Suplemen Sesuai Untuk Pesakit Buah Pinggang

By | 5 September 2016

Dengan saya sekarang ini ada 2 orang customer pesakit buah pinggang. Pertama seorang wanita penghidap SLE, seorang lagi adalah pesakit diabetes. Kedua-duanya punyai komplikasi yang sama iaitu buah pinggang bocor atau nephrotic syndrome.

Sejujurnya memang ini kali pertama saya uruskan mereka. Banyak yang saya belajar dan saya juga tidak jemu-jemu hubungi mereka untuk mendapatkan maklumbalas.

Mereka kini sihat. Bak kata customer saya, rasa sihat sampai rasa boleh berlari! Ha cenggitu rasa sihat. Mereka cuma ambil Vivix sahaja. Tapi sebenarnya banyak lagi suplemen yang sesuai untuk diambil.

Apakah Buah Pinggang Bocor (Nephrotix Syndrome)

Buah pinggang adalah organ perkumuhan terpenting pada badan manusia. Secara amnya, selain daripada menyingkirkan sisa buangan daripada darah, buah pinggang juga berfungsi untuk:

    • mengawal jumlah cecair dalam badan
    • mengawal tekanan darah
    • membantu penghasilan sel darah merah
    • membantu keseimbangan kandungan mineral dalam badan supaya tulang kekal sihat

Jadi, buah pinggang memang sangat penting untuk kita terus hidup. Dalam buah pinggang yang normal ada sejenis penapis halus dipanggil glomeruli (glomerulus), yang berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.

Tapi bagi yang ada masalah buah pinggang bocor (Nephrotic Syndrome), glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein akan terkeluar melalui air kencing dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Pengeluaran protein melalui air kencing dipanggil Proteinuria.

Gambaran glomeruli bagi yang normal vs kebocoran buah pinggang

Gambaran glomeruli bagi yang normal vs kebocoran buah pinggang

Kesan Kebocoran Protein Dalam Buah Pinggang

Ada beberapa kesan akibat daripada kebocoran buah pinggang, antaranya:

  1. Proteinuria akan menyebabkan badan kehilangan banyak protein daripada darah. Keadaan ini dipanggil sebagai Hypoalbuminemia.
  2. Kurangnya protein didalam salur darah pula boleh menyebabkan air daripada salur darah keluar ke dalam tisu badan. Bila ini berlaku, muka, tangan dan kaki akan menjadi bengkak air (Edema).
  3. Organ hati pula akan mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kepada Proteinuria tadi, dan menyebabkan Hyperlipidemia, iaitu lemak berlebihan di dalam darah.

Banyak sebenarnya kesan buruk yang boleh berlaku akibat buah pinggang yang bermasalah.

Tanda Buah Pinggang Bocor

Penghidap buah pinggang bocor (Nephrotic Syndrome) biasanya akan mengalami beberapa simptom seperti:

  • badan menjadi lemah dan tidak bermaya
  • air kencing berbuih-buih
  • mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur, dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri (Edema)

Ada juga yang mengalami perut kembung, sakit perut dan cirit-birit.

Semua ini merupakan tanda awal penyakit buah pinggang yang perlu cepat ditangani supaya tidak melarat hingga menjadi kegagalan buah pinggang.

Suplemen Sesuai Untuk Pesakit Buah Pinggang Bocor

Bagi pesakit nephrotic syndrom, keadaan mereka berbeza-beza. Jadi tidak semua daripada suplemen berikut perlu diambil. 
set buah pinggang bocor

set buah pinggang bocor

1. Vivix

Vivix merupakan suplemen tinggi antioksidan dengan Resveratrol yang terbukti boleh membantu membaikpulih sel-sel dari dalam.

2. Vitamin C

Vitamin C boleh membantu menguatkan sistem imun anda untuk membantu anda melawan nephrotic syndrome. Ia juga boleh membantu menyerap zat besi untuk mengelakkan masalah anemia. Selain itu vitamin C yang dikombinasikan dengan vitamin E membantu mengurangkan protein di dalam urin.
Tekanan darah tinggi adalah komplikasi biasa pesakit nephrotic syndrome. Mengambil vitamin C bersama-sama dengan ubat tekanan darah dapat membantu mengurangkan tekanan darah sistolik.
Keistimewaan Vitamin C Shaklee adalah sebagaimana berikut
  • Merupakan vitamin C pertama yang bersifat semulajadi dan bertindak secara “sustained release” atau teknologi pelepasan ke dalam badan secara berlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita.
  • Vita C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

3. Kalsium dan Vitamin D

Vitamin D membantu badan anda menyerap kalsium. Apabila buah pinggang anda gagal untuk berfungsi dengan baik, ia tidak mengaktifkan vitamin D. Ini seterusnya menyebabkan tahap vitamin D dan kalsium di dalam badan boleh menjadi rendah.
Ostematrix membekalkan nutrien harian, terutama kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Selain kalsium, Ostematrix mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ostematrix ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

Pemilihan kalsium yang bagus adalah ia mestilah mengandungi gabungan 3 ini, iaitu kalsium + vitamin D + magnesium. Kehilangan salah satu akan membuatkan penyerapan kalsium tidak sempurna dan inilah yang sering diperkatakan pengambilan kalsium berisiko terkena batu karang. Jadi, jangan salah pilih vitamin kalsium, perlu kaji kandungan kalsium tersebut.

4. Zat Besi

Jika anda mengalami anemia, anda perlu menambah zat besi untuk membantu badan anda menghasilkan sel-sel darah merah. Vita Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai Vitalize Mineral dan disingkatkan sebutan kepada Vitamin, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaiman disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan sceara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai Explo-tab. Ia merupakan tablet multi vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multivitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000.

5. Potasium

Jika anda mempunyai bengkak dan tekanan darah tinggi, anda boleh menambah mineral potasium. Ini dapat membantu mengeluarkan cecair yang berlebihan dan mengawal tekanan darah.
Performance Drink mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LYTE dengan campuran unik karbohidrat. Antara elektrolit yang utama dalam badan kita adalah Sodium ion, Cloride Ion, Magnesium ion, Calcium Ion, potasium ion. Ia berfungsi untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yang digunakan oleh saraf dan otot-otot badan.
Ujian klinikal menunjukkan performance drink membantu meningkatkan fungsi otot sebanyak 6 kali ganda, memberi tenaga dan memelihara peredaran bendalir dalam tubuh. Berbanding minuman tenaga yang lain, Performance drink menyediakan sumber tenaga segera daripada 3 jenis karbohidrat.

6. Omega 3

Omega 3 membantu mengurangkan keradangan akibat penyakit ini. Ia juga membantu mencairkan lemak yang banyak di dalam darah (akibat pengeluaran protein dari badan) dan mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang yang lebih teruk.
Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen dimana ia mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi, termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Ini disebabkan Omega Guard dihasilkan daripada ikan semulajadi, bukan daripada hati ikan.
Omega Guard diekstrak daripada sumber ikan asli, bukan daripada hati ikan. Jadi ini membuatkan Omega guard 3x lebih tumpat berbanding minyak ikan lain.

Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak Omega 3 yang bermanfaat dan semulajadi.

Ini berbeza dengan pengusaha minyak ikan jenama lain yang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi yang memusnahkan sesetengah nutrien, bahkan tidak dapat menapis kandungan logam berat yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini dan menghasilkan Omega Guard melalui proses penyulingan proprietri 2 molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Ini termasuk menyingkirkan bahan-bahan logam berat yang membahayakan kesihatan seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB. Bahan-bahan ini merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.

Kaedah ini juga terbukti berkesan mengurangkan bau hanyir ikan dan rasa kurang enak selepas mengambilnya.

7. Protein

Ramai orang kata kalau ada masalah buah pinggang bocor, maka tak boleh lagi ambil protein. Yang sebenarnya protein tetap diperlukan untuk menyempurnakan keperluan protein dalam badan. Pilihlah protein yang bermutu tinggi seperti ESP.
Setiap hidangan ESP memberikan 14 gm bagi setiap hidangan protein berkualiti tinggi yang semulajadi rendah lemak, laktosa semulajadi dan tanpa kolestrol.

Shaklee ESP adalah sumber soya yang tidak diubah suai secara genetik (non GMO). ESP Shaklee juga merupakan protein soya yang dihasilkan di bawah program pemeliharaan Identiti (IPP). Ini bermaksud sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal dengan ketat dari proses penanaman sehingga pemprosesan.

Justeru ESP Shaklee diperbuat daripada bahan organik tanpa hormon tambahan lain. Adalah terlalu sukar untuk mendapatkan kacang soya non GMO pada zaman ini. Hampir 90% kacang soya yang di pasarkan di dunia sebenarnya telah diubah suai atau merupakan GMO.

8. Vitamin B

Dalam kajian, menunjukkan pesakit nephrotic syndrome akan mengalami kekurangan vitamin B, terutama B6. Ini berlaku pesakit nephrotic syndrome mempunyai risiko berganda mengalami trombosis. Trombosis adalah keadaan dimana berlakunya darah beku pada salur darah.

B Complex Shaklee adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air dan merupakan vitamin B paling lengkap dipasaran. Ia mengandungi kesemua 9 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh. Komponen B kompleks terdiri daripada:

  • B1 (thiamin)
  • B2 (riboflovin)
  • B3 (niacin)
  •  B5
  • B6 (pyridoxine)
  • B12 (cobalamine)
  • Acid folic
  • Asid panthothenic
  • Biotin

Testimoni Shaklee Untuk Masalah Buah Pinggang Bocor

Ini merupakan perkongsian pengalaman salah seorang BEKAS penghidap penyakit buah pinggang bocor iaitu Encik Muhamad Rosdi Ismail, sepertimana yang diceritakan di FaceBook Page Supermom Shaklee Story.

“Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrome iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrome doktor memberi “sebeban” ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

Testimoni Vivix Untuk Buah Pinggang Bocor

Testimoni Vivix Untuk Buah Pinggang Bocor

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3 botol Vivix iaitu lebih kurang 3 bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

14 thoughts on “Suplemen Sesuai Untuk Pesakit Buah Pinggang

  1. Kakzakie Purvit

    Informasi buah pinggang bocor ni baru kakak tahu symptom dia Hana
    Pakcik kakak di S’pore ada masalah doktor kata kencing berbuih tak kata bocor mungkin ini symptom nya
    Nak suruh dia beli akak kakak.
    Kakzakie Purvit recently posted…Ulaman dan tanamanMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      nanti kakzakie boleh inform saya ya. no saya 0122195919

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      alhamdulillah kak PI, setakat ni berkesan dan reputable company

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      sakit buah pinggang ni cik. semoga kita dijauhkan daripada penyakit ni

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      buah pinggang adalah organ yang penting untuk perkumuhan. kalau fail memang susahlah body kita nanti

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge