9 Tips Kawal Psoriasis Dengan Berkesan

By | 24 October 2016
9 tips kawal psoriasis dengan berkesan

Bagi pesakit psoriasis, pengambilan ubat memang terbaik. namun anda boleh melakukan beberapa perkara untuk membantu merawat psoriasis anda tanpa preskripsi.

9 Tips Mengawal Psoriasis Dengan Berkesan

1. Ambil suplemen

Pengambilan suplemen dapat membantu mengurangkan simptom psoriasis secara nutrisi daripada dalam.

Menurut National Psoriasis Foundation, suplemen seperti minyak ikan omega 3, vitamin D, milk thistle, aloe vera, anggur, EPO antara dikenalpasti boleh membantu meredakan simptom ringan psoriasis.

Suplemen ini boleh didapati secara terus atau dalam bentuk suplemen.

2. Elakkan Kulit Kering

Penggunaan perkakasan pelembap udara (humidifier) di dalam rumah dapat membantu mengawal kelembapan udara persekitaran yang boleh menyebabkan kulit kering.

Penggunaan krim pelembap untuk kulit sensitif atau moisturiser juga baik untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga boleh membantu mengelakkan atau melambatkan pembentukan plak (kulit tebal, bersisik atau berkeruping).

3. Elakkan bahan pewangi

Kebanyakan sabun wangi dan minyak wangi mengandungi dye atau bahan kimia penyebab iritasi kulit. Anda boleh pilih produk yang sesuai untuk kulit yang sensitif.

4. Jaga pemakanan

Fahami situasi alahan kulit anda. Setiap individu mempunyai karektor psoriasis yang berbeza. Makanan yang sesuai dan sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, biji-bijian, kekacang yang kaya dengan omega 3 dapat membantu mengurangkan keradangan.

5. Mandi air suam

Mandian hangat air suam bercampur dengan garam epsom dapat membantu meredakan kegatalan dan melegakan kulit.

6. Kawal Stress

Apabila berdepan dengan simptom psoriasis yang kadangkala ringan dan tiba-tiba boleh menjadi berat boleh menimbulkan stress. Namun cubalah menahan diri daripada kegatalan, jangan menggaru dll.

Pada tahap ini kesabaran serta bijak mengawal situasi boleh membantu menyelamatkan keadaan dan meredakan gangguan emosi.

7. Berhenti merokok

Merokok menyebabkan kegagalan nutrisi diserap dengan sempurna ke dalam badan. Rokok juga menyebabkan kulit mudah kering kerana ia mengurangkan keberkesanan vitamin C dalam badan.

8. Kunyit

Kunyit membantu mengurangkan kerengsaan kulit akibat psoriasis.

9. Jumpa pakar anda

Untuk maklumat lebih lanjut bagaimana menangani masalah psoriasis anda, adalah terbaik dengan berbincang dengan doktor anda. Doktor akan membantu mendiagnosis masalah psoriasis dengan lebih teliti sebelum anda membantu rawatan alternatif.

Cara Rawat Psoriasis Dengan Suplemen

Untuk mendapatkan nutrisi dengan suplemen, ada beberapa suplemen Shaklee yang bersesuaian untuk penyakit psoriasis.

Testimoni Psoriasis

Antara testimoni Shaklee membantu rawatan pesakit psoriasis

Set lengkap psoriasis mengandungi:

  1. Vivix: Membantu pesakit psoriasis dengan cara merawat DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membetulkan DNA yang rosak.
  2. DTX Complex: membantu menghalang pengaktifan T-sel manusia yang berlaku dalam psoriasis di samping membantu  merangsang fungsi hati dan menyingkirkan toksin dengan lebih berkesan.
  3. Omega Guard: membantu mengurangkan keradangan untuk mengawal rasa gatal, dan baik untuk memperbaiki struktur kulit. Disamping itu Omega Guard membantu mengurangkan risiko darah tinggi dan arthritis yang merupakan risiko kepada pesakit psoriasis.
  4. GLA Complex: Membantu melegakan keradangan dan kegatalan kulit. GLA juga terbukti berkesan mengurangkan masalah kepada pesakit psoriasis, ekzema dan keradangan kronik. GLA juga mempromosi kesihatan kulit, kuku dan rambut.
  5. BComplex: diperlukan kerana pesakit psoriasis kekurangan vitamin B untuk anti-stress (tekanan menambahkan gejala psoriasis), mengelak kegelisahan dan menyokong emosi lebih stabil.
  6. Ostematrix: Psoriasis menyebabkan pertumbuhan sel-sel kulit yang terlebih aktif. Vitamin D boleh mengubah cara sel berkembang dan membantu melambatkan pertumbuhan mereka. Vitamin D membantu mengatasi tindak balas badan untuk keradangan yang berkaitan psoriasis.
  7. ESP: membekalkan protein untuk pertumbuhan sel yang sihat.
  8. Nutriferon: membantu meningkatkan interferon semulajadi badan dan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan tanpa menambah tekanan kepada badan.
  9. Herbal Blend: Sapuan krim herba untuk kegunaan luaran. Membantu menjaga kelembapan kulit dan meredakan keradangan dan kerengsaan kulit.

Jangan biarkan diri anda terus dibelenggu masalah psoriasis. Penyakit psoriasis jika tidak dikawal boleh merisikokan anda menghidapi diabetes, darah tinggi atau kegagalan buah pinggang di kemudian hari. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

14 thoughts on “9 Tips Kawal Psoriasis Dengan Berkesan

    1. Raihanah Ahmad Post author

      amalkan pencegahan, tapi memang kesian siapa yang kena sakit ni

      Reply
  1. okje

    Alahai….. mcm mcm penyakit ada dalam dunia ni ye Raihanah. Syukur masih ada penawar lagi…. Shaklee boleh membantu ! Hehe….. Ada gaya duta tak?
    okje recently posted…Indahnya PutrajayaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge