Call nowWhatsapp

Kuruskan Badan Dengan Detox Shaklee: Fakta atau Mitos?

kuruskan badan dengan detox shaklee fakta atau mitos

Mulakan langkah baharu dan dapatkan kelebihan detoksifikasi daripada sistem penghadaman yang sihat, tampilkan kulit yang sihat berseri, tubuh yang mantap dan cantik. Diperbuat daripada adunan sinergi herba lembut dan nutrien lain, set ini membantu untuk menyokong proses detoksifikasi harian anda secara semula jadi harian.

Mengapa Perlu Detox?

Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup.

Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, amalan detox secara berkala adalah penting untuk kesihatan.

7 Manfaat Detox

  • Menurunkan berat badan. Insulin resistance atau diabetes berpotensi menyimpan lemak, menyebabkan anda berlebihan berat badan. Detox dapat mengurangkan kadar gula darah dan insulin, justeru dapat mengurangkan berat badan anda.
  • Kolon lebih sihat. Punca PERUT BUNCIT bukan hanya disebabkan oleh lemak semata-mata, tetapi ianya juga berpunca dari USUS yang sangat kotor sehingga membentuk LAPISAN yang amat TEBAL di DINDING USUS.
  • Meningkatkan Tenaga. Detox bantu tingkatkan tenaga mitokondria. Mitokondria adalah pusat tenaga sel. Bila mitokondria meningkat, seterusnya metabolisme pun meningkat.
  • Mengawal Nafsu Makan. Dengan detox, ia bantu kawal masalah makan kita. Justeru masalah yo-yo diet dapat diatasi.
  • Kulit Lebih Cantik. Detox merangsang proses pembaharuan sel. Jadi kulit pun jadi lebih cantik.
  • Menguatkan Sistem Imun. Detox membantu meningkatkan sistem imun bilamana ia mengurangkan inflamasi kepada sel badan.
  • Tidur Lebih Lena. Detox membantu memperbaiki hormon (hormon growth – HGH). Tidur pun lebih lena.

Detox Shaklee Menjadikan Proses Kuruskan Badan Lebih Efektif

Ada banyak jenis program detox dalam dunia. Tapi seringkali tak sama antara satu sama lain. Sebab apa tak sama?

  • Ada yang hanya fokus kepada proses menarik toksin secara fizikal, contohnya dengan menggunakan patch
  • Ada yang fokus kepada pengambilan jus-jus detox
  • Ada yang fokus hanya kepada organ tertentu sahaja, seperti usus
  • Dan banyak lagi

Kita memerlukan program Detox secara menyeluruh untuk memastikan detoksifikasi dilakukan secara berkesan dan kesihatan optimum dapat dicapai!

Detox Shaklee memastikan detox dilakukan secara holistik ke atas system detox tubuh. Sebab itu jugalah menu dan mealplan detox adalah disediakan oleh pakar Nutrisi, dan disemak secara teliti oleh Doktor sendiri di Shaklee Corporation.

Rugikan kalau kita sebut detox detox tapi detox 1 bahagian sahaja? Jom kita lihat apakah sebabnya kalau nak kuruskan badan, sebaiknya kita lalui proses detox dahulu.

Sebab # 1: Kesan ke atas mTOR.

mTOR tu apa? Dah macam nama karektor dalam komik Jepun pulak. mTOR adalah mekanisme utama yang meningkatkan sintesis protein dalam otot anda.

Terdapat 3 kaedah yang diketahui untuk meningkatkan mTOR. Puasa, senaman, dan resveratrol (atau boleh juga kopi, coklat, teh hijau, kunyit)

Tempoh detox pun dah macam puasa juga dari segi Calorie Restriction, jadi bila kita buat ketiga-tiganya, dah macam 3 peluru pada masa yang sama. Sebab itu juga barangsiapa yang detox dan mengambil Vivix (yang mengandungi resveratrol) dan buat senaman, mereka lebih cepat turunkan berat badan berbanding mereka yang tidak.

Amalkan Vivix, pecah plateu sekejap je
Amalkan Vivix, pecah plateu sekejap je

Sebab # 2: Tingkatkan Metabolisme

Resveratrol (atau polifenol) dapat tingkatkan metabolisme. Ini disebabkan resveratrol mengurangkan masalah tidur (kebiasaannya di kalangan orang obese) dan meningkatkan tenaga. Jadi kombinasi detox dan resveratrol adalah awesome gaiss!

Sebab # 3: Mudahkan Proses Turunkan Berat Badan

Ada kaitan dengan fungsi hati. Ada artikel saya tulis baru-baru ini tentang fruktosa.

Gula putih atau sukrosa yang kita biasa letak dalam minuman dan makanan kita ada 2 bahan di dalamnya iaitu glukosa dan fruktosa. Setiap kali kita ambil gula masuk dalam badan, glukos dan fruktos ni akan masuk dalam badan.

Fruktos (gula putih) tidak boleh dicerna oleh sel badan. Maknanya bila kita makan atau minum gula, hanya hati (liver) yang menerima fruktos. Hati hanya akan simpan sahaja fruktos ni, tak proses apa pun.

Bila hati simpan saja, ini menyebabkan hati menghasilkan banyak lemak yang berkumpul di sekeliling hati. Fenomena ini dipanggil sebagai fatty liver dan inilah merupakan visceral fat.

Lemak visceral terus jadi normal lepas buat JomDetox
Lemak visceral terus jadi normal lepas buat JomDetox

Visceral fat yang jahat merembeskan hormon yang bawa keradangan ke seluruh badan – ini antara punca utama serangan jantung dan strok.

30% dari keseluruhan fruktos yang masuk ke badan kita, wajib jadi lemak visceral. Jadi 30% daripada 50% keseluruhan gula ialah 15%. Ini bermakna setiap sudu gula, 15% wajib jadi lemak visceral yang jahat tu.

Buah-buahan merupakan agen sukrosa atau fruktosa (gula daripada buah) dan sesetengah buah-buahan mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Fruktos merosakkan sel badan dan memberi browning effect (umpama kita bakar daging, daging jadi gelap). Kalau tiada antioksidan, maka kita takde protection dari reaksi kimia ini. Ini menyebabkan badan dan organ kita lebih cepat rosak, dan kita cepat tua dan merisikokan kita dapat penyakit kronik.

Jadi bila kita detox, kita akan bantu hati singkirkan lemak disekeliling hati (visceral fat) ni, jadi fungsi hati akan lebih berkesan dan efisien.

Sebab itu lebih mudah untuk kuruskan badan jika kita detox secara holistik. Penumpuan khusus tentulah kepada fungsi hati.

Jenis-jenis lemak yang bahaya
Jenis-jenis lemak yang bahaya

Sebab # 4: Bantu Stabilkan Glukosa dan Baiki Fungsi Insulin

Insulin ni sejenis hormon. Ia akan dikeluarkan apabila kita makan terutamanya jika kita makan gula dan karbohidrat. Masalah orang obes dan orang diabetes adalah hormon insulin ni jadi tak terkawal. Sentiasa dikeluarkan.

Insulin ini suka simpan lemak. Jadi lebih banyak ia dikeluarkan, maka lebih banyaklah ia ternak lemak.

Polifenol (termasuk resveratrol) dapat memperbaiki masalah insulin resistance, seterusnya mengurangkan tekanan oksidan dan mengantikfkan laluan sejenis enzim (Akt) pada pesakit diabetes type II.

Bila insulin dapat dijinakkan, maka lebih mudah anda kuruskan badan. Ini terutamanya mereka yang ambil Set Platinum #JomDetoxJutawan.

Program #JomDetoxJutawan pun dapat bantu anda reverse diabetes
Program #JomDetoxJutawan pun dapat bantu anda reverse diabetes

Sebab # 5: Bantu Kawal Rasa Lapar

Orang berlebihan berat badan selalu ada masalah dengan craving, selalu rasa tak kenyang-kenyang walaupun baru saja makan.

Tahu tak sebab apa? Sebab hormon Ghrelin dan Leptin dah celaru. Leptin mengurangkan rasa lapar. Ghrelin dirembes terutamanya dalam lapisan perut. Ghrelin meningkatkan rasa lapar.

Kedua-dua hormon bertindak balas dengan seberapa baik anda makan; Leptin biasanya juga berkolaborasi dengan jisim lemak – lebih banyak lemak yang anda miliki, semakin banyak leptin yang anda hasilkan.

Dalam program #JomDetoxJutawan, kita akan bantu anda cara untuk kawal craving ni. InsyaAllah mudah sahaja jika tahu caranya.

Bila kita berjaya kurangkan hormon Ghrelin, kuranglah rangsangan selera, masalah diet Yo-Yo tidak akan berlaku.

Sebab # 6: Ubah Lifestyle Anda

Ini penting. Perubahan gaya hidup adalah penting untuk pastikan kita tidak kembali kepada gaya hidup lama kita.

Kita dah tahu pun apa pemakanan yang baik untuk kita. Kita dah tahu gaya hidup lama kitalah puncanya berlaku kerosakan dalam diri kita.

Jadi ini paling crucial. Dengan menyertai #JomDetoxJutawan insyaAllah anda mampu ubah gaya hidup anda secara total.

Bila dah ubah lifestyle, takdelah masalah rebound atau berat yo-yo.

Dapat ubah lifestyle kepada yang lebih sihat adalah salah satu testimoni gempak detox Shaklee
Dapat ubah lifestyle kepada yang lebih sihat adalah salah satu testimoni gempak detox Shaklee

Anda Berminat? Sertai #JomDetoxJutawan Sekarang!

Nak tahu bagaimana saya buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja? Atau anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup? Ayuh sertai saya di program #JomDetoxJutawan, boleh wasap saya ya.

Bagaimana Nak Sertai #JomDetoxJutawan Shaklee?

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk Sertai JomDetoxJutawan Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge