Call nowWhatsapp

Ada banyak jenama protein segera di dalam pasaran, tetapi mengapa protein segera ESP Shaklee sebaiknya menjadi pilihan anda? Apa yang istimewa sangat sehingga ia menempa nama sebagai protein segera terbaik?

Sebelum itu mari kita lihat apakah manfaat dan kelebihan pengambilan protein.

Manfaat Protein Kepada Tubuh Manusia

1. Membantu mendapatkan otot, rambut dan kuku yang sihat

Protein memelihara otot, rambut dan kuku yang sihat

Protein memelihara otot, rambut dan kuku yang sihat

Protein sangat penting untuk bina otot. ESP lelaki yang ingin bina otot, protein yang baik boleh bantu anda. Wanita perlukan sumber protein yang sihat untuk penghasilan rambut yang cantik. Rambut kering, rambut bercabang, kuku yang rapuh adalah antara contoh anda tidak mempunyai protein mencukupi. Protein dapat membantu anda mendapatkan kuku yang lebih sihat dan cantik.

2. Kulit yang cantik

Untuk kulit yang cantik, pastikan anda mengambil sumber protein anda mencukupi setiap hari

Untuk kulit yang cantik, pastikan anda mengambil sumber protein anda mencukupi setiap hari

Kulit memerlukan protein untuk memperbaharui sel-sel baru. Setiap hari ada kulit yang rosak dan mati, jadi anda perlukan protein untuk memperbaharuinya.

3. Tenaga dan stamina yang baik

Protein sebagai sumber tenaga dan stamina

Protein sebagai sumber tenaga dan stamina

Protein soya mampu memberikan anda otot yang lebih kuat dan tenaga. Protein memberikan khasiat vitamin dan mineral dan dapat membantu anda mendapat stamina sepanjang hari.

4. Menjaga kesihatan sistem reproduktif

Dengan isoflavones, protein soya membantu memelihara kesihatan reproduktif

Dengan isoflavones, protein soya membantu memelihara kesihatan reproduktif

Protein mengandungi fitokimia iaitu isoflavones. Isoflavones ini membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser prostat dan mengurangkan gejala menopos.

Isoflavones tidak mengganggu fungsi estrogen yang ada dalam badan, ia tidak berupaya menjalankan fungsi sama seperti estrogen. Sebaliknya isoflavones membantu mengawal keseimbangan hormon dalam badan dan mengurangkan risiko kanser.

5. Menyokong paras LDL kolestrol sihat

Protein membantu memelihara paras LDL kolestrol yang sihat

Protein membantu memelihara paras LDL kolestrol yang sihat

Protein menyokong kesihatan jantung dengan menurunkan paras LDL dan kolestrol dalam badan. Di samping itu protein soya membantu menyihatkan salur darah supaya risiko strok dan jantung, darah tinggi dapat dikurangkan.

6. Menyokong perkembangan bayi

Ibu hamil dan menyusu sangat penting mengambil protein mencukupi untuk memastikan perkembangan fetus dan bayi yang baik

Ibu hamil dan menyusu sangat penting mengambil protein mencukupi untuk memastikan perkembangan fetus dan bayi yang baik

Bagi ibu hamil, protein dapat menyokong tumbesaran bayi yang sihat. Bayi perlukan protein yang lengkap untuk perkembangan mereka dalam kandungan. Selepas bersalin pula ibu perlukan protein yang lengkap untuk bantu tingkatkan sistem imun bayi dan menambahkan susu ibu yang penuh nutrisi.

Bukan sahaja ibu hamil/menyusu, protein perlu diambil oleh semua. Protein adalah nutrisi asas untuk melengkapkan keperluan protein anda.

Kita sudah maklum kebaikan dan manfaat protein kepada tubuh kita. Sekarang ini elok kita lihat mengapa ESP Shaklee merupakan makanan tambahan protein terbaik yang wajar anda pertimbangkan pengambilannya.

Keistimewaan ESP Shaklee

Kenapa protein ESP Shaklee patut menjadi pilihan anda berbanding protein segera jenama lain?

1. Hidangan lengkap

Setiap hidangan ESP memberikan 14 gm bagi setiap hidangan protein berkualiti tinggi yang semulajadi rendah lemak, laktosa semulajadi dan tanpa kolestrol. Berbeza dengan jenama lain yang biasanya haya menyediakan sebanyak 8gm atau 6gm sahaja hidangan protein.

Antara makanan yang kaya dengan protein asid amino

Antara makanan yang kaya dengan protein asid amino

2. Sumber soya non-GMO

Shaklee ESP adalah sumber soya yang tidak diubah suai secara genetik (non GMO). ESP Shaklee juga merupakan protein soya yang dihasilkan di bawah program pemeliharaan Identiti (IPP). Ini bermaksud sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal dengan ketat dari proses penanaman sehingga pemprosesan.

Justeru ESP Shaklee diperbuat daripada bahan organik tanpa hormon tambahan lain. Adalah terlalu sukar untuk mendapatkan kacang soya non GMO pada zaman ini. Hampir 90% kacang soya yang di pasarkan di dunia sebenarnya telah diubah suai atau merupakan GMO.

Menguji soya GMO ke atas tikus, tikus pun mati. Adakah kita selamat menggunakannya?

Menguji soya GMO ke atas tikus, tikus pun mati. Adakah kita selamat menggunakannya?

3. Mengandungi 9 Asid Amino Perlu

Shaklee ESP adalah lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang badan anda tidak hasilkan. Apabila anda memilih ESP Shaklee, badan anda akan mendapat protein yang lengkap.

Jika badan tidak mempunyai asid amino yang lengkap, badan anda masih boleh membuat sel-sel baru, tetapi rambut anda mungkin kering, bercabang, manakala kulit anda adalah kulit yang kusam, bermasalah dll.

4. Penarafan PDCAAS pada kedudukan tertinggi

Shaklee ESP mempunyai PDCAAS (skor penghadaman protein kepada asid amino) skor pada 1.0. Kedudukan ini adalah kedudukan tertinggi yang sama dengan protein haiwan seperti telur dan susu.

Skor ini adalah salah satu cara untuk mengukur kualiti protein dan manfaat yang diberikan sama dengan protein sumber haiwan. Tidak semua protein tumbuhan dapat memberikan 9 jenis amino asid, sebaliknya protein soya boleh. Dan kemampuan manusia meleraikan protein kepada 9 jenis amino asid, sebab itulah ESP mendapat skor tertinggi ini.

Jenama lain mempunyai skor seperti 0.3, o.5. Skor ini bermaksud amino asid dalam badan merosot, tetapi tidak bagi ESP Shaklee.

Jadual nilai PDCAAS pelbagai sumber protein

Jadual nilai PDCAAS pelbagai sumber protein

5. Kacang Soya Dibasuh Dengan Air

Proses pembuatan ESP Shaklee salah satunya adalah menggunakan air untuk membasuh kacang soya bagi mengekalkan keaslian isoflavones seperti genistein dan daidzen.

Kebanyakan jenama lain menggunakan alkohol untuk membasuh kacang soya. Menggunakan air dapat mengekalkan isoflavones serta dapat mengekalkan kehalalan produk.

6. ESP Shaklee mempunyai indeks glisemik rendah

ESP mempunyai GI rendah yang memberi tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah. Ini bermaksud ESP Shaklee dapat memberikan tenaga, anda dapat nutrisi tetapi tidak meningkatkan gula dalam darah. Contohnya nasi. Nasi akan memberikan rasa kenyang, pada masa yang sama nasi akan meningkatkan gula dalam darah. Anda juga akan rasa lapar pada satu tahap.

ESP Shaklee sebaliknya memberikan tenaga secara konsisten tanpa meningkatkan gula dalam darah jadi mengurangkan risiko diabetes.

Graf menunjukkan tenaga selepas hidangan nasi (garis hitam) menjunam meyebabkan rasa lapar yang cepat, sebaliknya ESP menunjukkan graf yang lebih stabil dari segi pelepasan tenaga

Graf menunjukkan tenaga selepas hidangan nasi (garis hitam) menjunam meyebabkan rasa lapar yang cepat, sebaliknya ESP menunjukkan graf yang lebih stabil dari segi pelepasan tenaga

Tidak syak lagi ESP Shaklee merupakan protein segera terbaik dan dapat mengisi ruang keperluan protein harian anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)