, pertahanan semulajadi dan keupayaan membaiki diri akan berkurangan. Justeru meningkatkan fungsi pengawal selia genetik ini dapat merangsang kelangsungan hidup.
Bagi kedua-dua perkara ini, Vivix Shaklee dengan kuasa resveratrol dan polifenol dapat membantu:
- Membantu melindungi dan membaiki DNA selular
- Memberikan kesan positif kepada pengawal selia genetik yang membantu melawan penuaan selular
Jadi sebelum apa-apa efek, baik kita ambik perlindungan terus dengan Vivix. Makin berkeyakinan lepas baca pendedahan Dr Hafiz.
Korang bagaimana?
Jom order Vivix Skincare hari ini !
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak