Disebabkan bulan ini bulan promosi Omega Guard, saya ingin bawakan maklumat berkenaan kepentingan ramuan dalam minyak ikan. Ramai yang tahu berkenaan EPA dan DHA kan, ramai yang suka beli minyak ikan.
Tapi mungkin ramai belum tahu apa fungsi EPA dan DHA kepada kesihatan otak kita.
Sumber terbaik EPA dan DHA ialah ikan air sejuk seperti ikan bilis, ikan kembung, sardin, salmon dan hering. Jika anda tidak selalu makan ikan-ikan ini, anda juga boleh dapat nutrien yang setimpal daripada EPA dan DHA.
Apakah EPA dan DHA
Definisi EPA dan DHA;
“Dalam tubuh, asid lemak omega-3 ditukar kepada DHA dan EPA (asid docosahexaenoic dan asideicosapentaenoic, masing-masing). DHA dan EPA yang sangat lemak tak tepu yang memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan visi dan fungsi otak bayi.“
EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
Peranan EPA dan DHA
Kalau ikutkan carta di bawah, EPA dan DHA sangat memainkan peranan daripada dalam kandungan hingga tua, terutama kesihatan otak.
Kesan pengambilan DHA dan EPA kepada kandungan
Wanita mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir & melihat).
Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari, wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur empat tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B). Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko alergik.
Wah, patutlah Sarah memang tidur dengan baik, berbeza dengan abang-abangnya dahulu. Ehem
Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak
Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin. Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum.
Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha – linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.
Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha – linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega – 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.
Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.
- Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
- Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
- Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
- Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
- Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada orang dewasa
Bagi orang dewasa,banyak fungsi-fungsi DHA dan EPA seperti senarai berikut
- Kesihatan mental dan kognitif
- Kesihatan jantung dan kolestrol
- Menurunkan berat badan
- Mencantikkan kulit
- Membantu mengurangkan kesan penyakit arthritis
Anda boleh klik pada link itu ya untuk baca info lebih detail.
Kesimpulanya, untuk perkembangan anak-anak yang optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Contoh makanan yang kaya dengan Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dengan omega 3), kekacang.
Akan tetapi, masalah kekurangan Omega 3 dalam diet harian boleh dibantu dengan pengambilan supplemen Omega yang lengkap dgn DHA dan EPA. Selain beli untuk anak-anak, Omega ini boleh kita kongsikan dengan kita sendiri (ibu ayah, selain untuk ibu ayah kita yang sudah tua).
Kenapa Pilih Omega Guard
Saya sendiri telah menggunakan Omega Guard sudah masuk 4 tahun, begitu juga anak-anak dan ibu bapa saya.
- Ibu bapa saya gunakan untuk sakit sendi dan arthritis, selain untuk kolestrol.
- Saya pula guna untuk kuruskan badan, disamping saya mahukan khasiatnya untuk anak saya yang masih menyusu. Baby Sarah memang telah ada asthma dan bronkitis sejak berumur 4 bulan lagi.
- Anak-anak pula ambil untuk pembelajaran, pertahanan badan mereka.
Omega guard memang terbaik. Sebab:
Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Raihanah
SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Salam kenal Puan..
Kepentingan yang banyak orang lupakan kerana terlalu tumpukan kepada kepentingan perut anak-anak sahaja dan abaikan kepentingan minda.
Afzai Afandi recently posted…Smart Watch Huawei
betul tu
saya pun makan ni nak kurus dan cantikkan kulit 😉
ajumohit recently posted…Diserang sakit gigi
saya amalkan untuk kurus juga
Saya pentin DHA ini. Sampaikan telur pun ada DHA.
akubiomed recently posted…Aplikasi Hong Leong Connect Mobile dengan pengesahan biometrik
paling elok memanglah ambil terus daripada makanan
Saya pun ambik. Memang baik untuk kesihatan
fidah shah recently posted…Factory Reset
betul tu
kandungan omega di dalam minyak ikan terbukti bermanfaat untuk kesihatan otak..
Mizz Aiza recently posted…Kenapa Air Laut Bewarna Biru?
betul tu
nampaknya bukan anak je, mak bapak pun kena makan juga 🙂
Ikhwan recently posted…Tips Tambah Berat Badan Untuk Si Kurus
seisi keluarga boleh makan
salam singgah?
betul tu tpi org tua pun nk jugak cerdik hehe
boleh tumpang sekaki
orang tua nak elak nyanyuk semua perlulah juga amalkan minyak ikan, insyaALlah
nak otak sentiasa cerdas kenalah makan … maklum , umur semakin meningkat .
kalau tidak dapat makan ikan dalam makanan, digalakkan ambil suplemen
ternyata info ini amat penting…dan tidak dinafikan epa dan dha adalah elemen terpenting untuk kesihatan manusia..
Hero Borneo recently posted…Tawaran Untuk Tulis Blog Review
minyak ikan memang sinonim pada kanak2 dan selalu diberikan kepada mereka untk tujuan ini
rasanya orang dewasa juga perlu nutrien ini…
mrhanafi recently posted…Kisah Benar Si Peminum Codi Cafe
orang dewasa memang perlu juga untuk reason yang disebutkan
Semoga ianya bermanfaat untuk tubah badan kita.
Bahrain recently posted…Jerebu Oh Jerebu
insyaAllah
kalau kurang memang tak baguh huhu..mesti ambil jugani
suri recently posted…Petua Meredakan Buah Dada Bengkak Dan Mengeras Semasa Selepas Berpantang
saya ambil juga setiap hari, kena tahu dos yang betul ya sis.
Huhhh..bahaya gak tu kan..kalau tak cukup efeect pada otak baby tu..
Hafizul recently posted…Buat Duit USD Dengan Nichify
kalau kekurangan banyak efeknya pada tubuh
otak kita memang harus di jaga nih
adesutisna recently posted…Download Apk Game Stickman Warriors Terbaru
perlu jaga sampai ke tua