Keistimewaan Teknologi Sustained Release Vita C SR Plus

By | 3 December 2014
Keistimewaan Teknologi Sustained Release Vita C SR Plus

Sememangnya vitamin C sangat penting kepada kita. Selalu disebut-sebut berbanding vitamin lain seperti vitamin E, zinc dan lain-lain. Kepentingan vitamin C memang banyak, tidak syak lagi. Ada banyak juga cara nak ambil vitamin C ni, contohnya melalui pemakanan yang kaya dengan vitamin C, suntikan, atau melalui suplemen.

Suplemen pula anda ada pilihan: sintetik atau semulajadi. Vitamin C seperti Vita C SR Plus sentiasa menjadi rebutan sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu. Tahun lalu, beberapa bulan ia tidak berada di pasaran, sekali bila keluar terus hampir sold out jadinya. Ha hebatnya penangan Vita C SR Plus ni.

Keistimewaan Teknologi Sustained Release Vita C SR Plus

Vitamin C

Mengapa Perlukan Vitamin C?

Sebenarnya semua orang perlukan khasiat vitamin C, tapi kalau anda nak tahu secara spesifiknya:

  1. Vitamin C mencegah jangkitan dan selesema. Bila seseorang sakit, tambah pengambilan vitamin C, insyaAllah cepat baik.
  2. Vitamin C sebagai antioksida kuat. Antioksida membantu tubuh melawan radikal bebas justeru mengurangkan kerosakan badan akibat bahan kimia dan toksik.
  3. Vitamin C diperlukan untuk tumbesaran dan memperbaiki tisu-tisu.
  4. Vitamin C diperlukan untuk penghasilan kolagen, iaitu sejenis protein yang penting untuk pembentukan kulit, tendon, ligamen dan salur darah.
  5. Vitamin C diperlukan untuk merawat luka dan memperbaiki rawan, tulang dan gigi.

Banyakkan kepentingan vitamin C ni? Sudah tentu anda pun salah seorang yang memerlukannya.

Tips Pengambilan Vitamin C

Sebenarnya pengambilan vitamin C lebih baik diambil secara semulajadi melalui pemakanan. Mengikut Institut of Medicine, pengambilan seharian vitamin C bagi wanita adalah sebanyak 500 hingga 1000mg. Kalau berlebihan vitamin c pun mengikut Institut of Medicine tak merbahaya. Jadi anda boleh ambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin C banyak-banyak.

Keistimewaan Teknologi Sustained Release Vita C SR Plus

Perbandingan Vitamin C di pasaran

Jika anda hadapi masalah mencukupkan keperluan vitamin C anda, pengambilan vitamin C dalam bentuk suplemen akan membantu anda mencukupkan keperluannya.

Bagi saya pula, dalam banyak-banyak vitamin C dalam pasaran, Vita C SR Plus tetap menjadi pilihan, dah 3 tahun saya amalkannya. Kenapa Vita C SR Plus? Apa keistimewaannya?

Keistimewaan Teknologi Sustained Release

SR tu apa? SR adalah singkatan bagi sustained release, ia bermaksud perlepasan secara perlahan-lahan. Ramai orang tertanya-tanya apa istimewa atau hebatnya teknologi sustained release yang ada pada Vita C Shaklee?

1. Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.

Sebenarnya ada beberapa vitamin C di pasaran yang mempunyai teknologi ini, tetapi anda harus semak semula sebab kebanyakan yang ada di pasaran hanya boleh bertahan selama 2 jam atau kurang. Vita C SR Plus pula antara 3 hingga 6 jam tu. Jadi anda tak perlu telan banyak-banyak pil dalam sehari.

2. Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berapa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.

3. Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Anda boleh baca juga artikel Why Is Time-Release Vitamin C Better untuk penjelasan lebih lanjut.

Owh macam tu, patutlah Vita C SR Plus ni menjadi rebutan ramai. Bulan ni promosi Vita C SR Plus pulak, dah tentu ramai yang akan borong banyak-banyak ni.

Vita C SR Plus

Sebotol Vita C SR Plus mengandungi 180 biji dan boleh bertahan di antara 2 hingga 6 bulan. Memang berbaloi-baloi.

 

Keistimewaan Teknologi Sustained Release Vita C SR Plus

Vita C SR Plus

Jaminan kami

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam

  1. Selamat
  2. Semulajadi
  3. Berkesan

Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
Shaklee Difference: Always SafeAlways WorksAlways Green.

Mengapa saya?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

Penghantaran

Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Subang Jaya (USJ). Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

Saya Nak Beli Vita C SR Shaklee!

Vita C SR Shaklee boleh didapati daripada saya, untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya:

SMS / Watsapp :0122195919

SID: 864679

2 thoughts on “Keistimewaan Teknologi Sustained Release Vita C SR Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge